Sedap!! Klik gambar di atas!

DUN Perak tak akan dibubarkan

Adakah Sultan Perak akan mempersetujui pembubaran Dewan? Guna bahasa mat Salon sikit - i bet my bottom ringgit if he agrees!

Cuba baca tajuk berita Malaysian Insider ni - "BN set to form Perak govt as Sultan defers decision on dissolution".

Yang pertama, BN dah sedia tubuh kerajaan Perak. Pada masa yang sama pula Sultan menangguhkan keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Nampak dak betapa kebetulannya! Tahniah Datuk Seri Anuar Zaini atas perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hebat tukang tulis ucapan Raja Muda Perak ni!

Dalam tulisan bertajuk "Remember the four frogs that fooled all," Malaysian Insider menyatakan, "Whatever the outcome of the political imbroglio in Perak, Malaysians should remember the names of Datuk Nasharudin Hashim, Mohd Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi and Hee Yit Foong forever.

They represent the worst species of politicians — self-serving; greedy; unprincipled; cowardly and dishonest".

Apa pun kesudahan kemelut politik di Perak, rakyat Malaysia tidak seharusnya melupakan nama Datuk Nasharudin Hashim, Mohd Osman Jailu, Jamaluddin Mohd Radzi dan Hee Yit Foong sampai bila-bila pun.

Depa tu adalah spesis ahli politik yang paling teruk - mementingkan diri, tamak, tak dak prinsip pengecut dan khianat.

Macam tu la lebih kurang makna dia.

"In life, we usually treat the unprincipled and dishonest people shabbily. Why should politicians be given a free pass?"

Dalam hidup, biasanya kita rasa nak carut-carut ja kat jenis-jenis manusia yang tak dak prinsip dan khianat. Bila ahli politik buat perangai lagu tu, kita lepas depa lagu tu ja?

Dalam artikel bertajuk "Perak tumult sets stage for more political woes" pula, The Straits Times Singapura menyatakan, "The decisive execution of the Perak takeover by the ruling Barisan Nasional coalition offers a glimpse into the street-fighting instincts of incoming premier Datuk Seri Najib Razak".

Keputusan melaksanakan pengambil alihan kerajaan Perak oleh Barisan Nasional (BN) dok tunjuk terang-terang kat kita perangai Najib - perangai samseng jalanan.

"A humiliated Datuk Seri Anwar Ibrahim, the de-facto leader of the opposition, is unlikely to accept the Perak takeover quietly. Outfoxed by his chief nemesis, Anwar could raise the stakes by mounting a counter-offensive against the BN and pushing on to woo government-elected representatives to his opposition alliance".

Untuk membalas dendam, Datuk Seri Anwar Ibrahim makin gian nak tangkap katak.

"With more political brinkmanship expected in coming months, the big loser will be the Malaysian economy. International stockbroking firm CLSA says that Malaysia will slip into a recession this year, with the economy set to contract by as much as 5 per cent — the most severe contraction in the country's post-independence history".

Yang paling perit menanggung akibat ialah ekonomi negara ini (Kita la tu! Terutama orang miskin macam aku! Tak dak apa satu kejayaan dalam hidup. Kerja pun tak dfak. Mampuih!) CLSA kata Malaysia akan digigit kemelesetan tahun ini, dan ekonomi pulak akan mengecut sehingga lima peratus - yang paling teruk sejak Malaysia merdeka.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq...
    aku pun miskin gak...tapi aku nak jadi manusia..x nak jadi katak...kalo kaya pun tapi jadi katak..apa cekihnya!!!

  2. SPRM tak nak siasat ke isu lompat2 ni, atau SPRM sespesis dgn mamat2 ni (katak kodok).

  3. Bekas 2 Exco/ADUN PKR Derhaka kepada Sultan Perak.

    Semasa majlis angkat sumpah kali pertama MB Perak, hak menamakan Menteri besar Perak mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak adalah kuasa mutlak Sultan. Apabila Adun Behrang yang ketika itu dipanggil mengadap oleh Tuanku Raja Muda untuk bertanyakan persetujuan tentang pilihan bakal MB oleh Sultan iaitu Datuk Seri Mohd Nizar Jamalludin, beliau telah membantah keputusan Tuanku. Semasa itu semua pembesar-pembesar istana dan Ketua-Ketua Jabatan di negeri Perak telah berada di Istana untuk melangsungkan upacara berkenaan. Malangnya upacara itu terpaksa dibatalkan kerana tindakan Adun Behrang yang tidak bersetuju . Ini merupakan suatu pembaziran duit rakyat disebabkan pembatalan upacara tersebut. Oleh yang demikian pihak istana telah mengarahkan semua wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk membuat akur janji menyatakan persetujuan secara pribadi untuk menyokong bakal MB yang dicalonkan (Mohd Nizar). Hal ini merupakan suatu penderhakaan wakil rakyat tersebut kepada Sultan Perak. Kemungkinan tindakan tidak menyokong itu kerana hasrat Adun Behrang tersebut untuk manjadi MB Perak terbantut. .. Oleh itu sangat layaklah dihadiahkan sebuah ‘cermin’ kepada beliau.
    Difahamkan selepas itu beliau sering kali tidak sebulu dan bercanggah dengan MB Nizar termasuklah dengan pimpinan parti negeri. Apakah tidak cukup dengan alaun sebagai exco belasan ribu sebulan dan peruntukan DUN RM200 000 serta peruntukan khas exco RM100 000 untuk membantu rakyat di kawasan. Disamping itu beliau mendapat beberapa kompartmen kawasan balak dari kerajaan negeri. Yang pasti tiba adalah ‘bala’ dan mengkhianati perjuangan parti serta harapan pengundi dan rakyat negeri Perak.
    Dalam keadaan menghadapi kemelut kemelesetan ekonomi rakyat dan pembelian kereta rasmi kerajaan negeri Camry, beliau masih tegar untuk tukar kereta Mercedes baru. Sebagai Exco, tanggungjawab beliau sepatutnya membantu MB, tetapi ianya tidak dilaksanakan dan gagal merancang sebarang aktiviti di bawah bidang Exco yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Umpan BN dimakan mungkin jutaan ringgit....
    Rakyat Marhaen dan Kecewa.

