Dah join Facebook? Kalau tak join boleh join di sini. Facebook dah ada kumpulan yang di namakan "Mohon Derhaka". Saya tak tau siapa pengasasnya. Allah Maha Menyaksikan, bukan aku yang buat group tu.Antara lain, kumpulan itu kata, "Kini, perbuatan menderhaka pada feudal tidak harus lagi dipandang taboo. Menderhaka kini sesuatu yang murni, jika yang ditentang itu adalah benar-benar penderhaka".
Saya rasa, kita perlu ada sebab yang betul-betul jelas untuk melawan seseorang. Bukan boleh main lawan ikut suka rasa ja. Saya sikit pun tak peduli, sikit pun tak heran orang tu sultan ka, raja ka. Peduli apa aku. Dia dapat duit banyak untuk menjalankan tugas dan peranannya.
Pada saya, tak timbul langsung soal derhaka kepada Sultan atau Raja. Derhaka ni kalau kat Allah s.w.t. ka, mereka yang ma'sum ka, mak pak aku ka, atok aku ka, opah aku ka, guru aku ka atau yang sewaktu dengannya - tu kira derhaka la. Kalau setakat sultan atau raja, apa barang!
Tapi yang saya fikir, kalau raja tu orang Islam, lepas tu kita lawan dan bermusuh dengan dia tak tentu fasal, ai, takkan tak berdosa kot. Tambah-tambah pulak kalau sultan atau raja tu orang tua - Islam suruh kita kasih yang muda dan hormat yang tua. Seingat saya, tak pernah disebut pula hanya hormati orang tua yang wara' ja. Dia sebut orang tua ja.
Tun Dr Mahathir Mohamad dulu aku maki berkandaq-kandaq. Benci tak sangga. Tapi bila saya fikir dia orang tua dan dia pun dah tak dak kuasa nak buat perangai, Raya baru ni saya mintak maaf kat dia.
Saya tak dak la nak larang atau suruh siapa-siapa. Saya hanya kata, kalau nak lawan, biar kita kita ada sebab yang munasabah.










Cantik? Klik 






Penarik beca,
Pendapat kamu dihargai,bagiku kau wira ku.Pendirian yang macam ini memberi semangat kapda umah yang dahagakan kebenaran dan keadilan.
melayu2 melayu bodoh
islam2 islam bodoh
(chant to the tune of PR demo)
kalau PAS + UMNO baru lah melayu tak bodoh
PAS dan UMNO kan sama2 islam
Lihatlah Hak BN Perak Yang Dinafikan PR
Berikut adalah sedikit fakta dari PRU12 untuk kerusi-kerusi DUN negeri Perak yang membentuk kerajaan Perak hari ini.
Seramai 848,229 pemilih atau 71% dari 1,196,160 orang pengundi berdaftar telah membuang undi pada hari tersebut. BN yang berkempen dengan satu gabungan sah dan satu manifestasi, telah memperoleh 404,106 atau 47.64% undi manakala parti-parti pembangkang ( Pakatan Rakyat belum wujud semasa hari pilihanraya ) memperoleh 52.36%.
Dari undi-undi kepada calon-calon BN, calon-calon UMNO memperoleh 243,981 undi atau 60.37% dari keseluruhan undi untuk BN dan 28.76% undi dari keseluruhan undi rakyat Perak.
Berbanding TIGA PEMBANGKANG DENGAN IDEOLOGI BERBEZA, calon-calon DAP memperoleh 188,484 undi atau 22.22%, PAS sebanyak 135,034 undi atau 15.92% manakala PKR memperoleh sebanyak 120,605 undi atau 14.22% undi.
Dengan memiliki seramai 560,690 pengundi Melayu berdaftar atau 46.87% dari keseluruhan senarai pemilih, dikirakan seramai 392,500 orang pengundi Melayu telah keluar mengundi. Juga dengan mengambilkira bahawa 70% pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi BN, dikirakan bahawa bilangan pengundi Melayu yang memangkah calon UMNO adalah antara 58% hingga 62%.
Dengan satu ideologi mewakili portion terbesar dari ketiga-tiga gabungan berbeza ideologi, bukankah BN yang berhak memerintah. Gabungan PR tidak diketahui para pengundi pada masa mereka memilih, kerana rakyat ditipu hidup-hidup. Siapa orang DAP yang mahukan PAS dan tiada orang PAS yang berkenan dengan DAP. Tetapi mereka terpaksa hipokrit antara satu sama lain.
