Ramai orang marah Umno guna sentimen Melayu, ketuanan Melayu, benci DAP, tanah kampung baru dan semenjak dua menjak ini, raja-raja Melayu. Kalau kita nak tergelak, itu hak kita. Tetapi, kita tak boleh menggelejat sangat kalau Umno guna itu semua. Hak Umno juga mesti diiktiraf. Semua itu memang core business Umno. Kalau kita larang Umno guna itu semua, dia boleh jadi tak ada nyawa lagi.
Samalah kalau kita larang PAS gunakan al-Quran dan Hadith sebagai tema perjuangannya. Itu core business dia walaupun ramai orang PAS yang dah lupa dan mengarut seperti orang hilang arah. Tanpa memperjuangkan al-Quran dan Hadith, PAS akan tutup kedai dan balik rumah tengok gusti.
Tetapi yang menarik semenjak dua menjak ini apabila Umno kelihatan tidak merasa memadai dengan kitab Demang Lebar Daun sahaja dan bertindak bijak apabila menggunakan hujah Islam untuk mewajarkan apa yang dia buat. Ia perkembangan positif dan mesti dialu-alukan. Al-Quran dan Hadith bukan monopoli mana-mana golongan di kalangan umat Islam. Kita seharusnya merasa semakin bertuah apabila semakin ramai umat Islam, tak kira dari parti apa pun, berhujjah bersandarkan al-Quran dan Hadith.
Antara kesegaran hujjah Umno itu boleh dilihat dalam posting blog ini yang bertajuk "Babi lebih mulia!" Seorang tukang komen yang tidak memperkenalkan namanya pada jam 7.37 pagi semalam berhujjah bersandarkan hadith Bukhari Muslim seperti berikut:
Maklumlah, jika keadaan itu berlaku, "kat mana perintah Yang di-Pertuan Agong menggantikan Perdana Menteri Barisan Nasional dgn Perdana Menteri yang mendapat majoriti tu 'maksiat'???
Adakah "apa-apa perbuatan yg menentang KEHENDAK BN menjadi maksiat????
Bacaan tambahan:
Kalau rajin, bacalah Political Thought of Islam oleh Prof Maqsood Jafri, Islam & Politics oleh Dr. Muhammad Tahir-ul-Qadri, Democracy and the Muslims, Islamic political system oleh Prof Mohammed Rafi, Human dignity and human rights oleh Dr. Md Sirajul Islam dan tulisan-tulisan berikut yang saya petik sebahagian isi kandungannya. Semuanya dari mazhab Sunnah wal Jamaah (kalau aku ambik sumber yang satu "alirang pemikirang" dengan aku, sat gi hampa maki aku berkandaq pulak).
New Encyclopedia of Islam
Sultan Kelantan yang menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka mahu jenazah Tok Janggut yang gugur syahid dalam pertempuran di Kampung Pupuh dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu untuk digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
Di sinilah jenazah Tok Janggut digantung berhari-hari dalam keadaan kaki ke atas dan kepala ke bawah (Ihsan Raykinzoku)
Umat Islam Terengganu menunggu ketibaan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong ditangkap dan diserahkan kepada Sultan Sulaiman untuk dibuang negeri atas arahan penjajah Inggeris kepada pihak istana. Beliau akhirnya dibuang negeri ke Makkah dan meninggal dunia di sana.

Pak Bakaq bacakan:Dengan menggunakan hujah yang bersandarkan hadith yang sama, saya yakin tukang komen itu akan "dengar dan taat" kalau berlaku dan jika takdirnya berlaku Yang di-Pertuan Agong mempersetujui penubuhan kerajaan yang dicukupkan majoritinya oleh apa yang disebutkan oleh Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek sebagai "pelacur politik" (lihat posting saya "Kerajaan katak," "Kerajaan katak (II)" dan "Bila Anwar PM: Hilanglah kawan-kawan teh tarik").
"Dengar dan taat adalah menjadi wajib kepada setiap Muslim dalam perkara yang ia suka atau tidak, selagi ia tidak disuruh dengan kemaksiatan, jika disuruh ke arah kemaksiatan maka tidak perlu lagi dengar dan taat (Bukhari dan Muslim)"
Kat mana perintah Sultan Perak menggantikan MB PAS dgn MB yang mendapat majoriti tu 'maksiat'???
Biaq betoi pak bakaq?
Apa-apa perbuatan yg menentang KEHENDAK PAS menjadi maksiat???? Hang ni dah gila?
Baik mengucap. PAS bukan parti Nabi-Nabi. Tapi parti gila kuasa.
Maklumlah, jika keadaan itu berlaku, "kat mana perintah Yang di-Pertuan Agong menggantikan Perdana Menteri Barisan Nasional dgn Perdana Menteri yang mendapat majoriti tu 'maksiat'???
Adakah "apa-apa perbuatan yg menentang KEHENDAK BN menjadi maksiat????
Bacaan tambahan:
Kalau rajin, bacalah Political Thought of Islam oleh Prof Maqsood Jafri, Islam & Politics oleh Dr. Muhammad Tahir-ul-Qadri, Democracy and the Muslims, Islamic political system oleh Prof Mohammed Rafi, Human dignity and human rights oleh Dr. Md Sirajul Islam dan tulisan-tulisan berikut yang saya petik sebahagian isi kandungannya. Semuanya dari mazhab Sunnah wal Jamaah (kalau aku ambik sumber yang satu "alirang pemikirang" dengan aku, sat gi hampa maki aku berkandaq pulak).
The great commander Khalid bin Walid once addressed the Romans who regarded their emperor as the king of kings by saying, "Your king may be like that, but our caliph, whom we have elected as such, if he thinks about the kingship even for a moment, he shall be deposed." (Human rights in Islam)
The form of governance in Islam is distinguished from all other forms of governance in the whole world. The form of governance in Islam is not a monarchy and does not approve the monarchy system. It does not look like the monarchy system, for in a monarchy system authority is hereditary where children inherit it from parents the way they inherit their possessions. Compared to this position, there is no inheritance in an Islamic governance system. Rather, it is given to whoever the Muslim Ummah chooses freely and willfully. The monarchy system provides the king with special privileges and rights, elevating him above the law, while in the Islamic system does not provide the head of state with any special privileges or rights, and he is restricted in all of his behavior by the Shari`ah laws. In addition, there is no inheritance of the thrown in the Islamic system of governance - Ahmed Abu Lafi, Universiti al-Quds, Jerusalem.
New Encyclopedia of Islam
Sultan Kelantan yang menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka mahu jenazah Tok Janggut yang gugur syahid dalam pertempuran di Kampung Pupuh dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu untuk digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.
Di sinilah jenazah Tok Janggut digantung berhari-hari dalam keadaan kaki ke atas dan kepala ke bawah (Ihsan Raykinzoku)
Umat Islam Terengganu menunggu ketibaan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong ditangkap dan diserahkan kepada Sultan Sulaiman untuk dibuang negeri atas arahan penjajah Inggeris kepada pihak istana. Beliau akhirnya dibuang negeri ke Makkah dan meninggal dunia di sana.

