Sedap!! Klik gambar di atas!

Pemuda Umno dianggap khianat, amal politik longkang




Ketika MCA dilaporkan oleh The Star (komen-komen di sini) menganggap Pemuda Umbno menghina sistem demokrasi negara ini, kedaulatan undang-undang, pengundi, Parlimen dan memusnahkan imej negara, akhbar yang sama juga (komen-komen di sini) menyiarkan surat pembaca yang menyifatkan tindakan Pemuda Umno menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sebagai politik longkang dan khianat.

Pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai Halimah Mohd Said itu berkata Pemuda Umno pastinya gila jika mereka merasa cara untuk menentang politik longkang Karpal Singh ialah dengan menunjuk-nunjuk versi politik longkang mereka pula.

"Tindakan mereka menceroboh Parlimen yang mulia boleh dianggap sebagai pengkhianatan paling buruk kerana mereka bukan sahaja menceroboh kawasan fizikal Yang Yang di-Pertua Dewan dan ahli-ahli Parlimen malah lebih dari itu, menceroboh pemelihara fizikal perlembagaan negara dan semua yang dilindunginya.

"Ketika orang-orang ini mempertahankan ketuanan mereka dan adab, kedaulatan raja-raja, Bahasa Melayu dan Islam, tidakkah mereka sedar bahawa mereka sendiri mestilah menjadi contoh dan menjunjung kesemua itu?

"Adakah mereka masih ingat bahawa Islam dan adat Melayu penuh dengan tuntutan supaya kita sentiasa memperlihatkan tingkah laku yang baik.

"Apabila kita menuduh orang lain derhaka dan khianat kepada Sultan, tidakkah kita sedar bahawa Parlimen adalah persada yang sah kepada sistem raja berperlembagaan kita dan menceroboh tempat yang tidak harus disentuh ini adalah lebih serius dari menunjuk perasaan di luar istana?

"Apa yang sebenarnya difikirkan oleh ahli-ahli politik apabila melibatkan penyokong-penyokong mereka dengan cara-cara yang tidak masuk akal ini? Adakah mereka cuba melakukan provokasi sehingga tercetusnya anarki dan pemberontakan mereka yang tidak rasional dan emosional? Atau adakah mereka cuba merebut undi di dalam pemilihan parti dan pilihan raya kecil yang akan datang?

"Bukan sahaja ia tidak akan memulihkan imej dan kedudukan parti di sisi para pengundi, malah mereka terus memusnahkannya. Rakyat Malaysia lebih waras berbanding ahli politik yang kita undi supaya berkuasa!" kata Halimah.

Malaysiakini oula melaporkan Pemuda Umno tidak akan meminta maaf walaupun melakukan tindakan yang disifatkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh sebagai bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan yang dilihat sebagai merestui tindakan yang disifatkan Halimah sebagai politik longkang, khianat dan tidak masuk akal itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein berkata: "Tidak timbul isu minta maaf. Provokasi ini bukan kali pertama, dengan menuduhkan kita celaka, tuduh kita terlibat (menghantar) peluru (kepada Karpal) dan isu-isu membabit raja-raja Melayu dan kedaulatannya.

"Kalau diheret ke mahkamah pun saya sanggup lakukan untuk memperjelaskan apa yang berlaku".
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pak bakaq, semua pemuda umno memang "poser". Dia orang buat kacau kat parlimen pasal nak masuk tv. Kalau betul berani, kenapa tak buat depan rumah karpal? depan opis dia ka? Aku kenal semua kaki yg datang tu... memang semua kaki "poser". Dia orang memang dok pakat2 nak attack si OKU tu. Bikin malu bangsa je.

