Sedap!! Klik gambar di atas!

Saya tak nak samseng kurang ajar jadi PM

Menurut Malaysiakini, ketika bercakap kepada para pemberita, Menteri Besar Perak Haji Mohammad Nizar Jamaluddin memberitahu bahawa keluarga Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim memberitahu bahawa Nasarudin "diculik ketika dalam perjalanan ke Ipoh dari Kuala Lumpur"

Mohamad Nizar memberitahu, beliau menerima panggilan telefon dari isteri Nasarudin yang memberitahu bahawa suaminya dibawa ke kediaman rasmi bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya.

"Beliau (isteri Nasarudin) berkata bahawa Nasarudin diminta oleh mereka yang menyekat beliau ketika dalam perjalanan pulang ke Ipoh itu bahawa Raja Muda mahu menemuinya," kataanya.

Ketika sidang akhbar Najib, Nasarudin menafikan apa yang diceritakan oleh Mohamad Nizar itu.

Saya juga berharap perkara itu tidak benar. Jika benar, negara ini akan diperintah oleh seorang samseng yang menggunakan taktik paksaan dan ugutan untuk memuaskan kehendaknya.

Saya teringat cerita naqib saya ketika dalam usrah Abim dahulu (saya keluar Abim bila Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelanak masuk Umno. Anwar ka, Abim ka, dua-dua aku meluat lepas tu). Naqib saya itu yang kemudiannya mengetuai salah sebuah badan di bawah Kementerian Pendidikan memberitahu, beliau pernah menerima panggilan telefon dari Najib yang memaki-makinya. "Najib jenis tu," katanya.

Naqib saya itu mungkin tidak disukai kerana, apabila Datin Seri Rosmah Mansor mengekor Najib dalam lawatan ke luar negara, tak pernah walau pun sekali dia menegur sapa Rosmah. Saya percaya beliau benci sangat kat isteri Najib tu. Pegawai lain, ada yang siap tolong angkat beg lagi.

Saya juga mengharapkan cerita naqib saya itu tidak benar. Jika benar, apa jenis manusia yang akan jadi Perdana Menteri negara ini?!!

Saya tetap berharap semua cerita di atas tak benar kerana saya tak mau samseng yang kurang ajaq menjadi Perdana Menteri negara ini.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam,
    Apa la hang ni bakaq, pelan dok mengarut. Ni hang dok spin ka atau cuba ubah topik. Cukuplah dok cari keburukan orang dengan dok selak kain-kain buruk lama depa. Dulu seronok dok baca blog hang pasai ada fakta tapi lani dah menyimpang.

  2. ko tak suka tp org pekan sayangkan najib bagai nak rak. apa criter????

  3. Assalammualaikum,

    Saya merasa amat sedih perkara ini berlaku... Walaupun saya penyokong PAS tetapi saya sama sekali tidak menyokong Anwar AL-Munafik menjadi pemimpin Pakatan.....Sepatutnya Pemimpin PAS yang memimpin Pakatan Rakyat dan bukanya ANwar yang beracuankan UMNO...

    Bukankan ANwar yang memulakan semua ini sejak 8Mac dengan angkuh mengatakan bahawa ramai MP BN bersedia untuk "lompat" ke pakatan Rakyat dan beliau akan menjadi PM...dengan angkuh mengatakan bahawa " the numbers of MPs who will joining PR are increasing by hours"......begitulah kenyataan angkuh seorang Munafik.(Sifat munafik...bila bercakap..berbohong....bila berjanji mungkiri)

    Disebabkan ANwarlah kekacauan dan PAS hilang jawatan MB di Perak,kerana sikap tamak PKR yang ingin memandapat lebih ramai ADUN agar PKR dapat menngawal kerajaan Perak....10 hari lepas PKR ketawa besar atas 'lompatan" ADUN BOTA...dan mengatakan ramai lagi akan mengikut......

    Allah Maha Berkuasa...sifat angkuh dan bongkak Anwar dan PKR hanya terkubur.....tahun 2004 Kerajaan PAS kelantan hanya mempunyai 1 kelebihan kerusi ADUN sahajas..tetapi Allhamdullilah dengan bantuan dan izin Allah Swt PAS berjaya memerintah Kelantan dengan jayanya tanpa krisis seperti ini....Kerana di Kelantan PKR tak ada suara...maka aman dan berkatlah permerintahan PAS......

    ANwar memulakan ini semua...org lompat ke PKR dia bersorak....PKR lompat keluar dia kata tak etika....Disebabkan ANwar AL-Munafik maka ia membawa padah kepada PAS......

    Yang Pasti..DAP yang paling kecewa dan Hampa.......Mungkin Allah telah memberi peluang kepada kita suntuk memerintah Perak....Tetapi adalah kita telah berjaya mengangkat mertabat dan seruan Islam di Perak.

