Saya penyokong dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Nak marah, marahlah. Awal tahun lapan puluhan dulu, saya baca buku "Jihad - A Ground Plan". Walaupun saya tak minat langsung penulisnya, tapi apa dia cakap tu betul. Betul dia kata, dunia akan dikuasai oleh multinational atau transnational corporations. Untuk pengenalan bagi yang tak berapa ketahwan lagi darat dengan laut, harap baca ulasan buku The End of the Nation-State: the Rise of Regional Economies oleh Kenichi Ohmae di sini.
Buruknya diri saya ialah saya menyampah sungguh dengan istilah-istilah sains dan matematik dalam Bahasa Melayu yang entah apa-apa. Masa anak saya yang nombor satu dan dua di sekolah rendah dan saya nak tolong bantu depa, last-last aku surrender sebab dok tergelak tak habis-habis kat istilah-istilah tu. Kesian kat orang rumah, dia la dok kena pulun.
Walaupun begitu, bila teringat ramai anak Melayu yang tergagau-gagau nak belajar sains dan matematik dalam bahasa Mat Salon dan bila teringat ramai cik gu-cik gu Melayu yang terkulat-kulat macam kucing basah nak ajar sains dan matematik dalam bahasa Mat Salon, saya beralah.
Orang rumah saya ajar sempoa atau depa panggil mental aritmetik. Bila gomen kuatkuasakan PPSMI, terpaksalah dia ajar dalam Bahasa Inggeris. Mula-mula tu, dia tidak rasa berpijak atas bumi Kuala Lumpur atau Selangor. Cik gu naik Rusa tesosek jalan, budak-budak naik penyu pi mana-mana ntah.
Akhirnya Norhayati isteri Mustafa Pak Rahman jumpa dan ajar kaedah mengajar, barulah cik gu-cik gu yang mabuk angin baru tu terjumpa jalan nak berkayuh. La ni tak kayuh dah, masuk gear tekan minyak dah boleh pi rata-rata dah. Kadang-kadang tu sampai jenuh aku dok merungut kat budak-budak, "mana la mak hampa ni tak balik-balik lagi ni". Tambah-tambah kalau isteri Mustafa tu dok gebang kat depa fasal Seven Habits la, ESQ la, habis ternganga mulut depa punya la jakun. Aku pulak yang berkulat dok tunggu di rumah.
Melalut dah ni. Balik cerita PPSMI tadi.
Kalau ikut pengalaman kontot orang rumah saya, apa yang penting ialah kaedah mengajar. Mana la saya tau PPSMI tu digandingkan dengan kaedah mengajar atau tidak. Kalau nak bagi kaedah kat cik gu-cik gu pun macam kura-kura makan angin punya la lama, alamat lingkup la anak bangsa aku.
Tu sebab yang kena ada second thought fasal PPSMI tu. Pi la baca blog Prof Dr Abdullah Hassan.
Semalam ada tunjuk perasaan penentang PPSMI. Saya mintak maaf kepada semua. Tak dan nak pi. Sehari dua ni tak berani aku nak jumpak Abang Din (Dinsman). Kalau Kak Ainon isteri Prof Dr Abdullah kebetulan terbaca posting ni, saya mintak maaf banyak-banyak. Saya hormat kat dia. Tabik-tabik! Saya tak dan pi.
Sedih aku tengok. Last-last Malaysiakini lapor:
Program yang kelihatan tidak tersusun itu menyebabkan orang ramai yang hadir terpinga-pinga dan tidak terarah, termasuk wartawan yang berkeliaran mendapat komen daripada beberapa tokoh yang hadir.Saya tak nak kata apa dan saya sungguh-sungguh mohon maaf.
Dalam masa yang sama, kita-kira 30 polis berpakaian seragam cuba menyuraikan keadaan.
Kumpulan tokoh bahasa dan sastera itu kemudiannya hanya duduk di sebuah restoran di hadapan kompleks berkenaan (lihat gambar dalam blog Prof Dr Abdullah di sini dan salah satu darinya saya copy and paste tanpa izin di bawah. Harap Prof tolong maafkan saya).
Berkaitan:
Mengajar sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (Tun Dr Mahathir Mohamad)











Cantik? Klik 






ppsmi is good for the children and the country.the problem lies in the implementation or more specifically the teaching method.
