Sedap!! Klik gambar di atas!

Kekalahan menanti Mukhriz dan Khairy

Jika anda perwakilan Umno, siapa yang akan anda pilih sebagai Ketua Pemuda Umno?

Datuk Mukhriz Tun Mahathir
77
Datuk Seri Mohamad Khir Toyo
6
Khairy Jamaluddin
17


Tinjauan di atas dibuat oleh mStar Online. Saya tak percaya dengan hasil tinjauan itu. Maklumat yang saya perolehi menunjukkan Datuk Seri Mohamad Khir Toyo atau Jalal sedang mendahului. PR dan kempen Jalal kepada para perwakilan dilaporkan sehebat kempen dan PR Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dijangka akan memenangi jawatan Timbalan Presiden Umno.

Kehebatan si Ali terbukti apabila seorang lagi calon Timbalan Presiden yang kini jauh ketinggalan di belakang, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa membuat pengakuan bahawa beliau mendapat restu Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang bakal diumumkan sebagai Presiden Umno hujung bulan depan.

Ketika bersembang dengan beberapa orang tukang kempen Umno termasuk tukang bawa beg (beg duitlah!), mereka beria-ia menyatakan bahawa Jalal jauh meninggalkan calon lain. Salah seorang dari mereka memberitahu, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Khairy Jamaluddin masih belum mendapat jaminan sokongan yang secukupnya untuk mencipta kemenangan dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno.

Kepada Mukhriz dan Khairy, bak kata Orang Putih, the writing is already on the wall.

Jika benar Jalal akan terpilih sebagai Ketua Pemuda Umno, saya ucapkan tahniah kerana berjaya menerajui pergerakan yang disifatkan celaka oleh Karpal Singh (meluat sungguh aku bila dia kata "Singh is king" walaupun saya tidaklah mempunyai cukup kekuatan untuk menolak perkataan celaka itu)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. mintak beri pandangan...

    kat negeri perak hampir beratus masjid yang ada.tak silap saya hampir 600 buah masjid yg ada. setiap jumaat setiap wajib akan mendoakan kepada sultan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam khutbah.sebenarnya saya tak setuju didoakan khusus pd sultan n raja saja. apa pendapat saudara2 sekelian..? bukankah elak kalau khatib doakan pada umat ISLAM dunia yang ditindas sekarang nie. sultan or raja diaorang hidup dalam kemewahan,kenapa perlu khatib doakan lagi dimurahkan rezeki...?tolonglah jawab... apa sumbangan sultan or raja pada ISLAM selain menjadi ketua agama ISLAM negeri.kenapa kita terlalu taksub dengan sultan sampai bersuara boleh dianggap menderhaka.padahal lagi banyak maksiat yang berlaku terhadap ALLAH yang didiamkan.banyak penghinaan ke atas ISLAM didiamkan.contoh isu letak kepala babi dalam surau universiti malaya (tempat saya belajar)kenapa diam macam tu sahaja....? mana lebih besar murka sultan atau murka dari ALLAH...fikir2kan lah.sultan tu manusia biasa sahaj.tak maksum pun.banyak melakukan kesalahan jugak. kenapalah kita terlalu menagung-agungkan sultan dan raja....?

    saya harap2 sangat2 pandanagan atas apa yang saya luahkan nie...

  2. Salam,
    @ Anon Feb 25 10:28:00.

    Sultan tak maksum, ayahanda anda pun tak maksum.
    Tapi kita doakan kepada kedua-duanya yang baik-baik.

    Bila ditanya siapakah yang patut kita tolong bila seorang muslim menzalimi seorang muslim yang lain, Dijawabnya, tolong kedua-duanya sekali. Satu dari dizalimi dan satu daripada terus menzalimi.

    Redha dan bersabarlah kerana Allah lagi tahu apa diantara kamu dan sultan kamu. Janganlah kita menanam kebencian antara kita.

    Wallahualam.

  3. Aku peduli apa!
    Umno nak musnahkan diri sendiri, Aku peduli apa!
    Umno nak jilat MIC/MCA, AKu peduli apa!
    Umno nak amik QC, aku peduli sbb belum penah lagi court malaysia bagi jalan kat QC.
    PKR, PAS, DAP, PR ada 3 tahun utk menangkan hati rakyat dan bebaskan negara kita dari gengaman penjajah dari luar dan dalam negara!
    Pak BAkaq! Hang takdak brita lain ka nak jual! Apa cerita Khalid dapat backing Sultan?
    Takmo Jual!?

