Sedap!! Klik gambar di atas!

Jika lompat masuk BN, sah rasuah!!

Dalam posting bertajuk "Berambuslah Melayu!" Anonymous at Sunday, February 1, 2009 8:16:00 AM hantar komen berikut:
Dengar kata mereka berdua diugut dengan kes rasuah mereka yang bakal dibicarakan.

Saya ambil pendekatan mudah: kalau mereka lompat masuk BN, maka sah sudah mereka memang bersalah dalam kes rasuah tersebut.

Hmmm... apa kata kalau org2 dikawasan mereka buat kain rentang - JIKA LOMPAT MASUK BN, SAH YB RASUAH.
Saya rasa ramai yang terpaksa rasuah. Sebelum ni, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang pernah memberi amaran "jangan politikkan harga barang mahal," Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, harga gula dijangka naik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Yusof Abd Rahman berkata: "Apabila gula naik sudah pasti barang-barang lain seperti makanan dan minuman pun akan naik.

''Roti canai, teh tarik dan lain-lain akan naik harga. Ini akan membebankan pengguna kelak".

Sebelum ni kueh pagi-pagi dari tiga RM1 dan naik tiga RM1.20. Nasi lemak pun dari RM1 dah naik RM1.20 sebungkus. Teh tarik dan berzaman naik. Lepas ni seronok la kita. Tak la banyak sangat duit dalam poket kita. Ringan sikit poket kita. Lega la sikit. Tak la terbeban sangat. Bukan apa, rimas kalau duit berat sangat dalam poket.

Dalam zaman barang semua naik harga ni, takkan tak boleh nak mentedarah rasuah sikit. Maklum la, semua naik harga.

Kalau rasuah, dapat jugak stabilkan ekonomi. Dapat la jugak seimbangkan penawaran dan permintaan. Kita kena bantu ekonomi negara kita. Kena berbelanja untuk kurangkan kelembapan ekonomi.

"Cube pikio baik-baik. Sebelum ni pembangkang, keroje pun ala kadar. Duit lagi le ala kadar. Lagi pun, ingat senang jadi pembangkang?! Nak ceramah polis kepung. Nak berhimpun polis kejor. Teruk kena tekan, Yeop. Kome tau ke, penat dah ni!

"Barang tak renti-renti naik harge. Bukan sikit duit nak kena keluo. Gaji Adun tak naik-naik. Gaji Exco tak naik-naik. Letih teman nak memikio".

April ni, tambang bas pulak nak naik. Semua nak naik belaka. Gaji ja yang liat sangat nak naik. Upah menulis tak payah cakap la. Kot-kot aku nak dapat pun, dalam RM100 atau RM200 sebulan saja sebagai penyedap mata nak tengok cek. Depa kata elaun stringer.

Oleh kerana semua naik harga, rasuah menjadi satu keperluan. Nak buat macam mana, terpaksa rasuah. Kalau nak maju dan tidak ketinggalan di belakang bangsa-bangsa lain, terpaksa rasuah. Rasuah tu pu salah satu ikhtiar la jugak.

Jangan tak tau. Bukan senang ikhtiar untuk nak sapu rasuah ni. Terpaksa buat banyak homework. Kena ada taktik dan strategi. Nak kena sembunyi-sembunyi pulak tu. Susah dia punya ikhtiar!

Lagi pun, bukan aku yang mintak, depa yang tergedik-gedik nak bagi. Takkan nak tolak rezki.

Ni dengaq sini, dengan sebab aku rasuah ni la dapat jugak anak-anak Melayu kita kerja kat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kalau tidak, depa nak pi cari makan tang mana?!!

Yang tu pun tak boleh nak pikiaq?!!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. aku dgr depa kene buru le pak bakaq, 50 komando p buru depa..

    aku dgr lagi kalo masok bn, najib offer tutup kes n title dato

  2. Bakaq

    Mana aci kira cam tu. Kalau UMNO masuk PR kira berjuang atas dasar perjuangan rakyat. Kalau PR masuk UMNO, kira rasuah.....hahahaha

    bat8

  3. Ha...ha... logik canggih. Disebabkan ada nyamuk aedeslah, maka ada doktor denggi.

    Oleh itu jom kita bela nyamuk aedes, supaya ramai anak kita boleh jadi doktor denggi.

    ha...ha...ha...Tajuk ni kena tulis lagilah pak bakaq.

  4. kalau ku, ku gasak saja $$ rasuah dan masuk BN kemudian lompat balik PR...kalau ta boleh letak jawatan bagi peluang kawasan pengudian mendapt $$ utk pembangunan.

  5. Politik caca merba pilihan rakyat terkini.

    Bagus la macam nih.

    Biar anak beranak tak makan sebab sibuk berpolitik benda basi.

    Ko curi satu aku rembat dua.

    Lu pk la sendiri!

  6. Kalau masuk BN.. sah rasuah.. sah dibeli... tapi kalau masuk PKR.. bukan rasuah, bukan dibeli plak..

    Baru-baru nie kita dengar pembangkang cakap dua orang nie telah diperangkap.. tapi sekrang bila dah masuk BN.. korang dok jaja diorang nie benar2 ambil rasuah plak.. hehe.. lawak betul orang politik nie.. semua benda kena pandang ikut mata dia..

    cuba fikir sendiri dengan hati ikhlas

  7. Penarik beca,

    Kalau wakil rakyat dari BN lompat ke PKR, UMNO cadang nak laksanakan undang-undang anti lompat parti, macam mana pulak dengan wakil rakyat PKR lompat ke UMNO, nak cadang undang-undang apa pulak...?

