Sultan boleh disaman, didakwa di mahkamah dan didapati bersalah (cth Yg di pertua NS VS Standard Chartered)..pemimpin tertinggi Umno mana yg boleh didakwa..nak bwk masuk mahkamah pun x boleh cth dlm kes AltantuyaDengan memetik komen dalam posting sebelum ini yang bertajuk "Hanya MCA, Gerakan dan Umno ada imuniti menjerkah raja-raja," saya nak bersembang sikit. Ini bukan kuliah agama. Kuliah apa?!! Saya bukan reti agama. Saya hanya nak bersembang fasal sikap.
Sikap kita, tak kira dari Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) sama sahaja. Kalau kena kat orang, bukan main lagi tergedik-gedik mendebik-debik lawan yang berperangai setan. Kira tak pa la kot, debik setan. Tapi, kalau kena kat geng sendiri, berputar-putar kata-kata nak membela dan memberikan justifikasi.
Sekarang zaman Umno dan BN menyelap sakan mencari salah, buruk dan busuk orang-orang PR. Bagi saya, kalau sungguh orang-orang PR yang diburu tak cukup tanah itu melakukan kesalahan, ia satu proses yang bagus. Kalau sungguh mereka salah seperti kes orang yang menerima sedekah b***t di Perak yang terpaksa mengaku kerana ada gambar, ia satu proses yang baik.
Kalau kita penyokong PR yang berusaha bersihkan sendiri puak kita, akan dituduh tali barut Umnolah, barua BNlah, Syiah bangsatlah, macam-macam. Sekarang, Umno BN nak tolong bersihkan, baguslah!
Kalau sungguh kotor, biarlah depa bersihkan. Kalau depa buat fitnah, takkan lopek sangat kita ni sehingga tak boleh pastikan depa pulak yang bernanah!
Sebelum ni, saya sentiasakan gunakan apa yang diajarkan oleh Imam Khomeini tentang 'asabiyyah. Hari ni, saya bawa hadith dari sumber mazhab Sunnah wal Jemaah:
Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)Izinkan juga saya bersembang tentang saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) agar negara-negara umat Islam menjadikan Imam 'Ali bin Abi Thalib 'a.s. sebagai teladan dalam menegakkan suatu pemerintahan yang berasaskan keadilan dan demokrasi.
"Sesiapa yang berperang di bawah panji kebutaan, marah kerana 'asabiyyah, menyeru orang lain agar bersikap 'asabiyyah atau membantu golongan asabiyyah, lalu terbunuh, maka kematiannya adalah jahiliyah" (Riwayat Muslim)
Salah satu badan dalam PBB, iaitu Program Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dalam laporannya pada 2002 bertajuk "Arab Human Development Report" memetik enam ucapan Imam 'Ali tentang pemerintahan ideal.
UNDP menyatakan bahwa sebahagian besar negara-negara di rantau Arab masih jauh di bawah bangsa-bangsa lain dalam bidang demokrasi, perwakilan politik yang meluas, penglibatan kaum wanita, pembangunan dan pengetahuan.
Berikut ini ucapan-ucapan Imam 'Ali yang dipetik oleh UNDP dalam laporannya itu:
Saya tambah satu lagi pesanan Imam 'Ali yang dikasihi: Sesungguhnya agama Allah tidak akan dapat dikenali dari peribadi-peribadi, tetapi akan dapat dikenali dari tanda-tanda kebenarannya. Kenalilah kebenaran maka engkau akan mengetahui siapa yang berpegang teguh dengannya.1. Barangsiapa mengangkat dirinya sebagai pemimpin, hendaknya ia mulai mengajari dirinya sendiri sebelum mengajari orang lain. Dan hendaknya ia mendidik dirinya sendiri dengan cara memperbaiki tingkah lakunya sebelum mendidik orang lain dengan ucapan lisannya. Orang yang menjadi pendidik bagi dirinya sendiri lebih patut dihormati berbanding meraka yang mengajar orang lain.
2. Perhatianmu terhadap pembangunan negeri semestinya lebih besar berbanding perhatianmu terhadap pengumpulan cukai, karena yang kedua ini hanya bisa diperoleh dengan pembangunan. Karena mencari hasil mahsul tanpa pembangunan bererti menghancurkan negeri dan bangsa.