Pudar harapan untuk mereka memperoleh undian seperti sebelum ini jika pilihanraya DUN diadakan. Bukankah pemerintahan telah kembali kepada kumpulan yang berhak?
Tambahan lagi Nizar menyebut, "saya dipilih rakyat" hingga lupa bahawa Sultan Azlan yang memilihnya. Undi untuknya di Pasir Panjang tidak sampai 5 angka. Exconya dipilih rakyat? Penipu. Bukan rakyat memilih exco. Ngeh dan Nga yang mencaturi.
Kecacatan Pakatan Rakyat Perak lah yang meruntuhkan penguasaan mereka 10 bulan di negeri itu akibat "PAS dikahwinkan dengan DAP tanpa DAP memeluk Islam".
Derhaka mereka bukan derhaka Jebat... derhaka mereka derhaka Tun Perak. Cuma segelintir pengikut yang dikuasai emosi terlalu exaggerate.
salam...
betui le bakaq...hang x tubuh group mohon derhaka tuh..tapi sedikit sebanyak penulisan hang menyokong aktiviti begitu...aku rasa rakyat perlu mengambil langkah menegur sultan dengan cara yang lebih bermoral...bagi aku derhaka ni ada dua bakaq...satu derhaka dengan cara x elok..kedua derhaka dengan cara yang elok...matlamat tidak menghalalkan cara bakaq..islam kira semua tu bakaq..niat,lafaz dan laku kita...semua tu kena selari berpandukan ajaran islam...sultan islam..kita pun islam...x boleh ka kita ikut cara islam?? mungkin hang lebih pandai agama dari aku bakaq..aku x berapa pandai sgt tapi ingat.. sebesar hama pun perbuatan kita akan dikira...aku risau benda yang hangpa rasa betul..bila mati nnt Allah x terima...wallahualam.
-tuk ayah lgg-
Belajar daripada sejarah...sejarah sudah pasti boleh memberi pengajaran yang baik kepada kita...jangan sampai sejarah 'hitam' berulang....dunia (dan apa yg ada didalamnya )tidak kekal...selain daripada berebut hal2 keduniaan...ada yg penting kenapa kita di wujudkan didunia ini....Allah swt menjadikan kita rakyat Malaysia ada melayu, cina, india, iban, melanau, murut, mamak kunti, mamak jual canai dan sebagainya...ada gunanya...bukan untuk berebut sumber2 yg terhad semata2 yg hanya utk memuaskan hawa nafsu yg tidak berkesudahan....BERSATULAH DEMI MASA DEPAN KITA SEBAGAI MAKHLUK CIPTAANNYA...melayu,cina, india...itu semua makhluk ciptaanNya...
Betul tu Pak Bakaq. Nak mati pun bersebab!
Sdr Mohd Ali Ismail
Kalau saya tekan reject, takut Saudara kecik hati. Tak tekan pun, fakta Saudara tidak betul sama sekali. Saya bukan orang yang seperti Saudara katakan.
Apa pun, cara saya tetap sama, kalau pembaca maki orang lain berat sangat dan spesifik sangat, saya akan tekan reject.
Kalau maki aku, aku publish. Puji tu, tolonglah jangan buat gitu. Katakan hampa kata aku baik, sedangkan aku memang tak gitu dan aku tekan publish, Akhirat esok apa aku nak jawab?
Kamu keterlaluan.....
dulu indonesia ada sultan
singapura ada sultan
cina ada raja
huru hara kah negara mereka?
rakyat malaysia patut fikirkan
banyak sultan dan raja raja
berapa banyak nak tanggung mereka sebulan setahun bertahun tahun
melayu pemalas goyang kaki duit masuk
Derhaka...teringatkan aku kepada janji taat setia aku kepada guru aku.."Aku takkan derhaka kepada Rasulku,aku takkan derhaka kepada Ibuku,aku takkan derhaka kepada Ayahku.."
Belajar sikit,banyak yang mendapat.
Derhaka kepada pemimpin,kena jugak tengok "sebab" puncanya,pun kena tengok juga "sebab"dia untuk diderhakai,dan apa"sebab"dia berlaku sedemikian rupa
Bang Bakaq
Saya mohon derhaka untuk taknak join Facebook.
Bakak Hak!
Melayu nak durhaka? Harap-harap durhaka itu berlandaskan kitab wa sunnah dan jangan mudah diperniagakan dengan janji dan harta.