  2. itula...pemuda umno tu suka cakap tak serua bikin...masih ingatka khairy j, menantu pak la time dia cakap projek kinzir raksasa (PKR) di parlimen....saksikan...

    http://www.youtube.com/watch?v=cpsGKb0UB0Y

  3. pak bakaq. kalau di perhati kan merteka semua buat hal dalam waktu kerja, nampak sah mereka ini mengganggur dan hidup atas duit suap. tak kan semua mereka buat bisness dan kalau pun bisness, buat hal dalam waktu kerja sah tunjuk bisness mereka kaput hancur, lebih lebih lagi Pakatan Rakyat dah ambil kontrak mereka di 5 negeri. bukan memalukan bangsa raja melayu sahaja, mereka ini semua buat malu emak bapa bagi nyawa dan hidup mereka membela mamat-mamat yang kurang otak sebegini. lebih mulia jika mereka sedekah nyawa mereka di GAZA kalau tak di Sri Langka lawan si LTTE tu. de' betul... racuyn tikus tak nak pulak di makan, menyusah kan orang aje!

  4. Mountdweller

    aku tak siar komen hang, aku takut kena saman.

  5. ANAK PENGERUSI SPRM DITANGKAP DI AUSTRALIA

    February 23, 2009 · Print This Article
    PANAS! Anak Pengerusi SPRM Ditangkap
    Dilulus terbit pada Monday, February 23 @ 06:43:09 MYT oleh TokPenghulu

    maklumat lengkap http://perakdaily.com/?p=659


    Anak Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh Mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child pornography) ke negara Australia .
    Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimpot bahan yang dilarang.

    Pegawai kastam Australia menahan Shauqi yang berumur 25 di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide semalam, selepas menemui 3 fail video mengandungi bahan lucah kanak-kanak bawah umur.
    Video-video itu bertajuk “Reped (sic) Virgin’, “10-Year Old” dan “High School Students.”
    “Bahan-bahan itu menjijikkan dan sangat tidak boleh diterima - sesiapa yang baik akan menerima kesan buruknya,” kata Majistret Simon Smart.
    Mr Smart berkata terdapat satu adegan rogol yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan bawah 18 tahun yang dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki yang lebih tua usianya.
    Sementara itu, Syarikat Penerbangan MAS telah menggantung Ahmad Shauqi nombor kakitangannya 1086993 daripada melakukan penerbangan bagi membolehkan satu siasatan dalaman diambil oleh syarikat penerbangan nasional berkenaan.
    Beberapa forum di internet melihat kehinaan yang menimpa Ahmad Said Hamdan ini adalah sebagai satu “balasan” terhadap sikap Pengerusi SPRM yang telah menjadi bahan kritikan rakyat yang dianggap terlalu “banyak melakukan kesalahan pilih kasih dan bias” di dalam tindakannya.
    Baru-baru ini Ahmad Said Hamdan dengan gah bertindak di luar batasan kuasanya dengan mencemarkan nama-nama pemimpin Pakatan Rakyat dengan membuat tuduhan melulu dan berbaur politik.”
    Sekarang beliau sendiri menerima kehinaan dan keaiban.

  6. bakag hulk....
    hisham tu gempag aja... depan kawan2 boleh la..
    cuba bok keluag keris tengok. Berani dak tunjuk kahag depan singh tu? Tengok muka pun nak tergelak..
    hehe..kak chah nak tergelak noo...

  7. Bakaq!

    Oleh sebab mereka dari kontraktor kelas F yang lazimnya membuat longkang dan jamban, maka politik mereka juga Politik tepi Longkang!

    Hisamuddin bila ditegur oleh pemimpin MCA dan Gerakan ketika menjulang dan mencium keris lantas dengan kecut minta maaf! Pegiiii dah mengaku Melayu!

