Janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji seperti biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.Barangkali apa yang berlaku di Terengganu seperti dirakam gambar di atas tidak menghakis asas-asas kedaulatan negara ini, tidak keji, tidak biadab, tidak derhaka, tidak angkuh, tidak jahil ilmu dan tidak kemaruk kuasa (Lihat Malaysiakini 22/3/08 "Hubungan BN-istana kian tegang" dan Malaysia Today 25/3/08 "Understanding the Terengganu MB issue").
Fuh! Nasib baik tunjuk perasaan yang dimarahi Sultan Selangor itu tidak berlaku Planet Hollywood.













Cantik? Klik 






saudara baqaq...
saya rasa saudara sedar kan yang nama file yang ada utusan tu -sultan b***.jpg-
tolong tukar la, don't want to see enter the lock up once again!
we need you here!
ARWAH USTAZ FADHIL NOR PERNAH MENGUNGKAP UMNO NIH SEPERTI MAKSUD PEPATAH ARAB..'DIA PUKUL AKU, DIA MENANGIS'... SUPAYA ORANG KATA DIA BETUL...
MACAMTULA PUNYA HEMOINYA UMNO
minta jasa baik penarik beca sahkan maklumat ini :
Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini
DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.
Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.
Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.
Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.
Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.
Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.
Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.
Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”
Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.
Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.
Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.
Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;
Cuplikan itu seperti mana berikut:
DEWAN SANATE
Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.
Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.
Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.
ARAB BERSATU
Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.
Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.
MENJADI PERUNDING
Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.
Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.
MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.
Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.
PARTI POLITIK
“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.
Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.
Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.
MENYIMPAN JANGGUT
Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.
Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”
Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA
Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.
Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.
Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduh demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]
Perihal perkataan 'Natang' ni kenalah tanya orang Terengganu. Kadang kasar pada pendengaran kita, tidak pulak pada diorang.
Beitu juga kalau dikatakan 'sial' pada orang Kelantan ulu, mahu bergaduh dibuatnya. Tapi, 'sial' tu mungkin biasa sahaja bagi orang Johor?
Atau Sultan Selangor sudah nampak first wave dari Terengganu, baginda diam.
Tapi, kali ni second wave, kenalah kasi warning.
Bukan sebab Terengganu itu tidak apa, cuma ini sudah dua kali ada orang lawan Sultan.
Mungkin?
NAK BUAT LAGU MANA BAKAG HULK OOOIT...
MACAM DOK KATALA.. MELAYU MUDAH LUPA...
BN-----> Babi Negara @ Bangkai Negara
"NATANG UMNO" ni mesti biadap ni..
HAHAHA.. pakatan rakyat buat semua biadap..
UMNO buat semua beradap.. hampeh
Bakaq!
Dalam dunia yang penuh mnoden dan bertamaddun hari ini, masih ada lagi segelintir manusia berada di awang-awangan menghayal tentang kehebatan dewa-dewa jelmaan dengan keindahan kayangan untuk disembah memohon rastu atau terkena daulat sang dewata yang dipuja jika menderhaka.
Apakah Musa AS seorang penderhaka bila mengingkari Firaun raja Mesir yang zalim?
Penarik beca,
Sultan Selangor mengeluarkan titah sindir siapa...?
amnu takpa pak bakaq weh... bawak lari anak soltan pun takpaaaaaa
Pak Bakaq
Saya dapat maklumat kenyataan tersebut disembunyikan oleh 3 ADUN bebas Perak, Sebab tu mereka pun hilang juga tak jumpa-jumpa
tetap puji hang sebagai seorang wira negara. Cuba hang senaraikan keratan akhbar Utusan, Berita Harian, Straits Times Star dll yang mengandungi kata-kata/gambar peristiwa krisis perlembagaan 1992/93 untuk mengimbas kembali betapa setianya UMNO dan 'the BN goons' terhadap insitituisi raja-raja. Cakap ta serupa bikin. Ta salahkan Khairy kerana waktu itu beliau masih kecil lagi dan selama-lama ni ia tidak tahu mengenai sejarah Malaysia kerana mendapat pendidikan luar negar.Setelah jadi 'pandai' kembali ke negara malaysia untuk mengajar rakyat berpinndidikan tidak setaraf dunia.hehehe. Rukiah
Pak Bakaq,
Kawan saya adalah salah seorang editorial laman Web Pemuda UMNO menyatakan beliau akan keluar dari UMNO dan akan tidak lagi berurusan / tidak akan ada kaitan lagi dalam Lamna Web tersebut..
