Sedap!! Klik gambar di atas!

Mu Umno buat malu raja ja!

"Mu Umno buat malu raja ja!" lebih kurang gitulah agaknya yang dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa (blog ini tidak pernah guna gelaran istana untuk pemimpin PAS. Nak larang depa kutip benda-benda tu pun, takut depa kempunan meleleh ayaq lioq tak tidoq malam pulak! Bab-bab bodek raja ni, orang-orang PAS kadang-kadang lebih buruk kelaku depa dari Umno).

Saya juga melihat Umno menghina budak-budak muda Melayu. RM50 dengan sehelai t-shirt sahajakah harga mereka untuk dikerah menggelejat merata jalan konon-konon macam sayang sangat kat raja?!

Saya yakin majoriti budak-budak muda Melayu tak sanggup dihina sebegitu murah macam sampah. Sebab itulah Umno dapat kutip dalam 1,000 hingga 1,500 orang sahaja (bubuh 2,000 pun tak pa. Akhbar arus pernah selalunya tak reti mengira). Adakah termasuk yang jaga kelab malam Cina yang baru-baru ni menjerit-jerit slogan "ketuanan Melayu"?

"Bo (berenti) la semua tu! Buat malu jah. Guano Pemuda Umno jah? Hok BN lain guano tak dok?"

Husam juga kata, kalau benar raja dicabar, beliau juga akan menyertai protes membantah tindakan itu.

Saya kata: "Bo la kecek belawok tu, Huse! Protes gapo? Elok la dok di rumah bagi sikit quality time hang tu kat anak bini hang. Pi ziarah rakyat miskin lagi baik. Rakyat bagi gaji kat hang bukan suruh dok buat kerja merapu tak tentu hala tu. Jangan dok bagi malu kompeni buat kerja mengarut tu!"

Dari dulu lagi, aku selalu sakit mata tengok perangai orang PAS bila tiba bab-bab raja ni.

Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Ibrahim Ali menabal Tengku Ibrahim Indra Petra di Ketereh pada 29 April 1993 dalam majlis anjuran Yayasan Kemiskinan Kelantan
yang dipengerusikan Annuar bagi mengantikan Sultan Ismail Petra
oleh kerana menurut mereka Sultan itu bukan waris yang sah.

Jangankan 2,000, buboh 200,000 ribu pun tak sapa nak larang!
Rakyat Malaysia ramai yang pandai mengira (Gambar Utusan Malaysia)


Ketika budak-budak upahan berdemonstrasi kononnya, pemimpin Umno sedap-sedap main golf sambil buat kenyataan untuk berita betajuk "Sultan Selangor wajar murka"
(Gambar Utusan Malaysia)

Kalau yang dalam gambar ni aku percaya keikhlasan mereka.
Umno tulen yang berjuang dengan ikhlas.
Umno dalam dua gambar sebelum gambar zaman Dato' Onn ni, sikit pun aku tak percaya!

Sumber berita mengenai kenyataan Husam:
Husam: Umno Youth are the ones embarrassing royals

Malaysian Insider (15/2/09): Pakatan Rakyat today continued its attempts to reverse the perception of “derhaka” with Pas vice president Datuk Husam Musa labelling Umno Youth’s pro-monarchy demonstrations as “embarrassing” to the royalty.

“They have been embarrassing the royalty by giving Malay boys RM50 and a t-shirt to gather but only end up with 1,000 to 1,500 people,” he told reporters before a PR coalition-building workshop today.

Umno Youth has been organising rallies to defend Malay rulers while labelling PR as anti-monarchy and has accused it of “derhaka” or treason, over its refusal to accept the Perak Sultan’s move to appoint a Barisan Nasional (BN) government.

But PR leaders at the workshop today sought to counter this claim by belittling Umno’s efforts and bringing up past examples of Umno’s tussles with the royalty.

“If we were actually challenging the sovereignty of the monarchy, why are there less than 2,000 people at the gatherings?

“Umno should stop as this is shameful. And how come it is only Umno Youth? Where is the rest of BN?” Husam added.

