Sedap!! Klik gambar di atas!

Sultan Perak menunjuk kuasanya

Dalam posting bertajuk "DUN Perak tak akan dibubarkan," saya tak la berani kata "aku gerenti mesti DUN Perak tak bubar punya". Tapi saya yakin sangat Sultan Perak tak akan ikut cakap Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

Akhirnya, bukan setakat tak nak bubar Dewan malah Sultan juga mengarahkan Mohammad Nizar meletak jawatan sebagai menteri besar Perak berkuatkuasa serta-merta dan jika tidak, jawatan itu dianggap dikosongkan.

Saya yakin sangat perkara itu kerana Sultan dipercayai menaruh harapan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN) khususnya Umno yang menciluk kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat (PR) akan membatalkan keputusan memberikan hak milik tanah selama-lamanya kepada penduduk 134 kampung baru di Perak.

Khabarnya, sejak akhir-akhir ini, Sultan Perak sering melahirkan ketidakpuasan hatinya terhadap perkara itu. Semalam, Sultan Perak dilaporkan membaca ayat al-Quran yang bermaksud "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar".

Adakah Sultan bermaksud "beta dah lama menahan sabar. Sekarang kamu pulak kena sabar".

Apa yang berlaku di Perak memberi pengajaran kepada sesiapa sahaja di dalam PAS (this is not the end of the world. Dengan izin dan pertolongan Allah jua, kita akan bangkit seperti harimau yang cedera) yang memegang jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan mana-mana negeri hendaklah sentiasa mendapatkan keputusan rasmi jamaah sebelum memutuskan sesuatu perkara. Jika dijemput turut hadir dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat atau dilantik menjadi Ahli Lajnah Politik PAS Pusat dan berhak menghadiri mesyuarat lajnah itu, hendaklah berusaha sedaya upaya dan memastikan diri menghadirinya.

Atau, setidak-tidaknya sebelum sesuatu keputusan dibuat, calling-callinglah Presiden PAS atau mana-mana pemimpin kanan PAS untuk berbincang dan mendapatkan pandangan. Mudah sangat nak berhubung antara satu sama lain dalam zaman IT ni.

Jangan sesekali kata "Sultan tak ada kuasa" di depan orang lain. (DAP pula, janganlah jakun sangat bila dapat kuasa. Jangan sesekali lupa pantun dua kerat yang sangat popular hari ini: Ngeh dan Nga, dulu tersengih, la ni ternganga). Zaman la ni banyak sangat babun di sana-sini. Cakap terus terang, saya memang tak suka sangat istana. Tetapi, istana mempunyai kuasa-kuasanya yang memang tak dapat kita nak buat apa-apa. Sekarang, sekali lagi Sultan Perak menunjuk kuasanya!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pak bakaq. walaupun ada rasa hangat hati, tapi keputusan sultan saya sebagai rakyat perak dah jangka. cuma, wajarkah keputusan tu di buat ikut suka aku - sultan (ISA-S)? sedangkan pilihan rakyat diketepikan camtu ja? kalu camtu tak payah buat pilihanraya lah. suruh sultan ja pilih sapa dia bekenan.

  2. Betui tu...Saudara Bakaq.
    PAS (lagi pulak Nizar) kena tunjuk kat lahanat2 dari Amnooo dan lain2 yang orang Islam tahan cabaran dan tinggi kesabaran. Agi idup agi ngelaban. Apa takut, Pilihanraya nanti kita lawan lagi.

    Buat apa nak pening kepala.

    Biaq depa buat kerajaan dgn majoriti ciput.

    Biaq Hee tahan badan, muka dan telinga dengan pengundi hardcore DAP dari kawasan dia. Sanggup ka dia jadi kera luku, kena ludah setiap kali balik kawasan.

    Yang tiga lagi tu pun biaq la depa dengan senyum yang penuh bermakna.

    Yang penting, Pilihanraya Umum nanti kita lawan sungguh2.

  3. Pelajaran penting: Jangan jadi Barua! Gadai maruah bangsa dengan anugerah pajak tanah 999 tahun.

    Maga dengan ini lupus lah Ajujanji Pangkor 2 yang mem-barua-kan melayu jadi MB.

