Sedap!! Klik gambar di atas!

Benarkah makhluk-makhluk lembab memimpin PAS?

Gambar di sebelah saya copy and paste dari blog Waejo. Gambar mesyuarat Lajnah Politik PAS di Ipoh semalam. Tak mintak izin pun. Baguslah Lujnah Politik PAS akhirnya meeting semalam. Tinggal lagi, ada beberapa pertanyaan nak tanya. Kepada sesiapa yang nak marah, marahlah puas-puas.

Kepada sesiapa yang selepas ini terlintas nak sebut perkataan thiqah dan wala', kalau hampa hantar komen yang ada perkataan tu, aku tekan reject. Meluat sungguh aku dua perkataan tu!

Memanglah wali kita ialah Allah s.w.t., Rasul-Nya s.'a.w.w. dan orang yang beriman dan kepada mereka kita thiqah dan wala' dengan penuh seluruh. Percaya dan setia dari hati yang menyerah kepada Allah. Kepada Allah dan mereka yang ma'sum kita berikan thiqah kamilah dari hati kita, yang tu aku tau. AlhamduliLlah!

Setakat itu saja peringatan yang rasanya tak pernah saya buat sejak memulakan blog ini pada 13 Mei 2006.

Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan tersebut:

1. Adakah PAS mengadakan sebarang mesyuarat sebaik sahaja Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim melompat masuk PKR?

2. Jika ada, sejauh manakah perlaksanaan keputusan bagi menghadapi keadaan semasa? (Tak payah jawablah. Buat ja. Takkan rahsia parti nak habaq kat saya)

3. Berapa kalikah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat sejak perkembangan terkini berlaku?

3. Jika tidak ada dan jika tidak ada panggilan mesyuarat dari mana-mana pihak yang mempunyai kuasa di sisi Perlembagaan PAS untuk memanggil mesyuarat, awat sampai lagu tu parti yang aku sokong sejak 1978?

4. Adakah mesyuarat Lajnah Politik semalam dipanggil oleh pihak yang mempunyai kuasa di sisi Perlembagaan PAS untuk memanggil mesyuarat atau adakah mesyuarat itu dipanggil berikutan desakan pihak-pihak yang tidak tidur dan tidak bersedap-sedap dengan jawatan sahaja?

5. Berapa orangkah yang datang bermesyuuarat semalam yang datang dengan idea dan berapa orang pula yang datang sekadar membawa telinga sahaja?

6. Apa tindakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat terhadap mana-mana ahli mesyuarat di peringkat PAS Pusat termasuk dewan-dewan dan lajnah-lajnah terhadap mereka yang sekadar membawa telinga sahaja setiap kali bermesyuarat?

7. Jika tidak ada sebarang mesyuarat sejak perkembangan terkini berlaku kecuali mesyuarat Lajnah Politik semalam dan jika tidak ada tindakan terhadap mereka yang hanya bawa telinga sahaja setiap kali bermesyuarat, betulkah PAS nak memerintah?

9. Pernah mana-mana Ahli Jawatankuasa PAS Pusat mendengar tuduhan bahawa para pemimpin PAS terdiri dari makhluk-makhluk lembab yang sentiasa dilanda penyakit mencemburui PKR yang bergerak pantas?

10. Jika pernah mendengar tuduhan itu, apakah perancangan dan tindakan yang dibuat untuk memastikan tidak ada mana-mana pihak yang mempunyai sebarang sebab untuk melemparkan tuduhan sedemikian? (Tak payah jawablah. Buat ja. Takkan rahsia parti nak habaq kat saya)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Sudah lama saya nantikan seseorang simbah air kemuka saya yang lali nie.. :0

  2. alaa..tak payah over react laa.PAS tetap cool!

  3. cool pas cool.... biasa la nak provoke nih,, bukan tak besa. Tak provoke tak syok la..tak laku lak blog ni.. tak pa nanti aku mai lagi blog ni..syok la stail hang tulihhh. apa pun pas cool... Takbir

  4. tuduhan yang tiada point....

    mereka lembab atau penarik beca yang lembab??

