Sedap!! Klik gambar di atas!

Tidak bertamadun: Pemuda Umno enggan minta maaaf

Malaysiakini melaporkan Pemuda Umno tidak akan meminta maaf walaupun melakukan tindakan yang disifatkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh sebagai tidak bertamadun, bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia (Gambar di sebelah ihsan Malaysian Insider).

Dalam kenyataan yang dilihat sebagai merestui tindakan yang disifatkan Dr Abdul Hamid sebagai tidak bertamadun (video), bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein berkata: "Tidak timbul isu minta maaf. Provokasi ini bukan kali pertama, dengan menuduhkan kita celaka, tuduh kita terlibat (menghantar) peluru (kepada Karpal) dan isu-isu membabit raja-raja Melayu dan kedaulatannya.

"Kalau diheret ke mahkamah pun saya sanggup lakukan untuk memperjelaskan apa yang berlaku".

Dr Abdul Hamid menyifatkan tindakan Pemuda Umno itu tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka.

Seiring dengan pepatah Arab yang menyatakan "Dharabani wa baka, zolamani washtaka" atau dia yang memukul aku dia yang menangis, dia yang menzalimi aku dia yang mengadu, Malaysiakini juga melaporkan salah seorang ahli Pemuda Umno yang terlibat melakukan serangan tersebut mendakwa kekecohan di bangunan Parlimen berpunca daripada tindakan dua ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menerpa rombongan ketua-ketua Pemuda Umno ketika mereka sedang berbincang dengan pengerusi DAP Karpal Singh (gambar di sebelah ihsan mStar Online).

Dalam perkembangan lain, Malaysian Insider melaporkan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengulangi seruan supaya ditubuhkan kerajaan perpaduan dengan golongan yang disifatkan oleh Dr Abdul Hamid sebagai tidak bertamadun, bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia itu.

Sebelum ini, Tuan Guru menyifatkan mereka yang masih mahu meneruskan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan yang celaka.

Antara pihak yang masih mahu meneruskan PPSMI ialah para pemimpin Umno. Mungkin kerana merasai perkataan celaka itu ditujukan kepada pihaknya, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata: "Kalau sekiranya YB Karpal Singh di Parlimen semalam memberi gelaran celaka kepada Pemuda, dalam isu PPSMI, YB (Datuk Seri) Abdul Hadi telah menyatakan (mereka) yang menyokong dasar ini, juga celaka.

"Kalau disasarkan (celaka itu) kepada saya, saya boleh terima, asam garam dalam arena politik. Tetapi ramai di luar sana orang biasa yang menyokong dasar ini.

"Apakah mereka juga dicelakakan?"

Ketika mengulas perkembangan politik di Perak pula, Mursyidul Am PAS, Tun Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Umno menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai Menteri Besar Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai berfikiran 'gangster'.

"Ini kerana Kerajaan Perak dahulu dipilih oleh rakyat, tetapi kerajaan Perak sekarang dipilih oleh dua tiga orang.

"Tindakan mereka menjatuhkan Kerajaan Nizar itu tidak pun terasa bersalah, namun apabila tindakan yang serupa berlaku ke atasnya dianggap satu kesalahan.

"Jahat. Inilah fikiran gangster," katanya.

"Nilaikan, mana lebih baik menyerahkan kepada rakyat memilih kerajaan yang disukainya berbanding kerajaan yang dipilih oleh "gangster-gangster" itu?

"Dan taraf gangster berbanding dengan kerajaan adalah serupa, sama ada presidennya, peraturan atau polisnya.

"Cuma yang berbeza ialah gangster itu haram, manakala kerajaan itu halal, namun dari segi peraturannya adalah serupa," katanya lagi.

Oleh kerana bakaq a.k.a. ~penarik beca seorang yang sangat jahil, dia betul-betul tidak tahu adakah Islam menggalakkan perpaduan dengan gangster atau golongan celaka yang tidak bertamadun dan memalukan seluruh rakyat Malaysia.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bakaq,
    Cuba hang cerita betul-betul pasai KERAJAAN PERPADUAN ini. Orang ramai nak tahu cerita ini. Awat hang akhir-akhir ni tidak berani macam dulu. Cerita sikit-sikit, berkias-kias pulak tu.
    Hang dapat tawaran jadi menteri kot?

  2. Rahim,

    Hang belilah Siasah keluaran terbaru dan baca la interview muka tengah. Sikit2 gambaran boleh baca dalam Siasah Daily dalam berita bertajuk "Mujahid cadang dialog pemulihan perpaduan antara parti politik" dan "Malaysia bakal ada kerajaan perpaduan?" (klik tajuk2 berita tu).

  3. Bakag hulk ooit...
    Apa saja nak buat mesti ikut format Islam...
    Nak perpaduan pun camtu jugak...Semua tu kena buat atas 'tali ALLAH swt'. Kalau haram... kena kata haram... halal kena kata halal.... Toksah dok retorik, pakai akai sendiri..kelepiag sana sini. Ingat kita lepaih ka nak jawab depan RabbulJaleel nanti? kira2 lagu tu la noo..

  4. kerajaan perpaduan bermaksud berpadu tenaga baru dan lama. tuh pun tak paham ka. maknanya pak lah dan haji hadi masih nak berkuasa walaupun ditolak golongan muda. dalm muqabalah ada juga mencadangkan 'kerajaan muda' tapi ditolak oleh dolah dan hadi. usul tu dibuat oleh khairi dan salahudin.


    pro singh

  5. golonngan yang sokong ppsmi golongan celaka sebab tidak mahu kontrak buat buku teks baru!