    MRSM Kalae Chepo 66/73

  4. Merafak sembah semoga cepat menemui Tuhan mu!!

  5. Sabaq.... Suara rakyat suara keramat.Kita tunggu dan lihat di PRU 13. Pak Bakaq jangan terbakar nantinye. Suka sangat sekarang ni...

  6. kalau yakin PRU13 akan dapat kenapa PAS Perak tak bertanding banyak kerusi daripada PKR dan DAP?? Nak harap kat CIna baru boleh perintah negeri/negara? Di perbodoh bodohkanoleh DAP dan PKR?? Kedah ok je..

  7. Salam..
    pak bakaq...sultan ni,ada ka kalo rakyat takde...awat depa x nak sokong rakyat..apa la guna jadi sultan yang dibenci rakyat...yang aku tau ruling sultan ikut kepala dan nafsu dia je...sejarah dahulu sudah ada...aku dari awai lg memang dah jangka sultan tak sokong PR..bukan pasai isu tanah saja tapi pasai PR ni pembangkang...menyusahkan dia berurusan ngan federal je...ntah le...jangan la harap kat raja kerana dari sejarah dulu kebanyakkan raja(bukan semua) didunia ni hidup ngan menindas rakyat depa...

  8. selagi makhluk bertuhankan makhluk inilah jadinya..

    Tabib hormat pada Nijar!

  9. Sekarang nak lawan pulak Sultan kononnya Sultan tak adil tak betul..habis tu bila ADUN AMnoo lahanat lompat masuk PKR hampa punya la bersorak riuh rendah sokong..bila jadi macam ni hamap kutuk habis tak adil la tak demokrasi la.. hampa ni munafik ke??Kira hampa ni dah jadi mengotoq pi jilat balik ludah kat lantai.puuuiiii..

    Yang nak marah Sultan pasai pa..dia buat keputusan ikut undang-undang yg Nizar tak baca Undang-undang tubuh negeri pasai apa? Sibuk sangat?? Pasai pa tak minta nasihat Sultan bila nak buat keputusan yg babitkan tanah? tak reti ke? mana peguam PAS tak bagi nasihat ke? dah terlalu seronok MABUK kuasa?

    Itu la pasi baguih nya PAK BAKAQ kita ni bila dia hentam org pAS ni baru nak tersedaq.. lani bila tersedaq baru terngadah terlambat..

    Ni la akibatnya org PAS jadi Bangang bila ikut sangat perangai tak baik Anwar Ibrahim tu..

  10. Pak bakaq boleh tidur lena. Pak bakaq tentu manusia paling happy selepas najib Tahniah

  11. elok buat sembahyang hajat mintak digagahkan perjuangan kita. ni baru la cabaran kepada gerakan islam.



    api-api

  12. Bakaq,...
    Hang ni memang la tak dak hati betuiii, la ni dok nyalahkan PR ( Nizar).Kasihanle sikit kat puak yang dok berjuang ni. Nada kau ini tak sesuai masanya, seolah-olah nak katakan padan muka PR kat Perak.Kena ingat, depa dok berjuang utk mengekalkan suara rakyat, la ni dah tumbang doh. Sepatutnya ruangan kau guna utk hentam tu tiga ekoq malaun tu, dah kerja Posmen tapi eksyen, betina tu pula bekas kerani kilang, seekor tu bekas askar, ni puak kau patut salahkan. Apapun BN dah ambil balik Perak, kau pun tumpang gembira le, betul tak? Lepas ini bila Kedah jatuh, kau salahkan Ustaz azizan pulak, kononya tak dengar kat TGNA, lepas tu Selangor hanyut, kau hentam Khalid pula.... Kau ni jenis tak boleh buat kawan. Piirraaahhh

  13. Bakak,
    Aku dah kata. Najib boleh buat apa saja.ak cukup.Depan Pak Lah dia buat bodoo. Dalam hati dia kata hang bodoo.. tengok aku belum jadi PM dah dapat balik 1 negeri. Nak kata rasuah mana bukti?