Alhamdulillah dapat juga dalam riwayat kita dapat bertembung antara iman dan kufur, antara janji dunia dan Janji Allah - supaya kami hamba2 di uji.
Redhuan D. Oon
http://padi-malaysia.blogspot.com/2009/02/raja-yang-zalim.html
The absolute WILAYAH OF THE QUALIFIED FAQIH means that the true religion of ISLAM, which is the FINAL HEAVENLY RELIGION and will last till the Day of Resurrection, is a RELIGION OF GOVERNANCE AND ADMINISTRATION OF SOCIAL AFFAIRS. Therefore it is NECESSARY for the for the Islamic Society, at all strata, to have a GUARDIAN for its affairs' a ruler and a leader who would DEFEND the ISLAMIC AND HUMAN SOCIETY against the enemies of Islam and Humanity. HE must PRESERVE their social SYSTEM, establish JUSTICE among them, PREVENTING the strong from VICTIMIZING the weak and ATTAIN for them the means of CULTURAL,POLITICAL and SOCIAL DEVELOPMET and PROSPERITY. # From the office of RAHBAR. ALLAHhumma solli 'ala Muhammad wa Aali Muhammad ! ALLAHU AKBAR !
derhaka kerana tak dapat jadi MB??..hehe..malu aku jadi penyokong PAS ni..tak boleh ke orang PAS berfikir mungkin ada hikmah di sebalik semua ni??..aku lebeh suka mengandaikan ALLAH nak selamatkan Nizar dari terjebak dlm. politik kotor PKR.
Abu Abdullah a.s. berkata;Sesungguhnya kami adalah kaum yang mana Allah telah memfardukan ketaatan kami. Sesungguhnya kamu di amanahkan supaya tidak menolak kami. Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang
mati dan tiada baginya Imam, nescaya dia mati seperti seorang jahiliyah(man maata wa-laisa la-hu imam maata maitatan jahiliyyatan), hendaklah kamu melakukan ketaatan seperti kamu telah melihat para sahabat Ali a.s, Kemudian Abu Abdullah a.s berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda ketika sakitnya: Panggilah khaliilku, maka kamipun mengutus keduas-dua bapa mereka (Aisyah dan Hafsah), tetapi apabila kedua-dua datang, Rasulullah s.a.w memalingkan mukanya, kemudian bersabda: Panggillah untukku khaliilku, maka mereka berdua berkata:Baginda s.a.w telah melihat kami, jika baginda s.a.w menghendaki kami,
nescaya baginda s.a.w telah bercakap dengan kami.Lalu Aisyah dan Hafsah mengutus kepada Ali a.s. Manakala Ali a.s datang, baginda s.a.w menatapi wajahnya, bercakap dengannya dan Ali
a.s pula bercakap dengannya sehingga apabila baginda s.a.w selesai,kedua-duanya datang dan berkata kepada Ali a.s: Apakah yang baginda
s.a.w bersabda kepada anda? Maka Ali a.s berkata: Baginda s.a.w telah memberitahuku seribu bab daripada ilmu dan setiap bab akan membuka seribu bab yang lain pula.(Ruj Kitab Raudah al-Kafi).
Zolgoji, Bukit Jelutong Shah Alam.
SULTAN MEMILIH UMNO/BN JD PENTADBIR NEGERI, SULTAN LEBIH SUKAKAN PEMIMPIN YANG KORUP DEMI SUKU SAKAT KRONI AGAR SELAMAT, RAKYAT MEMILIH MENDERHAKA DEMI ANAK CUCU KETURUNAN AGAR TIDAK SESAT.
RAKYAT YANG PATUT MEMILIH ... DIHINA,DICERCA DIKATA DERHAKA OLEH MEREKA DAN MEDIA MEREKA, SULTAN YANG PILIH DIKATA TITAH, PERINTAH WAJIB DITURUT TANPA SANGGAH.
AKHIRNYA .. RAKYAT BANGUN MEMBANTAH... SULTAN BERSEMAYAM DI SINGGAH SANA YANG INDAH, HIDUP DIBIAYAI SEDEKAH, MEWAH BANTUAN DARI RAKYAT BAWAH.
WALAUPUN KALAH HARI INI, TAPI PEJUANG TAKKAN LARI, BIAR 'ISA' MENANTI, MUNGKIN JUGA DITEMBAK CURI, NAMUN PANTANG UNDUR SEBELUM MATI.
