Aduka Taruna selalu kata, genetik Melayu adalah spesis paling stupid. Bagi saya, saya bersyukur sungguh dengan ketentuan Allah s.w.t. yang menetapkan saya sebagai Melayu. Lebih bersyukur lagi apabila Allah memimpin saya yang amat jahil ini beriman kepada-Nya dan Rasul-Nya serta bersetia dan mengasihi keluarga baginda.Tetapi, bila saya baca berita The Straits Times Singapura bertajuk "Najib's rating fall," saya pun dah jadi tak tau nak kata dah. Hang katalah apa pun Aduka Taruna oi, mungkin aku tak rasa nak bantah dalam hati aku.
Lebih kurang seperti berikut berita itu:
Kadar penerimaan rakyat terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka menjadi Perdana Menteri Mac ini terus merudum ketika rakyat semakin tidak berpuas hati dengan cara kerajaan mengendalikan isu-isu penting sejak kebelakangan ini.
Hanya 41 peratus yang percaya Najib akan menjadi Perdana Menteri yang baik mengikut tinjauan pendapat keatas 1,018 pengundi Malaysia yang dibuat oleh Merdeka Centre bulan lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih dipercayai dari Najib di mana 46 peratus responden menyatakan mereka berpuas hati dengan prestasi Abdullah sebagai Perdana Menteri.
Mereka yang terlibat dengan tinjauan itu tidak puas hati terhadap cara kerajaan mengendalikan isu-isu seperti ketidaksamaan kaum, hubungan antara kaum, rasuah, ekonomi dan inflasi.
Isu-isu seperti itu, menurut tinjauan pendapat tersebut menjadi kebimbangan utama ketika mereka menilai prestasi kerajaan.
Kira-kira 43 peratus responden menyatakan ekonomi adalah isu yang paling mendesak yang dihadapi oleh negara ini, 17 peratus lagi begitu bimbang terhadap isu-isu yang berkaitan dengan soal-soal etnik manakala 10 peratus lagi bimbang terhadap kadar rasuah dan cara pentadbiran negara ini.
Keputusan tinjaun itu amat berbeza dengan kadar penerimaan yang dinikmati oleh kedua-dua pemimpin pada tahun 2003 dahulu.
Ketika itu, kira-kira 80 peratus responden berpuas hati dengan kedua-dua pemimpin.
Keputusan tinjauan itu merupakan pukulan hebat ke atas Najib yang dijangka mengambil alih kepimpinan dari Abdullah Mac ini.
Persepsi negatif terhadap Najib begitu ketara di kalangan responden berbangsa Cina dan India. Hanya 18 peratus responden Cina dan 28 peratus responden India yang menerima kepimpinan Najib.
Di kalangan responden Melayu pula, 57 peratus memberikan penarafan yang tinggi kepada Najib dan bersetuju bahawa Najib akan menjadi Perdana Menteri yang baik.
"Mereka berharap beliau akan memulihkan Umno," kata Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian.











Cantik? Klik 






Saya tak nampak mana halatuju politik "salahkan melayu" salahkan genetik melayu salahkan semuanya berkaitan dengan melayu.
Tuan, pengundian tu dijalankan didalam salah satu blog yang sememangnya cenderung untuk menafikan NTR kesempatan untuk jadi PM.
Serupalah kalau kita main bola. Sudah tentu kita gembira kalau penjaga gol pihak lawan lemah. Untuk mendapat penjaga gol lawan lemah, kita katakanlah penjaga gol itu adalah penjaga gol terbaik. Biasalah tu...psikologi...
Dan Singapura pun memang suka buat perundingan dengan PM suka tidur, mereka dapat Pulau batu Putih, tanah KTMB di Tg Pagar, dapat masuk ruang udara Malaysia, dapat projek Iskandar dll...
Genetik melayu tak stupid...cuma ada genetik terlalu aktif untuk masuk kocek sendiri...akhirnya kaum sendiri lemah...
Himgga ketemu lagi...Selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...
Memang dasar batu api. Dulu kata macam2 kat Pak Lah, bila Pak Lah nak berhenti, kutuk pulak Datuk Najib dan puji Pak Lah. Tapi satu saya suka, sdr juga kutuk pemimpin PAS.Kira sdr ni batu api baguslah.
