Gambar Patrick Lim yang disembah seperti Sultan Terengganu ini diambil dari posting Sheih bertajuk "Mari derhaka".Orang tanya saya, awat hang tak suruh Pemuda Umno berdemonstrasi menentang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Kekebalan Raja-Raja)? Pindaan itulah yang mewujudkan mahkamah khas kepada raja-raja Melayu yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara dan dianggotai ketua hakim mahkamah tinggi dan dua yang lain yang dipilih oleh Majlis Raja-Raja yang terdiri dari mereka yang masih atau pernah menjadi hakim mahkamah agung atau mahkamah tinggi.
Hasil pindaan itu, mahkamah khas yang diwujudkan itu baru-baru ini membicarakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahmann yang disaman oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) di mana mahkamah tersebut memerintahkan Tuanku Ja'afar membayar AS$1 juta kepada SCBMB.
Pindaan turut disokong di dalam undian di dalam Dewan Rakyat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ramai menteri dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang masih berkhidmat sehingga hari ini.
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata, Karpal Singh (yang gian menyaman Sultan Perak - bakaq a.k.a. ~penarik beca) tidak akan mendapat laluan jika para pemimpin Umno dan BN tidak menyediakan laluan dengan pindaan Perlembagaan 1993 itu.
"Adalah kelakar jika orang yang hendak menggunakan laluan untuk menyaman raja-raja Melayu sahaja yang dimarahi sedangkan orang yang menyediakan laluan tidak dimarahi," katanya.
Awat hang tak cabar Pemuda Umno berdemonstrasi menentang pindaan itu,bakaq?!
Tak, aku tak akan suruh. Aku pun sokong pindaan itu. Tidak ada pemimpin Melayu yang berani mengajar raja-raja Melayu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Kalau ada, saya mohon maaf. Tetapi, saya tak ingat.
Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Bakar juga hero. Tetapi keperwiraannya tidaklah sehebat Dr Mahathir.
Saya akan tetap kenang jasa Dr Mahathir dalam perkara itu sampai bila-bila. Saya akan hebohkan kepada anak cucu saya jasa Dr Mahathir mengajar raja-raja Melayu itu. Saya juga akan hebohkan ada orang yang gatal buat kenyataan berikut:
Aku tergelak terguling-guling bila Sivarasa Rasiah pun sokong!!!! Alahai lidah tak bertulang!
Ada juga orang tanya kat saya. Adakah hang nak ikut Hang Jebat, bakaq? Ciss! Aku tak akan kotorkan diri aku dengan khurafat Hang Jebat dan Hang Tuah itu. Aku dah ludah semua cerita-cerita khurafat tu berpuluh-puluh tahun dahulu.
Dalam posting bertajuk "Demonstrasi Pemuda Umno pertahan Nabi Muhammad," Aljibra menghantar petikan cerita khurafat yang telah saya syaitankan (bukan setakat ludah sahaja) sejak berpuluh-puluh tahun dahulu:
Lampiran:
Kajian: 97 peratus rakyat Perak mahu DUN dibubarkan (Harakah)
In case you weren’t sure... hear it from the people of Perak (Malaysian Insider)
Hasil pindaan itu, mahkamah khas yang diwujudkan itu baru-baru ini membicarakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sebelum ini, Allahyarham Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahmann yang disaman oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) di mana mahkamah tersebut memerintahkan Tuanku Ja'afar membayar AS$1 juta kepada SCBMB.
Pindaan turut disokong di dalam undian di dalam Dewan Rakyat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ramai menteri dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang masih berkhidmat sehingga hari ini.
Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar berkata, Karpal Singh (yang gian menyaman Sultan Perak - bakaq a.k.a. ~penarik beca) tidak akan mendapat laluan jika para pemimpin Umno dan BN tidak menyediakan laluan dengan pindaan Perlembagaan 1993 itu."Adalah kelakar jika orang yang hendak menggunakan laluan untuk menyaman raja-raja Melayu sahaja yang dimarahi sedangkan orang yang menyediakan laluan tidak dimarahi," katanya.
Awat hang tak cabar Pemuda Umno berdemonstrasi menentang pindaan itu,bakaq?!
Tak, aku tak akan suruh. Aku pun sokong pindaan itu. Tidak ada pemimpin Melayu yang berani mengajar raja-raja Melayu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Kalau ada, saya mohon maaf. Tetapi, saya tak ingat.
Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Bakar juga hero. Tetapi keperwiraannya tidaklah sehebat Dr Mahathir.Saya akan tetap kenang jasa Dr Mahathir dalam perkara itu sampai bila-bila. Saya akan hebohkan kepada anak cucu saya jasa Dr Mahathir mengajar raja-raja Melayu itu. Saya juga akan hebohkan ada orang yang gatal buat kenyataan berikut:
Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersedia untuk perjuangkan dan mengembalikan kedaulatan institusi diraja berpaksikan sistem Raja Berpelembagaan.Saya tak nak la guna ayat-ayat brutal sebab saya tak sampai nak buat gitu kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Saya yakin, dia tak akan cakap gitu kalau orang tak suruh. Orang yang suruh tu pulak, apa pun strateginya, saya anggap strategi yang melibatkan kerja bodoh mengembalikan imuniti raja-raja Melayu sebagai strategi gatal yang gila.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata 'kontrak bersama' yang ditandatangani komponen Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu menjelaskan mengenai komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu.
"Malahan kita bersedia untuk mengembalikan kekebalan raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan.
"Kita juga akan memberikan komitmen mengenai kedudukan istimewa bangsa Melayu, Bahasa Malaysia dan agama Islam sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan," katanya semasa menyampaikan Ucapan Dasar Presiden di Kongres Tahunan Nasional ke-5 PKR di sini hari ini. (mStar Online)
Aku tergelak terguling-guling bila Sivarasa Rasiah pun sokong!!!! Alahai lidah tak bertulang!
Ada juga orang tanya kat saya. Adakah hang nak ikut Hang Jebat, bakaq? Ciss! Aku tak akan kotorkan diri aku dengan khurafat Hang Jebat dan Hang Tuah itu. Aku dah ludah semua cerita-cerita khurafat tu berpuluh-puluh tahun dahulu.
Dalam posting bertajuk "Demonstrasi Pemuda Umno pertahan Nabi Muhammad," Aljibra menghantar petikan cerita khurafat yang telah saya syaitankan (bukan setakat ludah sahaja) sejak berpuluh-puluh tahun dahulu:
“Maka titah Sri Tri Buana, “Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhaka pada anak cucu hamba. Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”Khurafat! Khurafat semua tu! Saya beriman kepada Allah s.w.t. dan semua perintah-Nya sahaja.
Maka sembah Demang Lebar Daun, “Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak cucu tuanku dahulu mengubahkan dia, (Maka) anak cucu hamba pun mengubahkan dia.” Maka titah Sri Tri Buana, “Baiklah, kabullah hamba akan wadad itu.
“Maka keduanya bersumpah-sumpahlah, barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah Subhanahu Wa Taala bumbungan rumahnya ke bawah. Kaki tiangnya ke atas. Itulah sebabnya maka dianugerahkan Allah Subhanahu Wa Taala kepada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu; jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya, tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata jahat.” (Sejarah Melayu)
Lampiran:
Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad hari ini membenarkan jurufoto dan jurukamera media merakam prosiding Mahkamah Khas yang membicarakan kes Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB) menyaman Yang DiPertuan Besar Negeri SembilanBerkaitan:Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan bank berkenaan terhadap Tuanku Ja抋far.
Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja抋far terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.
Kajian: 97 peratus rakyat Perak mahu DUN dibubarkan (Harakah)
In case you weren’t sure... hear it from the people of Perak (Malaysian Insider)











Cantik? Klik 






Pak Bakaq...
Aku sokong...Pemerintahan Islam lebih penting daripada sistem raja perlembagaan yang Zalim ni.
Takbir!Takbir!
Hang Kuah...
Saya sedikit teruja setiap kali menulis mengenai Pakatan Rakyat. Mungkin kerana topiknya amatlah mudah untuk ditulis. Ada saja buah-buah fikiran yang mencurah-curah masuk ke dalam otak.
Suka saya ingatkan di sini bahawa tajuk artikel saya kali ini amatlah bertepatan dengan isi kandungannya. Jika anda bersetuju dengan tajuk di atas, tidak perlulah anda meneruskan pembacaan anda. Ini kerana mereka yang sudah masak dengan agenda Pakatan Rakyat sudah tidak perlu diberitahu lebih lanjut lagi. Sila berhenti membaca di sini. Terima kasih.
