Ahli-ahli Umno seluruh negara termasuk pertubuhan-pertubuhan satelitnya seperti Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dijangka akan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran di seluruh negara membantah tindakan kerajaan hendak menerajang polisi-polisi ekonomi pro-Melayu ke dalam longkang dalam pakej ransangan ekonomi negara yang dijangka diumumkan 10 Mac ini.Menurut calon Timbalan Presiden Umno yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kabinet telah pun memutuskan untuk melonggarkan peraturan pelaburan asing termasuk keperluan ekuiti bumiputera yang tidak pernah dilaksanakan sepenuhnya.
Peraturan untuk sektor perkhidmatan juga akan dilonggarkan, katanya.
Beberapa aspek dasar ekonomi pro-Melayu juga dilonggarkan terutama dalam sektor pengeluaran di mana milik penuh kini dibenarkan kepada rakyat asing.
Pegangan 30 peratus kepada bumiputera dalam syarikat senaraian awam juga dilonggarkan sejak tahun lalu.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dijangka akan menjadi penggerak utama tunjuk perasaan besar-besaran seluruh negara itu.Ibrahim yang mengangkat dirinya sebagai seorang yang seorang yang semula jadi lantang sejak menjadi pemimpin pelajar lagi semalam memberi amaran supaya jangan usik beliau dalam soal perjuangan untuk orang Melayu dan negara. (Gambar katak hanya hiasan sahaja dan ihsan The Nut Graph)
Petikan dari hansard Dewan Rakyat 19/2/2009:
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bagi pihak Melayu, you have no right.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hey, you shut up! You shut up! You shut up! Babi!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Awak ingat awak seorang saja Melayu?
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa you bercakap macam itu?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau kamu berani!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Penakut!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa penakut?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam...
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Menghempaskan songkoknya]












Cantik? Klik 






Kan Berahim tu berjiwa Umno dari dulu, kini dan selamanya. Perangai warisan tu dah jadi darah dagibng walau dipecat dan cuba ditarbiah dengan nilai yang sopan dan akhlak terpuji oleh Pas dan Pakatan.
Lawak la ahli parlimen dan parti pemerintah di malaysia nih..hehehe..tengah ekonomi meleset,80,000 org hilang pekerjaan @ x cukup makan..depa dok bising2 pasai pegangan ekonomi melayu...tau tak YB2 tu yang sebahagian besar dari 80,000 yg hilang sumber rezeki tuh adalah merupakan bangsa mereka yg mereka agung2 kan??mana akai,..letak kat kepala lutut ka...buatle sesuatu kalo benar kamu memperjuangkan melayu!!!!
kat negeri perak hampir beratus masjid yang ada.tak silap saya hampir 600 buah masjid yg ada. setiap jumaat setiap wajib akan mendoakan kepada sultan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam khutbah.sebenarnya saya tak setuju didoakan khusus pd sultan n raja saja. apa pendapat saudara2 sekelian..? bukankah elak kalau khatib doakan pada umat ISLAM dunia yang ditindas sekarang nie. sultan or raja diaorang hidup dalam kemewahan,kenapa perlu khatib doakan lagi dimurahkan rezeki...?tolonglah jawab... apa sumbangan sultan or raja pada ISLAM selain menjadi ketua agama ISLAM negeri.kenapa kita terlalu taksub dengan sultan sampai bersuara boleh dianggap menderhaka.padahal lagi banyak maksiat yang berlaku terhadap ALLAH yang didiamkan.banyak penghinaan ke atas ISLAM didiamkan.contoh isu letak kepala babi dalam surau universiti malaya (tempat saya belajar)kenapa diam macam tu sahaja....? mana lebih besar murka sultan atau murka dari ALLAH...fikir2kan lah.sultan tu manusia biasa sahaj.tak maksum pun.banyak melakukan kesalahan jugak.
saya harap2 sangat2 pandanagan atas apa yang saya luahkan nie...
berahim ali nak jadi hero melayu? apa punya lawak lah tok him nin..dapat kerusi di pasir mas pun atas ehsan nik aziz..tu pun masih tak sedor diri..memang drp specis muka tak malu!
Tokden
tunjuk perasaan derhaka bagi rm 50.00 sorang. tunjuk perasaan yang nih berapa pulak bayaran bakaq?
kenapa kita rakyat perlu diperbodohkan selama 52 tahun dgn 30% ikuiti ekonomi untuk bumiputera. Siapakah bumiputera tersebut...adakah bumiputera
tersebut dr golongan rakyat miskin...adakah mereka mampu mendaptkan hak membeli saham yg 30% untuk bumi.Siapakah bumi yg makin kaya dan tamak kuasa itu...inilah hakikatnya umno memperjuangkan dasar tersebut bukan untuk rakyat ...tetapi untuk poket dan kroni masing2. cukup la jangan bodohkan rakyat kalau tak ada
kuota 30% orang bumi pun tetap ditakok lama kalau tak sokong politik umno...
bakag hulk ooit..kita dah kenai lama dah berahim tu... awat dok bagi muka kat dia lagi? Adakah kita nak "menghalalkan cara" bagi virus kat UMNO via berahim tu? Takdak ka cara lebih Islamiyyah nak berdepan dengan UMNO? Lagu tu no...
...aku rasa bakag hulk ooit.. anak cucu kita bila baca sejarah kat sekolah, abih depa kutok kita.. Entah2 camni dialog depa esok nanti.. "..Apa punya tokwan2 kita dok berjuang jaga bangsa... abih lingkop bangsa, negara... Kita yang dok tanggung..sikit punya naya ka... Nak beli rumah flat pun sejuta.. Depa takpa la..dah abih mampoih... Apa punya generasi tokwan2 kita tu.. tak ketahuan keloloi..."
katak ni kata berjuang untuk melayu... hahah... dia berjuang untuk jilat punggung madey je... itu janji lama yang belum tertunai.. sekarang ni... tunggu nak jilat punggung anak madey pulak...
hang paste gambar berahim ali pose macam pendekar gedebe...padai hang cari bakaq
tok pengulu