  4. sultan perak adalah bekas ketua hakim negara. jadi la ni, aku fikir, dia sedang memain peranan sebagai penimbangtara... dengaq cerita kedua2 belah pehak. tak boleh, aku rasa setakat ni, untuk disimpulkan "dun perak tak akan dibubarkan" saperti kata tajuk ni. tunggu & lihat bagaimana najib pula buat persembahan "kes dia" ke sultan setelah nizar dah buat persembahan kelmarin. baru nampak "adil" kan?

  5. Tapi aku rase akan dibubarkan.... najib dapat jumpa sultan sekejap je..mengundi semula.. biar adil.... biar rakyat yang tentukan.... orang bukan undi pemimpin.... orang undi parti laa.....

  6. Nak cakap Mat Salon gak. Just to be perceived as fair? Raja pun manusia juga. Cuma mmbezakan manusia ialah tahap keimanan atau taqwa seseorang. Considering Raja kita Islam la.
    Anyway bab ni aku sokong kutu ni.
    Kalau Raja dissolve state tu aku memang tabik spring la kat dia.

  7. salam..
    aku rasa pembubaran kesemua adun perak mungkin tidak di perkenankan oleh tuanku tetapi prk di jelapang,changkat jering dan Behrang mungkin menjadi pilihan sultan...logiknya ialah adun2 katak mengingkari janji mereka pada sultan lalu mencetuskan ketidakstabilan politik di Perak..lagi pun skang ni kitakan dalam keadaan ekonomi meleset...jimat sikit duit rakyat..

  8. YB Nasa tu perisik UMNO agaknya. entahlah perak aku pun dah tak tahu nasib korang macam mana bila duk bawah UMNO nanti. makin besar la melayunya kut dari ISLAM. wal hasil balik asal la nampaknya.serbaboleh.blogspot.com

  9. Politik ..politik macam macam jadi....bila jadi mcm ni kadang kadang pikir malas la nak berpolitik ni...design baru nampak Pak Bakaq mana dapat..

  10. Sebelum nih aku hanya sekadar pembaca saja kat blog nih tapi hari nih aku terpanggil untuk menulis sikit... Sebagai rakyat Perak (walaupun aku kerja kat Butterworth)mmg berharap sangat akan berlaku PRK... Biarlah kuasa memilih peneraju negeri diserahkan kepada rakyat. Bukan membiarkan meraka (BN) merompak hak rakyat. Apa akan jadi kalau pemimpin yang korup kembali memerintah Perak?

    Rakyat bukannya hanya mahu pembangunan dari segi meterial semata-mata tapi rakyat sebnarnya juga mahu pembangunan rohaniah... bila rohani maju dengan sendirinya negeri akan makmur...

    Apa yang kita takutkan adalah apabila mereka kembali berkuasa seperti sebelum 8 Mac, surau2 dan masjid2 akan kembali sunyi dengan kuliah2 agama kerana tok2 guru kembali kena ban...

  11. tu yang islam pun mengutuk owang munafik nih,talam dua muka,apa kan daya,PR pun sokong munafik,BN pun sokong munafik,PAS?ntah lew,nmpk cam sokong sama je,sbb smua sokong org lompat parti.
    patut nye takdak lompat parti nih,2-2 pihak patut tegur-menegur sesama sndr kalau ada masalah,klu tegur pun tak mkn gak,rakyat la patut tunjuk kan tidak kepuasan hati tu,wat la perhimpunan jalanan ka,yg semakin mjnd "fesyen" dlm politik skarang,klu nk xtreme ckit wat mcm thailand,ptt nye keputusan PRU12 diterima seada nya.
    kata nk tolong rakyat,mcm ni ke keadaan nk tolong rakyat?menghuru-harakan politik negara,tak kira PR atau BN,2-2 sama

    masyukk

  12. Seseorang wakil rakyat ADUN yang mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN yang lain tentunya akan mengadap Tuanku Sultan meminta perkenan diberikan padanya mandat mentadbir negeri Tuanku bagi pihak Tuanku dan dibawah Tuanku Sultan tertakluk pada sumpah akan membuatnya dengan amanah dan menjaga rahsia negeri (kiranya minta kerja/jawatan). Selalunya dan tidak semestinya Tuanku Sultan akan perkenankan kerana ADUN tersebut disukai rakyat dan seharusnya Tuanku Sultan akan menyukainya juga. Mungkin Tuanku Sultan tidak menyukainya dan tidak memberikan perkenannya (contohnya Trengganu) walaupun rakyat menyukainya atas sebab Tuanku Sultan mengetahui sesuatu yang rakyat secara amnya tidak ketahui. Sebabnya tidak semestinya Tuanku Sultan dedahkan (rahsialah tu). Apapun perkenan Tuanku Sultan memberikan perkenan adalah atas apa yang Tuanku Sultan fikir wajar iaitu `pada fikiran ataupun timbangan' Tuanku Sultan. Ianya bukan hak orang yang memohon perkenan - secara mudah, perumpaannya seperti kemahuan CEO syarikat samada nak mengambil seseorang berkerja sebagai Pengarah Urusan (Managing Director) dalam syarikatnya.

