Mungkin akan dinafikan selepas ini. Tetapi yang saya faham Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menyifatkan Pemuda Umno tidak bertamadun, bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia termasuk kita semua (gambar ihsan Malaysiakini).Beliau menyifatkan Pemuda Umno yang melakukan serangan ala-gangster ke atas Ahli Parlimen berkerusi roda dan berusia 69 tahun, Karpal Singh di dalam bangunan Parlimen semalam sebagai orang yang tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka, lapor mStar Online.
Beliau mengingatkan, Parlimen sepatutnya menjadi tempat yang bebas untuk membahaskan sebarang isu tanpa dihalang oleh mana-mana pihak.Beliau menyifatkan kejadian itu berpunca dari "kebodohan kumpulan tertentu".
Beliau juga menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia.
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar menerangkan secara tepat apa yang berlaku itu. Menurut beliau, serangan ala-gangster mafia itu berpunca dari kekecewaan akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti itu.
"Mustahil Pemuda Umno tidak tahu mereka boleh mengambil tindakan undang-undang kepada Karpal yang mengaitkan dua peluru yang diterimanya dengan mereka malah menyifatkan mereka sebagai celaka walaupun ditarik balik setelah diarahkan oleh (Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji) Wan Junaidi (Tuanku Jaafar).
"Tetapi mereka sengaja bertindak ala ganster mafia mungkin kerana sudah tidak tahan lagi begitu tertekan dan kecewa akibat kehilangan kuasa dan peluang mencipta kekayaan setelah pemerintahan beberapa negeri terlepas dari tangan parti mereka.
"Tanyalah para pemimpin Umno lebih-lebih lagi di peringkat Pemuda di semua peringkat, berapa projek yang mereka ada sekarang? Mereka miskin projek sekarang dan merasa amat marah ketika kerajaan pusat kelihatan sudah tidak mampu lagi mewujudkan lebih banyak projek seperti projek kelas F yang khabarnya digunakan untuk menternak kroni-kroni," katanya.
Luahan kemarahan itu, kata Mahfuz, sudah jenuh digambarkan oleh ahli-ahli Umno termasuk tunjuk perasaan menentang tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras rasuah politik di dalam parti mereka.
Dalam tunjuk perasaan di pekarangan Menara Dato Onn di mana terletaknya ibu pejabat Umno itu, ahli-ahli Umno yang marah kepada tindakan SPRM itu membawa sepanduk tertera mesej "Jangan ambil hak ahli Umno", "Kami menolak SPRM, boleh blah" dan "Lembaga disiplin sudah nyanyuk".
Mahfuz berharap para pemimpin Umno bertindak segera membendung kemarahan ahli-ahli mereka.










Cantik? Klik 






Hak sebagai apa pak bakaq? Hak untuk bermain rasuah? Muahahahaha!! Padan la dengan UMNO.
Salam bang bakaq ,,,
Jangan terkejut memang ini lah perangai UMNO dari dulu ,kini dan selamanya ,selagi mereka tidak meletak kan Alquraan dan Sunnah sebagai rujukan nya ..Wassalam ...
Penarik beca,
Perjuangan Pemuda UMNO kini sudah sampai penghujungnya. Keberanian yang mereka miliki itu hanya berlagak dihadapan orang lemah lagi cacat saja. Pekara lain mereka jadi pondan, bacul dan pengecut.
Mereka cuba menyemarakkan isu perkauman agar orang melayu yang tidak tahu hujung pangkal tentang cerita itu akan menyokong mereka secara membuta tuli.
Dengan perkataan "celaka" yang dijeritkan oleh Karpal Singh berkali-kali terhadap Pemuda, maka tindak balasnya tiada cara lain lagi kecuali dengan kekerasan...? Kononnya cara itu lebih berkesan nak mengajar orang yang kurang ajar..?
Pemuda UMNO perlu tahu bahawa bangsa melayu zaman ini bukan boleh diperbodohkan dengan cara seperti itu untuk meraih sokongan. Bangsa Melayu hari ini sedang mencari parti mana lebih baik yang boleh selamatkan kedudukan anak cucu mereka dimasa akan datang...