    Eagle Eyes, Pokok Sena.

  14. sbg anak jati perak... rasa kecewa yg amat sgt dgn keputusan sultan. Apa salahnya diberi peluagn utk rakyat memilih sekali lagi. Sedih...pilihan rakyat dipijak mcm sampah... kenapa la ada adun2 yang gelap mata. Dimanakah prinsip mereka. Semoga hidup mrk akan terus dilaknati.. Buat MB bersabarlah, BN memerintah dgn cara kotor.

  15. pak bakaq...
    Sultan perak memang dah tunjukkan kuasa tapi kuasa dia mana boleh pecat MB kalu ikut undang2 tubuh negeri perak..tak tau la..ni salah guna kuasa la ni...

  16. ok thats it, kau ni pak bakaq, memang tak berhati perut langsung, org tengah dok menangis kau nak belasah lagi, aku tau kau apa peduli aku jengok blog kau lagi ke tak. tapi ini last time aku masuk sini, nothing to lose

  17. Tabahkan iman....kuatkan semangat, istiqamah...
    setiap yang Allah takdirkan ada hikmahNya,

    tak perlu bersedih sangat....kuasa pemerintahan Allah yang berikan....dan Allah jua yang berhak mengambiNya,

    kita hanya diberi pinjam buat seketika untuk menguji samada kita bersyukur atau tidak...

    salam

  18. kita berserah saja pada allah, mungkin ada hikmahnya atas apa yang terjadi...tapi lawan tetap lawan...sultan bekas ketua hakim negara pun tak dapat nak nilai isu lompat melompat ni dari sudut keadilan yang sebenar. dari mula lagi dah tak ikut perlembagaan dan perundangan. SPR awal-awal lagi dah main peranan untuk menjatuhkan kerajaan PR. lepas tu cuma di sudahkan oleh sultan yang selama ini kita anggap payung.

  19. bakaq barua BN

  20. Raja Adil Raja Disembah..Raja Zalim Raja Disanggah

  21. Kalau aku jadi nazar, aku baca balik Ayat Tuhan yg kita baca lepas sembahyang agar tegakkan KEADILAN.
    Ingat kita ni barua?

  22. Ini semua akan jadi pengajaran dan hikmah kat kita.. supaya pada PRU13 .. kita kasi hapus semua sekali akar umbi BN....

    Bersedia start dari sekarang....

  23. lepaehh ni pas londeh seluaeee terejung sungao kughoooo laa deeee..

  24. pemuda chehh....mu nak lawan apa lagii,,,kelik tunggu deriangg lahhh...

  25. Kepada Semua Orang Melayu Islam. Apa yang berlaku kat Perak adalah petunjuk Allah hasil doa orang orang yang dianiaya oleh pemimpin yang mereka pilih. Pemimpin yang tak adil pada bangsanyan sendiri. Lebih tunduk pada orang yang jelas tidak Islam. DAP walau sebaik manapun dah terbukti memusuhi Melayu dan Islam. Seburuk UMNO ia tetap dinaungi oleh orang Melayu Islam dan pastinya mengucapkan kalimah yang sama dengan orang PAS. Ingat PAS dan UMNO tetap bersaudara seagama dan sebangsa. Sultan tidak perlu orang Melayu musuhi. Kalau Sultan Perak tidak bijak dah lama orang Perak tergadai macam yang berlaku kt Singapore dan Penang. Jadi kepada semua yang berserah pada ALLAH SWT. Sultan jangan dihina. Daulau Tuanku, HIDUP MELAYU dan TEGUHKAN PERSAUDARAAN SESAMA ISLAM.

  26. Allah Azzawajalla akan menghukum org2 yang berlaku zalim. Masanya Akan tiba. Kepada Rakyat Perak semua bersabarlah...sekarang kita dah tahu rupa sebenar(true face)Sultan Perak. Insyaallah PRU 13 Allah akan memberi kemenangan kepada mereka yang sabar. Mari kita semua berdoa kpd Allah agar dihukum para penzalim yg mengaku pemimpin ni....