    Berbalik kepada MB Perak, oleh kerana belum ada keputusan Tuanku Sultan, wajarlah dia teruskan kerjanya sebagai MB bersama EXCOnya kerana status qou belum berubah. Sebaiknya adalah untuk Tuanku Sultan mengarahkan MB Perak memanggil supaya DUN Perak bersidang segera dan kemudiannya melihat samada undi tidak percaya terhadap Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berjaya atau tidak. Dengan ini, Tuanku Sultan boleh dengan mudah buat keputusan.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2, IIUM

  13. Bilakah agaknya Anwar nak tunjukkan 30 katak-kataknya.

  14. Bila tak ada pengalaman memerintah, inilah jadinya. Rakyat pun pangkah undi ikut perasaan dan dengar cakap mengata orang saja. Bukan senang nak cari wakil rakyat yang berjiwa rakyat. Cakap bolehlah...

  15. Kurang dua minggu lalu apabila Nasaruddin belot dan melompat menyertai PKR, Anwar tidak pula mengatakan perlu kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat baru. Malah dia berkata ramai lagi akan menyertai partinya.

    Bukan itu saja, sepanjang masa dia mengusik dan mengasak untuk menumbangkan Kerajaan BN melalui pembelotan Ahli Parlimen BN, dia tidak sedikit pun menghiraukan mandat yang pengundi berikan kepada BN.

  16. Worst species of politician? Yang dok kejaq sampai Taiwan tu katak apo?

    Apo kato kalu katak kat N9 beralih ke Parti kelru Rakyat? Katak tu mesti terima pujian. Den cayo dak?

    MRSM Kalae Chepo 66/73

  17. Prof Dr Shad Faruqi (UiTM) antara lainnya;
    (i) akur bahawa adalah hak Sultan untuk atau tidak membubarkan DUN;

    (ii) akur adanya ruang dimana undi tidak percaya boleh juga diraih diluar sidang DUN;

    (iii) akur bahawa tindakan wakil-wakil rakyat dan DUN melompat adalah dibenarkan oleh Undang2;

    (iv) terbuka (tanpa memberikan jawapan) dalam isu samada Sultan mempunyai kuasa memecat MB Dato Seri Md Nizar; Prof Shad tidakpun mengatakan pemecatan itu tidak sah;

    (v) akur bahawa MB dilantik oleh Sultan mengikut pandanganya seorang yang berkemungkinan (likely) mendapat sokongan majoriti;
    Prof Shad bagaimanapun tidak memberikan apa-apa jawapan samada perlantikkan MB Dato Zambri sah – tapi Prof Aziz kata tak salah disisi undang2 cuma tidak wajar. Berbalik kepada apa yang Prof Shad akur – Sultan melantik MB mengikut pandangannya (budibicara/ kewajaraanya) siapa yang berkemungkinan (likely) meraih sokongan majoriti ADUN – perlu ambil perhatian bahawa Prof Dr Shad (did not rule out) tidak menolak kemungkinan meraih undi sokongan majoriti diluar sidang itu sah;

    Ujar Prof Dr Aziz Bari;
    “Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya
    Komen saya (Dr Abdul Rani) > untuk mengatakan perlantikan Dato Zambri itu tidak salah, pemecatan MB Dato Seri Md Nizar mestilah terlebih diterima sebagai betul dan sah,
    Ujarnya lagi;
    "Bagaimana pun Aziz bersetuju bahawa Sultan tidak boleh diseret ke mahkamah kerana baginda masih kebal di dalam mahkamah biasa. Katanya sultan hanya boleh diseret ke Mahkamah Khas yang bagaimanapun hanya menangani soal-soal peribadi seperti gagal membayar hutang dan seumpamanya. Meskipun begitu beliau tidak nampak mengapa kritikan tidak boleh dibuat."

    Persoalan saya (Dr Abdul Rani) – jika sudah tidak salah perlantikkan MB Dato Zambri – tak ke sakit (kesalahan jenayah) Speaker DUN Perak dan kuncu2nya bila menggantungkan mereka dari menghadiri sidang DUN dan menjalankan tugas mereka kononya tindakan mereka menyalahi peratutan Tetap DUN. Keputusan Sultan melantik MB Dato Zambri dan exxconyakan tidak boleh dicabar dalam tugas rasminya seperti Prof Dr Aziz sendiri ujar? Tambahan pula, kata Prof Dr Shad, Speaker DUN tidak boleh menghukum ADUN tanpa mendapat pengesahan ADUN disidang DUN – maka penggantungan itu pun tak sah.
    - persoalan saya (Dr Abd Rani) kepada Naspazi > bukankah itu semuanya menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa bila Dato Zambry dan Exconya digantung?