Sepatutnya Pemuda menunjukkan sikap yang lebih bermaruah dalam menanganni masaalah yang ditimbulkan oleh Karpal Singh. Agar diperhimpunan agong nanti mereka akan dilihat sebagai pejuang sejati yang mempertahankan maruah parti dan institusi raja-raja melayu.
Apa yang terjadi kini, diharap dapat sokongan dan puji-pujian tapi dicemuh, dicaci dan dibenci oleh seluruh rakyat Malaysia. Apakah Pemuda UMNO masih ada maruah diri setelah melawan orang tua yang lemah dan cacat...?
Kita menyeru pada semua ahli UMNO agar menilai semula perjuangan parti secara waras. Apakah parti UMNO bakal bertukar pemimpin ini masih releven. Atau patut ditinggalkan saja...?
Mungkin ada pihak2 tertentu yang calling2 pemuda umno ni untuk buat macam tu. lagak pemuda umno kat parlimen tu tak ubah macam orang accident kereta.Bukan nak panggil ambulan,tapi panggil kaki pukul untuk pukul oarang yang melanggar kereta.Kalu ats nama melayu pun biar lah sopan sikit,Islam tak ajar macam tu.Aku nampak macam kat Parlimen Taiwan pula.Tapi kat Taiwan dalam dewan parlimen lawan baling kerusi,tumbuk-menumbuk perkara biasa kalau tak buat macam tu tak sah sidang.Aku nampak anak karpal,Gobind kena pegang,yang pemuda umno dua orang tu pun kena pegang juga macam dalam P.Ramli pula "ni kepala bapa aku ,dan ini kepala bapa engkau, kalau engkau berani kau pijak".Sekarang siapa yang malu,orang Melayu yang ada adab,tata susila mana nak letak muka.Pak lah selalu sebut"bukan budaya kita,bukan budaya kita,bukan budaya kita abis ni budaya siapa.Aku Karpal Singh tu memang aku meluat,memang aku tak suka,umno lagi la,tapi kenapa pihak keselamatan macam terlepas pandang ja?Biar sampai dua tiga puluh minit lama tu.
Inilah UMNO yg telah 'disembunyikan' dr pengetahuan rakyat jelata sejak 50 tahun dahulu. Rakyat diipu dan akan terus ditipu dgn 'lakonan' ahli2 UMNO nie.. jika 50 tahun sblm ini rakyat 'percaya' dan diminta percaya dgn segala tipu ini, kini rakyat dah jd 'pandai' sdg ahli UMNo semakin bodoh.. semua tindakan jd serba tak kena.. dan menampakkan kebodohan ahli dan pemimpin UMNO. teruskanlah kebodohan itu .. gunakanlah segala media utk menunjukkan yg UMNO itu memang BODOH.
al-quran suruh sokong kafir dari sokong sesama islam?
Dulu Pemuda Lasak, Kini Pemuda Gempur, Selamanya akan berkubur! Itulah yang kesinambungan temaddun insani UMNO dibawah pimpinan Najib Rosmah tidak berapa lama lagi!
Jika berlaku apa-apa yang kurang baik terhadap ahli-ahli Parlimen Pembangkang, maka pihak polis harus menyiasat awal muka-muka mereka yang menjadi samseng di Parlimen baru-baru ini.
Setakat berguling di jalanraya - itu memang perangai huduh PAS.
KDN dah luluskan penggunaan Allah kepada Herald untuk sebarkan Kristian dalam Bahasa Melayu kepada penganutnya.
Oleh kerana penyokong PAS dah sopan santun sejak berkawan dengan kapir maka sebab itulah mereka diam sahaja.
umno memang tak bertamadun,,,,, Ckp besar.. UMNO parti rasuah malaysia...
Parlimen.....
Adalah forum rakyat yang diwakili wakil-wakilnya...
Tak kisah wakilnya dari BN ke......
Tak kisah wakilnya dari PR ke......
Tak kisah wakilnya dari KATAK ke.....
