Sedap!! Klik gambar di atas!

Peluang terhebat! Potensi pendapatan puluhan juta!

Hari ni kita cerita bab buat duit sikit. Dok cerita politik ja. Sungguh, saya tak bohong. Anda baca dengan tenang. Ni peluang buat duit yang terhebat yang pernah saya ketahui. Tidak ada duanya.

Antara kelebihan peluang ini ialah anda tidak perlu mendaftar dengan syarikat saya. Anda tak perlu bayar apa-apa yuran keahlian kepada saya. Malah, anda tidak ada apa-apa ikatan dengan saya. Semuanya anda buat sendiri. Bila dapat puluhan juta nanti, anda ambik semua. Ambik semua!

Walaupun ada perjanjian yang telah saya buat sebelum ini, saya dengan ini sekali lagi membuat perjanjian dengan anda bahawa saya tidak akan ambik satu sen pun dari pendapatan anda bernilai puluhan juta itu.

Hang jangan main-main, bakaq!

Betui, aku tak bohong. Ni aku tunjuk bagaimana caranya.

Pertama sekali, dan ini syarat yang sangat penting, anda mestilah mengajak beberapa kawan yang mencukupi bilangan yang disyaratkan untuk menyertai skim ini bersama-sama anda.

Syarat kedua, kawan-kawan anda itu mestilah mempunyai jawatan yang sama dengan anda. Ini juga syarat yang sangat penting.

Jika anda mempunyai kedua-dua syarat di atas, anda dan kawan-kawan anda mempunyai peluang untuk mencipta pendapatan yang mungkin mencecah puluhan juta ringgit. Bagaimanapun, saya tidak janji anda akan mendapat puluhan juta ringgit.

Sebesar mana pendapatan yang akan anda perolehi, semua itu bergantung sepenuhnya kepada kebolehan anda dan kawan-kawan anda untuk meningkatkan pendapatan anda. Anda mungkin perlu belajar the art of negotiation. Anda perlu menguasai strategi, taktik dan teknik perundingan. Perkara itu sangat penting untuk membolehkan anda mencapai pendapatan idaman anda.

Anda mungkin tertanya-tanya, kalau jawatan saya sebagai posmen, tentera dan sebagainya, adakah saya layak? Saya memohon maaf kepada anda. Belum ada lagi skim seperti ini untuk anda.

Anda mestilah mempunyai jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Anda adalah orang yang paling dicari-cari untuk merebut peluang keemasan ini jika anda adalah ADUN dari mana-mana parti di Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

Kalau anda bukan ADUN BN, anda boleh memohon khidmat rundingan dari Datuk Seri Panglima Mohd Annuar Zaini. Beliau mempunyai banyak pandangan dan idea kepada anda. Beliau adalah penulis ucapan Raja Muda Perak. Anda tentu boleh membayangkan betapa mencurah-curahnya idea beliau.

Yang paling layak menyertai skim cepat sangat kaya ini ialah ADUN Barisan Nasional (BN) dari Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor.

Jika anda ADUN BN dari Kelantan, anda tidak layak sama-sekali! Anda terpaksa mencari peluang lain untuk membuat duit.

Baiklah, sekarang saya terangkan step by step cara-cara untuk mencipta pendapatan yang mencecah puluhan juta ringgit itu.

Jika anda ADUN BN adari Perak, anda memerlukan sekurang-kurang empat orang kawan yang juga mempunyai jawatan sebagai ADUN BN di Perak, menjadikan kesemuanya lima, untuk menyertai skim cepat sangat kaya ini. Anda mesti berlima. Kalau ada lebih, itu lebih baik.

Terlupa pula nak beritahu tadi. Selepas menyertai skim ini dan setelah berjaya mencipta pendapatan puluhan juta ringgit, anda juga akan menjadi emas - anak emas. Malah, anda berpeluag mencipta pendapatan ulangan atau repeat income yang sangat selesa jumlahnya - bergantung kepada kehebatan anda menguasai perundingan.

Jika anda ADUN dari Negeri Sembilan,anda mesti mengajak sekurang-kurangnya sekurang-kurang tiga orang kawan yang juga mempunyai jawatan sebagai ADUN BN di Negeri Sembilan. Tidak boleh kurang dari itu. Kalau lebih lagi bagus. Mungkin lebih banyak lagi pendapatan yang akan anda raih.