    (vi) mengajukan soalan (tanpa memberikan jawapan) samada Speaker DUN mempunyai kuasa mengatasi Suruhanjaya Pilihanraya yakni apakah Suruhanjaya Pilihanraya mempunyai kuasa atau tidak mempertikaikan keputusan Speaker. Prof Shad tidakpun mengatakan Speaker berkuasa keatas Suruhanjaya Pilihanraya; Bukanklah ini bermakna ada kemungkinannya?

    (vii) Mengajukan soalan (tanpa memberikan jawapan) samada mencabar (saman) keputusan Sultan suatu perbuatan derhaka?
    Komen saya: jika jawapannya adalah “ya”> bukankah ianya suatu kesalahan samada dibuat atas kapasiti individu ataupun parti politik?

    (viii) Bolehkah Sultan (tanpa memberikan jawapan) disaman dimahkamah terhadap tugas/ keputusan rasmi Baginda? Prof Dr Shad tidak kata bolehpun dan juga tidak kata tidak boleh. Karpal Singh kata boleh (tapi sampai sekarang beiau tidak menyaman Sultan –malahan telah didakwa dibawah Akta Hasutan.

    > Prof Aziz menyatakan Sultan tetap kebal kecuali dalam tugas peribadinya sahaja – maka apahalnya menyaman Sultan? Bukankah ujar Prof Dr Aziz bermaksud Sultan tidak boleh cabar (disaman)?

    (ix) Sidang DUN boleh dibuat ditempat lain –
    - komen saya (Dr Abdul Rani) ialah Sultan tidak boleh membiarkan tiadanya sidang dibuat melebihi 6 bulan. Bermakna kuasa mengadakan sidang sebenarnya (ultimately – kata putus) ditangan Sultan. Maka jika Sultan tidak membenarkan sidang dibuat lagi – apakah sidang dibawah pokok itu boleh ditakrifkan halal atau “perhimpunan haram”?

    Pada pendapat saya, disini Prof Shad (with due respect –saya belajar Undang2 Perlembagaan bahawa Prof Shad sebenarnya ditahun 1984 –ditahun satu) telah “khilaf” (erred). Saya amat menghormati pandangan Prof Dr Shad bekas guru saya, dan begitu juga Prof Dr Aziz, rakan sejabatan dan seFakulti. Hormat-menghormati pandangan suatu sama lain adalah lumrah – tak perlu emosi. Namun, pendapat saya berbeza dalam isu ini – sidang DUN bawah pokok bertentangan dengan Undang2 Tubuh Negeri Perak kerana tidak mendapat perkenan Sultan bahkan dilarang diadakan sama sekali –sebab itulah setiausaha DUN itu “mengunci” Bangunan DUN.

    Penghujungnya, adalah tersasar untuk seseorang mengatakan bahawa pendapat itu bias (senget pandangannya) hanya kerana pendapat itu tidak memihak kepada pendapatnya tetapi “terpuji” jika pendapat itu memihak kepadanya. Prof Dr Shad pun dah mengatakan walaupun dengan kekesalan (unfortunately) akur bahawa lompat melompat adalah sah dan dibenarkan oleh Perlembagaan.

    Pandangan NASPAZI (MAC 21, 2009 - http://www.marhaendaily.net/v1/mar_a_naspazi29.html) sukar diterima dan tanpa disertai hujah sebenarnya. Apa yang penting ialah hujah kerana perbezaan pendapat (tafsiran) itu biasa. Saya ada autoriti (nas) saya begitu juga Prof Dr Aziz Bari.

    Apakah Naspazi boleh persetujui dengan saya bekenaan perkara-perkara (statement of agreed facts) berikut?;

    (i)lompat itu sah (Prof Shad);

    (ii)Perlantikkan MB Dato Zambri sah (Prof Aziz)

    (iii)MB dilantik oleh Sultan mengikut pandangannya
    (budibicara/ kewajarannya) seorang yang berkemungkinan (likely) mendapat sokongan majorit (Prof Shad ia, namun Prof Aziz juga?)

    (iv)Penggantunggan Dato Zambri dan exconya tidak sah (Prof Shad kerana perlu mendapat kelulusan semasa sidang DUN)

    (v)Bubar DUN adalah prerogative Sultan (Prof Shad)

    (vi) Sltan tidak boleh dicabar dalam tugas rasminya (Prof Aziz)

    Prof Mdya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (Public law Dept) IIUM
    Hujah balas kepada hujah balas Naspazi (memahami kekebalan raja)


    Dibawah – petikan apa yang dinyatakan Prof Dr Shad Faruqi;