The govt spent money on multimedia teaching methods which used interactive cd .the learning of basic concept could be understood even without a word is spoken.the language is then used to explain of the terms and explains of what already understood.
But sadly the teacher in schools are NOT TRULY believes in this methodology and they hardly used it.the laptop end up at theacher house.
check with my children they hardly used may be once a month.
Children at primary level need to fully understand the basic concept of science and mathematics and not to solve the language puzzle out of mathematic subject.
malaysia neeeds better teacher with better pay.
potential teacher MUST be selected to enter teacher training college or univercity direct after they left school with a special aptitude test.abolish train graduate to become teacher after they cant find other job.this is the SICK of our education system.
Just imagine that my standard 4 kid can solve the distance (km,m cm,mm)conversion problem but cannot tell how long is one meter.
the children just memories the conversion formula but are teach what its supposed to means in real life.
IN short we need better teacher and teaching method and independent body to check the implementation is on track.
Bakaq,
Aku pun tengah penin kepala tentang PPSMI nih! Dah lebih 6 tahun baru ada pejuang bahasa nak membantah. Dulu masa baru2 dilancarkan pasai apa mereka tak mau tegah sungguh2!
La dah kena himpit ke penjuru baru nak membingkas. Undertaker kalu kedudukan macam nih dia mana bagi chan dah!
Tu la org politik dah lama hingsk, masa tu depa buat do no aja!
Saya tak faham depa yg heboh2 pasal PPSMI. Budak kampung (luar bandar) tak lepas periksa, salahkan PPSMI.
Saya duduk kampung. Anak2 sini mak bapa bagi dua pilihan: duduk rumah baca buku, atau, nah ambik kunci pi main naik motor. Agak2 mana yg budak2 tu pilih?
Okey, kita buang PPSMI sebab takut anak2 melayu ketinggalan berbanding anak2 bukan melayu. Agak2 lepas tu, anak2 melayu ada inisiatif ke tidak belajar BI? Dalam masa sama anak2 bukan melayu akan terus dpt sokongan mak bapa depa utk belajar BI. Keluar universiti: anak melayu lulus cukup makan sebab tak pandai BI - tak boleh buat kajian dan rujukan mendalam kerana ilmu2 banyaknya terdapat dalam BI. Anak2 bukan melayu pun lulus - dengan kepujian. Depa pandai BI - banyak rujukan dan kajian 'at their fingertips'. Kemudian pi interbiu kerja. Agak2 anak2 mana yg akan dapat kerja?
PPSMI bunuh Bahasa Ibunda?
Tu... yang atur demo cara gitu2 je. Last-last duduk borak kat kedai kopi (get it? Dok kat kedau kopi). Agak2 org respek ke buat kerja mcm tu? Jika org luar sinonimkan (pinjam sat Bahasa Orang Putih) 'Pejuang2 Bangsa' ini dgn 'Kemartabatan Bahasa' - agak2 kat mana orang letak Bahasa tersebut.
Sedih.
Bakaq!
Isu PPSMI ini lebih besarnya ialah pencabulan Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia oleh Kerajaan BN. Jika Kerajaan BN boleh cabul Perlembagaan Malaysia, satu hari terdekat nanti jangan pula nak ISAkan mereka yang melanggar Perlembagaan tersebut!
Kita nak beritahu Kerajaan BN, Jangan tendang dinding depan anak, nanti anak-anak bakar rumah!
Isu PPSMI ialah isu krisis Perlembagaan sekarang ini.
Bro, PPSMI dah lama la orang (cendekiawan yang faham tentang implikasinya tentang) aku masih ingat lagi masa aku jumpa kekawan PTD aku di MoE dulu.
Hang kalu tak reti hujung pangkal jangan cakap la. Apa pon yang hang buat siapa yang tau jika takde promotion dan sebagainya dari MSM. Tapi yang MSM bagi coverage yang itu le meletup semua orang tau.
Apala cakap tak pakai akai ka?
