Sedap!! Klik gambar di atas!

Bau busuk dari Selangor

Dalam posting bertajuk "'Asabiyyah Barisan, 'Asabiyyah Pakatan (II)," saya menulis:
Sekarang zaman Umno dan BN menyelap sakan mencari salah, buruk dan busuk orang-orang PR. Bagi saya, kalau sungguh orang-orang PR yang diburu tak cukup tanah itu melakukan kesalahan, ia satu proses yang bagus. Kalau sungguh mereka salah seperti kes orang yang menerima sedekah b***t di Perak yang terpaksa mengaku kerana ada gambar, ia satu proses yang baik.

Kalau kita penyokong PR yang berusaha bersihkan sendiri puak kita, akan dituduh tali barut Umnolah, barua BNlah, Syiah bangsatlah, macam-macam. Sekarang, Umno BN nak tolong bersihkan, baguslah!

Kalau sungguh kotor, biarlah depa bersihkan. Kalau depa buat fitnah, takkan lopek sangat kita ni sehingga tak boleh pastikan depa pulak yang bernanah!
Dengan berpegang kepada semangat tulisan itu, tentulah berita Malaysiakini bertajuk "PAS seeks 'tell all' meeting with Khalid" berbau sangat wangi (anybody has any news about anyone seeking a 'tell all' meeting with Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo?!!) Malangnya, sejak dari awal saya melihat berita itu, ia berbau sangat busuk. Sangat busuk!

Allah Maha Menyaksikan, sejak awal saya membaca berita itu, saya memang tak tahan dengan baunya yang sangat busuk! Nasib baiklah bau busuk itu dikurangkan oleh berita Malaysian Insider bertajuk "Pas still backs Khalid, says Hadi".

Saya pernah bertanya beberapa kawan dalam Umno tentang orang-orang di dalam Biro Tatanegara (BTN) atau pernah berada di dalam BTN. Saya belum pernah mendapat laporan atau cerita yang positif mengenai BTN dari mereka. Mungkin mereka silap atau mungkin saya hanya mengenali orang-orang Umno yang tidak ada laporan atau cerita yang baik tentang BTN.

Bila bercakap dengan kejujuran yang tulus, ia tidak akan berbau busuk walaupun bercakap dengan sifat yang amat jarang kelihatan berakal!

Berkaitan:
Sikap PAS Selangor dalam isu SPRM dan MB Selangor (Siasah)
Jangan menari bersama mereka (Iskandar Abdul Samad)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Aku tak percaya Tan Sri Khalid sapu duit lembu korban yang dah jadi taik bahkan Indah Water dah sedut tah pegi kemana2 tu.Mungkin juga dah di suling airnya dan Khir Toyo pun dah minum airnya.Takkan lah bekas taukeh Guthrie tu nak buat keja tu ja,banyak lagi projek mega yang lebih untung kalu beliau nak seleweng.Busuk tu memang busuk la tapi ada lagi yang lebih busuk,busuk taik gigi.Kalu tak kena gaya bini pun lari,ini kena tanya Khir Toyo,dengar kabar masa jadi MB dulu orang hadiah jam tangan dengan nilai rm150000,beli bangunan kat mekah dengan nilai rm8-9 juta.Kalu tak betoi jangan saman aku,saman Suara Keadilan terbaru keluaran isnin 23hb feb 09.Jawab Khir toyo,busuk biar sama2 busuk.Berguling gantang lah Pakatan vs umno-bn ,tuduh-menuduh.Jangan ditegak benang yang basah biar rakyat tahu siapa salah,siapa betul.Sokong aku tak mau rebah pada yang salah hatta Pakatan sekalipun.