    http://mt.m2day.org/2008/content/view/19676/84/

    AN AVALANCHE OF LEGAL ISSUES

    Posted by admin
    Wednesday, 25 March 2009 08:22
    REFLECTING ON THE LAW By SHAD SALEEM FARUQI (The Star)
    The legal skirmishes triggered by the four Perak assemblymen who defected have sullied the reputations of several hallowed institutions and opened up new legal frontiers where no Malaysian has up to now travelled.
    THE four Perak Assemblymen who slithered down the treacherous slope of defections could not have anticipated the political and legal avalanche they have triggered.
    The punches and counter-punches and the legal skirmishes over issues of procedure and substance are opening up new legal frontiers where no Malaysian has up to now travelled.
    Several constitutional institutions, including the state’s Sultan, the Election Commission, the Attorney-General’s office, the police, the Malaysian Anti-Corruption Commis¬sion, the State Speaker and the Secretary to the State Assembly, have become embroiled in the controversy and have had their good names sullied.
    The judiciary has not been spared.
    When the case first reached the courts, a Judicial Commissioner gave judgments that defy understanding. To have a Judicial Commissioner and not a senior High Court judge presiding over this novel constitutional case was indeed disappointing.
    Hearings were not in open court but in chambers. The Speaker of the Perak Assembly was declared to be a public servant despite indisputable legal evidence that he is exempted from such a definition.
    The Speaker was not allowed to be represented by private lawyers. He was not even allowed to represent himself!
    There was an unbelievable ruling that no conflict of interest existed in the state legal adviser representing the unwilling Speaker against the state government!
    These initial judicial missteps were fortunately corrected on appeal but they left a bad feeling and sullied the reputation of a hallowed institution whose resurgence we were all praying for.
    Defections: As opposed to the stability of the American presidential system, governments in parliamentary democracies often rise and fall because of political defections.
    Unfortunately, the right to disassociate and re-associate is part of the fundamental right to association under the Federal Constitution’s Article 10(1)(c) and the decision in Nordin Salleh (1992).
    We need a constitutional amendment to Articles 10(1) and 48(6). There are eminent legal models available in other Commonwealth countries. MPs and Assemblymen who hop midstream should be required to vacate their seats and seek a fresh mandate from their constituency.
    Dissolution: The right to refuse a premature dissolution is an undoubted constitutional discretion of the Sultan under Article 18(2)(b) and 36(2) of the Perak Constitution.
    We have instances in Kelantan in 1977 and in Sabah in the 90s when requests by MBs for premature dissolution were politely turned down. Judicial authority in Datuk Amir Kahar (1995) confirms the non-reviewability of this discretion.
    Even if it is argued that the Sultan was bound by constitutional convention to pay heed to the advice of the then beleaguered MB, it must be noted that constitutional conventions are not law. They are rules of political morality that are non-enforceable in a court: Government of Kelantan v Government of Malaya (1963).
    Dismissal of MB: This poses more complex issues. Article 16(7) of the Perak Constitution implies that the Sultan has no power to dismiss an MB. An MB’s cessation of office must come about by resignation under Article 16(6):
    “If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.”
    The Sarawak case of Stephen Kalong Ningkan v Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli (1966) ruled that lack of confidence may be demonstrated only by a vote of no-confidence in the Council Negeri. Factors outside the Council Negeri are irrelevant.
    The High Court will have to decide whether to follow Ningkan or to distinguish it on many grounds, among them, that in Sarawak in 1966 the Assembly was in session when the Governor sacked Ningkan. In Perak, the Assembly was in adjournment and a vote on the floor was, therefore, not possible.
    The High Court may also note that Article 16(6) does not make any explicit reference to a vote of no-confidence in the Assembly. It uses the words “confidence of the majority of the members of the Assem¬bly”.
    The Privy Council in Adegbenro v Akintola (1963) and the Sabah High Court in Datuk Amir Kahar (1995) have held that factors other than a vote of no confidence can be taken note of in determining the question of confidence, and that there is no limitation to the consideration of factors outside the Assembly.
    There was an additional complication. The Speaker of the Assembly declared that the hoppers had ceased to be members of the Assembly. With them excluded, Nizar disputed the loss of confidence and therefore refused to resign under Article 16(6).
    In such a stalemate, did the Sultan have a residual, prerogative power to dismiss Nizar? In addition could His Highness rely on section 47 of the Interpretation Act that the power to appoint includes the power to dismiss? The court has to decide.
    Appointment of MB: This is a discretionary function but is controlled and structured by constitutional guidelines. The Sultan has to appoint someone who, in his opinion, is likely to command the confidence of the State Assembly.
    If there is a clear-cut leader with the requisite numbers, the discretion of the Ruler is merely nominal. But in an Assembly where no one has a clear majority, (a “hung Assembly”) the Sultan’s personal discretion acquires great significance.
    In this case, the Sultan was obviously of the view that Zamri had the requisite numbers and therefore swore him in. The Sultan relied on face to face, separate interviews with the actors involved. The court will have to determine whether this manner of determination is legally justified.
    Along with the above contentious issues there is a whole range of controversies that the Perak crisis has engendered.
    Powers of Sultan: Can a Sultan be sued in the courts for his official acts? Is a threat to sue tantamount to sedition or treason?
    Speaker’s powers: If open-dated resignation letters have no effect, as was determined in Datuk Ong Kee Hui v Sinyium (1983), can the Speaker still rely on them to declare that four Assembly seats have fallen vacant?
    Is the Election Commission bound by the rulings of the Speaker on this point or can it decide on the issue independently?
    The Speaker of an Assembly is indeed the master of proceedings and procedures in his Assembly, but does his power go so far as to declare seats vacant and to deprive members of their legal right to attend? Is his decision absolutely unimpeachable in any court?
    In India, courts do not refrain from pronouncing on the validity of decisions in the House if human rights or constitutional issue are involved.
    If the Assembly was not under prorogation but merely under adjournment, can the Speaker convene it on his own without an order from the Sultan?
    Who must issue the summons, the Speaker or the Secretary to the Assembly? Does the Speaker have the power to dismiss a disobedient Assembly Secretary?
    Privileges committee: The committee has undoubted powers to try members for contempt. But its decisions are not final and any recommendation to dismiss, suspend or discipline members must be confirmed by the Assembly.
    Immunity of members: There is no legal bar to the Assembly meeting outside its official premises. The constitutional issue is whether those, including the police, who obstructed the Assembly from meeting are liable to punishment by the Assembly for contempt?
    Likewise, are the police and the Anti-Corruption Commission guilty of serious breach of the privileges of the Assembly by questioning the Speaker and Privileges Committee members for their official conduct?
    These are serious triable issues. Our answers to them must not be based on expediency or political partisanship but on well established principles of constitutional law.

