Sedap!! Klik gambar di atas!

Eli: Tok Guru tak patut komen, Siasah tak patut siar

Bukan takat terkejut beruk lagi, malah terkejut entah apa-apa bila baca komen Tok Guru Mursyidul Am mengenai kes penganiayaan terhadap Elizabeth Wong. Siasah melaporkan Tok Guru kata:
"Dari apa yang saya faham berdasarkan laporan akhbar, gambar itu diambil oleh penceroboh yang memasuki rumahnya. Jadi tidak dia yang salah tetapi penceroboh itu.

"Dalam Islam, kita bebas untuk berbuat apa sahaja ketika kita bersendirian dalam rumah kita. Kita boleh buka aurat kita atau menutupnya," kata Nik Aziz ketika ditemui media di rumah rasminya, JKR 10.
Saya tak nak berbasa-basi dengan Tok Guru. Tetapi, peristiwa yang berlaku itu amat mudah difahami. Pertama, orang buat aniaya kepada Elizabeth kerana menyebarkan gambarnya dalam keadaan mengaibkan. Dalam bab itu, saya malah menyertai Walk With Eli. Saya tak akan tolerate penganiayaan sebegitu.

Eli merasa aib. Jika tidak, dia tak akan menangis dalam sidang akhbarnya. Sebagai orang yang dah lama la jugak hidup, saya dapat rasa mana tangisan yang betul, mana yang berlakon dan mengeluarkan air mata buaya. Saya dapat rasa Eli tak berlakon. Apa yang saya rasa mungkin salah, tetapi itulah yang saya rasa.

Kedua, dan yang paling penting untuk kita fahami ialah bagaimana gambar itu diambil - iaitu perkara-perkara yang bersifat circumstantial. Saya tak perlu hurai panjang. Ia sangat mudah difahami.

Oleh kerana Tok Guru tahu cakap orang putih, let me tell you, Sir - you dont have to be a rocket rocket scientist to understand that (kalau Tok Guru terlepas pandang beberapa perkara, mana pergi penasihat dan pembantu khususnya mengenai urusan dengan media?!) Saya tak nak ulas panjang-panjang. Nanti silap-silap kena saman pulak.

Cukuplah saya petik tulisan Pitso Tsibolane bertajuk "Moral compass a must?" yang saya jumpa:
...should politicians, despite their popularity and prominence, be subjected to moral standards. In the US, impeachment proceedings against Bill Clinton were instituted as a result of events relating to the sex scandal with his intern. Clearly the lies, the denials and the conduct of the President, a political leader, mattered to some so much that his fitness for the high office was questioned very seriously.

Was it fair for a well-performing President who brought economic prosperity and relative peace like Clinton to be in such trouble for having consensual sexual relationship with another woman while he was married? Should morality have been set aside for the sake of politics?

Imagine what would happen if it there were strong allegations that Barack Obama has impregnated a young woman while still legally married to his wife? It is anyone's guess what would have happened to his presidency!

Should we look at morals in the form of criminal conduct and sexual conduct of political leaders as criteria for high office? Does society have a right to demand certain moral standards from their leaders? What should we make of society that elevates those same people whose moral standards are seen to be questionable?

One thing seems to be certain about politics and morality; in the long term amoral and immoral political leadership will always result in the downfall of politicians and societies that ignore the link between the two. Such nations resemble a heavy ship as it tries to navigate rocky seas without a compass.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Apa yang tok guru cakap semua orang dah tahu, tak payah ada title ulamak pun, semua orang ada akai untuk berpendapat sebegitu...

    Tapi apapasai rakan kongsi tok guru dok kata ...tu si nun, si najib punya angkara. Pendedahan oleh akhbar, suspek pun orang PKR sendiri...ohhhhhh...budak tu kena beli lagi dengan Najib..issshhhhhhhhhh..semua orang boleh dibeli ke ?????

    Maybe..patutle Anwar pun Israel dan Amerika boleh beli..no wonder.