Peluang ini paling terbuka kepada ADUN BN dari Perak dan Negeri Sembilan.

Jika anda telah berjaya mengumpul jumlah rakan ADUN anda yang mencukupi, langkah seterusnya ialah memanggil sidang akhbar. Ingat, kalau anda benar-benar menguasai art of negotiation, anda tidak perlu membuat sidang akhbar untuk keluar dari parti anda.

Sekarang kita cerita balik mengenai sidang akhbar yang saya nyatakan sebelum ini. Ini bukan sidang akhbar keluar parti lagi. Apa yang perlu anda dan rakan-rakan ADUN anda nyatakan ialah mengenai rasa tidak selesa dengan masa hadapan Umno dan BN. Katakan, anda semua melihat Umno dan BN kian ditolak oleh rakyat dan tidak ada masa hadapan. Tambahan pula Umno, anda katakan ada orang tuduh Umno dan rasuah berpisah tiada. Seterusnya, anda hendaklah menyatakan bahawa anda melihat perjuangan Pakatan Rakyat (PR) kian mendapat sokongan rakyat.

Anda hendaklah membayangkan bahawa tsunami seterusnya mungkin menenggelamkan BN dan perkara itu boleh membunuh kesungguhan dan iltizam anda untuk berkhidmat kepada rakyat. "Kami melihat masa hadapan kami berada dalam PR," itu ayat penting.

Selepas itu, anda tunggu sahaja. Jika anda ADUN BN di Perak dan Negeri Sembilan terutamanya, anda akan lihat sendiri bagaimana termengah-mengahnya bakal Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berlari-lari datang kepada anda.

Pada masa itu, berundinglah untuk mencapai impian meraih pendapatan sehingga puluhan juta ringgit. Bukan itu sahaja, ada jangan lupa bahawa anda juga akan menjadi emas - anak emas. Jika anak emas pandai meminta, anda juga boleh meminta sagu hati bulanan sebagai jaminan anda tidak akan melompat menyertai PR. Anda boleh mencipta pendapatan yang begitu empuk dan selesa dalam masa sekurang-kurangnya tiga tahun.

Percayalah! Inilah skim cepat sangat kaya yang terbaik yang pernah saya ketahui. Tunggu apa lagi?! Sertai skim ini hari ini juga!

Sekali lagi saya nyatakan, ADUN BN di Kelantan tidak layak sama sekali menyertai skim ini. Bo la demo Umno tu!!

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Adussss, rugi sebab aku ni bukan ADUN. Tak der peluang nak menyertai skim ni.

  2. pak bakaq, rasanya gambaq kat atas tu silap la. bukan anuar zaini yang tu.... rasa saya laaa....

  3. abih le nnt komisen kapal torbang,kapal selam,kereta kebal yang najib dapat ari tuh...wah ini boleh kasi bangkrap bang najib kita..bagus betul otak ko bakaq...hahaha..tapi bakaq, najib pun dah buat skim untuk cover belanja dia tuh...namanya skim kaut harta negara...ramai dah aku dengaq adun BN dah join skim tu...depa kata yang paling best ttg skim tu ialah kalo x sempat tobat..mati nanti makan bara api neraka...bukan senang nak dapat camtu bakaq...hadiah first prize tuh...
    -angah-

  4. Orang Perlis tak buleh la no...

  5. Ambo ahli UMNO doh... tok jadi ADUN jo...kiro tok layoklah ni deh? Huhu...

  6. Cakap macam orang takade agama..belajaq la terima hakikat..kalau ALLAH tak izin tak jadi laa.. sour grape laa kau ni

  7. betul, undeng-uundeng ini hanya terpakai bagi ahli UMNO yang nak masuk PKR @ PR. Jika PKR / PR nak masuk ken UMNO/BN tak boleh kerana ada hukum-hukum dan nas-nas serta hadis-hadis yang menyatakannya adalah HARAM.

  8. pak bakaq... rasanya silap gmbar la... itu gmbar prof anuar zaini...

  9. eden pun ADUN yo.. Ahli Drebar Untuk Negaro.. Buleh join ntak skim ni.??

  10. gambaq tu silap bang bakaq... bekas VC UM tuh..prof anuar zaini bukan malaun sebalik tabir huru harakan perak tuh...amik gambar dia kat tranung kite.net...