Cantik? Klik 

itu memang business core hang bakaq bila buka posting meng'linkkan dua tiga bijik pendapat pro & kontra sebagai perisai hang takut maki berkandaq-kandaq...aku ingat hang 'gedebe' sangat! apa pun aku tak terkejut babun dengan penulisan hang. aku tak dak hak nak halang kedemokrasian hang
tok pengulu
Pak Bakaq,
Saya respect le Pak Bakaq, puas saya cari gambar-gambar pejuang seperti Tok Janggut dan Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong tapi tak jumpa, baru ni saya kenal Tok Janggut daripada gambaq tersebut.
Saya mengaku saya buta sejarah ...
Mungkin saya tak minat sejarah sejak sekolah rendah lagi.....(Lagipun pelajaran sejarah (pada masa tu dipanggil Tawarith dlm sistem Sukatan Pelajaran Malaysia membosankan, ianya dihasilkan dari Penyata Razak >> Bapak Pak Najib).
Tapi tak kan Pak Najib dan kuncu-kuncunya tak tahu sejarah,... Atas usaha Bapak dia yang buat Sukatan Pelajaran tu........
Sebenarnya saya lebih minat Sains, sebab tu bila masuk sekolah Menengah saja, saya dalam Aliran Sains (dah tak belajar sejarah dah).
Saya rasa semua orang kena belajar sejarah....
tak kira dibandar ke atau diluar bandar......
Tapi jangan pula subjek sejarah disampaikan dalam bahasa Inggeris seperti pelajaran Matematik dan Sains....
Menambahkan rakyat malaysia yang buta sejarah.....
---Minda tenanG-----
Wajarkah....
Tok Janggut digelar penderhaka kepada sultan.....
Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong digelar penderhaka kepada sultan.....
Samakah situasi YB MB Nizak dengan Tok Janggut dan Tuan Guru HJ AbdulRahman Limbong..
Wajarkah..
YB MB Nizar digelar penderhaka kepada sultan.....
Ataupun.........
wajarkah:
Najib digelar penderhaka kepada sultan.....
Pak Lah digelar penderhaka kepada sultan.....
Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan digelar penderhaka kepada sultan.....
Kaji sejarah, kaji kenyataan......
Simpulkan fakta kebenaran........
Jangan jadi pembodek sahaja......
Jalankan tangungjawab.........
Kearah Kebenaran, Keadilan, Keamanan MALAYSIA TERCINTA..
INGAT AMANAH ALLAH
Pergi ambil wudhu untuk solat Dzuhor....
-minDA teNANG--------------
Pak Bakaq,
Dari gambar as-Syahid Tok Janggut (Al-Fatihah) tersebut, bajunya macam gambar bulan penuh yang banyak (bulatan putih berlatar belakangkan warna kelabu) itu gambar hitam putih, kalau gambar warna apakah baju pejuang tersebut berwarna hijau??
Kalau hijau macam bendera pas pulak....
cuma tekaan, sebab ada gambar bulan penuh bukan gambar keris ke, atau gambar dacing..
Penulis pernah terbaca satu teori pendidikan, dimana dinayatakan jika seorang yang mengatakan dirinya betul dapat ditunjukkan dia tidak betul dengan fakta-fakta yang sahih, dia akan marah kepada orang yang menunjukkan dia salah itu pula. Orang itu dikatakan sebagai "bodohsombong" seperti pengulas pertama tread ini.
Orang jenis ini boleh membunuh apabila kesiumannya hilang! Contohnya adalah pelajar sekolah di US yang membawa senapang ke sekolah dan menembak pelajar-pelajar sekolah itu sesuka hatinya. So, awas!
ape la toyo btoi hang ni...asal warna hijau pas..
warna hijau tu warna lambang islam...panji2 masa zaman Rasulullah dan kubah Majid Nabawi pun warna hijau.......buta warna betoi....