    Semasa ADUN Bota, istihar tukar parti kelihatan ahli UMNO Perak kecut perut termasuk Najib Razak. Semua penyokong PR gembira sambil mengejek mereka yang bersedih.

    Bila tiba masa ADUN dari PKR kena culik dan dipaksa tukar parti, tercungap nafas menteri besar Perak. Macam mana rasanya bila orang kuat kita tinggalkan parti...?

    Sekarang UMNO dan PKR usah dabik dada kerana wakil rakyat mereka tukar parti....

    Tunggu...berita belum disahkan lagi ada tiga orang ADUN akan letak jawatan tujuannya agar diadakan pilihanraya kecil demi mententeramkan keadaan......

    Letak jawatan bukan kerana rasuah tapi untuk memastikan Najib Razak bukan Perdana Malaysia.

  8. Pak Bakaq
    Ni semua pasai kes x file la... Susah sangat YB2 BN nak masuk PR sbb x file ni ler... Kalau dah tebal sangat x file tu dgn kes rasuah, mana berani nak lompat masuk PR. La ni plak, x file dah di'extend' ke bakal2 YB BN dr PR. So sokong kata Pak Bakaq, kalau lompat ke parti x file maka org2 ni mmg terbukti ada x file. Bertambahlah bilangan koruptor dlm BN, dan bertambah cepatlah UMNO ditalkinkan... Amin.

  9. salam...
    Kalau PKR masuk BN dikira rasuah,
    Tp kalau adun Bota masuk PKR mesti lps kene rasuah jugakkn. Takkan adun tue nak bgtau yg PKR dah rasuah dia.

  10. Macam tulah selalunya. Apa sahaja yang berkaitan dengan BN dan UMNO semuanya keji, hina.

    Jika ia berkaitan dengan Pakatan Rakyat semuanya mulia.

    Dalam politik segalanya mungkin. Ideal sangatkah perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat? Sekarang baru desas-desus Adun PKR lompat parti tapi semua dah melompat dan melemparkan pelbagai tuduhan negatif.

  11. Ingat tak Al-Hafiz masa disekolah rendah cikgu mengajar cerita2 yang bolih dijadikan pedoman supaya dihari mendatang kita tidak tersalah langkah.
    Salah satu cerita yg popular yg diceritakan kpd kanak2 sahingga kini ialah cerita gembala lembu. Inilah yg sedang berlaku terhadap umno. Hendak mendapatkan kembali keyakinan khalayak bukannya mudah satelah apa yg dilakukan olih pemimpin umno. Sbagai saorang islam, wajib kita memberi sokongan kpd golongan yg bercita2 menegakkan syariat islam dan berdosa besar jika bersekongkol dgn golongan yg menghina hukum Allah. Ingatlah, segala perintah Allah itu adalah yg terbaik kpd kita sabagai hambaNya. Dunia hanya pijaman dan akhirat jua tempat yg abadi.

  12. Nak bagi kaya rakyat negeri Perak, kita pakat2 bubar dewan undangan negeri dan buat pemilihan baru. Lepas nih sapa menang mereka akan dapat mandat rakyat dgn lebih kuat.

    Ader berani!

  13. salam pak bakaq..
    bagi aku UMNO dan PKR ni sama je sebenarnya...mereka dari punca yang sama..tetapi yang membezakan mereka ialah UMNO dah macam buluh tua...asyik nak condong je kearah rasuah,maksiat dsbnya ..ubat yang sepatutnya untuk mereka ialah tebang sahaja wat bulu lemang... ada gak untungnye manakala PKR macam buluh rebung..boleh dilentur kalo nak condong kearah yang x elok..kalo sekiranya mereka pun x mau di lentur jugak alamat wat rebung masak lemak je la...
    walau bagaimana pun kita masih ada PAS.. Takbir!!!

  14. Salam

    Pesanan Rasulullah saww.. Diantaranya adalah: Kalau nak pilih lelaki jadi suami (pemimpin kelurga); Lihatlah Agamanya. Begitu juga kalau nak pilih wanita jadi isteri (pemimpin anak-anak); Lihatlah Agamanya. Tetapi, pada bab PEMIMPIN BANGSA/RAKYAT terabai plak pesanan seumpama ini??

    Tepat dan jelaslah ucapan dari Para Imam Ahlul Bayt as tentang golongan ISLAM yang dipuji lalu bangga. Bangga pada Ras Bangsanya.

    Bangsa yang mengaku Israel (Hamba ALLAH) terlaknat sebab bangga pada Darjat yang dikurniakan ALLAH swt.

    Apakah layak Bangsa yang kini mengaku ISRAEL guna pakai title ni pada bangsa mereka?

    Rasanya hanya layak untuk orang-orang yang telah ALLAH letakkan IKHLAS pada hati mereka yang bukan kerana pilihan-NYA semata-mata. Tetapi, DIA berkehendak kepada mahkluk-NYA (jin dan manusia) bukan pula dengan paksaan dari-NYA.

    Tetapi yang berpegang teguh pada ucapan dan amalan sesuai dengan niatnya iaitu: “Sesungguhnya sholatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (QS. Al An’am 6: 162)

    innalillahi wa innalillahi raji'un

    wasSalam

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008