  5. PAS tetap cool..otak hang..memang lembap pun tak pun sengaja buat lembab. PAS memang tak belajar sejarah dan lemah sangat mentaliti diorang ni. Dah selalu dengar dalam usrah walaupun dipihak yang benar tapi tak ada perancangan rapi jangan harap la nak menang. Selidik dalam dalam!!!! macam dah lama ada tali barut dalam PAS (sejak DSAI kena hambat ngn Dr M)yang memang tunggu dan jadikan PAS sebagai kuda tunggangan ke destinasi diorang. Lupa ke ape jadi kat negara2 yang mana gerakan Islam berjuang bila menang puak sheik sekular yang memerintah. Kemudian ditekan gerakan Islam lumat lumat.

  6. Assalamualaikum,

    Tahniah, kejutkanlah mereka yang lena atau lembab.
    Memang PAS selalu cool, sehingga kadang kadang otak mereka beku. Ahli ada hak untuk bercakap kerana perbelanjaan party di tanggong oleh ahli.
    Bukan nak mengungkit tapi itu adalah kebenaran.
    Mengkeritik bukan sebab marah tapi sebab sayangkan party.

  7. ni payah ni......bila tegoq sikit melenting,provok la macam2.....ada benar tu,jgn di pandang ringan je,

  8. teruskankan BAKAQ Hang sorang je brani yg lain tu pengampu je pandai.......

  9. Inilah tahap kemuncak kepemimpinan Pas
    dan sekarang sedang menuju merudum sebagaimama aliran pasar saham di Wall Street. Selagi ada ustaz2 ini yg hanya pandai berbahasa Arab macam burung kakaktua dan tidak menghayati gaya hidup Rasulullah dan mengaku pula ulama tetapi bukan Ulama pewaris Para Nabi tunggulah saat kemuruduman Pas dalam arus politik negara. Ulama wajib mencontohi cara dan gaya hidup Rasulullah dan Empat khalifah bukan Muawiah bin Abu Sufian dan Yazid laknatullah.

    Zolgoji, Shah Alam

  10. hang ni bodo ke bahlul. yang perlu bagi reaksi agrasif mestilah pkr. Jika ada msyrt pun buat apa bagitau hang. JK harian ada. Kenyataan pimpinan pas mesti dtg dri hasil msyrt.

  11. Tegur lah mereka..supaya mereka tak lupa dengan tanggungjawab sebagai pemimpin yang diamanahkan dan berat tanggungjawab mereka tu...tegurlah supaya PAS akan sentiasa berada di landasan yang benar..Terima Kasih

  12. hmm.. yg perlu meeting cepat bukannya Pas, sbb pas cuma berapa kerusi je - PKR ler.

    kalau pasal meeting cepat kerajaan negeri, mmg salute habis kat MB Nizar.

  13. assalamualaikum...

    pd pendapat saya..boleh ingin menegur..tapi gunalah bahasa yang sewajarnya...

    PAS 'cool' sangat?? x buat kerja??
    pd pendapat sy yang hina ini..sy kagum mereka nampak 'cool'...
    pemimpin yang baik ialah pemimpin yang selalu bermanis muka dan tidak mengadu-domba..
    saya yakin banyak yang mereka tempuhi tetapi tidak ditunjukkan kepada rakyat (iaitu kita) kerana tidak mahu membebankan rakyat..(seperti kasih ayah yang tidak pernah menunjukkan lelah mereka seharian kepada anak-anak)

    jangan mudah menuduh...fitnah tu!!!

    kalau betul sayangkan parti dan ingin mereka sedar dari mimpi..inikah caranya?? mengutuk??mengeji??

    "...berlemah-lembut kepada orang2 muslim.." Al-Maidah ayat 54

    kita tidak berada di tempat pemimpin ini sekarang...hanya mendengar dari media..sumber informasi kedua...boleh percaya sangat ke??

    kita: dengar dari media..mengintai kelemahan..duduk dhadapan komputer..dan fuhh!! bestnye dapat kritik kaw2..hebat aku dapat mengutuk org!! haha

    well... diharap semua antara kita dibuka mata hati untuk melihat kebenaran an mendapat hidayahNya

    wallahualam

  14. Yang ilang tu Adun PAS ka DAP

  15. pas memang lembab dalam berpolitik.sebelum ada pkr lagi sebagai pembangkang pas hanya timbulkan isu2 2ndhand selepas DAP timbulkan.Orang berdebat pasal labu airport pas tak campur,..bagilah sedikit ulasan sebagai orang yang layak ganti kerajaan.