  11. gambar yang awal tu gambar prof dr anuar zaini,bekas nc UM.baguih pak bakaq dah tukar..tu NC saya tu..dia islamic,masa zaman dia banyak kebaikan,pada saya waktu UM tercatat antara 100 universiti terbaik pada zaman dia la,naik hashim yaacob dia plak yang dapat nama..

  12. Penarik beca,

    Jika benar ANUAR ZAINI adalah perancang utama dalam istana, mari kita tarik dia masuk kedalam kancah politik. Cari asal usulnya, buka segala pekongnya. Jahanamkan dia seperti mana idea nya menjahanamkan perpaduan pakatan rakyat.

  13. no such thing as Anak Bangsa Malaysia! said...

    Javanese (Malay) values are not compatible with Islamic values. The informed and educated know this well. So does PAS, though they will not admit it openly.

    Related info:
    http://margeemar.blogspot.com/2009/02/nizar-derhaka-atau-sultan-yang-abaikan.html

    http://scottthong.wordpress.com/2008/09/08/michael-chick-who-are-the-malays-and-how-to-unite-them/

    Maybe Indonesia should invade the fake country called Malaysia, throw out the government and corrupted system including the monarchy, and call it the straits settlements of various races and religions from all over the world, especially Asia.

    We would be more developed, diverse, strong and cosmo compared to Australia if the British had done a HK on us.

    The current system, rules, constitution and rukun negara were just put in place by UMNO to prolong their (fake and manipulative concept of) Malay Elite dominance, which is in actuality only for UMNOputra dominance; and to allow their divide and conquer tactics and methods to fester and disunite.

    Ketuanan UMNO boleh! People deserve the government they get! Time for the people to rise and rebel!

  14. fuh silap org kita nampak silap sendiri usah harap la....nak kutuk,hina maki, caci kesilpan org len bermula dengan diri kita. kalo kita sendiri tak elok camne nak tegur org len...anak2 muda melihat telah kita yang buruk so untuk masa hadapan nie pikir2 kan lah

  15. adun nogori9 tak buleh masuk skem ni,sobab eh adun bn dio dah kayo.kayo adat popatih.sipompuan simpan ghoto silaki cari ghoto.A=ambik D=duit U=untok N=nabong[tabong bini pogang].tu lah caro adun nogori9 jadi kayo.

  16. Termengah2 kawe ikut nak bacaa ttg skim anjuran pak bakaq... alih2 hanya untuk YB2 BN saja kita ni YB (yang Bersara) BC (Buruh Ceupec) je..

    beri salah
    tak beri kalah
    buat bn serba salah..

  17. mampoih bn laknatullah,di gaza zionist jajah di perak bn/umnooo jajah.......dua2 perompak....aaii malu la sikit woi umno

  18. anuar zaini ni, kata abuya aku, dulu tahun 70 puluhan aktif gpms, musuh ketat pak sheikh anwar ibrahim yg aktif abim. dendam lama la tu... cari peluang nak pekena balik la. la ni anuar zaini ada hubungan dengan kumpulan berjaya vincent tan -- ha ha... geng "correct, korek, correct" tu la! sapa lagi?. maka boleh dispekulasikan, kata abuya aku, drama di perak ni sebahgian permulaan dari "masterplan" geng tu yg JV dgn pm-in-waiting. pak bakaq patut selidiki fakta2 ni dan hubungkaitkan dgn konspirasi balas dendam geng "korek3"... mungkin boleh dibongkar dan dijadikan cerita hot. setakat ni, kata abuya aku lagi, belum ada sesiapa lagi yg cuba hubungkaitkannya... semuanya asyik tembak pm-in-waiting sorang. memanglah dia didepan. tapi dibelakang semua ni berlambak2 agent, konsultant dan entah apa lagi peranannya aku sendiri pun tak faham. harap pak bakaq boleh kayuh becanya cepat sikit...

  19. Pak Bakaq, sejak kemelut Perak dilanda Zionis ni saya terpanggil membaca sebarang artikel blogger berkaitan kemelut tersebut (sejak akhir-akhir ni) jadi saya kira fressie le (junior) dlm memberi pendapat. Selalunya saya selalu kunjungi laman web berkaitan teknologi.

    wlau bagaimanapun, saya saranankan Kegiatan Mungkar Anuar Zaini ini perlu dibongkar agar semua rakyat Mlaysia dimaklumkan. Serang jangan tak serang.

  20. saya merayu pada seluruh rakyat malaysia supaya menolak UMNO dan BN.....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008