  2. BUSUK...
    Apa yang teramat busuk....
    Tahi.....
    Tidak, dijemput dibuang ainnya dan dibasuh....
    hilang busuknya...
    Tapi kalau banyak......Tak tahu pulak
    Nanah....
    Ini yang kuat busuknya......
    dijemput, dibuang, dibasuh ...hilang kejap...
    Tapi lepas tu mangkin banyak (sebab sudah terkena air basuhan...)......
    Bau nanah busuk akan sentiasa mengikut tuannya....
    ke kamar.....busuk....
    ke dapur.....busuk.....
    ke tandas......lagi busuk...
    ke masjid....busuk menganggu jemaah....
    habis tu nak kemana......
    Petua menghilangkannya.......
    Bunuh tuannya, jadikan bangkai.......
    (bukan mayat, mayat untuk yang suci tiada bernanah... macam syuhada...)
    Bangkai pun busuk juga.....

    Jadi jangan jadi Bangkai bernanah yang hidup....

    Wangi......
    jangan cerita......
    sebab duduknya ditempat mulia.....
    bunga, kasturi, setangi......

    Jadilah bunga......
    Tapi jangan jadi mat bunga.......
    Jadilah kasturi.....
    Jangan jadi burung kasuari.....
    nanti ditungang kesana-kesini....
    seperti SPR.......
    seperti SPRM .....
    seperti polis ......(tapi tak semua).. tapi KPN sah selalu ditunggang sampai terbalik....
    seperti......aaahhh tak payah cerita cari sendiri
    dalam TV1, TV2, TV3, BH dan semua Utusan menipu yang sewaktu dengannya.....

    ----minda TENANG------

  3. apa yang bau busuk tu pak bakaq?

    bau kentut puak2 muqabalah PAS/UMNO ke atau bau busuk kencing toyol?

  4. Saya sampai termuntah-muntah Pak Bakaq. Kalau tahi anak-anak saya busuk, saya masih sanggup nak basuh. Kalau yang busuk macam ni, tak gheti nak kata dah!

  5. Dengar berita salahudin ayub dilantik oleh Al-Badawi dan al-Tantuyai serta di pekenan oleh Sultan Peraki menjadi ahli MA C C. Hj Hadi Awangi setuju ke? Bau busuk ke wangi?

    Zolgoji, Bukit Lanjan

  6. woit! bukan salihudin saja yg dibelikan, rupa2nya tan seng giaw pun dibelikan! Zolgoji bertanya, Lim Kit Siang setuju ke? Bau busuk ke wangi?

    Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah

    1. Tun Abdul Hamid Mohamad (Bekas Ketua Hakim Negara)
    2. Tan Sri Hamid Bugo (Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak)
    3. Prof Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan (UIAM)
    4. Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan (Pengerusi ISIS Malaysia)
    5. Tan Sri Simon Sipaun (Pesuruhjaya Suhakam)
    6. Tan Sri Megat Najmuddin Megat Khas (Presiden, Institut Tadbir Urus Korporat Malaysia)
    7. Puan Sri Zaiton Zawiyah Puteh (Bekas Peguam Cara, Pejabat Peguam Negara)
    8. Datuk Rashpal Singh
    9. Tan Sri Yong Poh Kon (Pengarah Urusan Royal Selangor International Sdn Bhd)
    10. Datuk Anwar Fazal (Pengarah, Right Livelihood College, USM)
    11. Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim (UM)
    12. R Chelvarajah (Peguam dengan Sault & Co, Melaka)

    Panel Perundingan Dan Pencegahan Rasuah

    1. Datuk Seri Azman Ujang (Pengerusi Institut Akhbar Malaysia)
    2. Tan Sri Ramon Navaratnam (Presiden Transparency International Malaysia)
    3. Prof Datuk Dr Abdul Rahman Embong (IKMAS)
    4. Dr Zainal Abidin Abdul Majid (Business Ethics Institute of Malaysia)
    5. Datuk David Chua (Pengarah Urusan DC&A Group Sdn Bhd)
    6. Datuk Seri Wong Chun Wai (Ketua Pengarang Star Publication)
    7. Datuk Kamaruddin Zakaria
    8. Tan Sri Nordin Kardi (Naib Canselor UUM)
    9. Datuk Prof Dr Ishak Tambi Kechik (Bekas Naib Canselor USM)
    10. Anis Yusal Yusoff (Fellow Utama KITA,UKM)
    11. Tan Sri Robert Phang Miow Sin (Exco, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia)

