Sedap!! Klik gambar di atas!

Kecuali 1977, permohonan bubar dewan tak pernah ditangguh - Sultan Perak


Di dalam bukunya "Constitutional Monarchy, Rule of Law and Good Governance," Sultan Perak yang juga bekas Ketua Hakim Negara menyatakan:

"Under normal circumstances, it is taken for granted that the Yang di-Pertuan Agong would not withhold his consent to a request for dissolution of parliament. His role is purely formal".

Maknanya lebih kurang (tak betui tolong tegoq, aku bukan reti sangat cakap Mat Salon), dalam keadaan biasa memang telah dianggap bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak akan menangguhkan perkenan kepada permohonan untuk membubarkan parlimen. Peranannya adalah semata-mata rasmi-rasmian sahaja.

Beliau juga menyatakan tidak ada mana-mana Raja Melayu yang menanggguhkan persetujuan membubarkan badan legislatif kecuali di Kelantan pada tahun 1977.

Tu satu perkara dan tiada ulasan. Keduanya, segala meriam, bazooka, entah apa lagi ditujukan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana, dalam istilah Malaysiakini, menyamun kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat (PR).

Bab dua bekas orang kuat PKR Perak yang kini menghadapi pertuduhan rasuah tu, adakah kita tak boleh kata pemimpin PKR tak dengar nasihat? Malaslah nak reka ayat yang menyalahkan pemimpin PKR disebabkan anak buah depa ada yang dituduh rasuah duit dan ada yang mengaku menerima rasuah seks ("Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?")

Tak dak orang peringatkan? Saya pernah membaca Mat Saman Kati cerita bagaimana pandangannya tidak dipedulikan bila pimpinan PKR nak gantikan Pengerusi Perhubungan PKR yang lama dengan yang baru. Pengerusi Perhubungan PKR Perak yang baru tu digambarkannya sebagai orang yang dicadang dan sangat dikehendaki untuk mengambil alih kepimpinan PKR Perak oleh Jamaluddin Mohd Radzi yang beberapa hari lalu demam serentak dengan teman sehati sejiwa dan sepertuduhannya, Mohd Osman Mohd Jailu.

Bukan sahaja diceritakan sebagai tak nak dengar nasihat penyokong sendiri. Dah buat jahat pun nak cuba diwhitewashkan. Cubalah baca berita Malaysiakini bertajuk "Habuan seks ibarat sedekah sekadar 'silap bahasa'". Nak bela jugak dah orang tu dah mengaku berzina pun!

Teringat apa yang dinyatakan oleh Imam Khomeini (quddisa sirruh) mengenai 'asabiyyah:

"As to the word `asabiyyah it is the characteristic of the person who supports his kinsmen and relatives even for a wrong and unjust cause".

Sebab tu la aku tak jawab penagih-penagih 'asabiyyah yang datang meracau-racau dalam blog ini. Awat, oleh sebab aku sokong PAS, aku tak boleh kata apa langsung kat PAS? Dah hampa ketagih sangat, hampa pekena la hampa punya 'asabiyyah tu sampai lalok!

Berbalik cerita PKR tadi, saya mengaku, memanglah susah nak jaga anak buah. Jangankan anak buah dalam parti politik seperti PKR, nak jaga anak sendiri pun susah gila! Tapi, kalau dah orang seperti Mat Saman Kati bagi nasihat, adakah tak dengar kerana telinga kurang sihat?

Tu yang kedua. Last sekali, siapakah yang bertanya apa ka jadahnya selalu sangat dilaporkan perangai berkelahi sana-sini yang ada pada Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dan sepupunya yang juga Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming?

Mereka dilaporkan berkrisis sakan dengan Hee Yit Foong yang turut menyelanak dalam sidang akhbar Datuk Seri Najib Tun Razak semalam (gambar di atas ihsan Malaysiakini).

Sebelum ini, Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dilaporkan merajuk dan tak nak jadi calon sebelum pilihan raya 8 Mac tahun lalu kerana sakit hati kepada Ngeh dan Nga. Kalau sana-sini orang marah kat kita, adakah orang lain semua salah dan kita sorang ja yang betui?!