  27. Betoi-Betoi-Betoi aku setuju dgn pendapat aukauk88 tu, hidup rakyat.lawan tetap lawan

  28. elok jugak tumbang. biaq kasi sedaq ke diri sikit PR nih. Kalau menang jadi pemimpin yang lemah, nak buat apa! Baik kalah, tapi jadi pembangkang yang kuat.

    Lain taon kasi letak calon baik-baik, masuk bertanding biaq calon PAS ramai daripada DAP n PKR. Mengarut ja dua2 parti tu. Satu chauvinist cina, satu lagi parti tadak arah. Mengkala Anwar masuk UMNO, tobat lahum PKR lain ketaq2 pungkoq masuk UMNO jugak. Tak percaya? Lu punyai pasai la!

  29. Kemenangan BN memerentah Perak adalah kemenangan yang tidak bermaruah. Semua tahu macam mana boleh BN mengambil alih pemerentahan Perak. Aku rasa kerajaan BN ni pun tak lama. Mereka ni pun tak sehebat mana.

  30. Hidup Kerajaan Katak. ADUN anak Katak!

  31. Apasal la depa ni emosional sangat. Cuba la hangpa pikir point2 ni.
    1. Najib play the same game with anwar. Untuk game ni najib dah menang. fullstop. Kalau Anwar yang menang depa bising tak?
    2. Apasal nak suruh bubarkan DUN pulak. tak fair le bagi ADUN-ADUN yang dah menang atas pilihan rakyat sebelum ni.
    3. Kalau DUN bubar pun, ade sesiape yang boleh gerenti ke yang salah satu pihak samada BN atau PR boleh menang dengan majoriti besar? Kalau selepas diadakan pilihanraya, majoriti masih 1 atau 2 kerusi macamana? Masalah lama masih akan timbul. Takkan asyik nak pilihanraya aje.... ekonomi malaysia macamana? Cukup-cukup le politik tu......hujung bulan ni company aku nak tutup.....ade sesiape kesah tak kat luar tu?
    4. Masalahnya cuma 3 ekor tu yang membelakang pilihan rakyat, jadi settlekan aje le masalah tu. Ikut saluran yang betul.....kalau undang2 kata depa masih ADUN yang sah....bior le ......hormat sikit undang2 tu.
    5. Kalau hangpa kata ade unsur2 rasuah ke, ape ke....pi adu ikut saluran yang betul dan buktikan. Kalau takde bukti tolong senyap. Biar kerajaan concentrate kat ekonomi pulak.
    6. Kalau betul rakyat nak pilih PR, tunggu PRU yang akan datang...pasang strategi siap2....kalau hangpa menang pinda le akta-akta mana yang patut. Tapi buat masa ni jangan dok kecoh2....buat le kerja hangpa sebagai Wakil Rakyat...tunjukkan kualiti yang kami harapkan. Jangan asyik pandai cakap aje....

  32. bakaq tali barut umno

  33. sabak! jangan tak sabak! kemenangan BN tu pun bukannya lama,tunggu pr13.baru depa tau langit itu tinggi , lompat kijang yb bota tinggi atau sultan yg tinggi.hidup pr

  34. Sultan patut serah balik kuasa pada rakyat,biar rakyat yang tentukan siapa yang layak memerintah perak,itu yang sebaiknya.Itu akan membuatkan rakyat lebih menghormati sultan.Sekiranya pr kalah dalam prk ini,rasanya rakyat perak dan mereka boleh terima, kerana itu permintaannya.Rakyat sekarang bijak utk memilih BUANG YANG KERUH AMBIK YANG JERNIH.TARIK RAMBUT DLM TEPUNG,TEPUNG TAK SELERAK RAMBUT TAK PUTUS.IKAN PEKASAM DLM BELANGA DI MASAK ASAM SEDAP RASANYA ,BUAT KEPUTUSAN BIAR BEPADA JANGAN ADA YANG TERSINGGUNG PULA.KALAU SALAH PANTUN NI HAMBA POHON AMPUN-BY BUDAK KAMPUNG

  35. nizar so arogent, bodoh sombong.sultan dah suruh resign, dia tak mau. tulah ikut telunjuk dap dan anuawar.