    Harakahpun dah jadi macam utusan meloya. debatlah isu isu sensitif deengan ilmiah,laporan
    harakah daily outdated by internet standard.

    perjuangan islam bukan setakat kerja 5 tahun sekali

    Pas perlu kepada kecekepan seperti MNC dalam berpolitik dan berdakwah dan berjuang demi Islam seperti para sahabat.

  16. Pemimpin PAS kebanyakan merupakan mereka mereka yang Benggap, bukan Lembap. Ianya bagaikan Lembu dan Keldai, di mana Lembu boleh di ajar sebabnya bukan Benggap... Keldai tu dah sah Benggap!

    Tengok muka aje dah tahu Otak Benggap. Opinion 2 sen aje!

  17. seperti ternampak bayangan hantu, mata (dan hati) selalu nampak apa yang dimahukan minda. nak nampak pas sebagai parti maksum, maka segala kekurangan dan kelemahan akan dinafikan. macam selalu - denial syndrome. - ini untuk komen2 yang tak percaya bahawa pas sekarang bersifat defensif dan perlahan (slow).

    kedua - saya dah cakap banyak kali. politik perlukan kelincahan. lincah maksudnya proaktif dan bergerak dengan gagasan melangkaui gagasan pihak lain. ketika umno semakin lemah, pas perlu lebih kuat. malangnya, pas pun sama slow juga.

    selain wara', bijak dan berhemah, pemimpin gerakan islam perlu lincah. petah. dan cerdas. kalau rasa2 pas sekarang ada semua sifat tu, ok. i rest my case.

  18. pak Bakaq...
    aku setuju bahawa pimpinan PAS sekarang tidak se agresif dulu lagi..kalo hang nak kata lembab pun mmg patut la...aku rasa keadaan ini terjadi akibat dari kemenangan besar PRU ke 12 aritu...mabuk kemenangan menyebabkan depa merasa selesa..elok la hang tegoq kasi depa sedaq skit..untuk berubah ke arah kebaikan tidak perlu menyoal dari sapa atau bagaimana tatabahasanya...cuma yg perlu anda buat ialah berfikir dan berubah...

  19. KO TU YG LEMBAP BAKAQ. DAH MASUK LOKAP TERUS BERUBAH. MASUK UMNO LA. JADI PENJILAT NAJIB. BODOHNYA PUNYA MELAYU.

  20. Cergas ker gelojoh?
    dua perkara yg berbeza..

    Prinsip no 1,setrusnya usaha.
    menang xmenang tu kuasa Allah.
    jgn jd mcm org jahil..

  21. Bubarkan saja PAS Pak Bakaq.
    Inilah satu usul yg patut Pak Bakaq hebohkan.Bubarkan saja PAS.Biarkan Malaysia diperintah terus oleh perasuah,perosak negara bermaharajalela.Kepada Pak Bakaq yg mengaku dirinya menyokong PAS pangkah saja BIEN.Habis tu....bila ada saja PAS buat semuanya salah.Lembablah,bodohlah,hipokritlah dll.Apasal Pak Bakaq tak nak calonkan diri tu jadi PRESIDEN.APA........kena penyakit sawan ke?
    Atau dah kene beli RM50.00....

    Hatim........Seremban

  22. Gopoh amalan Syaitan.....

  23. PAS hizbuLlah sehinggalah Allah mendatangkan yang lebih baik.Lembab lebih baik daripada gopoh sebab gopoh amalan syaitan walaupun lembab bukan amalan malaikat.

    PAS lembab tu hanya telahan. Apa yang pasti dan bukan telahan adalah PAS adalah parti terbaik untuk umat Islam dan rakyat Malaysia. Tahniah kerana Pak Bakaq kekal dalam PAS. Cara mengkritik tu soal akhlak.

    Jika diperhatikan, wujud kegopohan dalam kritik Pak Bakaq. Tapi Pak Bakaq selalu begitu.. Mungkin betul mesyuarat nampak lewat, tetapi tahukah kita tak semua keputusan terutama yang segera mememrlukan mesyuarat.