Gua bukan Melayu.... gua Bugis.... hahahaha
Pak Bakaq,
Aku tak setuju kalau kita kutuk bangsa sendiri seolah-olah kita tak mahu terima ketetapan Allah. Banyak bangsa yang Allah dah musnahkan sebab durhaka kepada Allah. Bangsa Melayu masih selamat sebab Islam.
Bangsa Melayu dah ujud lebih seribu tahun - 500 tahun sebelum penjajah Portugis menguasai Melaka bangsa Melayu dah ujud dan dah ada sistem kerajaan beraja.
Melaka jatuh pun sebab angkara pengkianat bangsa. Selepas merdeka anak bangsa kita terus di perbodohkan oleh kaum elit bangsa sendiri.
Bangsa Melayu tak bodoh tapi sentiasa diperbodohkan oleh mereka yang memegang tampuk kuasa. Mereka yang cuba bangkit akan di pulau dan terbuang... silap-silap "hilang" tanpa berita.
Sebenarnya mereka yang ditampuk kuasa tu lah yang jadi pengkhianat bangsa Melayu sejak sekian lama dan menjadikan Bangsa Melayu nampak bodoh.
bila nak kata species melayu bodoh kena tengok orang melayu yang cerdik dalam sejarah...bodoh cerdik manusia bukan terletak pada bangsa...itu hanya pandangan orang2 yang mementingkan ras sendiri sahaja..kalo org putih amerika lebih cerdik dari negro kenapa ada presiden amerika di kalangan org negro...benda simple camtu pun aduka taruna x leh pikir...aku setuju ngan pak bakaq..bersyukurlah dengan apa yang allah beri pada kamu..dan yang paling baik sekali apabila kita di pilih menjadi org islam...
hakikat yg sebenarnya bukan keturunan dan bangsa yang menentukan kemuliaan seseorang atau sesuatu umat,...ingatlah firman Allah yang mafhumnya manusia dan jin itu dijadikan untuk mentaati Allah Yang Maha Pencipta dan Maha Pemberi keMuliaan.
para nabi dan rasul diutuskan dan kitab2 diwahyukan untuk membimbing manusia kejalan yg benar, tapi masaalahnya ada pulak "nabi palsu" yg bawak ajaran Hadhari dlm masyarakat Melayu hari ini, itu yg jadi rosak dan punah ranah sekarang ni.Bertaubat lah.............
salam.Pak bakaq....Tahniah.Saya suka design baru blog pak bakaq...macam ni lawa....sedap mata memandang...
blog pak bakaq dah bertukar wajahlah.nampak lebih menarik dari sebelum ini dan lebih kemas.diharapkan jugak kandungan blog akan lebih menarik juga nanti :P.
ini siapa pulak buat dakyah genetik Melayu ni bodoh?.aku setuju dengan anonymous.yang kata bodoh cerdik sesuatu bangsa itu adalah agendanya yang tersendiri.
kebijaksanaan seseorang itu bukan bergantung pada bangsa tapi daya pemikiran seseorang itu.
melayu tu hanya bodoh kalau sanggup jual bangsa dan negara pd bangsa lain..stop!
Tak payah fikir mengenai bangsa,biarlah bangsa melayu jadi kuli cina seumur hidup dari segi ekonomi dan politik.
Anonymous Said,
Tak payah fikir mengenai bangsa,biarlah bangsa melayu jadi kuli cina seumur hidup dari segi ekonomi dan politik.
Posted on Wednesday, February 4, 2009 11:45:00 PM MYT
SALAM BANG BAKAQ...aku tak berapa setuju dengan saudara yang di atas ini tapi saya setuju dengan mat nisfusyaaban ...
Kemuliaan seseorang di sisi ALLAH itu sebenarnya bukan di kira dari asal keturunan nya atau bangsa nya atau jawatan/ Harta nya TAPI AGAMA NYA ...melayu tapi kafiir buat apa ,cina atau india tapi kalu islam nya bagus itu lagi mulia di sisi ALLAH ..sedikit pembetulan kepada kita dan saudara yang di atas ..wassalam