  8. Takut kena saman ka kena lokap?Tapi betui juga kan patut2la kan kalu kena sapa nak tanggung?Berbalik pasal pemuda umno mengamuk kat lobi parlimen tu aku syorkan semua ahli parlimen Pakatan rakyat belajar seni mempertahankan diri,bukan apa sekurang-kurangnya sebelum pihak keselamatan sampai kalau kena penampar ka,penumbuk ka,penendang ka dua-tiga biji boleh balas sebiji pun jadi la.Yang mana dah pelimau,mandi minyak ka tolong pekemas balik bagi ada stamina.Ahli parlimen Melayu belajar silat dan tomoi,Cina belajar shaolin dan kungfu,India belajar kalaripayat.Bila nak masuk parlimen tu berjalan biar nampak kemas dan sebaris baru pemuda umno tengok tak berapa nak berani timpa,dia seriau nak mai dekat.Tindakan pemuda umno itu umpama pepatah Melayu ada menyebut"Umpama anjing makan muntahnya" yang bermaksud ,Orang tamak lagi gelojoh,selalunya tiada dapat ia membezakan antara baik dengan jahat,antara yang terlarang atau tidak.

  9. Pemuda UMNO itu samseng taik kucing. Berani tak bertempat. Awat masa perarakan protes perlantikan MB Perak yang haram itu tak turun padang bertempur dengan geng-geng PR. Kata nak pertahan raja-raja sangat. Lepa ni macam anjing menyalak bukit saja. Habuk pun tarak. Hipokrit! Provokasi nomber wahid pemuda UMNO lah. Di tambah menteri-menteri kaki tunggang! Itu tak masuk Nazri lagi.

    Kalau nak dikira maki, berlambak malah berkunca ahli-ahli parleman BN (terutama UMNO) yang bantai maki dalam parleman. Orang-orang PR tak kesah pun. Malah kalau tengok perbahasan AP UMNO live dalam parleman, kelaku macam budak sekolah. Tak cukup akai. Baik sikit dari orang terencat akai. Di tambah pula dengan raja katak seorang tu. Parleman tempat mereka melepaskan geram! Kalau diluar kena saman buta.

    Terpa orang macam mabuk todi. Tambahan pulak OKU. Sebenarnya si Singh sorang tu sengaja provokasi isu-isu semasa dan nak tengok macam mana puak-puak UMNO lompat! Rupa-rupanya jerat mengena!

    Saya tak boleh bayangkan, kalau suatu hari nanti Najib kena baling kasut. Macam mana puak-puak ni gila morayan?

    Walau bagaimana pun, puak-puak pemuda ini buat apa pun tak pa. Pegawai keselamatan, polis pecacai lepa. Kalau puak PR buat dah tentu hebuh satu dunia. Masuk TV perdana ulang berpuluh kali. Kata bijak pandai, kalau kepala hotak kita di dedahkan perkara yang sama sebanyak 44 kali, perkara yang salah jadi benar. Itu lah strategi yang puak-puak UMNO buat sekarang. Terutama isu durhaka.

    Cuma nasib baik kebanyakan kita sudah celik IT. Strategi kurang berkesan sikit. Boleh hebah apa yang patut kepada kawan-kawan.

  10. Every time MPs get together, I pop some corn and get ready for a show. he he he...

  11. kesian melayu.bangsa pendatang kutuk melayu pun melayu masih bergembira.betapa bangsatnya melayu dimata antarabangsa.marilah kita tukar bangsa melayu jadi bangsa bangsat.

  12. "ezam! tolong ezam! mana hang pi.....
    bawak tong tu skali...Paklah, najib dah tak peduli kami lagi...." - Pemuda zzzzzz

  13. Salam'
    Banyak rakyat memang tak suka kan Hishamuddin dengan ayer muka dia dan pe'el dia yang tak senonoh,sombong,bongkak,tigkah laku yang buruk dan tak berbudi bahasa, apa bomoh yang dia pakai, bolih jadi menteri pelajaran.Macamana anak2 murid disekolah hendak didisiplinkan jika ketua nya samsing macam si Hishamuddin tu.Dia tak beri contoh yang baik budak2 ikut ajelah.Bapak burik anak rintik!Malukan orang Mealyu aje, orang Melayu Johor pulak tu yang sepatutnya penuh sumpan santun dan berbudi bahasa yang baik.Selagi UMNO ada orang macam Hishamuddin tu, selagi itulah banyak orang Mealayu rejek UMNO.