Jika anda tidak bersetuju pun, tidak mengapa. Tiada apa yang akan saya katakan akan masuk dek akal di kalangan mereka yang tidak sehaluan dengan blog ini. Anda boleh tekan butang ‘backspace’ sekarang. Terima kasih.
Sebenarnya, artikel kali ini ditulis kepada sesiapa yang telah melihat gelagat para penyokong Pakatan Rakyat pada hari Jumaat lepas.
Saya terpanggil untuk menganalisa apa yang berlaku selepas hari Jumaat tersebut. Kita tidak akan menyentuh mengenai keputusan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.
Ini kerana, ramai yang tiba-tiba sudah khatam ijazah perundangan akan bertelagah sesama sendiri di sini. Ramai juga yang perasan menjadi tuan-tuan hakim untuk terus menerus menjatuhkan hukuman kepada Sultan Azlan. Walaupun sudah dikatakan bahawa baginda telah bertindak mengikut lunas undang-undang, ada juga yang akan menidakkan bidang kuasa baginda. Mereka akan berkata yang baginda mungkin tersilap kerana baginda hanya seorang manusia, akan tetapi mereka ini terlupa yang mereka juga manusia yang tidak terlepas dari kesilapan. Harap mereka ini dapat menarik dan menghela nafas keinsafan.
Seperti dikatakan dahulu, kita boleh membawa perkara ini ke mahkamah jika mahu.
Namun begitu, perkara yang tidak dapat diselesaikan di mahkamah adalah maruah baginda yang sudah tercemar akibat cacian para pemimpin Pakatan Rakyat yang menghasut para penyokong mereka supaya memberontak. Kelakuan ini sudah pun dikategorikan sebagai menderhaka.
Yang gelihatinya, apabila orang ramai berkata bahawa Pakatan Rakyat sudah menderhaka kepada Sultan, mereka cuba memulang paku buah keras dengan mengatakan Umnolah yang mula mula menderhaka kepada Sultan suatu masa dulu. Sungguh pelik sekali. Apabila dengan terang kita melihat Umno, Barisan Nasional, sebahagian rakyat, segelintir NGO dan para bloggers sedang berhempas pulas mempertahankan institusi diraja, Pakatan Rakyat dengan tidak segan silu menzahirkan perbuatan mereka dengan menyatakan ‘dulu orang lain pernah buat, kami pun hendak buat juga!’
Beginilah sebenarnya perangai pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak mahu bertanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan. Di mana-mana kita baca tidak terdapat satu blog pemimpin Pakatan Rakyat yang meminta maaf di atas keterlanjuran para penyokong mereka minggu lepas. Anwar Ibrahim telah bertungkus lumus menggembleng tenaga buruh (ada juga yang di import dari Indonesia) untuk membuat rusuhan yang secara tidak langsung merupakan kejadian paling biadap yang pernah kita saksikan sepanjang hayat kita.
Sewaktu Raja-Raja Melayu ingin tunduk kepada pihak British, orang-orang Melayu ketika itu telah berarak beramai ramai ke Station Hotel di Kuala Lumpur untuk memujuk raja-raja mereka agar tidak bersetuju dengan perjanjian Malayan Union. Kesultanan Melayu bernasib baik kerana Datuk Onn Jaafar telah memimpin perjuangan untuk mengembalikan kuasa Raja Raja Melayu dari dirampas oleh pihak British.
Hari ini kita dapat saksikan betapa gediknya blog-blog Pakatan Rakyat mengungkit cerita-cerita lama untuk mempertahankan kelakuan mereka tempoh hari. Akan tetapi mereka ini sudah berasa lebih tinggi dari raja hingga tidak terfikir oleh mereka untuk meminta maaf kepada Sultan Azlan. Mengapa perlu terkinja-kinja dan bersungguh-sungguh mengalihkan perhatian orang ramai? Mereka tidak sedar bahawa ianya tidak sama sekali memadam penderhakaan mereka. Ianya hanya dapat dimaafkan jika Anwar Ibrahim, Mohd Nizar dan seluruh barisan exco lama Perak memohon ampun di atas kesalahan mereka tempoh hari.
Oleh kerana Pakatan Rakyat adalah satu pakatan yang tidak bertanggungjawab, mereka akan terkial kial mencari sebarang justifikasi untuk membolehkan mereka menderhaka kepada Sultan. Dan dengan pantas, mereka menjumpainya. Tiada cara lain, kecuali dengan mengungkit sejarah. Mereka berharap sejarah akan berpihak kepada mereka. Sayang sama sekali, sejarah juga tidak akan melepaskan mereka dari kesalahan derhaka.