MB NIZAR DAN RAKYAT PERAK YANG DIKATA PENDERHAKA OLEH MEREKA MESTI DILINDUNGI OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
sekarang ni ramai anak yang derhaka kat mak bapak...derhaka kat sultan?mungkin boleh mungkin tidak.
info menarik Penarik Beca...saya akan minta team BPN kami ushar ushar facebook yang nak buang raja tu dari bertakhta...
mari relaks sambil baca nukilan saya...
Sajak : Bila Rakyat mahu jadi Raja
Edisi I
DULU rakyat taat raja dan negara
KINI rakyat sudah berani menderhaka.
DULU rakyat suka melihat Raja
KINI Raja tidak lagi utama di mata
DULU rakyat merasa diri laksana hamba
KINI rakyat merasa dirinya RAJA
DULU rakyat tak berani menatap mata
KINI Raja pula tunduk sebak di dada.
DULU Raja tetap Raja seluruh warga
KINI Raja dihina dicaci oleh munafik dan kafir termasuk alim ulama baginda
Edisi II
DULU Raja Maha Mulia
KINI Raja dihina Maha Celaka
Dulu Raja sangat perkasa
KINI Raja cuba dilucut kekebalannya
DULU Raja tidak ada saingan
KINI ramai bersaing ingin mengganti Raja
DULU Raja tonggak Negeri/Negara
KINI Raja dipijak dan diletak bawah kaki sahaja..
KINI kita masih ada RAJA
LEPAS INI kita tidak tahu adakah
kita akan jadi negara tanpa RAJA
atau Raja diganti oleh rakyat biasa?????
Benarlah Nabi Bersabda :
Tanda Akhir Zaman Apabila Hamba Sahaya akan jadi Raja
Moga Tuhan Maha Perkasa Memelihara
Raja Raja dari segala ancaman ke atas takhta mereka
DAULAT TUANKU !
Panglima Perang Cyber
Afrar Yunus bercerita:
Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri. Habis satu negara Tun menjelajah dalam program bersama rakyat, melondehkan satu demi satu kesilapan dan keburukan raja-raja.
Masih ingat bagaimana istana Johor memanggil Zainuddin Maidin Ketua Pengarang Utusan Malaysia ketika itu dan ditenyehnya. Ingat lagi bila media memaparkan ada diantara penghuni 'mahligai' memasang 'air-cond' dua puloh empat jam dikandang kudanya, ada yang memukul mati pengutip bola golf, ada yang menghabiskan wang rakyat beratus juta dengan bermain judi di Genting dan di luar negara, ada berlaku tembakan dalam mahligai, malah ada yang memanggil tribunal dan memecat beberapa orang hakim dan bermacam-macam lagi.
Sudah tiada rahsia lagi. Ketika itu, seluruh penyokong Umno dan BN lupa sementara maksud 'menderhaka'.
Kalau sapa yg derhaka dgn tuanku dihukum buang negeri atau hukum potong telorr .. ramai Melayu PAS yg akan hilang telor.
Melayu PKR dgn Cina Pakatan Rakyat duduk rumah tengok tv sambil makan buah limau yg ditanam atas tanah yg PR baru bagi utk anak cucu diorang.
Oh ye ker ???
Tun M masih UMNO ke ??
dia pun dah tak jadi ahli UMNO...
Jadi ?
Baqaq Panglima Siber guna hadis ini. Hadis ini tak salah. Yang salah mangkuk yang hanya merasakan hadis itu ditujukan kepada rakyat biasa Malaysia yang konon terliur nak jadi.Mana ada lagi hamba sahaya kini. Rasulullah bermaksud hamba sahaya yang belum merdeka pada zaman baginda dan masih berbaki setelah beratus tahun kewafatan baginda s.a.w. Apa yang disebut oleh baginda berlaku apabila golongan hamba sahaya bangun menentang pemerintah dan menubuhkan Dinasti Mamluk. Dinasti Mamluk berasal dari hamba sahaya berbangsa Turki yang dijadikan tentera oleh khalifah. Bila mererka kuat mereka menawan pemerintahan yang sah. Misalnya mereka menumbangkan kerajaan di Mesir dan menguasai pemerintahan untuk berpuluh tahun lamanya.
Bakaq ,puak bloggers UMNO , seperti Panglima Cyber sering melakukan penyelewangan dari menafsir ayat Qur'an dan hadis.
Bagaimana agaknya nasib kita di Hari Hisab nanti? Harap-harap Allah ampunkan kita.
Bagaimana agaknya nasib Panglima Perang Cyber?
