Sedap!! Klik gambar di atas!

Simpanlah sahaja angan-angan itu - ADUN Behrang

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jamaluddin Mohd Radzi secara sinis berpesan kepada kalangan pimpinan PKR yang telah memasang angan-angan untuk bertanding pada pilihan raya kecil di DUN Behrang agar "simpanlah sahaja angan-angan itu", lapor Agendadaily.

Beliau juga secara rasmi mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas.

Menurut Jamaluddin, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu.

"Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri.

"Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta…Jamal kamu keluarlah," katanya.

Dengan keputusan Jamaluddin itu, kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS Perak kini mempunyai 31 ADUN termasuk ADUN Changkat Jering, Mohd Osman Mohd Jailu yang sehingga belum membuat sebarang keputusan.

Namun Mohd Osman dijangka akan mengikut jejak langkah Jamaluddin. Jika ini berlaku ADUN kerajaan campuran akan tinggal seramai 30 orang BN, 27 orang dan Bebas dua orang.

Berkaitan:

Perak speaker sticks to his guns, Behrang and Changkat Jering are vacant (Suara Keadilan)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. padan muka pkr... lain kali jangan men pilih sebarangan calun...bekas posmen bodoh pun amek... hahahah....

  2. muka posmen pun Najib dok hambat. Apa punya teruk ex-bakal PM ni. Nak tunjuk terror konon. piiiraaah

  3. Muka dia pun muka penyamun....apalah yang boleh diharapkan dari seorang posmen. Kalau mesyuarat ini jenis anggok saja, idea kosong, nak jadi pengerusi....sorilah. Itu pun AMENO nak ambil jugak????

  4. bekas posmen bodoh ni yg korang caj rasuah ni gak nanti masuk umno balik..

  5. Salam!

    Oppsss! jangan pula lupa kalau orang bagi sedekah takkan nak lepas??? hahaha! Bukan senang nak cerdikkan seorang yang sebegitu adanya....

  6. Dia jd calon pun sbb nk glamerje. Tup tup menang lak. Org mcm ni idea zero la. Buat perabis beras je. Piraaaaaaahhhhhh.................

  7. peristiwa ini membawa satu pengajaran yg sangat besar kapada semua pihak samada PKR/PR maupun UMNO/BN.

    pemilihan calun yang akan mewakili suara rakyat perlulah berdasarkan kapada mereka2 yg amanah kapada ALLAH (mesti ada track record) diatas tanggongjawap yg diberikan bukan berdasarkan kpd kemampuan mereka mengampu dan menjilat ketua2 kabilah masing2 samada kabilah UMNO/BN maupun kabilah PAS/PKR/PR.

  8. Posmen ni berangan dia ingat orang mengundi dia, dia tak sedar orang mengundi PAKATAN RAKYAT. Dia tak sedar as far as the speaker Dewan mereka tidak akan dibenarkan memasuki dewan rakyat semasa dewan bersidang akan datang, tunggu dalam jamban sahaja lah posmen.
    ADUN Behrang bolih mimpi buat sementara tapi selepas 48 jam ni dia akan tahu lah nasib mereka.

  9. Woi semua mangkok.Nak kutuk dia ,hampa kutuk la.Tapi jangan kutuk pekerjaan asal dia.
    Ingat posmen macam budak pejabat,kalau posman tak ada,hampa yang setengahnya kerja dengan gomen atau syarikat pun tak rasa nak dapat kerja sekarang.Sebab:Surat tawaran kerja tak sampai.

  10. jabsp,

    Aku tak berani la nak kata apa sebab aku pun kutu tak habis mengaji. Sama ja aku dengan latar belakang pendidikan Jamaluddin.

    Terima kasih la, jabsp!

  11. lebih baik kerajaan pakatan bubarkan dun perak sekarang..

  12. Dalam perniagaan keadaan menang/menang (win/win situation. tetapi politik negeri Perak memilih kedudukan kalah/kalah. PKR hilang dua ADUNnya manakala UMNO/BN hilang kewibawaan dan maruah parti. Angkatan Tentera dan Jabatan Pos Malaysia turut kalah kerana tidak berjaya melahirkan kakitangan yang berwibawa dan amanah.

  13. posmen pencen ciput maa..mane ckup,tu org dh glamer bagi betis nak paha..padan muke,dh tua duit byk2 nk g mane..g haji..hampeh

  14. terbongkar kini...siapa orang yg faks surat perletakan jawatan 2 mangkok tu? "Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri," berang mangkok behrang. hmmm... masaalah dalaman pkr yg kronik. lebih teruk nampaknya dari umno.