    Panel Penilaian Operasi

    1. Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil (Pengerusi Takaful M''sia Berhad)
    2. Datuk Cecil Abraham (Konsultan di Zul Rafique & Partners)
    3. Nik Mohd Hasyudeen Yusoff (Presiden Malaysian Institute of Accountants)
    4. Walter Sandosam (Presiden The Institute of Internal Auditors Malaysia)
    5. Datin Aminah Pit Abdul Raman (Amanah Raya Berhad)
    6. Datuk Md Hamzah Md Kassim (CEO IA Group)
    7. Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad (UiTM)

    Jawatankuasa Aduan

    1. Datuk Mohd Nor Abdullah (Bekas Hakim Mahkamah Rayuan)
    2. Datuk Muhammad Mohd Noor (Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri)
    3. Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah (Bekas Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam)
    4. Chooi Mun Sau (Peguam bela & Peguam cara)
    5. Ravindran V.Muthu (Peguam bela & Peguam cara)

    Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

    1. Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Anggota Parlimen Kangar)
    2. Datuk Razali Ibrahim (Anggota Parlimen Muar)
    3. Datuk Abdul Rahman Dahlan (Anggota Parlimen Kota Belud)
    4. Dr Tan Seng Giaw (Anggota Parlimen Kepong)
    5. Salahuddin Ayub (Anggota Parlimen Kubang Kerian)
    6. Senator Zamri Yusuf (Kedah)
    7. Senator Datuk Armani Mahirudin (Sabah)

  7. Bakaq!

    Busuk yang susah nak dibuang ialah BUSUK HATI!

  8. Nampak-nampaknya SPRM ini nak memecahkan PR. Tengok ada ke nama pemimpin PKR dalamnya. PAS ada, DAP ada! Jaga2 lulus jarum lulus benang! Sekarang ni yang kena asak ialah pemimpin PKR! Lagi satu kalau mereka ini tak bergaji, maka mereka akan cari makan cara lain! Gaji tak ada elaun macam mana? Lagi satu duit poket (macam politik wanglah)tak kan tak ada! Sedangkan bergaji lagikan makan rasuah inikan pulak kerja free!!!!

    Banyaklah ahli koperat yang akan kaya raya dan banyaklah pulak mereka yang berjawatan naik pangkat atau terima gelaran!

    S - Suruhanjaya
    P - Penyelamat
    R - Rosmah
    M - Mansor

    Yang selamatnya Najib dengan Rosmah dan Khir Toyo serta Mat Taib, yang tertipunya kami juga di lereng gunung!

  9. Too many Jawatankuasa for WHAT!!!!!!
    The appointment of the members base on WHAT!!!
    Can't see anything since the members appointed are... well.....???? unless those people went through some kind of public scrutiny.
    Are we agreeing those Tan Sri and dato's and MPs, senators and some public servants appointed are of trustworthy, clean and with impeccable credibility - who decides? what sort of mechanism that verify and justify their existence? If none..forget it!!!!!

  10. Pak bakaq...
    dulu hang kan dah kata SPRM ni macam sarkas je...cemana hang nak harap depa tolong cuci taik kalo depa pun berselumoih ngan taik..
    Dalam hal MB khalid ni sepatutnya PAS biarlah SPRM tunjukkan bukti yang depa kata depa ada dulu..kemudian PAS kena tengok & analise kesahihannya..baru boleh wat komen..rumours, assumption & Asabiyyah will clouded the PAS leaders judgement...baru la rakyat x nampak PAS berat sebelah..watnya betul kata SPRM,x malu PAS..ingat x lagi 16 Sept ari tu..jgn le di ulang lagi sokongan tanpa fakta ni...kata nik aziz jgn kena sengat kat lubang 2kali...ingat tu!!

