Sedap!! Klik gambar di atas!

Najib ni memang lembik sungguh ka?!

Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.Kalau tak silap saya,Timbalan Perdana Menteri pernah buat statement yang mengatakan bahawa Labu LCCT ini tidak diluluskan dan Air Asia kena pakai KLIA.Malah statement ini dibuat dalam press conference selepas TPM mendengar taklimat daripada Air Asia dan Malaysia Airport Bhd.

2.Kalau tak silap saya lagi,Air Asia diberi tempoh untuk menyatakan keinginan mereka untuk LCCT yang baru yang akan dibina oleh MAB di KLIA.

3.Mengikut laporan NST pada 20hbFebruari 2009 ini, Ketua Pengarah EPU mengatakan bahawa rundingan masih dijalankan untuk LABU LCCT.

4.What is this ? Another flip flop ? Who is in charge ?

Thank you.
Mengenai Labu, memang nampak sangat kenyataan EPU menampar Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa punya bakal Perdana Menteri kena tampar tak habis-habis?!!

Saya teringat kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah menyifatkan Najib tidak cekap, lemah dan pengecut, tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik dan lebih bersifat seorang pengikut dari seorang pemimpin.

Dalam kes rompakan di Perak, semua orang nampak dan tahu bahawa Najib yang pulun gila-gila (lihat video di sini). Tiba-tiba, bagai cencaru makan petang, dengan sekali singgah ke istana menghadap Sultan Perak, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat kuis ke tepi calon Najib untuk menjadi Menteri Besar dan naiklah Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Di kalangan penyokong Najib pula (dalam negara demokrasi, tak payah marah-marahlah orang sokong siapa pun. Kalau tak suka Najib macam saya, balun Najib sudahlah), ketidakyakinan masih ketara apabila Abdullah terus diserang (memang patut kena serang pun).

Sebagai penyokong PAS, walaupun saya, waLlahi, tak nak Najib, tetapi nampaknya serangan ke atas Abdullah mesti dipertingkatkan, sebab pemimpin-pemimpin PAS nampaknya tak sembuh lagi penyakit gila Dolah (sila lihat posting saya "Bangkai menunjuk perasaan pun saya sokong"). Dakwaan yang saya dengar, sejak akhir-akhir ini sudah dua kali bermuqabalah Dolah. Najib mereka tak nak.

Saya tak suka Najib, tetapi bermuqabalah dengan Dolah lebih saya tak suka!! Ia membawa celaka kepada Melayu dan Islam!!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. BOIKOT BARANGAN DENMARK dan BELANDA.
    Kesepakatan Umat Islam di dunia (termasuk Malaysia) telah berjaya melalui tindakan tersebut.

    BOIKOT BARANGAN yang Menyokong Kerajaan Haram Israil.
    Kesepakatan Umat Islam di dunia (termasuk Malaysia) JUGA telah berjaya melalui tindakan tersebut.

    BOIKOT KRONI UMNO/BN
    Marilah kita sama-sama bersepakat memboikot apa saja samada barangan/program yang ada kaitan dengan UMNO/BN sebagai membantah kerajaan Haram BN Perak.

    Contoh:
    CIMB Bank Milik saudara Najib, kita boikot dengan mengeluarkan simpanan kita dalam CIMB dan kita masukkan dalam bank-bank lain seperti Bank Islam, Bank Rakyat dll...
    GAMUDA ada kaitan dgn kepentingan UMNO/BN kita boikot.....
    Ada lagi produk-produk yang ada kaitan dgn UMNO/BN SILA CADANGKAN untuk kita boikot...

    Rakyat Malaysia harus Bersatu memBOIKOT barangan/produk/program/kroni yang ada kaitan dengan UMNO/BN.......
    SEBAGAI BANTAHAN TERHADAP KERAJAAN HARAM BN PERAK.....

    HARAP BERHASIL IDEA INI....

    -------MINDA tenang---------

  2. Pak Bakaq,

    Saya setuju dgn Pak Bakaq tentang Dollah. Jangan nak menang sorak, Islam dan negara tergadai.

  3. Najib lembik pada satu hal tetapi pada satu hal yang keras! Ini kena jaga bakaq! Jangan sampai Najib berkuasa! Masa itu rakyat Malaysia tahulah tinggi rendahnya bumi ini! Termasuklah Orang PAS, PKR, DAP, UMNO dan parti-parti yang lain! Najib akan fikir tentang dirinya, keluarganya, kroni pembodeknya dan isteri tersayangnya yang terutama!