Karl
Ada setengah orang mudah menerima perubahan, ada setengah tu memang susah nak berubah. Tapi kalau perubahan itu boleh memberi kebaikan, tidak salah untuk berubah.
salam pak bakaq,
saya hanya nak beri sedikit komen,kalu pak bakaq tah setuju terpulanglah..walaupun saya tak berapa setuju sangat syeikh muzaffar pergi ke angkasa,tapi nak bagitau kat sini dia naik atas sana ada kene blaja bahasa inggeris ke?di kena blaja bahasa russia adalah..
lagi satu,pak bakaq puji erdogan sebab berjaya memaki hamun shmon peres,dia cakap bahasa inggeris ke?dia cakap bahasa turkey..jadi maknanya nak pandai tak semestinya perlu guna bahasa inggeris..
bini aku cikgu, ajar math kat sek men diselangor dia kata banyak masalah PPMSI ni,pelajar kena belajar 2 perkara dalam satu masa.math dahlah susah nak faham, manalagi nak faham english,bini aku amat bantah PPSMI.dia rela hilang elaun 5% drp dasar ini diteruskan,dia juga heran bagaimana pelajar beliau yang hanya dapat 30%-40% markah math setiap kali peperiksaan boleh dapat A dalam PMR.bakaq hang takdak anak yang terlibat dlm PPSMI kut!.
Salam blogger abang bakaq orang kampungku,
Aku pun serupa hang juga, tak sokong SC dan Math dalam bahasa melayu. kesian kat budak2 bila masuk U depa jadi pening. kena belajar lain tu pun dok eja salah. Tropical dok silap jadi tropikal.
DBP pun nak tunjuk pandai.bubuh Maun kepada binatang makan daun, Maging kepada binatang makan daging dan Maserba kepada yang makan serba serbi,, lucu sungguh,,,,elok dah la Tun arahkan buat PPSMI tu,,,,yang DBP dok sibuk buat apa..kerja DBP pun bnyak tak selesai lagi..
Orang tua-tua yang dok DBP tu ramai yang mengaji Orang Putih depa tau apa susah payah nya budak mengaji melayu dalam dulu...
Pejuang bahasa tu bukan jahil BI cuma depa tak mahu kita jadi pak turut bodoh macam sapi yang ditarik hidung--TURUT aje apa yang orang sumbat walaupun tak betul dari segi prinsip!
Cendekiawan tu bimbang anak-anak kita yang TAK CEKAP BI jadi lebih parah lagi bila SAINS MATEMATIK STATISTIK EKONOMI AKAUN diajar dalam BI.
Dulu bodoh BI, sekarang bodoh belaka pelajaran yang bukan BI kerana mereka diajar dalam BI. Puas hati ke, bodoh banyak disiplin ilmu?
Ubahlah cara pengajaran BI supaya kita pandai bahasa tu. Ini sakit perut bagi ubat bontot, apa ke hal nya?
orang melayu ni lebih sombong dari bodohnya. bodohnya banyak, sombongnya lebih la banyak. sebab bodoh dan sombong maka wujudnya PPSMI ni.
tak belajar sejarah dunia ka? jepun, perancis, jerman, rusia... depa tu maju sebab pakai PPSMI ka?
lagi satu, sejarah negara kita yang pernah gemilang waktu kesultanan melayu melaka, depa pakai PPSMI ka? malah bahasa melayu jadi lingua franca pada waktu tu?
aku bukan tak setuju kita belajar dan fasih berbahasa inggeris, tapi PPSMI ni memang bodoh la. kalau tak bodoh, bangang la ni. omputih cakap stupid!
Saya ada menerangkan mengapa saya ajak para pejuang bahasa itu duduk minum kopi.