Keputusan ini dibuat berdasarkan Laman Web Pemuda UMNO kini dihujani dengan komen-komen yang akan mengundang terkuburnya UMNO dan BN...
Saya tak pasti mungkin Betul
Kalau kena batang hidung sendiri diistilahkan biadap tapi kalau tembak penunjuk perasaan guna peluru hidup dikira bersopan. Biadap sekarang ikut mood, kalau PR buat dikategorikan biadap, Gerombolan buat dikira bersopan. cehhh!!! adab dan sopan pun sudah dikelirukan oleh UMNO.
Aku rasa sultan selangor belum lahir masa terengganu fiasco atau setiausaha dia memang tak uptodate dalam current affairs.
Muahaha
pergh mengacam sungguh tulisan Pak Bakar.
satu pendedahan yg cukup berani.
Bro jebat.
ade ke??
utusan b*** ade la
salam pak bakaq,
sultan-sultan ni ada geng kot..yang mana dia kenan, dia sokong, yg mana dak, dia diam kot, lagu tu ka?
Salam pak bakaq.. saya nak minta izin amik posting ni paste kat blog saya na.. terima kasih
ade ke??
utusan b*** ade la
Tadi aku pun tengok ada. Dia dah ubah bila syauqi_x sebut lokap.
Penakut rupanya dia ni!! Cakap je lebih.
sedara baqaq,
bagus la dh tukar...
delete la komen saya kt atas tu biar xdak bukti langsung...
yang kita nk lawan ni umno, kita xboleh afford hilang orang mcm pak baqaq
Jubor la Bakaq..
jubor@liwat.com
Salam bang bakaq n family.
Apapun gelaran yg diberi pada raja2 melayu itu harap2 yg baik2 sahaja. Harap kita jgn emosional.
Bang Bakaq. Sebelum tu aku minta maaf banyak2. Sebagai sahabat, aku mohon bebanyak maaf selagi sempat ni. Samada gelaran itu suka atau tidak, bagi aku gelaran itu bukan aku sengajakan. Aku ingat gelaran seumpama itu tidak kekal dan hanya berlegar pada waktu dan abad itu sahaja, sesuai dgn kehangatan cerita berkenaan pada awal 80'an. Ramai forumer kat atas atau sebelumnya menggunakan gelaran 'hulk' pada hujung nama bakaq. Sekali lagi aku minta maaf banyak2, kerana gelaran itu. Sebenarnya gelaran itu asalnya antara aku, badrul hisham dan wan mohamad sahaja secara berseloroh serta bersahaja dan tidak ada niat lain. Aku akui aku dan badrul yg bagi 'poskod' tu. Punca gelaran itu tak perlulah aku perjelaskan. Itu cerita kita muda2 masa masih mainan budak2 bujang. Harap kami tidak disalahkan. Dgn rasminya aku bagi pihak ketiga sahabat tadi khususnya aku dan badrul hisyam memohon agar 'poskod' hulk itu ditarik balik sekiranya bang bakaq izinkan.
Terima kasih. MAD.
Semua orang rasa dia yang bagi dulu. Bukan di zaman Badroll, dari aku kerja KDN lagi masa aku pun tak kenai hampa.
Melayu terakhir jenis pakai keris tongkolok di khalayak ramai masih lagi berfikiran saperti zaman kesultanan melaka abad ke 14 atau zaman lanun-lanun bugis.
kesian depa masih belum insaf masa dah lama berlalu..
dah lama keris patah dengan meriam porto/belanda,
tengkolok diganti dengan topi british dan perancis. (french cap?)
ini zaman rap (keadilan) dan laptop (ilmu).
zaman cross-border
zaman OBAMA
TQ bang bakaq.
Mana bang bakaq pernah sebut hal tu dpn kami, tapi mungkin secara kebetulan tu. Apapun seandainya ianya bermula dari kami, kami minta maaf. Itu je. Lagipun mana ada kengkawan bang bakaq yg mai tempat kita dan war2kan 'poskod' tu. Org KDN yg dlm group kita masa tu hanya bang bakaq sorang. Apa pun kira ok la kot. Yg mai dok rampas al-harakah kat opis AMI dulu bukan cakap sepatah pun. Mai ambik terus balik je.
The problem is if UMNO can kurang ajaq, does it mean PR also can kurang ajaq??
Mmg kurang ajaq
- kelmarin -
pak bakaq..
sultan selangor dia bukan apa...dia sedih org kutuk sultan perak yang merupakan sultan yang cerdik berbanding dia...kalu sultan perak boleh dibuat begitu..apatah lagi dengan diri dia..tu yang dia warning tuh..ye lah negeri dia pun dalam pemerintahan PR gak..