  36. aku setuju sangat dgn 'dah naik fed-up aku'

  37. Bang Becha,

    Sepatutnya kita kena amati secara dalam maksud Sultan itu, "Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar". Oleh itu bersabarlah wahai umat yang bernama Islam. Lihat dahulu ke mana arah semua ini.

    Sebelum kamu kutuk institusi Raja, pikir terlebih dahulu, hikmahnya. Dengar cerita jangan daripada sebelah pihak sahaja.

    Banyak hikmah dia dalam apa yang terjadi sekarang ini. Yang penting, Sultan perlu dihormati, tindakan Sultan mungkin tidak ramai yang akan pahami, akan tetapi perlu ke Sultan "reveal" sebab-musabab segala apa tindakan yang dia sendiri fikir patut dalam menjaga kepentingan negerinya? Telah ada yang telah tersilap laku, tapi tak ramai akan sedar. Telahpun ada yang tersilap buat, tak juga ramai yang sedar.

    Bersyukurlah umat yang bernama Islam, bersabar. Berserah kepada Allah. Dan bersabar lagi. Sabar itu sebahagian daripada iman.

    Pikir-pikirkan lah hikmah yang telah terjadi. Apabila kamu nampak hikmahnya, maka bersyukurlah kepada Allah. Berterima kasihlah kepada Sultan.

  38. bakaq...

    tanah kat dunia ni hak milik Allah...kita dipinjamkan...air tanah udara...adalah pinjaman oleh Allah...biar p ler Mb Nizar nak bg hak milik 1 juta tahun pun...itu namanya kerajaan yg adil...cina dapat...melayu n india dapat..Nabi gak jaga hak org kafir dulu....kena adil..ape yg MB Nizar bt dah betul...xde salah pun...kenapa Sultan nak murka plak...

    sesungguhnya dunia ini sementara bakaq...

    from hizbul...

    p/s ...selalu komen kat blog abg mat saman kati jer..

  39. Garden..

    hang dah pk ke ape yg hang ckp...adakah ia adil????

    from hizbul

  40. Kadang2 kita lupa kpd Tuhan.....Bukan ke Tuhan yg merancang segala2 nya... (adakah aku salah mengatakanini) .... Bukan ke kita selalu mengatakan bahawa tuan berkuasa membuat sesuatu yg dia suka.... adakah ini kuasa tuhan....kalau ini kuasa tuhan kita misti redha dan berusaha kembali..... kita selalunya hanya berfikir dipihak kita ....jadi apa yg bukan di pihak kita , kita anggap salah.....

    sebenarnya politik ini sama aje...2x5 5x2 ... dulu org lompat ke kita kita suka...sekarang kita lompat ke org lain kita marah...sama aje kan..... kita tak mampu mengawal semua orang bagitu juga tuhan tak mengawal semua manusia didunia ...yg masuk islam hanya 23% aje didunia... Sebab itu di Palestin kita sebuk marahkan israel tapi mereka sendiri org islam bergaduh ...jadi itu lah balasanya yg tuhan turunkan kepada mereka.......

    Kita org melayunya semuanya kalah dari semua segi...dari segi kepandaian, berniaga, harta, dan terbaru ini kita telah dipergunakan untuk membantu mereka memerintah malaysia....kita melayu ramai yg dadah, melepak, merempit, terima rasuah ..... apa yg kita banggakan sebagai melayu islam....

    Saya memang mahu sebuah negara yg bebas rasuah, mengamalkan hidup islam berbaik semua kaum....tapi untuk mendapatkan itu semua kita perlu smart dan bersatu..... kena jadi macam Kelantan dan Kedah ...jangan jadi cam Pulau Pinang....

  41. Orang Melayu Perak, bila PR menang ibarat menang sorak kampung tergadai.

    Aku sokong pendirian Sultan Perak.

    Nizar kena cermin keputusan2 dia melebih2 kan kaum pendatang yg dah memang besar kepala.