“If the rulers were really being challenged, even I would join the protest,” he quipped.

He stated that the fact of the matter was that PR was not challenging the position or sovereignty of the monarchy but the actions of Sultan Azlan Shah in the context of the constitution.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Tahun 60 an

    UMNO ajak saja orang melayu Demontrasi semua orang ikut tak payah upah tak payah bagi makan dan minum sanggup keluar duit sendiri ....

    Tahun 70 an
    UMNO ajak saja orang melayu Demontrasi semua orang ikut tak payah upah tapi kena bagi makan dan minum kerana menghargai rakyat. Tapi rakyat sanggup keluar duit sendiri tak dapat makan tak apa janji berjuang....

    Tahun 80 an
    UMNO ajak saja orang melayu Demontrasi sebahagian sahaja ikut (kerana kakitangan kerajaan tak boleh ikut salah ikut Perintah AM bab Tatatertib) masih tak payah upah. Tapi rakyat 50-50 nak pergi. Ada sanggup keluar duit sendiri tak dapat makan tak apa jadi berjuang....Ada yang perlukan upah (budaya politik wang sudah mula menyerap dalam UMNO)

    Tahun 90 an
    Bermulalah Era upah mengupah dalam UMNO perlu ada upah tidak kerja tak jalan, kalau tak ada upah Majlis kerajaan yang dibuat oleh Menteri UMNO dan BN tak ramai (maka terpahatlah penyakit Politik Wang). Kalau tak cukup orang diwajibkan kakitangan kerajaan, pelajar sekolah dll hadir, kononnya urusan rasmi meraikan menteri... (kakitangan kerajaan pergi dengan paksaan, tak ikhlas)

    Sekarang macamana, tenguk sendiri nilai sendiri siapa yang mula-mula mepelopori POLITIK WANG = RASUAH....

    --------MINDA tenang-------------

  2. RM50.00 saja harga budak-budak yg dikutip Umno tu, tak boleh lebih sikit ka? kubang pasu jual tun mahathir - harganya RM200.00 saja. agak-agaknya malaysia depa juai berapa harga.

  3. kau orang ni cakap macam laa parti kencing rakyat tu suci murni

  4. Bca pandangan saya disini...http://dnightcaller.blogspot.com/2009/02/royalist-or-loyalist-between-perak-and.html

  5. bodoh punya blog. tak da ilmu, hari2 kutuk orang..cari kerja lainla..dulu jual ubat kote.

  6. "kau orang ni cakap macam laa parti kencing rakyat tu suci murni"

    Bro...bukti depan mata bro..lagipun parti yang hang kata "kencing rakyat" tu tak dapat tempat kat media arus perdana yang dikuasai oleh parti yang bagi kau makan minum tiap2 hari...he..he..itu pasal la kami berdiskusi di sini...tapi...jgn lupa...parti kau jugak yang bagi ruang siber ni berfungsi...jadi..terima kasih daun keladi daripada kami.....salahkah kami berforum di sini?

  7. Dear Bakar,

    Umno bagi sikit saja 50 and t shirt...PAS bagi lagi banyak...syurga...so pi syurga dapat bidari...sebab tu berani berbaring atas jalan...kah kah kah...

  8. ...blog ini tidak pernah guna gelaran istana untuk pemimpin PAS. Nak larang depa kutip benda-benda tu pun, takut depa kempunan meleleh ayaq lioq tak tidoq malam pulak! Bab-bab bodek raja ni, orang-orang PAS kadang-kadang lebih buruk kelaku depa dari Umno...

    Pak Bakaq, sy yakin majoriti pemimpin PAS tidak kebulur nak gelaran Dato/Tan Sri/Dato Seri. Tapi kerana menghormati permintaan dan kurniaan baginda Sultan seperti Allahyarham Dato' Fadzil Noor yg akhirnya terpaksa terima gelaran Dato' dr Sultan Kedah setelah 3 kali sultan nak kurnia, Ust Fadzil Noor terima kerana kasihan kpd Sultan (tak sampai hati nak tolak sbb dh kali ke 3).