Asalkan wakil rakyat Malaysia....
Semalam 01 Rabiulawal 1430 melakarkan sejarah baru Parlimen Malaysia.....
Apabila Gelangang rakyat >> Parlimen....
Telah ditukarkan ke Gelagang Tinju/Gusti oleh wakil pemuda UMNO....
Lagak gustinya seperti Undertaker di WWE....
Lagak gustinya seperti Big Show di WWE....
Lagak gustinya seperti Haram Jadah lain di WWE....
Kenapa????
Adakah kunjungan Ahli Parlimen BN ke Taiwan menjelang 16 Ramadhan/ 16 Sept dahulu...
Untuk mempelajari cara tatsusila Ahli Parlimen Taiwan yang juga berminat gusti....
Dibawa balik Teknologi Taiwan tersebut untuk diajar pemuda Malaysia (terutama Pemuda UMNO) cara bergusti di Parlimen....
Inikah manafaat hasil lawatan ke Taiwan...
Membawa bekal Ilmu songsang Taiwan untuk diamalkan di Malaysia...
Mana ahli BBC yang ghairah ke Taiwan dulu....
Jawab persoalan ini....
Saranan.....
Ramadhan ini tak nak ke ahli BBC ke USA???
Belajar/berguru dengan Undertaker, Big Show dan Haram Jadah lain kat WWE?????
-----MiNDa TeNaNG-------
hehe...budak Megat tu perasan mcm dia bagus.Bru je dpt jwatan ketua pemuda Gombak da nk tunjuk hero konon.Al maklum la nk cari nama. Klu berani sangat kasi lawan la sama itu Azmin Ali. Aku pasti lu punya deposit hilang. Bodoh punya Megat. Tk ke sedor diri.....
Saya kecewa. Di saat bangsa lain henyak maruah MELAYU. Di saat bangsa lain memperbodohkan MELAYU. Menghumbankan darjat MELAYU dan Merendahkan maruah MELAYU, masih ada bangsa MELAYU sendiri yang mendewa-dewakan bangsa asing. Ada bangsa MELAYU lain yang bertepuk tangan melihat bangsanya sendiri dipermainkan. Bangkitlah MELAYU. Bersatulah MELAYU. Darah kita serupa. Agama kita sama. Lupakan sengketa politik. MELAYU mesti tetap membela MELAYU. MELAYU sendiri mengagungkan SINGH kenapa?
pemuda UMNO memang berani..tapi berani tak bertempat..kalau berani sangat kenapa tolak permintaan ketua pemuda PAS untuk berdebat pasal PPSMI?kan tak pasal-pasal leh gelaran mat rempit.
Pertanyaan dari .....
Anonymous
Friday, February 27, 2009 11:53:00 PM MYT
Jawapannya:
Sebab Melayu sudah tiada ketuanan melayu lagi...
Sebab melayu sudah dihakis kemelayuannya oleh UMNO...
Agen hakisannya adalah gila kuasa >> Tiang seri, Tunku Dapoq dll.....
Agen hakisannya adalah politik wang >> Rasuah(RM, betina dll...)....
Agen hakisannya adalah salahguna kuasa >> Polis, SPRM, SPR dll....
UMNO pun sudah tidak melayu lagi...
UMNO dibanjiri Mamak, Kadazan, Iban dll...
Mana kemelayuan UMNO.....
----MinDa TenanG------
kalau berani mai la betumbuk!!! jangan cakap saja
pro singh
Buat anony2 yang dok pertahan umno nak pukoi orang tua OKU tu aku nak tanya la hari tu bila penyokong pakatan rakyat di Perak tunjuk perasaan kat Perak ,umno kata ganas,biadap,macam di Thailand,jejaskan ekonomi,pelabur tak nak melabur,yang pemuda umno buat macam tu ok la,nampak tulus-mulus la ya?Kita bukan hidup tahun 60-an pantang silap sikit kira nak praak ja,simpan pisau belati dalam kasut johnson,kita hidup zaman multimedia,zaman orang dok Malaysia-dok USA bercakap boleh tengok muka ,umno tak sedar ka?Anoy2 dok tuduh Pas bela kafir,aku nak tanya la 51 tahun umno -bn perintah bela siapa sampai kaya-melana?Taukeh Genting,taukeh judi,segala macam taukeh la,sapa yang bela kalau bukan umno.Kat Thailand tu demo tak abis2 lagi sampai dok tidur depan umah PM,ekonomi dia macam biasa ja,gawat macam Malaysia juga,perniagaan b***t laris macam biasa tak ada masalah...