    Ana faham..ente?

  2. Satu lagi nak tanya, awat karpal singh dah diam pasal Anwar..kena beli jugak ke ??? sapa beli...

  3. NIK AZIZ DAH TUA....
    TAK BOLEH KELUARKAN KENYATAAN DAH...
    NI LEPAS NI PASAL ELI BERKESEDUDUKAN DENGAN MELAYU APA PULA KATA TUAN GURU???

    MESTI TUAN GURU KATA...
    NI URUSAN KERAJAAN SELANGOR. SAYA TAK CAMPUR!!!

    HUA..HUA...HUA....

  4. Saya pula tak fikir, penarik beca lebih bijak dari Nik Aziz...

  5. penarikbeca ni lebih hebat ker hidayah yang diperolehi dari Tuan Guru Nik Aziz? Anda ada bukti yang Malik itu bersekedudukan dengan Elizabeth? Datangkan empat orang saksi, jika tidak anda yang perlu disebat.

    Mengapa tidak boleh berpandangan baik? Mungkinkah teman lelaki Elizabeth mempunyai niat baik untuk mengajak Eli memeluk Islam .. jika demikian tidakkah lebih besar pahala teman lelaki Elizbeth dari penarikbeca yang bersangka jahat sentiasa ini?

  6. Pak Bakaq...
    biaq pi la TGNA nak ulas isu eli tu...org tanya pendapat dia..x kan nak kata no komen...secara amnya org waras akan memberi komen seumpama itu... kalo hang nak dengaq komen pelik pi la tanya Anwar atau puak2 BN tuh....

  7. ni eli punya cerita bkn bn bkn pr, tuan badan dah mengaku ex-boy dia yg ambik gambaq, pr nak kata apa lg, lg pun pengakuan 2 dr mulut eli sendiri bkn dr org lain, yg lain dok pi buat pengakuan utk eli 2 buat apa? mangkaq buih sungguh la. jgn2 yg dok kt ni ada skandal dgn eli...... sbb 2 depa bising sbb nak tutup malu..... udah le tuan guru, rentikan la semua ni, jom kita pi blajar tajwid ke fekah ke tarannum ke, tauhid ke lg bagus, ilmu dapat pahala pun dapat.... mr.muz

  8. KEsian kat Tok Guru..ini sebenarnya masalah punahsihat Tok Guru yg tak inform dia betul-betul la,pasal nak protect sangat KAWAN TIDOR SEBANTAL PAS DALAM PR sampai terlupa fakta sebenar dan hukum halal haram..

  9. Pak Bakaq,

    Inilah babak yg paling malas saya nak komen..rupa2nya teman lelaki si eli tu melayu islam!

    Apa makna tu semua???

  10. Saya raikan komen semua orang. Saya publish. Tapi, yang boleh menyebabkan aku kena saman, AKU DELETE tanpa memohon maaf.

  11. pak bakaq,
    kira komen tok guru tu fair la. dia buat komen berdasarkan maklumat yang sudah jelas. dia tak buat komen atas berita yang tidak pasti. serius benar tuduhan kita orang berzina tanpa membawa 4 saksi. jika pun benar, islam telah meletakkan syaratnya sebelum kita menuduh. dalam kes ni jika dia (eli) mengaku bersekedudukan, barulah boleh kita nak komen kata dia berzina. tapi saya dok perhati kenyataan akhbar dia tidak pula membuat pengakuan tersebut. banyak cerita yang keluar dalam internet ni cerita orang atas cerita orang. ini semua bukan pembuktian.dalam islam, kalau pak bakaq tengok dengan mata kepala sendiri pun, apa yang dilihat kena simpan sendiri tak boleh cerita kat orang sebab saksi tak cukup 4. kalau cerita juga, kena 100 kali rotan tau!

    jangan kita nak suruh tok guru komen atas sesuatu perkara yang belum sah. kita orang islam, tak usahlah ghairah nak berkongsi dosa. dosa kita pun tidak tertanggung. orang pas tak usah terlebih komen la perkara yang belum disahkan. buat dosa kering. nanti bila berita sudah menjadi sah barulah kita istihar "stand" kita. buat masa sekarang tak usah lah nak buat andaian2.