  14. Pemuda UMNO lebih baik lah minta maaf.Belaci-belaci hampa dah merosakkan nama hampa.Mereka ni tindak liar kerana apa, kerana ingat pemimpin atasan Pemuda dan tok ayah mereka akan anugerah mereka dengan rmrmrmrmrm. Sedihnya zaman seronok2 sudah tamat. Ini zaman ekonomi melesit nak bagi apa mereka pun tengah menggelepar.. Nak tukar certita sikit fasal syarikat kerajaan GLC. Ada terbaca dalam blog tonyfernandez, banyak GLC rugi jadi ada cadangan letakkan bukan melayu sebagai ketua GLC kerana ada penulis mendakwa anak cina/india lebih bijak ?? Bukannya anak melayu tak bijak tapi pemimpin atsan gunakan GLC sebagailembu mereka dimana bila perlu duit maka perah daripada GLC. Masalahnya BPR ke SPRM ke tukar sajalah nama apa pun terus tidak berfungsi bila dengar nama hebat-hebat kecuali perbuatan pembangkang tengah malam kertas siasatan siap. Lembu korban pun jadi rasuah. Tiap2 tahun lembu di korban di kawasan PM tidak siapa ungkit. Kalau SPRM berkesan saya jamin semua GLC akan meraih keuntungan. Semua anak syarikat kerajaan negeri rugi rugi tiap2 tahun Mengapa.Tangkap MB negeri berkenaan dan siasat. Tapi mana SPRM ada 'balls' nak tangkap MB dari BN. Nak tanya sikit siapa boleh jawab. Ada negeri-negeri dibawah pemerintahan BN selama 50 tahun meraih hasil lumayan daripada tanaman sawit, balak. Mana pergi keuntungan berjuta-juta ringgit itu. Tidak pernah pun pekerja ajensi berkenaan seperti FELDA ke ajensi lain ke membayar bonos berbanding syarikat swasta kepunyaan cina, tiap-tiap tahun bayar nbonos sampai 5 bulan bonos. Tahu ke mana pergi duit keuntungan itu. Minta SPRM siasat kalau mereka ada 'balls'. Apa pekerja ajensi berkenaan dapat dan apa yang rakyat negeri berkenaan dapat. Tahu kenapa. Wang ini akan pergi ke UMNO apabila ada pilihanraya bagi ??? beli undi kot. Bangunlah;lah rakyat. Kita dah tidor 50 tahun. Tok nenek kita di tipu dengan pelbagai cara dan yang paling murah sehelai kain batik dan rm10.00. Dah sampai masa kita anak cucu pilih wakil rakyat yang punyai kredibiliti bukan sokong buta satu-satu parti. Isu terkini SELANGOR LWN KERAJAAN PERSEKUTUAN. Selangor sedang berunding dengan syarikat air Selangor untuk tujuan beri faedah pada rakayat negeri berkenaan tapi Kerajaan Persekutuan sedang SABOTAJ dengan pelbagai cara. Mana Hang Tuah. 'Hang Tuah' dalam diri kita.

  15. Pemuda umno yang sorang tu anak Omar Din rupanya ,guru silat lincah,patut la yang lain2 pemuda umno berani ikut belakang.Tak sangka ya,belajaq silat nak pukoi OKU "Raja Singh".Hisahamudin yang jadi 'guru paling besar" pemuda umno tentu bangga dengan perangai pemuda umno yang macam tu.Kalu tak percaya buka Sinar Harian hari ni depa dok kutip duit takut anak Omar Din kena saman boleh la bayar.Duit pengkeras belajar silat ada takkan tak boleh cover?Pada Hishamudin kalu budak2 sekolah buat perangai tak elok jangan nak salah mak-bapa dan guru2 saja,salahkan puak2 pemuda umno yang tv3 tunjuk satu Malaysia tengok.Bapa borek anak rintik.Cikgu kencing berdiri anak murid kencing berlariTak malu ke engkau Hishamudin kepada murid2 sekolah zaman IT ni?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008