Update 3/2/09 12.47 AMTadi saya bubuh "Lompat si katak lompat!" Tapi bila baca tulisan Mat Saman kati bertajuk "Hangat di Perak," saya memutuskan untuk bubuh "Lompat si babun lompat" sebagai tajuk posting ni. Rupa-rupanya ada banyak babun di negeri aku, Perak.
Posting asal
Mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok berkemungkinan besar menolak perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu yang hilang sebelum ini, kata beberapa sumber. Pilihan raya kecil ketika Umno sedang sibuk dengan perebutan jawatan bukanlah sesuatu yang direstui oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sumber lain pula memberitahu, Mesyuarat Khas Lajnah Politik PAS di Ipoh malam ini mungkin membincangkan perkara itu.
Jika SPR menolak perletakan jawatan itu, ia dilihat tidak selaras dengan pendapat Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara.
"Apabila Tuanku melihat surat perletakan jawatan kedua-dua Adun itu, saya difahamkan Tuanku berkata, kalau macam ini kena ada pilihan rayalah," Siasah memetik Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki (lihat juga berita Malaysian Insider "Nizar gets 'royal nod' for by-elections, no need to dissolve assembly").
Sementara itu, Malaysian Insider juga melaporkan bahawa drama lompat dan loncat kesetiaan cacat yang makin berat di Perak negeri saya sudah melarat ke negeri asal isteri saya.
Untuk kali kedua dalam minggu ini sahaja, Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa menafikan spekulasi bahawa beberapa orang ADUN BN akan meloncat ke dalam Pakatan Rakyat (PR) sehingga menyebabkan si Mat terkulat-kulat.
Sebelum ini, A Voice mendedahkan ADUN Serting Shamsul Kahar Md Deli, ADUN Palong Datuk Aziz Shamsuddin, ADUN Lenggeng Mustafa Salim dan ADUN Chennah Siow Chen Pin mungkin akan meloncat.
Berkaitan:
Status Adun: SPR putuskan esok (Malaysiakini)
Sumber lain pula memberitahu, Mesyuarat Khas Lajnah Politik PAS di Ipoh malam ini mungkin membincangkan perkara itu.
Jika SPR menolak perletakan jawatan itu, ia dilihat tidak selaras dengan pendapat Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara.
"Apabila Tuanku melihat surat perletakan jawatan kedua-dua Adun itu, saya difahamkan Tuanku berkata, kalau macam ini kena ada pilihan rayalah," Siasah memetik Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki (lihat juga berita Malaysian Insider "Nizar gets 'royal nod' for by-elections, no need to dissolve assembly").
Sementara itu, Malaysian Insider juga melaporkan bahawa drama lompat dan loncat kesetiaan cacat yang makin berat di Perak negeri saya sudah melarat ke negeri asal isteri saya.Untuk kali kedua dalam minggu ini sahaja, Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa menafikan spekulasi bahawa beberapa orang ADUN BN akan meloncat ke dalam Pakatan Rakyat (PR) sehingga menyebabkan si Mat terkulat-kulat.
Sebelum ini, A Voice mendedahkan ADUN Serting Shamsul Kahar Md Deli, ADUN Palong Datuk Aziz Shamsuddin, ADUN Lenggeng Mustafa Salim dan ADUN Chennah Siow Chen Pin mungkin akan meloncat.
Berkaitan:
Status Adun: SPR putuskan esok (Malaysiakini)










Cantik? Klik 






kalau tak silap ada terbaca kat mana tah...
rashid bekas spr tu kata, bukan tugas spr nak tentukan betul tidak adun tu letak jawatan, tugas spr... bila dah dimaklum kerusi tu kosong... kena la bersedia buat pilihanraya.... itu saja...
Betul la Pak Bakaq.... banyak betul babun kat Negeri kita yer... Pelik sungguh... buat malu deghoyan jer...