  42. Akhir nye bila Orang MELAYU ISLAM bergaduh CINA dan KELING KAPIR akan bertepuk tangan...

    Sekarang mereka dah berjaya MENGAJAR MElayu DERHAKA kepada SULTAN.. Syabas PAS dan MELAYU PKR..SYABAS di ucapkan!!

    Semua ini berkat ajaran Sheikh Anwar Ibrahim yg TERAMAT DISANJUNG OLEH PENGIKUT PKR dan PAS..

  43. sultan lupa kot time malayan union dulu sapa yg bangun membela nasib diorg. Rakyatlaah!! padahal diorg x melawan lgsg terus sain je malayan union. bila jd mcm ni sultan patut hormat tuntutan rakyat. kalau xnak sultan lantik je diri sendiri jd MB abis cerita..

  44. Mamak Penang said

    Susah kalau ada negeri yang bersultan....lebih baik ada Gavenor....dia just duduk atas kerusi dan senyap aja...

  45. Wei dah lebih 50 tahun merdeka...jgn le dok bangkit isu perkauman...melayu(termasuk sultan) ni kalo adalah masalah x habis2 salahkan org lain...muhasabah le diri...nyampah aku!!

  46. PAS apa nak bising2. Kamu cuma ada 6 kerusi je dalam kerajaan tu. Yang lain-lain cina dengan India. Kamu bukan boleh perjuangkan Islam pun di Perak. Apa yang kamu tergila-gila sangat nak jadi MB tu?. Kerana nak laksanakan Perjanjian Pangkor 2?. Atau ada lagi janji kamu dengan DAP yang masih tak tertunai?.

    PAS kena muhasabah diri. Lihat semula ke belakang, apa yang sudah MB mereka lakukan di Perak. Apa yang MB itu lakukan terhadap orang Melayu yang berugama Islam. Menidakkan orang UMNO berugama Islam dan memberi muka kepada Kafir laknattullah. Itu kemungkinan balasan dari Allah. Insaflah dan redha akan Kadha' dan Qado Allah. Kamu kan orang berugama!

    Meluat

  47. Semasa krisis di Terengganu, puak PR termasuk Tuan Guru Haji Hadi tanpa segan silu menuduh puak BN sebagai penderhaka. Kini bagaimana? Tuan Guru pulak menyokong MB melawan Sultan? Kerana politik, "Kesetiaan kepada Raja dan Negara" dilupakan? Lain kali jangan suka tuduh menuduh.. meludah ke langit tu...

  48. Tahniah untuk rakyat Perak,..

    SULTAN ANDA BERJIWA RAKYAT

  49. Hizbul,

    Saya sudah fikir apa yang saya rasa. Dan apa yang saya nampak, apa yang berlaku di Terengganu, berlaku pula di Perak, akan tetapi pihak yang terlibat adalah kelompok lain pula. Tapi secara dasarnya benda yang sama. Sebab itulah kena banyak bersabar. Gelombang sejarah pertama sudah dimulakan pada 8 Mac lalu, dengan sabar kita perlu gerakkan gelombang sejarah kedua pula datang PRU13 nanti. Maka di kala itulah kita keluarkan segala yang jahat daripada merosakkan hidup kita di Malaysia. Akan tetapi, bagi saya, kalau sudah politik bertunjangkan nafsu, tidak akan pergi jauh juga.

    Kita masih lagi menunggu tokoh yang betul-betul amanah, dan tegas. Perlu diingat, para sahabat Nabi dahulu mereka cukup berlemah-lembut dengan para saudara Islam, akan tetapi mereka cukup tegas dengan orang-orang yang bukan Islam. Tegas mereka itu bukan bermakna menindas. Akan tetapi tegas dalam memastikan Islam itu adil kepada semua, tidak kira agama apa.