  11. aku rasa la.....ada muqabalah khir toyo dengan dr hasan ali. hang mesti tau bakaq!

    tok pengulu

  12. Amboi ada hati nak rampas kerusi MB ke orang bekasan BTN ni?

    Saya dah lama bau busuk dgn orang bekas BTN tu...bukan saja baunya busuk..tapi kita tengok muka dia pun boleh nampak kebusukannya itu.

    Pemimpin2 pas biarlah bersih dan nampak oun bersih!

    Tokden

  13. Pak Bakaq..
    apa komen hang ngan mengenai ni...
    "Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang mengelarkan mereka yang masih mahu meneruskan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan yang 'celaka'.
    walaupun hang bukan pembuat dasar...tapi hang merupakan salah sorang penyokong dasar ini..dan hang juga merupakan penyokong pas...

  14. rasanya gabungan ahli parlimen PR dan BN tak menjadi masalah.Sama je macam JPAC untuk suruhanjaya anti rasuah di Australia..apa la.

  15. kat negeri perak hampir beratus masjid yang ada.tak silap saya hampir 600 buah masjid yg ada. setiap jumaat setiap wajib akan mendoakan kepada sultan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam khutbah.sebenarnya saya tak setuju didoakan khusus pd sultan n raja saja. apa pendapat saudara2 sekelian..? bukankah elak kalau khatib doakan pada umat ISLAM dunia yang ditindas sekarang nie. sultan or raja diaorang hidup dalam kemewahan,kenapa perlu khatib doakan lagi dimurahkan rezeki...?tolonglah jawab... apa sumbangan sultan or raja pada ISLAM selain menjadi ketua agama ISLAM negeri.kenapa kita terlalu taksub dengan sultan sampai bersuara boleh dianggap menderhaka.padahal lagi banyak maksiat yang berlaku terhadap ALLAH yang didiamkan.banyak penghinaan ke atas ISLAM didiamkan.contoh isu letak kepala babi dalam surau universiti malaya (tempat saya belajar)kenapa diam macam tu sahaja....? mana lebih besar murka sultan atau murka dari ALLAH...fikir2kan lah.sultan tu manusia biasa sahaj.tak maksum pun.banyak melakukan kesalahan jugak.

    saya harap2 sangat2 pandanagan atas apa yang saya luahkan nie...

  16. politik....
    lagi lama layan...
    lagi pening.....
    ubatnye???
    baek isap ganja....
    pastu layan black metal....

  17. kawan aku kata;

    MACC = Malaysia Agency of Cocks and Condoms

    sbb depa serving same BN cocks with different condoms....aku tergelak sampai terkencing dalam kain semalam, punya lah kelakar gelaran yg dia kasi!!!

  18. Hoi Zolgoji, hampa tak tahu ka salahuddin anak ayub al-johori tu dah jadi golongan istana paduka raja muda. dia pi mengadap paduka raja muda bukan 'ana sembah derhaka' tapi 'sembah patik yg hina' atas kekesalan kebangkitan rakyat Kuala Kangsar terhadap raja yg mengikut telunjuk datuk memanda menteri al-tantuyai. lepas ni anak ayub al-johori akan di anugerahkan pingat setia paduka raja maharajalela. Inilah kemuncak perjuangan pemuda pas zaman dunia sains dan teknologi dan penantian kemunculan Imam Zaman (as). Penantian Suatu Ibadah menunggu Imam yang di kasihi.

    Jaafar Ahmadi, Pas Bukit Bintang

  19. Saudaraku yang dikasihi Jaafar Ahmadi, Pas Bukit Bintang

    Oleh kerana hang sahabat aku dan Din pun sahabat aku yang dua2 sangat aku kasihi (aku la rasa lagu tu, mana aku tau apa hampa rasa kat aku), aku tanya dia betui ka hang mintak ampun fasal tunjuk perasaan rakyat di Bukit Chandan?

    Dia kata, tak berbangkit langsung sebab perkara itu langsung tak disentuh.

    Hang ada nombor talipon Din, Pa. Hang boleh call dia anytime untuk mintak penjelasan. Salam!

  20. Kalau Khir Toyo 'busuk', Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim lagi busuk....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008