  12. Sata tidak tuduh dan tidak akan tuduh sesiapa berzina. Saya hanya petik artikel tentang moral standards. Saya harap moral standards dilihat dalam konteks lebih luas dan bukan terhad kepada isu perzinaan sahaja.

    Orang putih juga kata, "it is too high a price for a leader to make mistake".

  13. salam...
    kes eli ni kes peribadi dia..misallah kita ni dalam jamban..telangjang..kome ambik gambar camne..kalu aku tak letak jawatan..cuma ttg hal lain tu nak tuduh bn jangan sebab tak de bukti..mgkn tu ada tapi tak leh..tuduh..., cuma pastikan dari eli sendiri samada ada hubungan ke tidak..itu terpulang dia nak jawab..cuma kalau setakat gambar je no problem teruskan kerjalah..tapi kalau ada lain..eli sendiri kena jawab..so sekarang bagi dia rest kat rumah..dulu..tempoh bertenang ...kalau jualan langsung tu adale 10 hari...

  14. Moral standard hang tu baguih bakaq...tapi kalo hang nak menyeluruh habaq le kepada seluruh warga pemimpin politik di Malaysia ni...kalo ikut standard moral yang hang posting tu..berapa kerat ja pemimpin yang tinggal...bakal PM le org pertama yang nak kena humban...mungkin komen nik aziz nampak bodoh tapi dia kot dari berapa kerat pemimpin yang akan tinggal yang terselamat dari ancaman moral buruk...pendapat aku la..cemana setuju??

  15. sekiranya dari penulisan itu mendatangkan dosa, adakah anda akan berhenti menulis?..

  16. Pak Bakaq..,

    Aku tau hang cuba jadi orang tengah-tengah.. uhuhu.. tapi aku rasa yang hang komen tu memang terang-terang hang setuju bahawa si pompuan tu dah berzina.. uhukkk..

    Hang better jaga punggung hang skrg.. hang memang dah layak kena sebat..

    Cara Tn Guru jawab tak sama dengan hang jawab.. ahahaha... see the different?...

    Jawapan hang nampak sombong..!!! Nauzubillah..

  17. Apa pun, tak habis-habis cerita bogel...

    Dan saya ingin berkongsi sebuah sajak Melayu Yang Mati Katak Itu

  18. tok guru berkata berdasarkan firasat mukmin :Ko faham ke pe dia firasat Mukmin?
    tak perlu tulus la bab bab macam nie kalau tak faham.

  19. tak boleh nak kata apa, walaupun nik aziz kata camtu tak bermakna dia sokong agar semua pergi siar gambar cm2.. tetapi banyak pihak cuba gunakan nik aziz agar diorang boleh hentam balik.. nik aziz dah cukup masak dh dengan benda2 gini.. semulia-mulia manusia pun manusia gak.. ada gak salah silap..

  20. Bodoh bangang ko penarik beca. Takkan org bukan Islam nak pakai tudung kat rumah jugak.

  21. sama dengan komen PAS selangor disini..
    -Elizabeth Wong: PAS Selangor simpati, beri sokongan padu
    http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19466&Itemid=1

    harapan semoga luahan ini didengarari oleh tok guru serta penasihatnya...

    rasanya, jawapan balas 'no komen' oleh tok guru dlm isu ini adalah lebih berhikmah, atau mungkin didalam kenyataan simpati kita terhadap mangsa (Eli), dalam masa yg sama diselitkan kenyataan 'Islam sangat menitik beratkan maslaah moral', 'semoga menjadi iktibar', pemimpin adalah contoh kepada rakyat' dan lain2..