    Dr Shad Faruqi is Professor of Law at Universiti Teknologi MARA.

    Pada 31hb Mac 9.30 mlm di TV9 akan diperbincangkan kemelut Politik diPerak yang dianggotai Prof Dr Shad Faruqi (UITM), Presiden Majlis Peguam yang baru (Kesavan), Peguam kanan (Dato Shafee) dan di pengerusikan oleh Prof Madya Mohd Agus. Adalah lebih baik jika Prof Dr Aziz juga dipanggil turut serta agar pandangan pelbagai pihak dapat didengar oleh semua pihak-pihak.

  18. Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    Cut n paste komen saya di blog - http://drhalimahali.wordpress.com/2009/04/01/hujah-peguam-shafee-abdullah-dipatahkan-oleh-ahli-panel-lain/

    HUJAH PEGUAM SHAFEE ABDULLAH DIPATAHKAN OLEH AHLI PANEL LAIN
    April 1, 2009 at 8:22 am (Bar Council of malaysia, CONSTITUTON OF MALAYSIA

    Rancangan “Hujah, NTV9” pada 9.30 – 10.30 malam siaran langsung dari UiTM

    1. tongkatmusa said,
    April 1, 2009 at 1:56 pm
    Ahli2 panel UiTM akur (concede) bahawa adalah hak Baginda Sultan mengikut kewajarannya (budibicaranya) untuk atau tidak membubarkan DUN Perak.

    Prof Dr Shad Faruqi tidak menolak bahawa adanya ruang (secara implikasi) dibawah Fasal 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak bahawasanya jika permintaan MB untuk DUN dibubarkan tidak diperkenankan, MB berserta EXCOnya hendaklah meletakkan jawatan. Namun disini Prof Shad tidak memberikan jawapan nyata (express) bagaimana jika MB Dato Seri Nizar enggan berbuat demikian. Pada pandangan saya (Dr Abd Rani), jika Dato Seri Md Nizar engganpun, itu tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan (mahu atau tidak). Hanya selepas itulah MB dan exco baru dilantik Baginda Sultan.

    Sebab Dato Seri Nizar memohon DUN dibubar tidak lain dan tidak bukan bahawa beliau sendiri akur (conceded) sudah kehilangan majoriti ADUN2 dan beliau pun tidak sekali-kali mohon kepada Sultan sidang diadakan bagi menentukan sejauh mana undi tidak percaya terhadapnya itu betul. Maka bila Dato Seri Md Nizar memohon DUN dibubar, padahnya adalah beliau dan exconya (Majlis Eksekutif) shall tender resignation jika permohonan untuk membubarkan DUN tidak diperkenankan Sultan.

    Justeru, untuk kemudiannya mengesyorkan DUN dibubar sebagai jalan terbaik adalah merupakan langkah terkebelakang setelah akur bahawa sememangnya Baginda Sultan mempunyai budibicara untuk atau tidak membubarkan DUN.

    Bubarkan DUN bukan lagi suatu opsyen setelah Baginda Sultan membuat keputusannya (res judicata) kerana itu ibarat tidak menghormati dan mengingkari keputusan Baginda Sultan.

    Pandang Prof Dr Shad yang mengatakan bahawa dalam kes Stephen Kalongningkan DUN sememangnya “masih bersidang” sedangkan diPerak sudah ditangguhkan tanpa tarikh ditetapkan sekian lama (adjourn sine dine) perbezaan itu pada saya (DrAbdul Rani) tidak membawa apa-apa makna yang kuat. Fasal 16(6) tidak menetapkan sokongan majoriti ADUN2 hendaklah (shall) diraih dalam sidang DUN. Maka penentuan Sultan diistannya bahawa sokongan majoriti sudah berpihak kepada BN adalah tidak salah disegi undang2. Bahawa adalah lebih baik sokongan majoriti ADUN2 dibuat semasa sidang DUN samalah seperti elok sembahyang dimasjid berjemaah berbanding sembahayang sendiri dirumah. Ataupun memberikan pengajaran (lecture) didalam kelas berbanding di padang rumput - namun sah tetap sah. Lagipun Dato Seri Nizar sudah akur (concede) beliau tidak ada lagi majoriti dan minta DUN dibubar. Fakta ini tidak lagi perlu dipertikaikan (not a fact in issue - agreed fact)

    Berkenaan Fasal XXXVI (1) Undang2 Tubuh Negeri Perak jelas bahawa Sultan mempunyai kuasa dan hanya bertanggungjawab mengadakan paling tidak satu sidang setiap 6 bulan - tempoh ini pun belum tamat dan akan hanya tamat mengikut kata panel2 itu - 15 Mei 2009. Maka Sultan mempunyai kata akhir (ultimate say) dan jika belum diperkenankan Sultan, jika sidang dibuat diDewan pun adalah tidak sah apatah lagi ditempat yang tidak diwartakan iaitu dibawah pokok?