    Hampeh

  4. menang Toyo, disental dan disapunya Selangor.
    kalahlah mintaknya toyo.
    tamat riwayat kesan degil toyo

  5. salam saudara.. itu memang betul.. dan tak dapat di sangkal lagi.. sultan and raja sama jer..dosa dan pahala tuhan saja yang tahu..x yah la nak doa doa ne..suma pun manisia biasa disisi allah..semuga allah merahmati suvarnabhumi..malaysia yang ku chentai eeee..... wslam..

  6. Takkan lah perwakilan Pemuda umno nak pilih khir yang bawa sial kepada umno Selangor sehingga hilang satu negeri dalam pru-12 jadi ketua pemuda umno yang baru.Orang umno kalau nak perubahan ketua pemuda umno tak sepatutnya pilih khir kerana orang yang bagi hilang satu negeri yang maju dan kaya macam Selangor semestinya dah tak rebut apa2 jawatan dah.Kena tiru macam dunia Barat pemimpin mereka kalau kalah dan terpalit dengan macam2 rasuah dah tak nak berebut apa dah.Berbeza dengan negara kita lagi banyak makan rasuah lagi popular dan lagi laku dan bernilai dan ada sanggup beli pula tu!Tapi kalau perwakilan pun otak "selembu" dengan khir pilih lah khir jadi ketua.Pemimpin politik Malysia sekarang kalu nak popular kena banyak makan rasuah,kena banyak bertelanjang,free sex,terima "sedekah" bu**t,rakam aksi terlarang akan ada punya yang sokong dan undi mereka.Mereka sekarang lebih popular dari artis Malaysia...

  7. Auuuum!

    Mereka mesti lawan sampai mati

  8. Kita jarang sangat mengaminkannya. Buat ape? Kita mendoakan dia, dia ada kat England. Sembahyang Jumaat ke dia kat England tu?

    Dan satu lagi, kita terlalu banyak 'mengalah' (bukan bersabar), tak melawan walau pun kepala dah duduk bawah tapak kaki orang! sedangkan ada ayat al-Quran mengatakan "..perangilah musuh kamu..". Kita masih hendak mendoakan dia agar dia jadi baik, mulia, murah rezki, bahagia! Ceh!!! Kita ni telah teruk di brainwash dengan kaedah Ghandi (Sabar! Sabar! Sabar!) tetapi Ghandi tu Hindu!

  9. Dalam UMNO ni...Kalo nak tahu sapa menang tengok poket la...masa si khir @ jalal ni tinggalkan selangor dia kata kerajaan selangor ada 1.4 billion lebih je ..bakinya yg lain semua dia sapu....konfirm dia menang!!

  10. elok mukhris dari khir tapi aku suka kj.

  11. aiman tak kisah sapa pun menang dalam pemilihan umno..apa yang aiman tahu..pada PRU akan datang BARISAN NASIONAL akan berkubur dan menjadi sejarah..lu pikir la sendiri..

  12. better kj la kot...khir toyo tu...ermm hish...mukhriz tu plak dh trg2 influenced by TDM....leadership x bp nk terang....

  13. SALAM Aiman dan teman yang lain ,
    Maksud bang bakaq tuu ,Bilo TOYOL ni jadi Ketua pemuda UMNO maka senang lah kerja kita (PKR) sebab si bedebah TOYOL banyak penyakit nya (Isu Rasuah nya bertimbun 2 )nanti kita PAKU jer toyol tuu dengan paku buruk / berkarat pun jadi dah .. > Harap teman 2 faham ..wassalam ,

  14. Tok meluat kad Kapal sing sebab macamlah dia semua org takut ....bukan sebab politik tapi sebab dia terlalu angkuh...sebab semua org malaysia tak de teloq nak lawan dia....

    aku mati2 tak sokong dia...... melayu dah jauh ketinggalan...dgn sing pun dah takut....aku rasa 2020 nanti sing ni jadi pm.....hahahah

  15. Tambah doa tu supaya semua pemimpin yang rasuah, membunuh, minum arak, dll dilaknati Allah dunia dan akhirat. Tak kira parti mana.....amacam?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008