    jelas, perkara ini wujud unsur keraguan atau syubhah..tok guru sepatutnya meneliti dahulu berita sebelum mengeluarkan statement..

    jangan beri peluang kpd musuh menambah kebencian kepada jemaah kita dek kerana pemikiran double standart kita..

    jika ianya berlaku kepada musuh kita, dgn tegas kita mengecam dan mengutuk mereka.
    tetapi apabila berlaku kepada kita, kita sebolehnya mempertahankannya..

    saya pasti, ada jawapan yg lebih berhemah dan 'tepat' dalam menjawab soalan2 pemberita2 ini..akhir kata, saya TERLALU BERSETUJU dengan tindakan Eli meletakkan jawatan ADUN..sepastinya terdapat hikmah disebaliknya..

    berhati2lah...
    semoga Allah selamatkan PAS dan tok guru mursyidul am...

    dari suara anak muda PAS,
    generasi penentu pilihan raya akan datang...

  22. Pak Bakaq,

    Kekadang kepala aku pun berpusing2 bila baca komen tok guru..dalam kes Eli tak ada penceroboh, yg ada adalah ex-boy friend. lagi lama Eli bercuti, lagi banyak hu ha kat media di luar sana..bermula drp sekeping gambar separa bogel, semalam dah jadi beberapa keping..daripada gambar saja, baru sat tadi dah ada video setengah jam pulak.

    Apa makna semua tu pak bakaq?

  23. Saya rasa kenyataan ini lebih cermat:

    PAS Terengganu Hormati Keputusan Elizabeth

    Kuala Terengganu - Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali menganggap, sikap ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletakkan jawatan Exco kerajaan negeri Selangor dan ADUN adalah sikap tidak mementingkan diri tetapi mengutamakan parti dan perjuangan.

    Menurutnya sikap yang diambil oleh Elizabeth menggambarkan beliau merasakan bertanggungjawab terhadap penyebaran gambar dan rakaman klip video dirinya dalam keadaan kurang sopan menerusi internet dan SMS.

    "Beliau tidak mahu kerahaan negeri (Selangor) serta partinya (PKR) menanggung beban dan tertekan, kita (PAS Terengganu) menghormati keputusannya,"katanya mengulas tindakan Ekizabeth menawarkan untuk meletak jawatan.

    Namun begitu, Dato' Mustafa menyerahkan kepada kerajaan negeri Selangor dan pimpinan PKR membuta sebarang keputusan kerana menganggap merka lebih memahami apa yang sedang berlaku.

    Beliau turut bersimpati dengan apa yang sedang dialami oleh Elizabeth sebagai seorang pimpinan kerajaan negeri dan pimpinan PKR.

    Beliau berkata Elizabeth mengambil tindakan tersebut mungkin kerana beliau merasakan tindakannya itu dapat mengurangkan bebanan kerajaan dan parti.

    "Dengan mengambil tanggungjawab menawarkan peletakan jawatan persepsi beliau (Elizabeth) mungkin dapat meringakan parti dan kerajaan, rakyat pula mempunyai pelbagai persepsi terhadap pemimpin, terutama yang melibatkan soal moral dan maruah,"katanya.

  24. Tuan guru nik aziz seorang ulama..ilmuan agama..
    Seharusnya kita lebih beradab bila membicarakan pendapat beliau.
    Lihat sedalam mungkin akan maksudnya.
    Jangan sekadar guna akal kita yg cetek dan ilmu kita yang tak seberapa jika dibandingkan dengan tuan guru.