  15. jabs..jangan amik hati..posmen lain baguih..BEKAS posmen yang sorang ni jer yang mangkuk

  16. Awat bekas peg askar selalu belot pd perjuangan. Ingat tak dulu Mej (B) Sharif kat perlis. tapi alhamdulillah aku tengok dlm PAS spt setiuasaha JPN PAS Kedah Kapt (B) Zamri Ibrahim. Istiqamah dalam perjuangan. Janganlah ada lagi perangai mat terap yang pencen buat perangai mcm ni lagi

  17. Kan orang PKR tu asal dari UMNO. Perangai UMNO tu depa tak buang....bawa sama ke PKR.

  18. apa la nak jadi kat hangpa ni .. hangpa ingat tak yang hangpa dok puji fauzi muda tapi bila fauzi dok buat Akuan Bersumpah RM5 hangpa senyap balik sebab hangpa untung kat situ ..sebelum tu bukan main baik hangpa tibai dia dengan utang tak bayar la .. tak pandai memimpin la .. macam ini punya orang ada juga ka .. hangpa ni kalau bab nak memburukkan orang memang hangpa no 1

  19. hahahahahahaha..... gua memang gelak pasai isu perak nie... Bukan apa.. memang la negeri gua.. cuma....

    cuma apa aaa..... cuma... orang tua-tua ader cakap.. kalau dah mangkuk tue... mangkuk juga... tak akan menjadi pinggan.... hahahaha

  20. Pak Bakaq,

    Pada pandangan aku, kelulusan tinggi atau jawatan tinggi sebelum masuk politik tu tak menjadi hal sebab manusia ni menimba ilmu dan pengalaman setiap hari dari apa yang berlaku di sekeliling mereka dan berita dari serata dunia.

    Inilah yang menjadikan mereka matang dalam mengambil tindakan. Bagaimanpun dengan siapa mereka bercampur setiap hari tu yang penting dalam membentuk peribadi mereka dan cara mereka mengambil pendekatan membuat sesuatu keputusan. Anyway kalau ada kelulusan tu kira ada kelebihan sedikit, tapi kalau tak dikembangkan pun tak guna.

    Contoh:Dua orang office boy - seorang bekerja direct di office CEO dan seorang lagi bekerja di pejabat pentadbiran am, walau pun jawatannya sama tapi cara bekerja dan tindakan mereka pasti berbeza. Ini pasti akan mempengaruhi cara mereka bergaul dan membuat keputusan.

    Begitu juga mereka yang berhempas-pulas dalam politik, pendekatan dan tindakan dalam PAS, PKR, DAP dan parti2 komponen BN pasti berbeza-beza.

    Untuk kes Adun Behrang ni, sejak dua tiga bulan lepas dengan siapa yang dia rapat dan bergaul... rakan-rakan dalam PKR dan BR atau dengan agen-agen UMNO/BN?

  21. pkr ngan umno 2x5 jee, masing-masing giler pangkat, baik hangpa semua masuk pas, cool je aku pun dah tak larat dok dalam umno - pening

  22. RM50 juta beb......sape tak mau......bleh tmbah bini bnyk2......kira bijak juga mamat 2 org niii

  23. kalo di sabitkan dengan kesalahan rasuah & masuk penjara nnt behrang ngan changkat jering kena wat pilihanraya kecil gak...tak tahu la kalo depa boleh terlepas dari kes tersebut..kot ada tangan2 ghaib tolong depa pasal kluar pakatan rakyat... sebab tu la jamal rasa tiada sapa yang boleh bertanding kat tmpt dia...walau pun begitu hendaklah jamal ni ingat bahawa kekuasaan yang ada padanya tidak akan kekal selamanya..jangan le angkuh sangat!!!

  24. adun behrang : simpan je la angan angan ko tu nak dapt pencen YB...tak lama lagi dun perak nak bubar

  25. Salam bang bakar.
    satu lagi isu yg nak diketengahkan mlm tadi. Taktau la pulak respon UMNO, kita tunggu berita mlm ni. Isu bersekedudukan. Exco berkenaan ialah YB Arumugam. Aku berani sebut sebab cerita ni dah lama aku tau. Tapi ada pihak yg kata 'isteri' beliau itu adalah adik iparnya iaitu adik isterinya yg lalu. Ada juga yg kata depa tak boleh kawin lebih dari satu, maka beliau kawin lari dan tak daftar. Aku kenal belaiu sebelum beliau jadi YB sebab jarak rumah beliau diambangan heigh dgn tempat kami main takraw hanya 6 meter. Lagipun kami selalu beli makanan ringan kat rmah beliau yg dijadikan premis jualan makanan ringan untuk kanak2 yg main kat playground belakang gelanggang takraw. Anak beliau jadi tukang kutip bola takraw yg melantun.

    Jgn pula bang bakar kata. "Mad..hang ni pandai2 pulak. Hang tu org Baling" memang akui aku orang Baling, tapi aku kerja di Merbok, dok di Bedong, main takraw di ambangan height jln ke bukit selambau tu.

  26. samada PKR yang kenakan Jamaludin ataupun Jamaludin yang kenakan PKR.tapi Jamaludin kena ingat yang kes rasuah dia masih belum selesai dan bakal dibicarakan di Mahkahmah.andai kata dia didapati bersalah,mungkin pilihanraya kecil akan diadakan sebab dia dah tak layak untuk menjadi wakil rakyat.

  27. kes rasuah yang dikenakan kepada kedua2 ADUN ini akan lepas punya..tak kan tak boleh bereskan..ada ubi ada batas..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008