Saya teringat tulisan saya bertajuk "Bangkai menunjuk perasaan pun saya sokong!" bila melihat berita Siasah bertajuk "Malaysia bakal ada kerajaan perpaduan?"
Sebelum itu ada berita The Star bertajuk "Ku Li: Form unity government"
Saya tidak tahu apa yang berlaku di Jalan Langgak Golf. Secara peribadi, saya menghormati Tengku Razaleigh Hamzah. Tetapi, secara jujur pula, saya jemu mendengar cerita-cerita fantasi sejak dari tahun 1987 lagi. Pengalaman berkawan dengan pengikut-pengikut Tengku Razaleigh memperlihatkan kepada saya bahawa mereka adalah pengedar-pengedar cerita fantasi tahap kayangan.
Saya tidak tahu siapa pengedar utama cerita-cerita fantasi itu. Tetapi, cerita-cerita itu mengingatkan saya kepada orang-orang India yang terbaring bergelimpangan di tepi jalan dekat kedai tuak (toddy) di kampung saya di Matang, Perak (sebelum ditukar nama, kawasan Parlimen Bukit Gantang adalah kawasan Parlimen Matang).
Bila saya melihat berita yang disiarkan Siasah itu, saya bimbang ada pihak di dalam PAS yang turut dilalukkan oleh pengedar cerita-cerita fantasi itu. Saya takut habis kerja lain tak jadi akibat ketagihan cerita-cerita laluk itu.
Sekali lagi saya nyatakan, saya tak tahu apa berlaku di Jalan Langgak Golf. Saya juga tak tahu berapa kali diadakan pertemuan dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga tak tahu adakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak tahu atau tidak. Tetapi, kalau bakaq pun tahu, takkan depa tak tahu.
Sungguh, saya tak tahu apa berlaku di Jalan Langgak Golf. Saya juga tak tahu berapa kalikah pula muqabalah diadakan sejak akhir-akhir ini. Yang saya tahu, pengedar-pengedar cerita fantasi bagaikan separuh gila dengan laluk fantasi mereka. Hantam sajalah, Labu!
Apa pun, katakan benar akan terjadi kerajaan perpaduan itu (sic!). Pada masa itu, saya akan jadi pembangkang bersendirian.
Berkaitan:
Jaga parti sendiri, Muhyiddin nasihat Hadi (mStar Online 19/2/09)
Muhyiddin tells Pas president not to intrude into Umno affairs (Malaysian Insider 19/2/09)

Cantik? Klik 

Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia
Posted on Friday, February 13 @ 19:50:18 MYT
Oleh Kazman Kamal
Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) akan menganjurkan satu perhimpunan Menjunjung Setia "Daulat Tuanku!" secara besar-besaran di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur 19 Februari ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perhimpunan tersebut bukan bertujuan untuk mencipta dan bermusuh dengan mana-mana pihak tetapi untuk menyatukan suara hati generasi muda secara lebih tersusun dan konstruktif bagi menyatakan sumpah taat setia dan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan Institusi Raja-raja dan Sistem Raja Beperlembagaan.
Jelas beliau pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili pelbagai golongan masyarakat, termasuk kelompok profesional, bukan profesional, pertubuhan politik, agama, kebajikan dan seni pertahanan diri diseru untuk menyertai perhimpunan terbabit.
"Adalah menjadi harapan Pemuda BN bahawa perhimpunan ini akan menjadi satu indikator kepada seluruh masyarakat bahawa kita semua boleh berpolitik dan berbeza pandangan dengan mana-mana pihak termasuk dengan pihak istana sekalipun tetapi ianya tidak boleh melampaui batasan susila.
"Kesedaran bahawa hukum perundangan adalah hukum yang sah dari segi perlembagaan adalah perlu tetapi jatuh letak sesuatu pihak dalam usaha mengheret institusi raja ke ruang pengadilan hanya kerana dibayangi oleh sentimen politik dan kuasa adalah sesuatu yang dangkal dari segi nilai dan pemikiran.
"Ia tidak boleh sama sekali dibiarkan menjadi amalan kita kerana dibimbangi berkecenderungan akan menjadi satu budaya", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Justeru tegas baliu perhimpunan tersebut berpendirian untuk mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan akan mengambil tanggungjawab mempertahankan kemuliaan Sultan-sultan dari sebarang bentuk yang merendah, mencemuh, mempertikai dan menghina institusi Raja oleh mana-mana pihak sekalipun, yang dilakukan sama ada secara perbuatan mahu pun pengucapan.
"Perhimpunan ini juga diharapkan akan menjadi titik tolak mutakhir agar rakyat dapat melihat semula secara lebih positif hubungan harmoni antara Istana dan rakyat dengan berlandaskan adat dan tradisi bangsa turun temurun, dalam semangat negara berperlembagaan dan rakyat bersultan.
"Selama ini, Institusi Raja-raja telah berlaku adil kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama", ujarnya.
Beliau berkata senario politik terbaru di negeri Perak ternyata telah membuka lembaran baru kepada sejarah negara ini.