    Walauapa pun parti dan perasaan kebencian yang wujud....tetapi bersatulah demi Agama Islam dan Umat Melayu......."Sekiranya kamu berpecah belah maka kembalilah ke tali Allah"

  4. Salam bang bakaq, bang bakar dan anak2.
    Pukeymakdia punya najib. Aku rasa mereka2 'itu' yg masih percaya pada agama mereka maka 3 dun yang berulang alik BN-PR-BN tu takkan buat kelaku. Kalau pun rukun lain tak melibatkan duit yg banyak dan rukun yg ketat, tapi soal rukun yg ke 5 iaitu haji di baitullah adalah pelengkapnya. Kalaulah ditakdirkan mereka2 ini satu hari nanti tak lagi jadi adun, bukan lagi org politik tapi ahli perniagaan yg berjaya dan solehah lagi dan sampai seru pulak tu nak pegi haji, apakah kesenangan dan kemewahan dan menjadikan mekah sebagai distinasi utama itu mendapat berkat. Adakah haji itu boleh dikategorikan sebagai mabrur. Semua org nampak, semua org akui bahawa mereka2 itu ahli perniagaan kini, duit yg mereka berniaga secara sah dan kategori sebagi hasil halal sehalalnya. Tapi lupakah beliau sumber asas yg membuat beliau boleh bertapak dlm perniagaan itu selepas berundur dari politk adakah dijamin bersih.
    Atau dari sisa2 saham penjualan maruah satu ketika dahulu..

  5. Jika tak jadi bubar DUN, pastu katalah BN jadi perintah. Esok lusa, katalah ada yang kecewa dgn BN - tak dpt jadi exco atau MB, beralih angin pula ke PR, tukar MB lagi.
    Tu baru syok. 3 bulan sekali tukar MB dan Exco.
    Time MB BN, curilah harta Perak banyak2, buat hutang banyak2, pastu, time MB PR, bayar2 lah utang tu.
    LU FIKIRLAH SENDIRI

  6. pak bakaq, sapa yg layak bagi hang menjadi pm. anwar hang kata "Anwar ka, Abim ka, dua-dua aku meluat...". najib pula hang cuba gambarkan secara tak langsung sebagai "samseng yang kurang ajaq". hahaha... takkan hadi kut?

  7. Salam..
    Bolehkah pemimpin PAS menjadi Ketua PR..mahu ker DAP dengar cakap PAS...Angkuh ker Anwar jika di bandingkan dengan pemimpin2 BN..sapa lebih munafik Anwar ker Najib..sapa yang tak gembira jika ada adun yang memasuki kerajaan negeri PR..Perjalanan politik PKR masih panjang..insiden yang berlaku di Perak merupakan pengajaran yang baik untuk parti itu dan semua parti dalam PR..aku bukan le penyokong Anwar tetapi kita mesti membuat pertimbangan yang adil untuk dia...jgn asyik tengok buruk orang sahaja...walaupun insiden di perak dirasakan buruk oleh PR tetapi ketahuilah mesti ada hikmah di sebalik kejadian tersebut...wallahualam..

  8. Usahlah ulas cara terbalik,cakap aje terus terang dengan bukti yang ada.Telah banyak sejarah yang hampir sama.Najib ni memang pandai guna proksi dalam banyak hal.Dah beberapa ekor kambing hitam disembelehnya.

    Sekarang jelas ahli politik pada masa ini bukanlah pejuang tetapi adalah katak-katak yang akan melompat dimana tempat yang serangga.Apa diharap kepada katak-katak.Bila disatu tempat mereka menyanyi tetapi hujan tak turun,maka melompatlah dia ketempat lain dan menyanyi lagi.... begitulah seterusnya.Oleh itu bagi orang Perak(khasnya) jangan pilih katak sebagai pemimpin anda.

  9. asah kalau 4 adun tu sokong PAS&PKR dikatakan mendapat hidayah, hijrah dari kufar ke kebenaran. Tapi kalau masuk je umno & bn kata dpt duit, dan jahat balik. apa benda bebbb....Sapa yg ajar ko politik mcm nih...anwar brahim??? sesuka ko aje mengata org, fitnah sesuka ati..... jahanam m'sia mcm ni kalau seme org berfikiran mcm ko.

    peon pencen.

  10. Semakin jelas kebanyakan ahli parti politik di negara ini adalah BUKAN PEJUANG,mereka adalah katak-katak yang akan melompat mencari tempat yang lebih banyak serangga untuk di telan kedalam perut mereka yang sememang telah buncit.