Baca dalam blog saya http://universitipts.com
encik bakar, istilah-istilah sains dan matematik dlm bahasa melayu mungkin tak diterima anda, tapi bukan bermakna istilah yg wujud dari penterjemahan itu tak perlu. bangsa inggeris pun menterjemah sesuatu perkataan sesuai dgn sebutan lidah mereka. byk istilah dari bahasa lain mereka terjemahkan. malah nama pun mereka sebut ikut sedap lidah mereka. ibnu sina jadi avicenna. sepatutnya anda menyokong peristilahan dlm bahasa melayu. sepelik manapun perkataan, jika ia selalu digunakan akan jadi biasa juga. kalau anda tengok indonesia, begitu byk bahasa inggeris yg diindonesiakan. begitulah cara mereka mensebatikan ilmu kepada masyarakat. di sini kita masih terkawal peminjaman kata asing terutama dari bahasa inggeris. mengenai istilah maun, maging dan maserba yg dipertikaikan(oleh seseorg di atas), itu berlaku semasa proses awal penterjemahan ilmu sains. biasalah. mula2 kena merangkak dulu. tak salah pun istilah tu sebenarnya. tapi sekarang kita tak pakai istilah tu. selagi kita curiga terhadap kemampuan bahasa melayu dlm bidang sains dan matematik, beginilah jadinya. dbp dipersalahkan. buat kerja salah, tak buat kerja pun salah. bagaimana kita hendak menyebarkan sains dan matematik dlm masyarakat jika ia hanya dlm bahasa inggeris. bukan semua kita akan jadi ahli matematik atau sains. tetapi kita semua berhak mendapat ilmu tersebut secara tak langsung. bagaimana para cerdik pandai sains dan matematik hendak menerangkan ilmu mereka pada masyarakat kelak? adakah kita beranggapan ilmu sains dan matematik hanya ada di kelas2 atau dewan kuliah semata2? sekarang masih ada artikel tentang kesihatan dan yg berkaitan sains dan matematik dlm bm.masih ada di akhbar2. bagaimana artikel tersebut boleh wujud tanpa bantuan penterjemahan istilah ke bahasa melayu. wbagaimanapun, jika ppsmi diteruskan dan masyarakat tentu semakin tidak menerima istilah2 terjemahan dlm bm, maka ilmu sains dan matematik menjadi monopoli bagi mereka yg benar2 fasih dlm bi sahaja. memang tiada demokrasi pendidikanlah dlm bangsa kita.
awat la dok kalut pasal PPSMI ni..perubahan mestila susah mula2..cuba pikir untuk 10 tahun kedepan masalah skang ni tentang pemahaman BI mungkin tiada lagi atau sudah kurang...kalo tetiba kerajaan nak suruh rakyat belajar math dan sains dalam bahasa arab,china pun aku setuju....
Bakaq-bakaq,
Awat hang benak sangat. Kalau hang sakit jantung, hang makanlah ubat sakit jantung bukannya pi telan ubat sakit kepala.
Hang sendiri pernah belajaq Maths/Sains atau tak? Maths/Sains perlukan pemahaman KONSEP, cuba terangkan hang nak cerita KONSEP guna bahasa apa pada budak-budak yang tak pandai BI.
Macam hang belajaq tajwid la Bakaq oii, kalau Ustaz/Ustazah hang dok cakap ARAB cerita pasai hukum tajwid, sampai tua renta pun hang tak akan pandai baca Al-Quran dengan betui!
Nak pandai BI, tambah kelas BI, ubah silibus, ada kelas bahasa bukannya buat Maths/Sains dalam BI. Itu BODOH, STUPID, STUPIDO!
cuba baca ni
http://universitipts.com/index.php/site/comments/pencapaian/
pada kutucyber..jangan cakap je pandai..
hang xsekolah memangla xtau cane kalau kena belajar sc n math kat uni dlm BI...
nk ckp pon kena la relevant...
xkan la belajar sc n math leh smp lupa bahasa ibunda..tu sume golongan org tolak kemajuan..kutucyber, hang la BODOH, STUPID, STUPIDO!
Tak belajar sains dekat UNI? Aku buat Ijazah KIMIA di UM, graduate 96. Tak pernah fail dalam exam,repeat dan refer.
Budak ASASI Sains Hayat dikelaskan ikut kepandaian BI. Bodoh BI masuk kelas A, pandai BI masuk kelas F. Yang lain dikelaskan dari kelas B,C,D,E. Setiap kelas dibagikan kepada 3 pulak A1,A2,A3 dan seterusnya.
Kelas A, B ramai budak kampung yang tak pandai BI tapi score SPM dalam subjek sains. Kelas F pulak ramai yang pandai BI, anak orang bandar/kaya.
Bila habis 2 tahun Asasi budak-budak kumpulan A/B ramai yang buat medic/dentistry. Tak pandai BI masuk medic? ASAS KIMIA, MATHS,BIO, FIZIK kuat sebab itu masuk Medic/Dentistry. Setakat pandai BI tak semestinya hang pandai KIMIA, MATHS,BIO, FIZIK.
Bukannya tak boleh belajar dalam BI. MASALAHNYA PADA ANAK-ANAK SEUMUR 7 TAHUN. PRINSIP PEDAGOGINYA SALAH.
Siapa tolak kemajuan, mahu kemajuan ramaikan manusia bijak pandai dalam sains/teknikal bukannya BIJAK BI tapi isinya kosong seperti PPSMI di filipina, bangla, pakistan yang bodohnya bertingkat-tingkat.