  25. Kepada orang yang berkata
    Thursday, February 19, 2009 3:07:00 PM MYT

    Bodoh bangang ko penarik beca. Takkan org bukan Islam nak pakai tudung kat rumah jugak

    Adakah anda tuu cerdik sangat ke ? Adakah baik anda berkata kepada saudara anda dengan perkataan Bodoh bangang !!!!!! anda boleh berdiskusi ,berdebat secara ilmiah bukan nya balon n bantai ke orang macam ni !!! wassalam

  26. SALAM PAK BAKAQ Anonymous said .....
    Thursday, February 19, 2009 5:35:00 PM MYT

    Tuan guru nik aziz seorang ulama..ilmuan agama..
    Seharusnya kita lebih beradab bila membicarakan pendapat beliau.
    Lihat sedalam mungkin akan maksudnya.
    Jangan sekadar guna akal kita yg cetek dan ilmu kita yang tak seberapa jika dibandingkan dengan tuan guru.
    Saya setuju dengan pendapat saudara ini TAPI ..
    Satu perkara yang perlu saudara tahu dan Kita mesti tahu yang Tuan Guru bukan nya maksum macam nabi ... Ingat tuu dan INGAT TUUU ..Wassalam

  27. Apa cerita panjang panjang....nak tanya satu jer...Pak bakaq ajaq mengaji kuliah kat mana...?

  28. terang2 tok guru cakap,dari laporan akhbar..haizz.. akhbar la yg kasi fakta salah..

  29. Isu YB Elizabeth Wong : Islam ada jalan penyelesaiannya. (percayalah)

    Contohilah Akhlak ahli politik Islam yang mengamalkan cara hidup Islam yang syumul. Tiada apa yang kurang kalau kita mengikut apa yang diajarkan oleh Al Quran dan Hadis Nabawi sebagai pemimpin bagi rakyat. Islam amat menekan akhlak yang baik dan budi pekerti, kesopanan dan moral yang tinggi. Islam menjaga dan menutup segala pintu bencana dan malapetaka fitnah dunia.

    Capailah kebahagiaan politik dan hidup dengan panduan ikhlas dan suci daripada Islam. Buat YB Elizabeth Wong, pilihlah Islam sebagai cara hidup dan pegangan yang kuat, fahamilah! Islam ada penyelesaiannya dalam setiap masalah kehidupan insan.

    http://najhie.blogspot.com/2009/02/qudwah-islam-untuk-yb-eli.html

  30. Bakaq,
    Org loklaq kalu kita tengokpun, sebaiknya kita jangan kata dia loklaq. Mungkin masa dia buat loklaq itu kebetulan saja dan tidak menepati keloklaqkan yg sebenar.

    Tolong faham dan kalu tak faham, ikut suka hampalah!

  31. aku heran la...kalo nak di bandingkan bakaq ngan nik aziz memang le x patut..sorang tuan guru,sorang lagi penarik beca(bloggers)...bakaq sendiri mengaku ilmu dia x tinggi...tapi mempersoalkan pendapat Nik Aziz x de salahnya..x kan xleh nak komen langsung...cuma yang menghangatkan suasana di sini..tukang jawabnya bukan nik Aziz..tah sapa2...bagi aku,kalo nak elakkan perselisihan pegi le tanya nik aziz sendiri...apa maksud dia,kan mudah camtu..tok sah le kutuk2 bakaq...

  32. salam semua, aku sokong bakaq ckp apa. kita cuma nk br diskusi bkn nak bertengkaq, org yg buta hati ja suka bergaduh ni. kita kena dengar dua2 pihak. jgn la terlalu sanjung tuan guru, dia bkn nabi, bkn maksum. apa2 pun aku sokong pejuang2 islam.

    ps/: aku pun menyanjungi tuan guru tapi tak memuja beliau.

    allah huakbar

  33. Pak bakaq,

    Saya rasa saya faham reservation pak bakaq dalam hal Eli nih.

    Kita orang Islam. Jangan sampai beria-ia benar nak mengelokkan perkara yang tak elok. Jangan kiat menghalalkan apa yang di haramkan oleh Islam.

    Faham-fahamlah Tok Guru. Kalau terhutang budi dengan saudara Anwar Ibrahim pun, janganlah sampai membelakangkan ajaran Islam. Ramai lagi orang baik-baik untuk dibela. Eli sendiri pun mengakui 'kesalahan' beliau dan ingin meletak jawatan. Kenapa Tok Guru pulak terhegeh2?