  4. Kalau hubungan kita dengan Allah baik Allah akan bagi pemimpin yang baik. Kalau hubungan kita dengan Allah buruk Allah akan bagi kita pemimpin yang buruk untuk merotan kita semua.

  5. PAS mahu Dolah - tolak Najib.
    Apakah PAS ingat Anwar akan lebih baik jika jadi PM dan PAS akan mendapat keberuntungan dunia dan akhirat.

    Atau sebenarnya, Hadi Awang yang berangan jadi PM menggantikan Dolah jika kerajaan BN pimpinan Dolah tumbang di PRU13 nanti.

    PAS kena anjurkan sembahyang hajat dan istikharah untuk melihat ketentuan kepimpinan mana (realiti) yang lebih relevan dan doakanlah yang baik baik untuk pemimpin tersebut - jangan buruk sangka.

  6. Pak bakaq..
    Akhir zaman ni...banyak dah tanda2 kiamat yg berlaku antara contohnya ialah pemimpin yang diangkat merupakan orang yang tak layak(cthnya Najib)...ulamak yang menggunakan ilmu untuk kepentingan diri & dunia(cthnya wan zahidi wan teh )...banyak dah berlaku skang ni...lebih baik kita berjaga2....

  7. Sdr Seladang, kalau aku, aku fikirkan keberuntungan Melayu, lepas itu Agama dan akhirnya baru kepartaian.

    (1)Percaya kepada qodho dan qadar amat berbeza dengan (2)percaya yang kita tahu akan qodho dan qadar, pun amat berbeza dengan (3)percaya yang kita mampu menentukan sendiri akan qodho dan qadar kita, lagi teramatlah berbezalah dengan (4)percaya yang sipulan itu akan menentukan qodho dan qadar kita.

    Orang-orang Melayu samada dalam pas, atau umno, atau pkr atau mana-mana pun dengan sendirinya meletakkan diri mereka ka dalam tahap Iman mengikut tahap yang dipilih dari empat di atas. Inilah yang akan amat membantu menentukan nasib Melayu di negara sendiri.

    Saya rasa, kalau ditanya mana-mana uztaz pas, pasti jawabnya sama. Tandanya? Payah melayu umno nak takluki melayu kelantan.

  8. Najib lembik-lembik tapi kena kat dia. Ada orang yang keras kat belakang dia. Lembik-lembik Najib negara boleh lingkup dan papa kedana kalau dia pegang tapunk pemeritahna. So mai kita pakat usaha tolak najib sebelum nasi jadi bubug.
    Pak Ngah

  9. mungkin ada projek 'akhafu al-darurain' yang mana memilih yang lebih ringan mudaratnya. apa-apa pun kedua-dua menteri dan timbalan perdana menteri itu memudaratkan pada aku. aku tak tau lah orang lain. aku tak tau pula pendapat hang bakaq. aku tak mahu berpaut kepada yang mudarat. aku mahu keluar dari kemudaratan yang mana ia menjadi bisul sejak pilihanraya pertama lagi.

    Tok Pengulu

  10. Aku setuju dengan cadangan "-MINDA tenang-",kita memboikot barangan produk/program/kroni yang ada kaitan dgn UMNO/BN supaya depa tau,rakyat tak suka undang2 dipermainkan serta suara rakyat mesti di kembalikan kepada rakyat.Kami di perak tidak mahu nasib kami di tentukan oleh seekor atau dua ekorkerat manusia yang bangang,kami mahu nasib kami di tentukan oleh rakyat perak sendiri. HIDUP RAKYAT.....!!!

  11. lembik yeee????
    jgn salah pandang bang...
    bagi aku najib nie bahaya bang....
    sebab yang "kerasnya" dia simpan....
    tau..tau...lebur aset negara.....

  12. x yah risau..aku ade dgr kabar-kabar angin yg najib stay jadi tpm..korang tunggu dan lihat je la..padan muka ko najib..terlalu gelojoh..gelojoh makan diri..

    sb putrajaya

  13. bakag hulk oit...
    Ayat lazim Najib, "...when the national security comes first!". selagi dia dok pakai ayat antu dia tu, alamat satu malaya abih kena tipu. Apa sangat MiG-29, Sukhoi, ageing F18 Hornet kalu nak banding dgn jiran kita sebelah yg pakai F16 Falcon yg senang2 outclass kita...Sebab tu jenis ni US bagi kat Israel..tak bagi pak arab pakai. Lagu tu noo...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008