Analogi mudah bagi orang tak faham lagi, Awat hang benak sangat. Kalau hang sakit jantung, hang makanlah ubat sakit jantung bukannya pi telan ubat sakit kepala. Nanti orang talqinkan hang pulak.
Samalah dengan PPSMI, BI yang lemah pi berubat Sains/Maths buat apa? BODOH, STUPID, STUPIDO!
aku blaja kt uni dlm bi xder pn problem...coz aku dh tau prinsip2 tu mengikut bahasa ibunda kter..kdg2 aku xtgk pn soklan..just lihat nombor2 ngan maklumat yg dier bg aku dh tau dh soklan tu nk aper...aku sngaja tulis gn bhasa singkat n rojak cmni utk bgtau kt golongan tua2 yg bhasa ibunda dh hampir punah dah...
mengarut la hang bakaq,
orang thailand pun tak pening dengan istilah2 sains dalam bahasa mereka, tiba2 orang melayu pening.
murah sgt ker otak orang melayu ni sampai cepat sgt pening dgn bahasa sendiri?
kalau tak buat peminjaman, dalam istilah tak jumpa perkataan falasifah bakaq ooi...
kritis2 hang, ada juga pikiran hang yang dangkal...
Blogger Hasbullah Pit mengatakan ada 4 orang bloggers tak menyokong bantahan PPSMI. Beliau jadikan isu ini berita dalam blognya kerana bloggers itu penyokong PR. Jika bloggers itu pro BN, tak hairanlah kot atau pi jahanamlah.
Sebenarnya banyak sebab mengapa ilmu di negara ini perlu diajar di dalam bahasa ibunda.Bacalah secara hati terbuka pelbagai web para tokoh bahasa dan antaranya ialah web Abdullah Hasan yang menerangkan mengapa ilmu perlu diajar dalam bahasa ibunda. Kekadang isu ini dilihat dari pelbagai sudut. Maka jadilah ia seperti 7 orang buta yang meraba tubuh gajah dan memberi tahu kita akan wajah gajah dalam pelbagai bentuk.
Isu pokok atau isu utama PPSMI ialah mengapa ilmu perlu diajar dalam bahasa ibunda serta ia juga berkaitan dengan pembinaan bangsa dan bahasa Melayu di nusantara dan di negara ini. Ia langsung tak ada kena dengan isu bagaimana nak tingkatkan kemahiran rakyat terhadap bahasa inggeris. Ini ialah isu terbitan atau sampingan.
Yang tokoh bahasa bangkitkan ialah mengembalikan bahasa Melayu ke taraf yang sepatutnya seperti mana hasrat asal sejak kemerdekaan. Dasar PPSMI ini merupakan langkah pertama menghancurkan taraf dan martabat kepada bahasa Melayu dalam tempoh jangka masa panjang.
Memanglah ada sebahagian keluarga, termasuk keluarga penarik beca yang 'mampu' mengatasi kemelut dan kepayahan anak-anaknya dalam pembelajaran apabila PPSMI ini diperkenalkan. Tetapi solusi ini ibarat seorang miskin yang mampu hidup dengan menjual sampah walaupun pemimpin negaranya merompak hasil negara berbilion ringgit.
Saya tidak berminat berhujah secara akademik isu ini kerana tokoh bahasa dan pendidikan Melayu telah memberi hujah mereka. Hanya saya nak beritahu sedikit pengalaman dan pemerhatian saya dalam belajar matematik ini.
Saya bekas student ekonomi UKM yang belajar matematik dan statistik dalam bahasa Melayu sekitar tahun 1979/1982. Yang mengajar kami termasuklah arwah Ishak Shaari, tokoh INSAN (sikit sosialislah). Semua student walaupun mungkin berasal dari aliran Melayu atau Inggeris menerima pembelajaran kedua-dua subjek ini dalam bahasa Melayu dan menjawab soalan pun dalam bahasa Melayu kerana UKM tidak memperkenalkan soalan dwi bahasa ketika itu.