  6. Bolih buat kerajaan perpaduan tetapi tanpa Najib dan mungkin tanpa beberapa yang bergelar "celaka".
    Apa lagi nak dikata dah jelas dan terang kerana ketua nya sendiri lebih kurang sama.

  7. Ada baka Benggali mengaku Melayu! Ada baka Cina Mengaku Melayu. Ada baka India mengaku Melayu! Semuanya mengaku Melayu! Ada anak gampang mengaku Melayu! Dengan harapan semuanya dapat cari projek! Melayu itu Umno? Kerana itu Umno rosak akhlak sekarang ini!

    Bakaq, Hang Melayu ke Siam? Aku Melayu! Tapi bukan Melayu Umno!

  8. Dalam cerita Pendekar Bujang Lapok: Bila kumpulan Samseng Penambang datang ke rumah Pendekar Mastooo:

    Ahmad Nasfu: Aku repot polis!
    Pendekar: Polis tak dapat datang!
    Ahmad Nasfu: Pasal apa tak dapat datang?
    Pendekar: Seluar dia basah!
    Ahmad Nasfu: Pasal apa basah?
    Pendekar: Malam tadi hujan!

    Bila Samseng Umno datang serang MP Parlimen Pakatan Rakyat: Adakah dailognya pula begini?

    Tanya: Mana Polis?
    Jawap: Sibuk!
    Tanya: Pasal sibuk?
    Jawap: Ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau!
    Tanya: Cukup anggota?
    Jawab: Cukup tapi peruntukan.
    Tanya: Kes serang MP di Parlimen dah siasat!
    Jawab: Tunggu dulu!
    Tanya: Tunggu siapa?
    Jawab: Tunggu arahan Najiblah bodohhh! Tanya banyak sangat pasal apa? Awak pulak aku siasat nanti! Nak kena?

    Ni skrip saja Bakaq! Jangan ambil kisah sangatlah!

  9. Salam Pak Bakaq,

    Kalau Pemuda UMNO gentlemen sepatutnya isu ini tak timbul sebab Karpal Singh telah menarik balik cemuhan tersebut dalam Parlimen. Bila seorang ahli Parlimen telah menarik balik perkataannya atas arahan Speaker bermaksud ia telah mengakui kesilapannya dan kes ditutup.

    Apa yang kita difahamkan mereka mengepung dan meminta Karpal mengaku yang dia telah mengeluarkan perkataan celaka dalam parlimen walhal kes dah selesai.

    Nampak sangat mereka terlalu emosi dah tidak menghormati kaedah yang digunapakai dalam parlimen.

    Bila orang ramai cakap mereka dulu, kini dan selamanya bodoh mereka tak terima tapi tindakan mereka amat memalukan bukan sahaja UMNO bahkan bangsa Melayu yang terkenal dengan sifat sopan santun dan rendah diri.

    Sekarang satu dunia dah tahu tindakan bodoh mereka yang memalukan lebih-lebih lagi ia dilakukan di bangunan parlimen.

    Jadi memang patut pun mereka ni digelar BODOH DULU KINI DAN SELAMANYA.

  10. BODOH hendak lah di tukar kepada BINGAI KINI DULU DAN SELAMA NYA,,,,,,,,,

  11. Karpal dah minta maaf - kes tutup.

    Kalau Pemuda Selangor minta maaf - kes tutup tak ???

    Azmi, hang ni barua - ok sory - tutup kes !!!

  12. mana pi budak Ezam mengaku bakal panglima pemuda tu? awat cek menyeronot tak mau keluag noo...?cek ponen ka? Keluag la bersilat sama pemuda umno tu.... Nak tengok skit.... bawak la kotak2 tu skali....

  13. Terbukti benar kata tuan singh itu..
    Pemuda ameno itu memang celaka...

    Sungguh amat memalukan dan memualkan tindakkan mereka terhadap tuan singh itu.Ini bukan anak jantan tetapi anak pondan..macam ketuanya juga(pondan siam)..

    Tabik tuan singh...

  14. knp bodoh sangat org melayu dari pakatan rakyat ni..wat pe nk mintak maap kat keparat karpal singh ni..Pas dan Pkr takut apabila kene sound ngan karpal singh keparat so jgn samakan kami pemuda umno ngan hang pa..

  15. KEPADA BEACHBOY,,,

    KATA BENDA YANG TAK ELOK KE ORANG TAK KIRALAH KAFIR KE APATAH LAGI KE ORANG ISLAM ,,,KENA LAH KITA MINTA MAAF ,,KAT BINATANG PUN TUHAN MARAH ,INI KAN PULA DENGAN ORANG .... DAH MEMANG KITA SALAH ...APATAH LAGI DENGAN OKU

  16. Sepatutnya Pemuda Umno hantar keris kuntot pada Karpal sebagai lambang kependekaran pertahankan ketuanan melayu dan kesultanan melayu (mencontohi ketua pemuda Hisham aaaw... Cium keris)sebagai memberi amaran a.k.a gertak. Maka mengirim peluru itu jelas sifat gengster,maka pemuda umno adalah gengster membawa celaka lah ia bila dibiarkan berperanan atau beraksi, bertambah kalut dan kusutlah masaalah badan umno yang berbau busuk sedia ada terbit dari pekong yang membarah pada seluroh angotanya.
    Oh...!Pemuda Umno yang akan membawa rebah.kerana punya otak kering.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008