    Walu ada yang kebuluq pak bakaq cm takiyuddin Hassan tu..tp saya yakin 99% tidak begitu.. Husnuzon (bersangka baik)ye pak bakaq?.. Hj Husam pun dah lama berjuang baru dpt gelaran tu..kalu dia kebuluq, dh lama dia dok kejar gelaran tu..

  9. Bakaq!

    Masa Pakatan Rakyat buat demo BERSIH dulu, Khairi Jamaluddin kata mereka yang berarak dan berlonggok di jalan raya berdemontrasi itu adalah monyet-monyet!

    Pemimpin Umno pula kata, bukan budaya kita berdenmontrasi! Apakah yang dilakukan oleh Umno upahan di jalanraya dan di depan bangunan sekarang ini budaya Monggolia yang dibawa oleh Najib dan Hantu Kopek?

    Sekarang apa dah jadi! Jilat ludah sendiri.

  10. Anonymous at Sunday, February 15, 2009 7:50:00 PM said

    Umno bagi sikit saja 50 and t shirt...PAS bagi lagi banyak...syurga...so pi syurga dapat bidari...sebab tu berani berbaring atas jalan...kah kah kah...

    Whoever you are.. Aku suka cara hang jawab. Sungguh! Baru ada kelas!

    Kalau ada lagi jawapan balas yang macam tu, aku mesti siar. Aku suka!

    Aku harap kwn2 PAS akan cari jawapan balas yang sebaik itu...

  11. Kampung Kelawar.
    Betapa bangsat dan tiada maruah dan harga diri Melayu kini.Ini menunjukka kemiskinan yang melanda orang Melayu sehingga boleh dibeli dan diperbododhkan.Inilahlah perjuangan UMNO selam 50 tahun memartabatkan Melayu dan memperjuangkan ketuanan Melayu.
    Bahasa Melayu habis digadai tidak seorangpun orang hebat UMNO yang menentang dan mempertahankan.Sekarang ini bukan sahaja Matemati dan Sains dalam bahasa Inggeris malah apa sahaja risalah atau pamlet terutama dari swasta seperti iklan rumah dan beberapa yang lain,kesemuanya ditulis dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina.Kalau pergi ke ZOO Negara dan ke Taman Burung Kuala Lumpaur semasa pertunjukan binatang,bahasa yang digunakan adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.Kalau swasta tak usah nak cakaplah.
    Ini baru dari segi bahsa yang telah termaktub dalam perlembagaan.UMNO hanya hipokrit sahaja.Bila dah tersepit mulalah meraung-raung demi menegakkan kedaulatan raja raja Melayulah dan sebagainya dan sebagainya.Diharap kepada pemuda Melayu jangan mahu diperkudakan oleh mereka berkepentingan ini.Sedarlah diri orang Melayu kini telah merempat di negaranya sendiri.

  12. Bakaq,
    Raja kan pakai baju kuning. Apa pasal Anwar Musa pulak yang pakai baju kuning, Tengku Ibrahim pakai baju biru.

    Betul-betul songsang UMNO ni. Yang kesian, tengok Tengku Ibrahim tu. Hang tengok matanya tu. Macam budak tengah ngendeng...

  13. Tuan/Puan,

    Aku ni mangsa dari kampung Berembang, sebelum aku dihalau dari kampung Berembang, Akulah Jaguh UMNO, tapi bila UMNO buat kat aku akulah jaguh nangis sendirian, sesal tak sudah-sudah, tapi hampa ni oran UMNO ada buat demostrasi, aku tahu aku bukan Sultan, rakyat biasa tak dapat nak bagi duit sekupang pun kat orang UMNO.

    Tapi la ni orang yang pernah aku caci dulu (orang PKR), yang mai tolong aku. Awat hampa ingan kerajaan UMNO tu baguih sangat, semua tindakan ada udang sebalik Mee (pasti nak habuan, kontrak ke dll).