  50. Tok Long, 23% saja umat Islam di dunia? Data mana hang amik tu? Tahun bila, 1930-an? Pada hemat saya. Kalau pun ramai yang belum masuk Islam, itu bukan salah Tuhan, itu salah kita yang tidak menjalankan kerja dakwah dan percaya kepada ajaran Islam sebenar-benarnya. Kita ini yang gagal paham Islam itu sebenarnya, kita lahir Islam, maka dengan itu timbul rasa riak "I am holier than you" perasaan. Kita pandang rendah orang Melayu sebab kita sendiri gagal fahami siapa itu Melayu dan apakah pencapaian Melayu dahulu kala. Ye, kita gagal pelajari sejarah dan ilmu orang-orang Melayu dahulu. Datuk nenek kita kaya dengan ilmu perubatan tradisional, hinggakan sekarang perubatan moden telah kembali kepada cara-cara alternatif. Tapi sejak kita ini telah ditutup daripada mengenali sejarah diri, maka dengan itu kita telah dibrainwash agar selalu mengatakan diri kita ini tidak bagus. Sebenarnya, bagus itu adalah timbul daripada fikiran dan keyakinan anda sendiri.

    Pernahkah golongan Arab zaman Nabi SAW dahulu terpikir mereka boleh mengalahkan ROM? Menawan Parsi? Siapa mereka masa itu? Sedangkan kuasa2 besar di kala itu langsung memandang rendah mereka. Haaaa...akan tetapi roh Islam mereka itu kukuh, dan mereka hidup berpandukan ajaran Nabi 100%. Maka dengan itu, mereka mampu mengalahkan Goliath, walaupun tubuh mereka setara David.

    Jangan bertelingkah kita ini, sabar. Kita retreat, seperti di medan perang, bukan bermakna kita mengalah, akan tetapi kita susun atur strategi kita semula untuk menyerang balas. Tidak sabar hanya akan menunjukkan pendek akal kita semua. Dan oleh kerana kita semua Islam, bilamana kurang sabar, maka mulalah kita berlaku yang tidak bijak, oleh itu bila orang luar lihat, maka akan mereka katakan, "Bodoh betul mereka ini".

    Maaf kalau ada yang terguris. Saya sendiri tidak suka kerja lompat-melompat ini, itu bukan etika seorang Islam, seorang Islam perlu tegas dalam hidup, bukan seperti lalang. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. Dan Islam juga tidak menggalakkan penipuan, jika benar mereka menipu, sabarlah...sabar...datang PRU13 nanti atur kembali strategi kita...jika benar Islam yang kita mahukan, maka Islamlah perlu kita juangkan.

    Salam.

  51. PAS gagal memperjuangkan ISLAM di Perak, sebaliknya menjadikan Perak lebih DAP daripada Pulau Pinang! Saudara seagama dipinggirkan hanya kerana berlainan pegangan politik, sedangkan si Kafir diberi status istimewa. Saudara seIslam dijadikan seteru, dan dengan siKafir tidur sebantal. Imam-imam yang dilabel UMNO ditukar sedangkan majoriti orang Islam di Perak masih mengundi UMNO. Beza Pengundi Islam di Perak yang mengundi PAS amat sedikit berbanding dengan orang Islam yang mengundi UMNO. Dan Sultan Perak adalah orang Melayu berugama Islam, yang semestinya mengutamakan majoriti orang Islam! Nizar (PAS) sebenarnya sanggup menitiskan darah terakhir untuk DAP dan kereta Camry. Syahid lah tu konon! Menyampah betul aku!

    Nizar_Ngok

  52. Mahu saja saya syorkan agar PAS keluar daripada Pakatan Rakyat. PAS ada masa 4 tahun untuk memperkuatkan diri agar boleh berdiri secara sendirinya. Di Kelantan PAS boleh buat, apa tidaknya PAS perkuatkan diri dalam 4 tahun ini di negeri-negeri lain?

    Yang paling penting, pendirian Islam itu kena utuh. Jangan seperti lalang. Sebahagian daripada kita mungkin kata Sultan zalim, bagi saya Sultan tidak zalim, Sultan lebih paham keadaan yang dihadapi sekarang lebih daripada mana-mana Tom, Dick and Harry di luar sana. Rata-rata orang sekarang ini mahukan kepimpinan yang amanah. Jika Islam boleh menjaga amanah orang tidak kira agama, maka percayalah...itulah jalan yang perlu kita perjuangkan, jalan menjaga amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

  53. Sudah ler semua, biak pi kat depa. Negara kita ni tak ubah macam benua africa dah, undang-undang hanya pada rakyat yang bawahan aje kena ikut. Umno goon dan
    para raja-raja depa kebal. Takpa itu kat dunia ni, esokkat akhirat depa kena
    jawab kat mahkamah sana, Hakim Besarnya depa tak leh nak sogok dah.