‘Orang lain boleh buat, mengapa kita tidak boleh? Yang penting, Umno juga perlu dilihat sebagai penderhaka.’ Itulah yang mereka lakukan.
Yang anehnya, dalam masa yang sama, Anwar Ibrahim berkata yang beliau akan cuba mengembalikan kuasa Raja Raja. Bagaimana hendak mengembalikan kuasa raja-raja jika kita berkurang ajar kepada mereka? Saya khuatir Anwar Ibrahim akan sukar membuat ucapan kelak kerana lidahnya makin bercabang.
Ada yang lebih aneh lagi. Di dalam blog-blog pro Pakatan Rakyat, para penyokong mereka pula ingin melucutkan kuasa raja raja kerana marahkan kepada Sultan Azlan. Pelik bin ajaib! Telatah Anwar Ibrahim dan para pengikutnya ternyata mengaibkan institusi DiRaja.
Ingat, jika ingin mengungkit cerita lama seperti kes Tan Sri Ghazali Jawi dan insiden Datuk Idris Jusoh dengan pemangku Sultan Terengganu, maka janganlah anggap diri sudah terlalu sempurna dari sebarang kesalahan. Janganlah menganggap diri sudah terlalu gah dan sudah lebih makan garam dan telah banyak membuat jasa.
Tindakan tidak meminta maaf menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat percaya diri mereka kebal dan boleh melakukan sesuka hati terhadap raja mereka sendiri. Sekurang-kurangnya, Umno pernah berjasa besar kepada Raja Raja Melayu sebelum itu. Apakah jasa Pakatan Rakyat kepada Raja Raja Melayu kini?
Ada? Tunjuk isyarat lucah ada lah!
Ingin diingatkan bahawa kes Tan Sri Ghazali Jawi amatlah berlainan sekali dengan peristiwa Anwar Ibrahim dan Mohd Nizar menderhaka kepada Sultan Azlan. Tan Sri Ghazali Jawi berhenti walaupun mempunyai majoriti dari wakil rakyatnya. Tun Hussein Onn bagaimanapun telah menghormati kehendak Sultan Idris dan melucutkan jawatan Menteri Besarnya. Sultan Idris telah berkehendakkan sesuatu di luar batasan sistem perundangan Perak. Jika contoh ini yang diambil oleh Pakatan Rakyat, maka jika Sultan Azlan bernazar tidak mahu Mohd Nizar sebagai Menteri Besar baginda, adakah Anwar Ibrahim akan menghormati Sultan Azlan dan mengarahkan Mohd Nizar supaya bersabar dan menerima sahaja titah Sultan? Tidak sama sekali. Kita telah melihat, mendengar dan membaca mengenai kebiadapan mereka.
Oleh itu, tidak usahlah hendak mendabik dada berlagak hero. Bertelur sebiji, riuh sekampung. Contoh yang dikemukakan tidak boleh dipakai. Alangkah cocok dan manis jika kita dapat melihat para pemimpin Pakatan Rakyat menelan ego mereka dan meminta ampun kepada baginda Tuanku.
Adakah pemimpin PAS terlalu maksum untuk meminta ampun bagi pihak penyokong mereka? Anwar Ibrahim tidak mungkin akan meminta maaf kerana kita sudah tahu mengenai personalitinya. Beliau tidak akan sekali-kali merendahkan diri untuk meminta maaf kepada Tuanku Sultan. Beliau terlalu maksum untuk itu semua!
Atau adakah mungkin para pemimpin di dalam Pakatan Rakyat tidak percaya kepada institusi Raja lagi? Adakah seorang bernama Sultan Azlan tidak berhak mendapat sembah hormat yang sewajarnya? Atau mungkin mereka berfikir bahawa orang bernama Sultan Azlan hanya berhak ditempelak sahaja? Boleh dimaki dan dicerca di dalam blog, di dalam ceramah, di dalam surat-surat khabar Pakatan Rakyat, di mana-mana sahaja. Begitu? Jika lidah sudah bercabang, sifat sifat baik di dalam diri manusia dengan sendirinya akan terhakis.
Jika Pakatan Rakyat sudah tidak hormat kepada institusi Raja Melayu walaupun hanya baru berkuasa selama 11 bulan, mana mungkin mereka akan melindungi dan menghormati masyarakat madani di masa yang akan datang.