Kesian dia, nak berdalih tapi tak cukup akal.
Dia ingat Dr Mahathir seorang yang buat itu semua. Kalau tak disokong Anwar Ibrahim, Najib Tun Razak, Abdullah Badawi dan lain-lain wak long Umno, kau ingat Dr Mahathir boleh buat?
Bagaimana agaknya nasib Panglima Perang Cyber di Hari Hisab?
salam,
hampa semua patut tengok cerita Laksamana Do Re Mi part 6.. kat Youtube http://www.youtube.com/watch?v=rtAFG_QuVEA
Manusia politikus,kalau untung sendiri tak pe,kalau rugi tak boleh.kerajaan perak dahulu kerajaan mejoriti kafir.Ada sapa2 nak sanggah kenyataan ini?
Assalamualaikum dan sejahtera..
Nampaknya ada yang sedang ketar dan kecut perut dengan apa gerakan yang sedang berlaku di alam siber dua tiga hari ni.. kalau seminggu.. dua mingguu.. sebulan... setahun berkembang dan membiak dan jadi nafsu amarah dan meluap-luap dalam diri ramai orang di Malaysia ni.. Nampak gayanya leh jadi macam kat sebuah negara berhampiran gunung Himalaya... Itulah dia bila nilai yang diterima oleh manusia sejagat "KEADILAN" dipijak-pijak secara hina dan keji... Saya hanya memandang permainan politik ini dan hanya senyum melihat siapa yang dapat buat "cek met" dalam pertempuran yang lama lagi nak habis gayanya... Kalau ada yang rasa mereka ada kuasa.. emm sila pikir sekali lagi.. Rakyat (yang celik akal) atau orang rakus yang berkuasa.. Jawab yer.. atau leh tanya Rakyat Thailand atau Rakyat Nepal.. Atau tanya jer rakyat tempatan Malaysia yang berjaya memecat dan memalukan beberapa menteri (ramai angkuh juga) masa pilihan raya MAC 2008.. Sila jawab siapa yang beri mereka kuasa??? Kalau rakyat Malaysia celik akal.. jawapan mesti taukan.. AMARAN KERAS KEPADA AHLI POLITIK RAKUS YANG ANGKUH... TERUSKAN PERMAINAN ANDA DENGAN MEPERKOTAK KATIK KEBIJAKSANAAN MANUSIA LAIN.. Sila lagakan lagi Melayu dan Cina dengan "Ketuanan Melayu" dan Dasar Ekonomi Baru (yang dah lama padam secara sah sebenarnya)Pergilah takut-takutkan orang Melayau pada orang Cina dan Singapura...... Semua itu hanya jadi bahan ketawa dan bahan lawak ramai-ramai bagi orang Melayu yang celik politik tak kenal hati perut orang politik juga,,,.. Maafkan sayadengan pandangan jujur dari rakyat biasa yang tidak memihak kepada mana-mana kumpulan politik.. Cuma akan mememilih pemimpin yang JUJUR DAN IKHLAS apabila tuba masanya empat tahun sekali.. Sekian Wassalam..
Rakyat 'derhaka'... Raja/ pemerintah 'zalim'...
Apakah dlm kontek krisis negeri Perak; rakyat derhaka atau ada kezaliman yg berlaku? Lebih kepada kezaliman; zalim bila hak rakyat di nafikan.
Rujuk anonymous 7/2/09 9.38.00ammyt. PAS dan UMNO sama2 Islam. Saya ingin bertanya,adakah UMNO tu Islam? Kalu Islam adakah disegi hakikat atau namanya saja? Kalu pemimpin tolak hukum Allah bermakna tolak Qur`an dan Hadith- apa hukumnya? Setahu saya mur... (keluar dari Islam).Kita yang menyokong/membantu mereka adalah sama (cuba faham tafsiran Surah Hud-113).Kalu setakat istihar negara Islam tapi tinggalkan syari`atnya,tak laksanakan hukum Islam dsbnya bermakna belum lagi Islam. Banyak lagi bolih dipertikaikan.KALU ISLAM MEREKA TAK RAMPAS PERAK CARA HARAM....
Bekas UMNO
Bg saya utk zaman sekarang ni pemimpin semua contohi la pemimpin Iran tu tak payah mewah pun rakyat pun hormat dan respect harta byk2 pun bukan blh bawa mati yang tinggal pun belum tentu sampai dijalan Allah.
jangan asyik nak politik sahaja
org lain dah maju ke depan tp kita hampeh.........