    Pada Sultan Perak, patik merafat sembah (tak leh sembah manusia selain daripada Allah SWT)kebijakan Tuanku didunia akan diadili di akhirat nanti.

    Larat ke Tuanku nak menjawab tuduhan yang dikemukan oleh sekalian hamba rakyat ni nanti?. Lu pikir ler sendiri (nabil).

  54. Anonymous Said,

    bakaq barua BN

    Posted on Thursday, February 5, 2009 6:22:00 PM MYT

    Demo tuu barua siapa ? Kawe tali barut ALLAH ..Kepada saudara yang di atas tuuu ,,tak baik tuduh kat orang macam tuu !
    Apa yang penting Kita ni sebagai orang ISLAM perlu ambil iktibar daripada kes di Perak ni ..Diantara nya
    1. Pihak Pimpinan Tertinggi Parti perlu berhati-hati sewaktu memilih calon dalam pilihan raya ATAU MASA PILIHAN DALM PARTI ..Utama kan yang ada agama dan yang penting yang MENGAMAL AGAMA ..
    2. Senantiasa berhati -hati dan berwaspada kerana MUSUH 2 ISLAM selalu menunggu masa untuk melemahkan penganut nya.
    3.BN memang jahat dalam bab dan hal ini (dalam kes yang berlaku di Perak ini .
    4.Kepada kita yang berkuasa atau yang akan berkuasa ..ingat yang kedudukan /Jawatan / Sultan/Raja/PM/TPM/MB/Hakim ...itu semua bersifat sementara suatu hari kita akan hilang Kuasa maka masa tuu lah baruu menyesal..UMUR KITA MAKIN PENDEK KALAU KITA MENGANIAYA ORANG .
    5.Jangan Pangkah BN dalam pilihan raya kerana Parti ini Parti yang lawan TUHAN ...tapi seandai nya parti ini ubah ikut Al-Qur'an dan sunnah maka wajib pangkah ...TAPI BUAT MASA LAA NI AKUU TAK NAMPAK ..
    6. Kita kena beriman dengan qada' dan Qadar
    PENDEK KATA BANYAK LAGI LAH ....WASSALAM

  55. Dlm byk2 ayat tu, ayat ni membuat aku teruja :

    "Maga dengan ini lupus lah Ajujanji Pangkor 2 yang mem-barua-kan melayu jadi MB."

    Pecacai2 yg sibuk2 kat blok ni mmg tak sedar dek untung..negeri dh nk tegadai pun masih tak mau insaf2..sultan tau hal ni..aku pun tau..yg tak tau ialah barua2 yg sibuk2 kat blog ni..

  56. Aku ni duduk atas pagar..lama dah..perhati atas, bawah, kiri, kanan, depan, belakang..

    aku rasa2 ada sikit condong ke pas..tp selagi pas bersekongkol dgn pkr dan dap..jgn harap aku nk joint pas..

    skg ni pas kelihatannya tidak memperjuangkan ideologi asal lg..tp kemarukkan kuasa melebihi segala2nya..bila kepala dh diharok perasaan "tamak"..ideologi dah taruk kat tepi dh..ini pun pecacai2 tak insaf2 lg..peristiwa kat perak ni mungkin juga sebahagian dari balasan tuhan pas dh mula nk pinggirkan..

  57. orang pas dan ADIL memang bodoh.. diperguna oleh DAP untuk dapat kuasa. hangpa tengok laa nanti kalau depa dah control satu malaysia... nik aziz pun tak boleh buat ceramah dah... hrmmm.. aku pernah dengaq geng DAP kata PAS tu adik beradik geng taliban sanaaa...

  58. kembalikan hak rakyat Perak......untuk keadilan bersama.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008