Manusia ini mulia sebab Isinya (Iman dan Takwa)
tanpa iman dan takwa tak kira melayu ke singh ke ia tetap lebih hina dari *****n. Sesuatu itu berharga sebab isinya, bukan bekasnya.
utk kluangman:
Mangko ayun punya mamat ni,yang meluluskan permit penerbitan sesautu akhbar tu sapa,tak bukan orang UMNO yang memegang tampuk d KDN.Maka tanyalah si bangang2 yang ada d KDN tu,kononnya mertabatkan islam tapi UMNO lah yang merosakan agama suci serta rakyat terbanyak.Nak pesalahkan PAS buat apa bukan ada kuasa nak mengubah sesautu dasar yang d buat pada masa ni.
Ada sorang kawan tu, dia ahli Umno. Ada kad keahlian. Dia bangga tunjuk kad tu pada kawan-kawan. Bila Pemuda Umno buat hal dengan Karpal, kita kutuk dia. Kita kata Pemuda Umno bodoh-bodoh. Tidak berpelajaran. Dia cukup kecewa. Dia kata dia nak bakar kad Umno dia tu!
Ditambah lagi, Ketua Pemuda cawangannya adalah seorang drebar ambulans je? Lulusan SRP!
Haiyaaaa..manyak pening oooo....banyak sangat yang tarak kena ni..macam2 ada laaa...Tak patut buat itu macam maaa....Itu orang tua lagi naik kerusi roda..malu la..tgk itu muka orang tua dalam gambar,..bukan mau bela sama dia...tapi ini jalan tarak betul maa...
Harapnya pakat2 pikir, macam mana nak jaga kepentingan orang Melayu, anak cucu kita..kalau Melayu, mesti ikut perundangan Islam, cara hidup Islam. Hari ni Melayu macam mana? Para pemimpin kita tau detail Islam? Tunjukan sikap Melayu yang sebenar..baru orng bukan Melayu faham...kepada bukan Melayu..jangan naik lemak..minta itu, minta ini..kasi pening sama pemerintah..
bukan Melayu kerjasama sama itu pembangkang free saja ka? Tak minta apa2? Sapa boleh jawab? Ingat orang lain tak dak mata? Sama mcm Umno...itu MCA, MIC tak dak minta apa2...tolong sikit..Ini agenda semua orang Melayu..kasi faham pada semua bukan Melayu..kalau mau gaduh sama sendiri..jangan "orang" tau..malu oii..orang tepuk tangan...
hasad dengki, iri hati..mesti buang..tolong sama kita...setakat mampu lah..
Detik2 kematian UMNO semakin hampir. Marilah sama2 kita doakan semoga Allah mengangkat mereka yang berjuang untuk agamaNya menerajui negara Malaysia yang tercinta ini.
alah, x heran lah pemuda UMNO. sapa yg x kenal Pemuda UMNO?
antara nak serang Karpal Singh dengan baling batu dan sekat kereta Raja Di Hilir sambil berbaring, siapa yang paling biadap?
salam ...kalu Sultan /PM /TPM atau mana mana pemimpin kita yg buat salah tak kan kita rakyat jelata tak leh tegur ,, INGAT dia orang bukan MAKSUM ....,
INGAT di zaman KHALIFAH UMAR dan Kahlifah yang lain 2 dulu ,,,Sayyidina sendiri yang ingatkan agar kalau dia buat silap ,teguri lah aku ,,,Lebih mulia sayyidina kahlifah tuuu lagi dari Pemimpin kita ..BANG BAKAQ setuju tak dengan pandangan saya ....