Agaknya sebab itu ada pantun dua rangkap la ni - "Ngeh Nga, dulu tersengih la ni ternganga".
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Padan muka, konon parti Islam, memperjuangkan Islam, tapi jadi barua DAP. Itu bukan pembalasan dari Allah!?

  2. bubuh bakaq biaq depa rasa....kalau tak sedaq juga tak tau la




    indon PR PALSU

  3. Bhai....

    Alangkan Rais Yatim pon boleh ubah pendiriannya berbanding dengan tulisannya dalam PHD, inikan pulak Sultan Azlan...

    Dua kali lima je bhai....

  4. sayang semuanya pak bakaq

  5. sehebat2 mana pun kita, ke kubur jugak perginya..hehehe. jumpa sana nanti, keadilan yang sebenar-benarnya.bsabarlah nizar,mesti ada hikmah di sebaliknya.

  6. Aku nak mintak Azlan jadi Menteri Besar...lepas tu dia lantik la EXCO yg dia nak...

    Cerdik tak boleh diikut.

    PaloiAmai

  7. PR di Perak baru aje 1 tahun perintah, dah ikut telunjuk dan kehendak Cina.

    Baguslah tumbang.

  8. zul kajang

    kita jgn duk tgk luar negara sahaja negara di ceroboh tp dalam malaysia pun ada juga negeri yang di ceroboh ..kita ada perlembangaan..
    saya cabar najib dan pengikut UMNO kalau anak jantan we fight man to man...(bubar DUN buat semula pilihanraya) baru kita tahu kehendak rakyat yang hakiki...bukan kehendak sesetengah kaum yang ada kepentingan...

  9. zul kajang

    yang islam hadhari jadi barua MIC dan MCA tu apa kes..??dalam islam tak salah berurusan dgn non muslim selagi mana dia patuh kepada pemerintah....

  10. BN bagi kat pendatang kuasa ekonomi.

    PR bagi kat pendatang kuasa politik.

    Lama2, kita semua tingge telorr ..

  11. ramai yg tak paham, kerajaan perak telah dipilih oleh majoriti rakyatnya pd PRU12 dan kerajaan tersebut adalah gabungan parti DAP, PKR dan PAS dan bukanya sipolan-sipolan. TAPI hari ni rakyat tak pilihpun kerajaan yg baru angkat sumpah tadi dan sebab tula ramai rakyat Perak memberontak sampai ke Sultan pun kena hentam SEBABnya lagi rakyat Perak tak mau depa daripada BN nak perintah negeri dan SEBAB tu jugak perlunya pilihanraya baru.

  12. Eloklah jatuh Kerajaan mejoriti kafir.

  13. BEGINI KAWAN SEBENAR NYA UMNO NI TAMAK KAN KUASA TAK BOLEH BERSABAR SEDIKIT UNTUK MEMPEROLEHI SEMULA KUASA DI PERAK TU. SEKIRANYA UMNO NAJIB INI JUJUR APA SALAH TUNGGU SAJA PERSIDANGAN DEWAN YG AKAN DI ADA KEMUDIAN NYA BUAT USUL UNDI TIDAK PERCAYA - KEMUDIAN DEWAN DIBUBARKAN DAN BUATLAH PILIHAN RAYA SEMULA BARU TAHU SIAPA YANG AKAN DIPILIH OLEH RAKYAT. TAPI UMNO TAHU BELIAU TAK AKAN DIPILIH RAKYAT ITU AWAL AWAL LAGI TERPAKSA MINTA TOLONG RAJA. SEDANGKAN RAJA INI SATU HAL PULA TAK PERNAH BELAJAR DARI KESILAPAN DAN SEJARAH YANG LAMPAU.

  14. BN---->Babi Negara

    penakut takdaq teluq
    bagi kat anjing jer la teloq hang tu..

  15. salam. solat hajat dan istiharah. minta petunjuk daripada Allah. adalah jalan terbaik untuk rakyat memilih pemerintah. satu jangan terperangkap dengan kuasa sultan. dalam kes ni sultan tidak bersalah. fikirlah siapa sebenarnya yang bersalah. tanya pada diri sendiri. pihak lawan memang menggunakan perbagai cara untuk jadikan perisai. Islam adalah agama paling agung. sokonglah perjuangan islam. insyaAllah, Allah beri keberkatan dunia dan akhirat.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008