    Saya malu.

  34. Bakaq,
    Hang pi bakaq buat apa kelambu depa oi..? Hang tak tau ka..orang PAS sejak buleh kuasa, depa jadi maksum? Sapa-sapa yang 'geng', confirm maksum.

    Awat makin hari..makin tak ketahuan ni...

  35. TOK GURU AUTA,KECEK BELIK SERUPA ULAR.LAGU TU RAMAI LAH TOK GURU WEE.

  36. KECEK BELIT SERUPA ULAR.RAMAI LAH BOLIH JADI TOK GURU LAGU NI WE

  37. Kita pilih orang untuk buat kerja, kerja untuk rakyat bukan pilih malaikat ridzuan

    Masa kan cukup alim ulamak dan tokguru di kampung dijadikan askar ke medan perang..

    Bakaq, semua orang ada buntut, walaupun tersorok
    Cuma yg berniat jahat dan sewel sahaja yang tunduk cari pahtu cium..

    Pun begitu, ramai sekali orang AMNO sekarang buntut mereka kat muka..
    Patut lah Rakyat merasa loya dan jijik.

  38. Tuan Bakaq,

    Lihatlah apa dah jadi kepada pemikiran orang-orang Islam yang memberi komen dalam blog tuan... Bagi mereka yang mengaku Islam, lebih mengutamakan politik dari ajaran Allah SWT. Hingga kafir yang bersekedudukan pun mereka benarkan semata-mata dia dari parti politik yang sama.

    Murah sangat 'Islam' mereka ini. Hingga mereka gunakan Islam bagi menyokokng si kafir. Beginikah orang-orang yang mengakui mendokong perjuangan Islam?

  39. Pak Bakaq, moral standard amerika yang pak bakaq jilat2 tu mana sama dengan kes eli. Kita nak wakil rakyat yang bersih dari rasuah. Yang tulus ikhlas membina negara dah keluarga bahagia. Wakil Rakyat yang kita bole panggil, yalah Wakil Rakyat. Kalau wakil rakyat kita dah kawin tp buat affair, sape tak marah. Kalau ko ada masa buat ni baik ko guna masa tu tolong rakyat. Setahu saya, kes ini tak sama dengan dengan kes soi lek. Saya akan demand a certain level of morality dari wakil rakyat saya. Kalau nak salahkan orang, kita salahkan la lelaki. Kata dalam islam, lelaki ni pelindung kaum wanita. Allah tak penah kata kaum wanita islam ya.

    Hampeh

  40. En Bakaq nak tuduh eli berzina? mana saksi? tak yah nak berlapik kononnya takut disaman. saya sokong tok guru. kenyataan tok guru cukup cermat. Beliau tak leh nak lari bila ditanya oleh wartawan

  41. Tolong adil kepada diri kita sendiri. Lantak dia nak bogel ke....nak ape ke...Yang kita nak bela sangat pasal apa? Jangan bertauhidkan politik.
    Kong kali kong..Yang nyata sekarang kita diperdaya dgn helah politik mereka.Mereka tetap tak setuju dengan Islam.

  42. Yg penting,si politisian tu buat tugas dgn baik dan elok..itu sja dia punya kriteria.. si gandhi lu orang ingat dia banyak tinggi moral kah?gandhi immense diffuculty controlling his sexual urges..hehe..he used to sleep with naked women on bed to "test" his "brahmacharya"..and Martin Luther King pun berfoya foya jugak(FBI ada bikin rakaman..)..dan pasai John F. Kennedy..aduhai..no need to talk lah..hehehe..kalau kita kaji balik pemimpin yg agung,semua ada siki loose moral o ..tapi yg penting apa yg mereka telah lakukan membawa perubahan yg amat besar dan bermakna..