Inilah musibah yang akan menanti rakyat jika Pakatan Rakyat terus menerus didodoi oleh sokongan mereka yang terlalu taksub kepada sifat sifat orang yang lidah bercabang.
Pak Bakaq...
manusia akan cakap apa saja untuk kepentingan diri mereka baik raja atau hamba sahaya....tetapi tidaklah menjadikan cakap mereka itu pelindung bagi diri mereka apabila mengingkari perintah Allah...siapakah yang berani menjamin perjanjian antara demang lebar daun & sri tri buana mendapat perkenan Allah..aku rasa penulis hikayat ja cakap macam tuh.. kalo hang nak tau bakaq...cakap2 hikayat macam tu ada unsur pengaruh agama hindu...rasulullah pun x de bersabda macam tu...jgnle berpegang pada hikayat sebagai dalil...x de maknanya....
Minta bayaran melalui Mahkamah dengan SAMAN RAJA sebab tak puas hati dengan keputusan Raja tidak sama..
Meskipun sepatutnya PR tak diberi peluang perintah PERAK sebab PR tak digazet dlm perlembagaan berbanding BN tetapi Sultan tetap bagi juga.
Tetapi sekarang ????
Adakah ada saman menyaman Sultan dalam hal ini walau melayu lebih kuat dan ramai dalam UMNO yang menang tempoh hari berbanding pakatan rakyat?
Sendiri punya fikirlah pak bakaq...
Penarik beca,
Bila ada orang memberi komen berjela, membuatkan hati terasa terharu dan keliru.
Kenapa timbul soal derhaka...? Setahu kita cerita derhaka ini timbul setelah Menteri Besar Perak baru angkat sumpah dan Menteri Besar yang lama tidak meletakkan jawatan. Oleh kerana itu berbagai isu digunakan untuk mengingkir MB lama.
Bukankah isu derhaka pada sultan oleh Pakatan Rakyat hanya lah untuk menutup cerita Najib Razak tawan ADUN PKR dan bentuk kerajaan baru melalui ADUN bebas tanpa ada pilihanraya DUN....?
Isu derhaka pada sultan hanya untuk menutup cerita MB baru yang dianggap tidak sah supaya diterima oleh rakyat...? Dengan isu ini juga rakyat akan marah pada sultan bukan pada UMNO.
Nak buat apa cerita panjang macam lawyer buruk sedangkan rakyat negeri perak tahu faktanya yang sebenar bahawa UMNO cuba menutup kerja jahat merampas kuasa kerajaan negeri dan tidak berupaya menghadapi pilihanraya DUN seperti mana yang dikehendaki oleh Pakatan Rakyat negeri Perak.
Bakaq!
Dengar khabonya, Baginda di negeri aku pun kena saman oleh seorang ahli perniagaan warga Singapura! Aku harap Khairi Jamaluddin sila datang bawa pemuda Umno buat demontrasi besar-besaran kalau mereka ada telo. Tapi kena ingat, Khairi pasti tak berani bawa pemuda Umno berdemontrasi. Adakah ini disebabkan kerana dia selalu ulang alik ke Singapura? Apa dia buat disana?
Salam....
Kesian.... Orang Melayu Islam ni lebih suka mengamalkan hukum adat dari hukum agama. Nanti akan ada syurga Melayu untuk depa...
Pak Bakaq...
Saya percaya dan yakin Sultan telah membuat keputusan dengan perasaan tidak berat sebelah..dengan ilmu undang undang yang tuanku ada..Tuanku telah membuat keputusan..
Kita jangan gundah gulana...Semua kita akan dihakimi apabila kita meninggalkan dunia ini nanti.Nak selamat jaga lah diri semasa ada hayat kita lagi.. Jangan tipu..jangan rampas hak orang..jangan maki orang...dan macam macam jangan lagi..Wassallam..
Bakaq!
Perak Darul Rasuah negeri bertuah kerana dapat tunggaknya tidak amanah! Begitu mudah mengikut telunjuk Bapak Rasuah! Rakyat pun gelisah, pentadbiran negeri pastilah punah ranah!