    Saya yakin Pak Bakaq jarang masuk mesyuarat. tak matang dalam cara membina keputusan jamaie..

  24. En Bakaq, menjawab segala persoalan kamu, saya nak mencadangkan kamu jadi AJK mana-mana Lajnah PAS so that kamu aware ape yg berlaku.

    Complaint mmg senang..

  25. Assalamualaikum Akhun Bakaq dan semua pengunjung,

    Ana "Udah Kabor" terpanggil bersama untuk berbicara. Berhemah dalam apa jua bicara dan tingkah laku adalah menjadi tuntutan Islam. Memang ada benar nya, apa yang diutarakan oleh anta. Hanya satu saja yang perlu ana komen mengenai luahan isi hati anta itu.

    Lembab mungkin tidak, kerana pelbagai latar belakang dan profesion yang menjadi penaraju parti, adalah terdiri dari mereka mereka yang; "Masya Allah" hebat belaka.

    Lebih sesuai atau tepat, adalah "TIDAK PROAKTIF" nya, dalam setiap tindakan,tindak balas,pergerakan untuk memacu kedepan, lebih pantas bersuara atau bertindak dari pihak yang lain. Tak kira lah dari kalangan PR atau BN, kita kena lah lebih ke hadapan.

    Itu yang ana nampak dan rasa kan selama ini.Orang cepat segala, kita masih terkial-kial. Juga perlu lah ingat, apa pun, adakala nya perlu menjadi sifat "UBI", dan ada masa nya bersifat "PROAKTIF ( AGRESIF )" untuk setiap langkah dan tindakbalas kita.

    Di harap mereka yang berkenaan, "renung dan fikir fikirkan lah"

    Ana udah kabor ni, jangan kata tak kabor.

    Wassalam.

  26. dah pas lembab, pi la pimpin pas. kutuk saja tak jadi ..hahaha...

    pas mmg memerlukan org2 mcm korang ni, yg kritis dan laju. so, jgn la elak bila org nak beri tanggungjawab. pi masuk medan. jadi ahli pas penuh masa. pegang jawatan yg sesuai. buat kerja. baru tau medan. setakat nak ktuk kat blog, toksah duk berlagak laa... hahahaha

  27. saya ingin mengemukakan persoalan kepada penulis blog..
    1) Apakah penulis tidak nampak kecekapan dan KEPANTASAN PAS MEMERINTAH KELANTAN??? walaupun menghadapi pelbagai tekanan darpd BN
    2) Apakah saudara tidak menelusuri perkembangan KERAJAAN KEDAH???
    3) Apakah saudara kenal dan tahu naib presiden PAS yb husam sering membicarakan isu2 matang seperti ekonomi???
    4) Apakah saudara sedar dan tahu mengenai kebobrokan UMNO dan BN??? rasuah dan so on.
    5) Apakah saudara lupa siapa yg MENGHILANGKAN KUASA RAJA2 MELAYU??? bkankah pemimpin UMNO???
    6) Apakah saudara lupa PERSENGKETAAN PM DAN SULTAN TERENGGANU DALAM ISU MELANTIK MB TERENGGANU LALU??? bukankah UMNO, pak lah menentang kuasa raja????
    sekian untuk renungan.

  28. assalamualaikum..
    syabas dan tahniah kpd penulis blog..
    saya baru terjumpa blog ni..
    pada pandangan saya saudara merupakan seorang yang begitu berani, saya bersetuju dengan keberanian saudara..
    tapi blog ini ditatap oleh orang ramai, jadi pemilihan penggunaan bahasa amat perlu..
    Islam memang menggalakkan umatnya berfikiran bebas, Islam juga menggalakkan dialog seperti yang dilakukan ketika baru munculnya berbagai mazhab, tapi dialog mereka menggunakan bahasa yang sopan yang langsung tidak melukakan hati mana-mana pihak samada pihak yang benar ataupun yang salah..

    saranan saya, mungkin saudara boleh menggunakan bahasa yang lebih sopan ketika menulis..apa-apapun sy suka kritikan ini, semoga ianya menjadi luahan suara yang akan menambah baikkan lagi parti...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008