  43. Ni la penyakit orang kita...tak baca betul-betul dan faham apa maksud pak bakaq...Pak Bakaq bagi dua perkara - satu kes eli kena ambil gambar bukan dengan kerelaan dia..satu kes moral standard - eli berdua-duaan dengan boy friend dia..muslim pulak itu..ini yang tak elok...ELI BUKAN DUDUK SORANG-SORANG LEPAS TU ADA DATANG PULAK PEROMPAK YANG AMBIL GAMBAR DIA...TAPI DIA DUDUK DUA ORANG / BAGI JANTAN LAIN (MELAYU NI) ADA DALAM RUMAH DIA...

    JADI TOK GURU TAK BOLEH SOKONG KEADAAN YANG MENYEBABKAN BERLAKU AMBIL GAMBAR NI....JANGAN DOK SOKONG ATAU BERI KENYATAAN MEMBELA KEADAAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA PERZINAAN...

    ITU SAJA..

  44. INGATAN KEPADA ORANG MELAYU ..
    1.orang PAS ,PKR dan UMNO - sama aje 2x5, 5x2..
    orang politik. semuanya oportunis
    2.Rekod orang UMNO , semua sedia maklum..rasuah
    kroni ,tak amanah , dan segala macam lagi
    3.PAS pulak jangan ingat baik sangat -
    Berpuluh tahun kerjanya mengkafirkan sesama
    saudara islam. Hadi sepatutnya bertaubat dan
    memohon maaf kepada beribu-ribu orang melayu
    yang telah dikafirkan melalaui fatwa beliau
    dulu...Jangan ingat malaikat & allah lupa
    untuk mencatat keburukan anda kerana anda
    Presiden PAS . Begitu juga Nik Aziz.. banyak
    fatwa songsang dikeluarkan..anda jangan
    ingat malaikat & Allah segan & malu dengan
    status jawatan ulamak anda !
    muslim sejati

  45. Cubalah baca kata2 tok guru tu sepenuhnya:
    "Dari apa yang saya faham berdasarkan laporan akhbar, gambar itu diambil oleh penceroboh yang memasuki rumahnya. Jadi tidak dia yang salah tetapi penceroboh itu."

    Maksudnya, komen Tok guru ni berdasarkan maklumat yang beliau dapat dari akhbar media massa dan bukannya selepas beliau pi tanya kat Eli tu sendiri (Tok Guru ada banyak benda lain yg lebih berfaedah nak buat). So yg salah disini ialah media massa dan bukannya Tok Guru.

    Yg dok kata buruk kat Tok Guru nie memang haprak terutamya si Bakaq ni. Memang bodoh pasai tak dapat memahami yang tersurat dan tersirat dalam kata2 Tok Guru. Bacalah kata2 tu sepenuhnya dan bukan sekerat-sekerat. Inilah beza diantara orang berilmu dengan orang2 bangang dan bahlol.

  46. Salam,

    kadang-kadang bila kita terlalu dekat dengan sahabat politik yg janji nak bagi kuasa, kita lupa asas perjuangan kita. Yang benar tetap benar, walaupun ianya diungkapkan oleh hamba sahya yang hitam legam; dan yang salah tetap salah walaupun ianya diungkapkan oleh ulama yang putih melepak. Kita perlu taksub dengan kebenaran dan bukannya pada individu tertentu.

  47. Kenapalah ramai yang susah nak faham atau buat-buat tak faham sebab dah taksub sangat pada TGNA dan PR. Memang orang yang menyebarkan gambar tersebut bersalah sebab menceroboh hak individu. Tapi yang si Eli juga bersalah dari segi moral. Apa yang susah sangat nak faham dan masih nak bela si Eli tu?...

  48. Anon 9:51 am. Setuju sangat dengan saudara. Masalahnya, apa yg wujud dalam PAS sekarang ini, sindrom pantang ditegur, tambah lagi apabila ianya menyentuh kepimpinan. Habis semuanya melompat..
    'Keimanan yang ada pada Imam Ghazali tidak memungkinkan ia dari melakukan kesilapan.'

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008