Malaysiakini melaporkan, tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.
"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.
Sirul, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama
"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.
Rakyat mesti bangkit bertanya, siapakah mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan?
Perencanaan siapa terhadap Sirul?
Saya harap kita dapat bertanya bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (lihat imej berkaitan beliau di bawah). Maklumlah, dia akan jadi Perdana Menteri.













Cantik? Klik 






saudara sirul anda jangan takut nyatakan yang benar itu benar angkara siapakah??????kamu tetap akan mati, biarlah mati mulia....
najib ka sipa????
Tak tahu nak kat apa lagi Pak Bakaq...laa nie demi kuasa depa sanggup buat lagu nie,hancus akidah...
Just spill it out Sirul...biar semua rakyat tahu...sapa gembala kambing hitam tu!!!
Asalamualaikum....Sya ni bknlah sapa2...rakyat biasa.Tapi jika sudah melibatkan nyawa n maruah eloklah berpegang' alang2 menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan'...
Jika sudah penghabis ikhtiar....citekan perkara sebenar.biar masyarakat tahu biar keturunan kita tau!..kita wajib bongkarkan kezaliman dan keruntuhan akhlak seseorang yg dikatakan'org kerajaan' tu...
Smoga anda dilindungi rahmatNYA....amin...
Maka berkatalah juak-juak dan pencacai-pencacai mereka....dah takdir...
Saya pun syak semacam pasal najib ni. tuhan nak tunjuk ke perangai sebenar najib ni. Kes altantuya mungkin kita tak berapa nak syak sangat tapi bila isu ADUN perak baru-baru ni syak saya terhadapnya bertambah kuat. Tak tau la ada orang perasan ke tidak bila kes adun PKR hilang tu najib pun hilang sekali. Saya perasan 3 hari najib tak muncul kat tv langsung. Hanya Dato seri Pak lah je yang komen pasal ada ADUN yang melompat parti
haha..najib mase tuh tgh ajar cane katak2 tu melompat lebih tinggi.. kaki kene bape darjah,duduk badan berapa darjah..ye x?
Bro,
Bab-bab yang babitkan akidah ni korang kena serius. Janganlah tak sukakan DS Najib dengan wife dia, DS Rosmah, sedap2 ajer korang kata macam tu.
In ja akum fasiqun binabain FATABAYYANU...
Jangan tuduh sebarangan apa2 yang libatkan akidah orang. Bahaya ma.
Mohd khairul anwar, tolong jelaskan sikit kalau najib dah panggil bomoh hindu, bini dia yang menggantikan tudung dengan sanggul utk tutup rambut tu suruh buat uapacara semayang hindu camner nih, huh! Ustaz 4 senawi ke ko ni?
Tuan punya blog ni hanya tunjukkan SD je. Yang korang buat komen macam2 tu aphal. Allah dan tuan punya diri je yang tahu benar atau tak. Yang kita yang tak tahu dan yang tak berapa tahu ni mintak najib tak begitu. Kalau ada keterangan yang kukuh seperti memang ada saksi yang boleh dipercayai maka report kat jabatan agama islam. Kita bukan tuhan yang tahu semua benda. Khabar2 angin ni ada yang betul ada yang tak betul. Selalunya bila ada isu, baru cerita2 pelik yang tak tahu betul ke tak betul ni keluar.
Mmg betul. Cerita mcm ni selalu keluar bila ada isu panas dan menjadikan ia lebih sensasi. Allah tidak akan memberi apa-apa hukuman serta merta kepada ummat Muhammad s.a.w di dunia ini kerana itu permohonan Junjungan kita. Yang ingkar dan mungkar akan terus berjaya kerana yang bathil akan berkuasa sehingga Imam Mahadi dan Nabi Isa Alaihissalam yang memerangi mereka - Yahudi atau pun Melayu sendiri. Perang jika tidak ada jalan lain. Setakat Malaysia hari ini? Belum ada keperluan untuk itu.