    Semua pemimpin parti politik ini adalah tiada PENDIRIAN PERJUANGAN.Apabila Katak Nasharudin lompat,maka Abdullah badawi kata ia mempunyai perjuangan yang lemah dan ada desakan supaya letak jawatan kerana mensiakan undi rakyat,bila Katak-katak PKR lompat kedalam kumpulannya tak pulak cakap macan tu...maka berkata lah Najib mereka memberi sokongan kepada gerombolannya untuk tubuh kerajaan.Kita lihat ditakdirkan Najib tak jadi PM...maka haruslah dia akan jadi katak juga.

  11. org yang paling layak utk menjadi PM ialah org yang paling amanah,tak berapa pandai sgt pun,tak pa,hampa agak sapa,bagi aku,TGNA.

  12. Ha ha ha ,,,, pandai la buat cerita... mengucap kawan... fitnah org besar dosa...

  13. Maka berpalulah gendang, bersorak sorailah rakyat jelata Perak Darul Ridzuan (DR) sebaik saja Najib keluar dari Istana Kinta, kerana apa?

    Kerana tertubuhnya sebuah kerajaan baru yang bernama Perak Darul Rasuah (DR) atas tajaan seorang Pemimpin Bapak Rasuah!

    Alkisah tertutuplah mulut-mulut pegawai-pegawai SPRM yang selama ini berbuih-buih mengatakan kerja mereka telus. Rupa2nya tak bertelur!

    http://tokperan.blogspot.com

  14. Assalammualaikum,

    Ok juga Orang Islam jadi MB dan dikawal olah orang islam....Daripada Orang ISlam Jadi MB tapi dikawal selia oleh Kafir DAP & Geng....

    Walausebagaimana kita benci UMNO dan BN...tetapi fikirlah dengan hati terbuka dan waras...bahawa apa guna PR menjadi MB tapi agama & tanah tergadai....Dalam PR yg paling berkuasa adalah DAP Laknattuallah....Walau saya tidak mengundi BN dalam pilihanraya lepas namum dalam 10 bulan lepas saya sedar bahawa PR didokong kuat oleh DAP Laknattuaalah....

    Biarpun saya sedih pemimpin Pas saya tumbang...tapi saya bersyukur sekurang-kurangnya yang berkuasa adalah seagama dan sebangsa dengan saya.....Asalkan janganlah DAP laknatuallah.

    Renungkan lah

  15. sungguh aku tak faham!
    pada waktu kita semua sepatutnya bersatu and sama2 cari jalan untuk menangani kemelut krisis ekonomi yang dah tentu mengganggu periuk nasik anak bangsa kita juga..pemimpin2 kita yang 'kunun'nya bakal jadik PM la..ADUN2 yang tak sedar di untung tu..dok sibuk nak ambil alih kuasa kat Perak pulak.
    apa untungnya berebut kerajaan yang dah pun tertubuh kalau rakyat keseluruhannya menderita akibat bahang krisis ekonomi dunia. kita sepatutnya cari jalan macam mana nak stabilkan ekonomi, kuasa membeli rakyat dipulihkan, pekerjaan terutama di sektor awasta dan perkilangan di selamatkan..bukannya dok bertelagah "BN naik ka..PR naik ka.."

    macam ni ke pemimpin yang nak jaga kepentingan rakyat? menggelabah tak tentu pasal! dok jaga kepentingan sendiri adala!

    malu sungguh melihat Melayu ku begini....

  16. bakaq,

    hang ni tak habih2 dok dengki dgn anwar knp?! cum-on la bakaq..gentle la sikit.

    hang dok seronok diri mcm hang tu baik!!

  17. Salam semua.

    Kalu tak mau penjenayah, perogol, penyamun, samseng jadi PM, jom ler kita pakat
    ramai-ramai sembahyang hajat mintak tolong pada ALLAH SWT, supaya specis ini
    dihancurkan dari muka bumi kita. Depa ingat, depa yang lebih berkuasa agaknya.

    Pada raja-raja serta sultan-sultan, jangat lupa hangpa juga akan disoal diakhirat kelak, terhadap apa yang hangpa buat pada rakyat didunia ini.

    Beringatlah wahai orang-orang besar (ramai sangat yg pangkat besar, susah nak sebut).

    Ya Allah! Selamtkanlah kami hamba-Mu daripada specis durjana didunia ini, Amin.

  18. BODOH sape kata PR ditunggangi DAP..Habis tu UMNO tak jadi lembu dicucuk hidung MCA, MIC? bangang!

    Dasar sape kata PAS ditunggangi DAP tu dasar bangsat. UMNO dicucuk hidung MCA MIC tak bising pulak?

    Habis tu UMNO rampas biasiswa Melayu sbb atas desakkan MCA MIC, ada sapa bising? PAK BAKAQ pn sunyi sepi juga

  19. Pak Bakaq...hang suka ka tak suka ka...samseng tetap akan jadi PM dengan izin Allah...bersedia jelah rakyat untuk diganyang...