    La ni boleh aku hidup selesa sikit dah dapat rumah boleh anak-anak aku belajar dengan sempurna berbanding kampung setinggan dulu.

    Mentang-mentang aku orang susah hampa orang UMNO. Hampa pandang Sultan saja (pandang sultan ka, pandang gelaran Dato, Tan Seri, Tiang Seri BACULLLLL, BANSAT PENDERHAKA)
    APA YANG KERAJAAN UMNO TOYO BUAT KAT AKU, AKU TAK KAN HALAL DUNIA AKHIRAT ......
    AKU SUMPAH KHIR TOYO JADI TOYOL.....

  14. tanda tanda UMNO menjadi BENGGAP BAHALOL dan BANGKAI telah menjadi jelas sekarang. namun masih ramai anak anak Melayu yang konon-nya berilmu dan ber pendidikan masih menyembah duit duit upahan UMNO (yang di curi dari hasil titik peluh rakyat, terutama nya Cina). apa nak jadi dengan bangsa Melayu; dulu nya miskin di kampung, tetapi sekarang sampah di bandar. takut takut kain kapan sendiri pun tak mampu di beli. RM50 boleh beli apa di bandar ini... nak 'upah' mamat ber-uniform buat ber-amal pada rakyat pun nak RM100.

  15. jom pakat tengok balik filem melayu lama,hulubalang daik ngan sultan mahmud mangkat d julang.........jom ambil iktibar dari filem dari nordin ahmad lagi bagus pada ngaji ngan movety kati dacing......jual agama..

  16. wow..depa kena minum itu pati ayam serama laa

  17. sanggup kau terima $50 dan jadi pencacai daripada pilih jalan kesyurga. orang kapiaq ja yang suka pilih jalan macam kau. maaf aku x tuduh kau ni kapiaq sebab aku x kenal kau cuma tingkahlaku kau macam orang KAPIAQ

  18. Isu sultan ni baik UMNO atau PAS,pemimpin depa semua nak tunjuk hero je...dalam cerita parti2 tersebut yang jadi hero pemimpin parti dan ada yang jadi penjahat adalah pengikut/penyokong...plot cite lebih kurang je...rakyat demo,pemimpin komen..rakyat kena lepuk..pemimpin komen..rakyat baring ataih jalan,pemimpin komen,rakyat kena sembuq pemedih mata,pemimpin komen,rakyat bangkang sultan,pemimpin komen...aku dah bosan ngan cite yang sama je..bila le politik malaysia ni nak berubah...

  19. ye lah 50 hinggit & t shirt memang le kecil sgt tapi bagi pencacai UMNO kalo nak berjuang mesti ada gula2 ..kalo nak tahu bohsia melayu pun lg murah...belanja ayaq pun dah bulih wat kawan tidoq..depa kata la..aku x penah cuba pun..haram..maruah melayu memang murah dah zaman la ni...orang PAS memang x heran duit(betuika?)..perjuangan menentang kemungkaran ni free ja...tapi kalo baring ataih jalan tu,,aku pun x berapa setuju...nnt org kata PAS berjuang x pakai otak..berani mmg berani tapi tindakan tu bodoh..maaf kalo terasa..tapi fikir2 kan lah...

  20. Apa lah punya standard ucapan sorang pemimpin kanan pas macam tu pak bakaq....kalu perbuatan sultan tu dah silap kita kena habaq lah silap..kita nak ikut kebenaran atau pun kita nak suruh kebenaran ikut sultan? Hidup karpal sink!

  21. Ni bagi tau skt sbb baring atas jalan bukan apa, sbb rasa nak pengsan terkena asap yang di bakar oleh kuda2 BN sampai ada yang teraba-raba pada kereta raja muda, satu lagi gatai sngt kat belakang,tulah yang jadi macam tu....kah.kah.kah

  22. umno mcm penculik

  23. khairy ketua monyet..pas bt bnda salah ada gk..tp puak umno lg byk yg bg jahanam

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008