Yang tulis berjela2 nak bela sultan tu pasai apa?Sultan sendiri pun tak maksum MB nizar n Co. pun tak maksum.Kena tau punca la pasal apa penyokong pakatan rakyat sanggup berguling ,tidur depan kereta raja dulu mana ada macam ni..ooo bila puak2 umno lilit kain kuning konon2nya sayang raja buat demontrasi haram ,tiup api perkauman boleh pula..Raja pun kena jadi macam Khalifah Abu Bakar bila naik jadi khalifah berucap ,semua rakyat boleh tegur sekiranya khalifah terlajak cakap,tersalah buat keputusan tapi raja kita ...
Kalau anda orang melayu,
Tengok Nama YB Nizar
Tengok Nama YB Zamry
Yang mana ada pengaruh Penjajahan
Kalau anda orang melayu,
Tengok Muka YB Nizar
Tengok Nuka YB Zamry
Yang mana ada muka kemelayuan bukan kelayuan
Kalau anda orang Islam,
Tengok Muka YB Nizar
Tengok Muka YB Zamry
Yang mana terserlah cahaya keimanan
Kalau anda orang beradap,
Tengok Tingkah laku YB Nizar
Tengok Tingkah laku YB Zamry
Yang mana beradap dan tidak kegopohan
Penentu kebenaran di Minda Anda jangan nafikan, jangan jadi munafik yang mencuri kebodohan
Fikir berasaskan Hukum Agama dan adat perlembagaan
--Minda tenang--
Tengok Muka YB Nizar,
Tengok Muka YB Zambry
Bakaq,
cerita raja2 nih dah mengarut dan melebihi dari keperluan. Kebaikan ada tetapi keburukan lebih menyerlah. Kalu raja bagi contoh baik dan ikut Islam, okey! Kalu raja banyak yg menyanggah perintah Allah SWT, nak kata baik lagi ka?
Di India pun raja dah jadi sejarah yg tak perlu dibaca lagi!
Mengapa ada filem2 Melayu sp: Singapura Di Langgar Todak, Musang Berjanggut, Sultan mahmud Mangkat Di Julang, Hang Tuah (v P Ramlee), Hang Jebat (Nordin Ahmad), Pura Chendana dan lain2… protes Org Melayu yg terasa diperbodohkan istana.
Banyak benda khurafatnya...
Kenapa pulak sejarah negara2 di dunia..kebanyakannya hilang kuasa raja monarki ganti republik atau demokrasi?
Kenapa dalam Islam tiada konsep beraja, adanya konsep khalifah selepas Rasullullah s.a.w? ,,,kalimat ‘raja’ tu sendiri berunsur kehinduaan, maka tidak peliklah ada pula unsur2 magis..spt paduka, mulia, daulat, derhaka, karma, duli, istana dll..dll..
Lagi banyak khurafat....
Firman: …….”sesungguhnya semulia2 kamu di sisi Allah ialah yang paling takwa di kalangan kamu.”
Pragmatisma umno, tindakan umno dan kelupaan umno…akhirnya memakan diri.. + kefasikan + masalah2 sombongnya = umno akan mereput.
Munaikelawar,
Salam,
Perjuangan Melayu perlu digantikan dengan Islam,sebab kalau dulu-dulu,sebut saja Melayu sudah pastinya Islam Tetapi sekarang tidak.Bukan semua orang Melayu Islam.Daripada statistik dan laporan ramai melayu yang murtad malah ada yang memfailkan ke mahkamah untuk membuat pengistiharan keluar dari Islam.Jumlahnya keangka ribu.
Justeru itu juga perlu buat satu lagi peraturan atau perubahan sebagai ketua agama Islam mesti memiliki atau berkelulusan agama untuk dilantik menjadi ketua agama bagi setiap negeri.Barulah selari jawatan,perbuatan dan amalan.
Pak Bakaq,
Betui lar kata pak bakaq, terharu, sayu, tergaru dan sebagainya bila baca hujah yg panjang berjela.. Kesian kat dia, mesti penat tulis berjela2... Nasib baik pak bakaq siarkan.. Kalu x siar lagi terharu saya.. Parpukari... Sembang merapu x henti-henti. Berapa lar ameno beri???
Anak kedah
betoi 2 .. kalo Nizar tak maksum, Sultan tu maksum ka? apa punya Parpukari .. bangsa lebih penting dari agama ka? bab tutup aurat pun raja tak mampu nak bimbing anak bini camne nak jadi ululamri? pelik juga org macam parpukari ni lebih suka sembah raja dari sembah tuhan hahahaha,
minta ampun banyak2 en parpu jika ada terkasar bahasa tersilap kata, saya cuma manusia biasa.
wassallam,
Shahir