3. Hendaklah kamu bersama-sama orang-orang yang berilmu dan arif serta orang-orang yang bertaqwa di antara rakyatmu, dalam mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi negerimu.
4. Tidak ada kebaikan apapun dengan berdiam diri dalam masalah pemerintahan atau dalam membicarakan kebodohan.
5. Orang yang takwa adalah yang melakukan kebajikan, yang logikanya lurus, yang pakaiannya bersahaja, yang jalannya sederhana, yang banyak amalnya, dan tidak tergoncang kerana kesulitan.
6. Pilihlah yang terbaik di antara orang-orangmu untuk menegakkan keadilan. Pilihlah orang yang tidak mudah menyerah, yang tenang meski menghadapi kesulitan, orang yang tidak akan terus menerus melakukan perbuatan salah, yang tidak akan berhenti mengejar hak ketika ia mengetahuinya, orang yang hatinya tidak mengenal kerakusan, yang tidak akan terpuaskan dengan sedikitnya penjelasan tanpa mencari pengetahuan yang maksimum, yang paling tabah ketika menghadapi keraguan, yang kejemuannya sedikit dalam meluruskan para penentang, yang paling tabah dalam menuntut kebenaran, yang paling ketat dalam memenuhi keputusan, orang yang tidak terbuai oleh pujuk rayu dan tidak terjerat oleh godaan. Sesungguhnya orang-orang seperti ini amatlah sedikit. (Sumber: Blog Ustaz Musadiq Marhaban)











Cantik? Klik 






Pak Bakaq..
saya setuju ngan Pak bakaq..sikap le merupakan punca kenapa org melayu tidak berjaya dalam bidang apa apa pun...politik,agama,sukan dsb..
Sikap bagi aku merupakan akhlak di dalam islam..teringat aku satu maksud hadis..sesungguhnya nabi muhammmad diutuskan sebagai petunjuk akhlak yang terpuji..
kenapa org melayu islam mempunyai akhlak yang rendah???sesungguhnya kebanyakkan mereka telah terkena penyakit ini..iaitu kasihkan dunia & takut nak mati...mencari habuan dan mengutuk org seolah2 tiada hari pembalasan bagi mereka..pesanan aku kpd hang Pak Bakaq sebagai bloggers berkatalah benar walau sepahit mana sekalipun...PR ke BN ke..yg salah tetap salah...wallahualam.
-tukayah-
Saya setuju benar dengan tajuk yang dipilih. Hakikatnya PAS yg kononnya menentang assabiyah UMNO sebenarnya lebih kuat assabiyahnya. Matlamatnya juga adalah untuk menyelamatkan puak sendiri dan bukannya untuk menegakkan kebenaran seperti yg diwar-warkan. PAS kelihatan begitu lemah bila berhadapan dengan PKR dan DAP, semangat jihadnya hancur luluh, untuk berjihad dengan lidahpun tak berdaya. Jihad PAS hanya untuk menumbangkan UMNO dan BN sahaja.
ALLAHhumma solli 'ala Muhammad wa Aali Muhammad wa 'ajjil farajahum. Takziah untuk semua kaum muslimin khususnya mukminin sempena ulang tahun kewafatan Muhammad al Mustafa saaw dan cucunda tercinta Imam Hassan al Mujtaba as. Salam atasmu wahai Rahmat ALLLAH dan Putra Rahmat ALLAH.KEBENARAN ALLAH DAN PUTRA KEBENARAN ALLAH.
sah....
"membenarkan yang salah semata mata kerana asabiyyah.. baik Pakatan atau Barisan akan menjerumuskan anda ke lubang neraka.." berwaspadalah...panduan hidup kita bukan asabiyyah tetapi Alquran & Sunnah...
pak bakaq, ingatkan hang cuti hari nin?
Salam Pak Bakaq,
Tabib Springgggggg utk Pak Bakaq
wassalam
Salam, Pesan Saidina Abu Bakar x ambil pusing ke Pak Bakaq
Bau macam pengikut Syiah disini.