Entah macam mana pada 1990, saya mengikuuti kursus lanjutan Diploma Sains Pengurusan di Intan. Wah, disini, maklumlah orang PTD yang mengajar, maka pembelajaran pun dalam dwi bahasa dan menjawab soalan pun boleh dalam dwi bahasa juga. Kononnya nak menghormati pegawai-pegawai Melayu yang mendapat pendidikan dalam bahasa Inggeris dulu kot atau sejak bekerja dengan jabatan/agensi kerajaan, kena up grade kemahiran bahasa Inggeris. Meluat aku, bukan tara mana pun bahasa Inggerisnya. Saja nak berlagak. Agaknyalah.
Dalam kurus ini, banyak modul yang diajar dan paling teruk sekali ialah subjek matematik, statisti dan operasi penyelidikan(satu-satunya paper yang menggabungkan aplikasi matematik dan statistik sekaligus.) Oleh kerana mungkin saya sudah ada basic math dan statstik di UKM dulu, maka tidaklah menyukarkan saya memahami pengajaran ini agaknya. Tetapi dalam kumpulan kami ini ada pegawai yang berasal dari aliran agama dan sastera. Aliran agama lebih reti dalam bahasa melayu dan aliran sastera mungkin lebih reti bahasa Inggeris. Saya dan beberapa bekas student sains UKM yang juga turut bersama kursus berhempas pulas membantu rakan-rakan kedua-dua aliran ini memahami ketiga-tiga subjek ini. Jika kantoi satu paper pun, kira gagallah mendapat diploma dan sia-sialah selama 11 bulan di INTAN. Kebanyakan kami bekas student UKM lebih baik resultnya dalam subjek ini. Yang tak ada basic math, samada pandai atau tidak Bahasa Inggeris, kira lulus sahajalah. So, tak ada kena mengena math dengan bahasa. Ajarlah ikut bahasa ibunda.
Bayangkanlah orang tua macam kekawan kami di kursus ini pun tak reti memahami math dan statistik, walaupun berabuk bahasa Inggerisnya, inikan pula anak orang penoreh getah, anak nelayan dan anak orang asli. Yang pasti kemahiran math lain, kemahiran bahasa inggeris lain. Itulah kesimpulan yang saya jumpa di INTAN. Itu cerita di Intan. Ada lagi pengalaman math dan sains ini di sekolah lama saya dulu. Tapi cukupalah sekadar cerita orang tua di INTAN yang belajar math itu.
saya nak tanya kepada penyokong ppsmi, sampai bila ppsmi ini hendak digunakan kepada anak bangsa kita? 100, 200 tahun atau sampai bila-bila? dunia sedang mentertawakan anda, penyokong ppsmi.
saya sekolah belajar mat dan sains dalam BM. buku rujukan semua dalam BI. Guru kami orang Indonesia. Tak ada masalah apa. Siapa otak lembab @ malas belajar memanglah sangkut. Istilah melayu mungkin kedengaran lucu, tapi apa pulak masalahnya. Kenapa mesti ketawa sebut maun? Mungkin ketawa kalau sebut haiwan yang makan daun sebagai firaun... Yang penting disedari ialah penggunaan BM untuk mengajar Sains dan matematik telah berjaya hingga ke peringkat universiti... adik saya generasi pertama ambil SPM yang semua subjek diajar dalam BM. Tak jadi masalah apa pun bila dia belajar di Amerika! Kita sudah merdeka dan berjaya. Mengapa mesti balik ke era penjajah?
salaam,
sikap sdr sangat mengecewakan. barangkali saudara terlupa bahawa pesoalan bahasa adalah berhubungan dengan ilmu, budaya dan agama. bahasa adalah sarat nilai.
saudara sendiri tahu tentang imam ali dan nahjul balaghah bukan. apa takrif imam ali tentang keadilan? apakah makna keadilan sama dengan justice? apa makna saya sama dengan I? apa makna Nature sama dengan Tabii?
Salam,
Setuju dengan Aqil Fitri. Orang yang melihat bahasa sebagai alat komunikasi sahaja dangkal tentang kedaulatan sesebuah bahasa. Bahasa Melayu bukan bahasa pasar, yang tidak layak duduk di dunia ilmiah. Penubuhan UKM membuktikan komitmen utk mengangkat martabat BM.
Jika sakit kaki, rawatlah kaki. Kenapa tangan pulak dibalut?
Sdr, bukan setelah 6 tahun dilaksanakan baru nak mengamuk. Mula2 nak dilaksanakan lagi sudah bersuara. Adakah sdr tidak peka? Nampaknya sdr sudah terputus dgn realiti semasa permasalhan budaya Melayu- Islam