Institusi raja yang selama ini dipandang mulia dan tinggi oleh rakyat yang terbanyak tambahnya telah mulai dilihat sebagai sebuah institusi yang negatif oleh kelompok-kelompok rakyat yang tertentu.
"Tindakan-tindakan yang dilakukan bermula dengan demonstrasi dan akhirnya ke peringkat menyaman terhadap Ke bawah DYM Sultan Perak telah menyebabkan berlaku kekeliruan kepada rakyat tentang institusi raja dan perundangan.
"Persepsi negatif yang dibina oleh pihak-pihak tertentu ini, ternyata sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan telah mencalar dan memalukan institusi Raja Berperlembagaan di negara ini yang merupakan sebahagian daripada sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Malaysia ini", ujarnya.
APA SUDAH JADIII.............
RAMAIKAH YANG DATANG...........
SESIAPA BOLEH TOLONG BERI RESPON ??????
Bakaq!
Dijangka lepas bulan Mac ini akan ada perubahan politik tanahair. Tidak wujud sama sekali Kerajaan Perpaduan. Yang wujud ialah Kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau sekarang ini PAS, PKR dan DAP hanya pembangkang tetapi ada pihak yang mengandaikan perubahan beberapa ahli Parlimen BN termasuk beberapa orang Umno akan menyeberang kawasan dengan menyertai parti-parti Pakatan Rakyat. Maka terbentuklah sebuah Kerajaan Pakatan Rakyat. Kalau Sdr Bakaq mahu jadi pembangkang. ianya tidak bersendirian kerana Kumpulan Najib dijangka berada dalam kawasan pembangkang - Tak kan Bakaq yang aku kenali kerana kekentalan hati dan jiwanya nak bersekongkol dengan Najib, gembala kambing hitam dan Hantu kopek tu?
Ya harus diteka ke mana arah Berahim Ali?
betul pak bakaq, kawan2 aku beritahu mereka ada tercium bau kentut puak2 muqabalah PAS/UMNO semasa melalui Jln Langgak Golf dua-tiga hari yg lepas!!!
Aku pun nak joint jadi pembangkang jugak la. Jointly but seperately.
Payah jadi kerajaan ni, tulih lebih sikit ja kawan-kawan dah mula perli.
Pembangkang
Walaupun bersendirian jika perjuangannya benar untuk menegur kerajaan........
Maka ia dikatakan tidak bersendirian......
Ingat......
Setiap sesuatu bermula dengan satu (bersendirian)....
Langkah bermula dengan satu.......
Tangga bermula dengan satu..........
Dari satu pemimpin wujudlah ramai yang dipimpin....
Sekiranya anda berjuang ke arah kebenaran anda tidak bersendirian.........
Kerajaan juga boleh wujud dari pembangkang bersendiriaan....
Nawaitu menjadi penentu segalanya........
Keterasingan bersendirian tidak bereti kebatilan...yang penting apa pandangan Allah pada perjuangan..... adakah Allah Murka atau Allah Redha (walaupun dimurkai Sultan)....
Sejarah:
Dato Onn Jaafar memulukan perjuangan menentang Malayan Union dengan berseorangan.... dengan langkah yang satu ...
Dek kesucian perjuangan....maka menokah Arah bersama temah perjuangan... seterusanya mengharungi gelombang MALAYAN UNION dengan BAHTERA KEMERDEKAAN....
Adakah beliau keseorangan .... (Moga Allah mencucuri Rahmat pada pejuang suci kemerdekaan).
Tetapi sekarang perjuangan suci itu telah hilang.....
Diragut, dirampas pemimpin sekarang [yang hanya cintakan keduniaan: $$$$, pangkat, kuasa (PM, TPM, MB .....itukah harga sebuah perjuangan)].
Maka berdoalah pada Allah seperti disarankan "Peminat Laksa Padang Polo"
Agar Perjuang SUCI muncul semula.....
Menghilangkan kekeruhan diganti kejernihan....
Nota: Saya tetap sokong YB DS Nizar......
Teruskan perjuangan....
---------Minda TENANG----------
Pak Bakaq..biarlah orang lain nak berfantasi..x payahlah nak meneka masa hadapan..sesaat depan pun kita x tahu apa nak berlaku...kita tungu & lihat saja sambil bersedia dengan kemungkinan yang ada...kalo setakat nak sembang benda x jadi lagi...aku pikiaq buang masa ja...
pasal yang "Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia"...aku rasa Uumno sedang mencuba bersungguh2 untuk startup Mageran berdasarkan modus operandi peristiwa di Kelantan tahun 70an tu...minta semua hati-hati...pak bakaq tolong kasi tau orang PAS agar hati-hati...
Anyhow masa perhimpunan tu ada persembahan MEET UNCLE HUSSEIN dengan Mas Idayu tak?...kalau ada nak juga...keh keh kehh
kerja membangkang ni memang mudah...
contoh terbaik ialah YB Katak Pasir Mas kerja dia bangkang kiri-kanan-belakang-depan. urusan kebajikan untuk rakyat, satu pun tarak bikin.
haprak punya politikus!!!!!