    Pun begitu, untuk sidang itu sah, suatu notis hendaklah diisukan oleh setiausaha DUN yang mana tidak dibuat. Notis ini adalah mandatori (wajib) sepertimana yang saya faham dari perbincangan panel2. Pun begitu, Fasal 10 Undang2 Tubuh Perak memberi Sultan kata akhir (ultimate say) samada sidang DUN boleh atau tidak dibuat. Dalam hal ini, saya tidak nampak relevannya perbezaan samada sesi DUN di tangguhkan, prorogue atau sebab dibubarkan seperti mana pandangan Prof Dr Shad bahawa jika di tangguhkan perkenan Sultan tidak diperlukan lagi. Bukankah sultan mempunyai kata akhir (ultimate say, veto)dibawah Fasal 10 undang2 Tubuh Perak untuk memerintah agar sidang yang ditangguhkanpun supaya tidak dibuat sehingga arahan selanjutnya dari Baginda Sultan. Tindakan “mengunci” adalah bukti Sultan tidak perkenankan sidang itu dibuat. Indulgence (kelonggaran) Baginda Sultan tidak boleh ditakrifkan sebagai bermaksud bahawa sidang DUN boleh dibuat tanpa perkenan atau permasyuharan Bagina Sultan sepertimana terdapat dalam Undang2 Tubuh Negeri Perak.

    Bahawa hujah SPR adalah badan bebas dan tidak tertakluk kepada Speaker DUN dalam menentukan casual vacancy lebih kuat dan logik. Kuasa SPR sepertimana terkandung didalam Akta Pilihanraya. Speaker DUN sekadar pengaturcara/referee semasa sidang DUN, dan SPR tidak menjawab (accountable) kepada Speaker DUN. Apakah surat yang tidak bertarikh itu sah? Mengikut Mahkamah tidak. Mengapa? Dibawah undang2 kontrak pun, suatu perjanjian yang dipaksa (oppressive, undue influence dan sebagainya) adalah voidable (kesahannya boleh ditolak). Maka ADUN2 lompat itu sudah menafikan perletakkan jawatan mereka dan membatalkan surat tersebut. Lagipun mandat ADUN adalah dari rakyat (pengundi2) bukan dari parti - maka apa hak parti meminta mana2 ADUN letak jawatan jika melompat? Bukankah itu undue influence -dan dalam kontrakpun adalah voidable? Apapun, SPR bukan dibawah arahan Speaker DUN.

    Lompat itu sah disisi undang2 dan dibenarkan oleh perlembagaan.

    Jika parti2 politik dapat sampai kesuatu settlement, memanglah baik. Jika tidak Mahkamah adalah penyelesaian terbaik sama ada menang atau kalah. Membubarkan DUN pada saya adalah langkah kebelakang setelah Baginda Sultan membuat keputusan dan seoalah-olahnya tidak menghormati kewajaran Sultan ataupun Sultan tidak menggunakan kewajarannya bila tidak perkenakan DUN dibubar.

    Adakah hanya 3 ADUN - dengan membubarkan DUN bermakna ADUN2 yang lain turut terpaksa hilang kerusi-kerusi mereka juga? Mereka-meraka ini tidak mempunyai ataupun menimbulkan apa-apa masaalahpun. Maka dimana ketidakwajaran Sultan? Bila Pakatan Rakyat mewawarkan lompat beramai-ramai ADUN ke pihak mereka tiada pula masaalah - maka kenapa pula kerana tiga ADUNyang melompat - isu ini diperbesar-besarkan. Rakyat perlu fikir, apakah mereka berfikiran dengan baik dan wajar? Apakah mereka ini mewakili semua rakyat Malaysia atau semua rakyat Perak atau sebahagian besar/ sebahagian kecil sahaja?

    Maka soal wajar DUN dibubar atau tidak, yang sudah berlalu biarlah berlalu - sekarang tugas Mahkamah menyelesaikan dan pihak2 yang menyalah guna kuasa atau menggunakan kuasa yang salah perlu dipertanggungjawabkan.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

  19. Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanjaya Pilihanraya) kompeten menentukan samada terdapat "casual vacancy" bermaksud (tersirat) keputusan EC bahawa Kerusi DUN tidak kosong dan EC tidak perlu mengadakan piliharaya kecil adalah sah disisi undang2. Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat. Turutan dari keputusan bahawa EC berhak menentukan kekosongan kerusi DUN bermakna 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, Maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN?

    Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat "judicial review" (semakan Undang2) terhadap keputusan EC bahawa betul atau tidak perletakkan jawatan “3 katak Pakatan Rakyat” itu meragukan dan tidak boleh pakai. Itupun jika dilayan (with leave) mahkamah.

    Tambahan pula, kini Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan MB Dato Zambry dan EXCOnya tidak sah. Apabila mahkamah persekutuan memutuskan bahawa pergantunggan Dato Zambry dan Exconya batal dan tidak sah bermakna secara implikasinya, sidang dibawah pokok itu yang dibuat tanpa kehadiran mereka2 itu mengikut turutannya juga terbatal dan tidak sah.

    Apapun perlu ditekankan juga bahawa sidang dibawah pokok itu tidak mendapat perkenan sultan. Maka jika dibuat diDewan pun tidak sah, apatahlagi dibawah pokok.

    Perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan yang di hadapan.”

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,”

    Isu utama yang tinggal kini ialah samada Dato Seri Nizar masih seorang MB.

    Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 hb Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.

    Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan Undang2 Sultan. Bukankah semua undang2 memerlukan perkenan Sultan juga?

    Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berpelembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berpelembagaan.

    Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (dibawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN2/ Ahli2 Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.

    “Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsur2 komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti2 subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja2 – Kanun Keseksaan).

    Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (jabatan Undang2 Awam)
    Fakulti Undang2 IIUM

    Petikan (beberapa saja) dari;
    http://hamirdin.blogspot.com/2009/04/zambry-tak-boleh-hadhir-sidang-dun.html

    Saturday, April 18, 2009
    ZAMBRY TAK BOLEH HADHIR SIDANG DUN
    Assalamualaikum,

    Oleh
    Mohamed Hanipa Maidin

    Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja. Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

    Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

    Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

    lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah.

    Memandangkan Mahkamah Persekutuan hanya membenarkan dua perintah di atas, adalah jelas Mahkamah tidak membenarkan lapan (8) perintah lain yang juga dipohon oleh Umno dan dihujahkan oleh para peguam Zambry dan pasukan peguam Sivakumar.

    Komen saya (Dr Abdul Rani):

    http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517

    April 16, 2009 12:17 PM
    Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

    PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
    In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void. (sedikit petikan sahaja).

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Pada pandangan saya,(Dr Abdul Rani) permohonan kesepuluh-puloh permohonan itu bertindih (overlapping) dan mahkamah pada kewajaannya tidak perlu memberikan kesepuloh-puloh permohonan itu. Dengan membatalkan keputusan Speaker Dun Perak V. Sivakumar terhadap Dato Zambry dan 6 Exconya lagi, res ipsa loquitornya (tersirat dan tersuratnya) adalah tindak-tanduk V.Sivakumar tidak mengikut Undang2. Dua permohonan yang dibenarkan itu sudah cukup untuk mereka menghadiri sidang DUN.

    Apakah perintah-perintah yang dipohon oleh Zambry dan enam exconya tetapi tidak dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan?

    1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    Komen saya (Dr Abdul Rani):
    Keputusan mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar tentulah bermaksud (res ipsa loquitor) bahawa “menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    Res ipsa loquitor bermaksud, perkara itu menjelaskan sendiri kedudukan perkara berkenaan – tiada perlu nak dibukitkan. Contohnya, jika sampah terdapat didepan rumah A, maka A yang bertanggungjawab terhadapnya melainkan ada bukti sebaliknya (lihat juga seksyen 106 Akta Keterangan – fakta yang dalam pengetahuan seseorang),

    2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

    Komen saya (Dr Abdul Rani):
    Mahkamah Persekutuan bersidang atas kapasiti bidangkuasa sivilnya bukan dalam bidangkuasa jenayahnya. Persoalan hendak mensabitkan Speaker dengan suatu kesalahan tidak timbul. Dalam hal ini, terserah kepada polis untuk melakukan siasatan (Akta Polis dan Kanun Keseksaan (antara lainnya) terpakai.
    Seterusnya, terpulang kepada PendakwaRaya (Artikel 145(3) Perlembaggan Persekutuan dibaca dengan seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah) untuk membuat pendakwaan menggunakan mana-mana undang2 bertulis yang relevan. Seperti semua pengamal undng2 menetahui, beban undang2 diatas bahu Pendakwa untuk mendapatkan sabitan dan baharulah mahkamah boleh tentukan samada sabit atau tidak. Maka dalam bidangkuasa sivil, permohonan ini ini tidak relevanpun.

    3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

    4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

    5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Tugas ADUN adalah isu berbeza. Isu yang relevan kini ialah boleh atau tidak mereka hadiri sidang DUN?

    6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Dengan pembatalan itu, bukankah mereka sudah boleh hadir sidang DUN?

    7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor).

    8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Pemberian Kos adalah budibicara Mahkamah - mungkin kerana pihak-pihak bertelagah adalah kakitangan kerajaan.

    Bagaimanakah Umno boleh mengatakan keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam Exconya boleh menghadiri sidang Dun Perak sedangkan Mahkamah dengan secara jelas tidak membenarkan perintah yang mereka pohon iaitu perintah bahawa Zambry dan enam exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka dalamnya.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apa perbezaan diantara "berhenti makan sebelum kenyang" dengan "jangan makan sampai kenyang"? atau air "separuh penuh" dengan "separuh kosong"?

    Kalau perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan barulah mereka boleh mengatakan Zambry dan enam exconya boleh ke sidang Dun Perak.

    Pandangan saya (Dr Abdul Rani)
    Seperti saya katakan diatas, pembatalan itu sudah mencukupi (res ipsa loquitor). Apa yang menghalang mereka dari hadir sidang telahpun dibatalkan mahkamah. Apahalnya pula mereka tidak boleh hadir?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
    Fakulit Undang2 IIUM

    Saya setuju dengan pendapat Prof Dr Aziz bari bahawa jika DUN tidak bersidang dalam masa 6 bulanpun tidak bermakna DUN bubar secara automatik. Saya menambah bahawa prosedurnya adalah mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi supaya DUN dapat bersidang.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008