  20. Hadapilah Perjuangan Pada Hari Ini Tanpa Keresahan, Tanpa Kesedihan, Tanpa Kelemahan, Tanpa Kekecewaan Dan Tanpa Kebencian




    "Ingatlah berjuang di jalan Allah memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tidak ada batasnya

    http://wwwpkmdunbota.blogspot.com

  21. "Ingatlah berjuang di jalan Allah memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tidak ada batasnya

    Hadapilah Perjuangan Pada Hari Ini Tanpa Keresahan, Tanpa Kesedihan, Tanpa Kelemahan, Tanpa Kekecewaan Dan Tanpa Kebencian

    http://wwwpkmdunbota.blogspot.com

  22. Siapa kawal Perak....Sejak bila DAP dengar cakap PAS??? DAP tu kafir harbi...lebih baik berkawan dengan penyamun dari si kafir DAP harbi...Maaf jika ada yang berfikir dan beritikad bahawa berkerjasama dengan DAP kafir harbi adalah lebih mulia disisi ALLAH dari berkerjasama dengan saudara seislam yang mengucap shahadah....(Bukankah pemimpin PAS pernah mengeluarkan fatwa jika kita mengundi pemimpin yang kafir maka kafirlah kita)...atau fatwa berubah mengikut kepentingan politik)

    Sejak bila DAP bersetuju dengan bantuan kepada Islam/Melayu?
    Lihat diPulau Pinang?Dulu Melayu tersungkur sekarang terterap? ada DAP dengar cakap PAS di Pulau Pinang.
    DI Selangor Ahli DAP yang meminta supaya kerajaan Negeri dihentikan lesen loteri menerima amaran dari Pemimpin DAP? Ada pernah PAS berani minta lesen loteri dikurangkan atau dihentikan? Rasa-rasanya DAP nak kata ok ke? So apa bezanya PAS & BN...2x5....Alangkah bahagianya Jika PAS berpegang kepada prinsip perjuangan yang sebenar dan bukannya menjadi kuda tunggangan DAP & PKR..PAS mampu berdiri sendiri!

    Tendang keluar DAP & PKR....Berjuang tegakkan Islam...Apa gunanya ada jawatan tapi perjuangan parti diketepikan demi Jawatan...

    Fisabililah.......jangan sekali kali bertuankan ANwar Munafik.

    -Penyokong kecil PARTI ISLAM SEMALAYSIA-

  23. -Penyokong kecil PARTI ISLAM SEMALAYSIA-
    kalo DAP tu kafir harbi apa pulak MCA & MIC..napa nak biar BN memerintah perak ngan kafir Harbi...sebab tu le ko jadi penyokong kecil PAS pasal x dapat tengok gambaran yang lebih besar yang direncana oleh pemimpin atasan PAS...maaf kalo terasa tapi itu le hakikatnya!!

  24. Kalau tak boleh bertuankan Anwar yang dukatakan munafik, Najib tu apa pulak.Menyokong PR rasanya jauh lebih baik drpd menyokong BN yang terang2 membawa kehancuran dan kesusahan kepada rakyat malah agama Islam.Nabi kita dulu bekerjasama dengan orang kafir dalam usaha menegak dan menyebarkan Islam. Tgk saja di Kelantan, Tuan Guru merupakan contoh yang baik.Rakyat Kelantan dapat hidup dengan aman damai kecuali ada campurtangan daripada orang BN keparat.

  25. Masalah bukan terletak pada bangsa dan agama...siapa boleh nak tentukan kemuliaan seseorang di sisi Tuhan??Itu jawab sendiri kemudian hari. Tak ada agama yang suruh buat jahat. Yang buruk ialah perangai...yang busuk ialah hati..malaysia memang tiada pemimpin yang betul2 boleh jadi pemimpin...yelah...jawatan dan negara ni kan semua harta pusaka depa..moyang turun kat tok wan...tok wan turun kat bapa...bapa turun kat anak...mungkin kita memang kena tukarkan semua pemimpin sekarang...bagi generasi baru pegang...buang semua acuan lama....letih dengar cerita politik Malaysia ni...aku cuma doakan kebenaran akan menjelma...yang bersalah dihukum...

  26. Aku rasa Bakaq ni pun dan kena beli. Kira borong sekal dgn teloq. Atau diperas ugut oleh PKR atau PAS atau DAP.

  27. kalau umno ada iagi malaysia akan hancau punya
    umno lansung tak jaga rakyat
    kalau umno tak ada wang rakyat yang di sedut hingga kering
    kalau rakyat tak ada wang seruh cari sendiri atau rompak

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008