Abd Rahim Kassim kawan saya. Dia antara peneraju utama Harakah ketika ia mula diasaskan sebagai akhbar tabloid. Sebelum itu Harakah diterbitkan dalam saiz A4. Ketika itu, Cik Gu Ishak Surin menyuruh kami memanggilnya Rahim Purnomo. Cik Gu Ishak lebih tahu sebabnya.Hari ini, Rahim Purnomo berniaga. Bila berniaga, banyak jumpa kaki berniaga. Kadang-kadang dia berjumpa dengan kaki niaga yang selalu berkeliaran di koridor kuasa.
Semalam, Rahim tulis posting bertajuk "Najib tak ada 'chance' jadi PM". Menurut beliau, khabar-khabar yang berlegar menyatakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan terus menjadi Perdana Menteri selepas Mac 2009. Apa yang Rahim tulis itu segera mengingatkan saya kepada posting Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Mac 2009".
Menurut Dr Mahathir, "Berita angin sudah berkembang bahawa walaupun Najib akan jadi Presiden Umno, tidak semestinya dia akan jadi Perdana Menteri. Berita yang didengar ialah Abdullah masih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri".
Sebagai ahlul-pembangkang, kita sering menuntut perlaksanaan demokrasi di dalam negara ini. Menurut hukum demokrasi, oleh kerana Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi Presiden Umno yang merupakan parti peneraju Barisan Nasional (BN) yang kini memerintah, beliaulah yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri.
Kalau kita bercakap mahukan demokrasi, kita sepatutnya mahu melihat demokrasi terlaksana walaupun dalam mana-mana puak politik di dalam negara ini. Membiarkan atau mempersetujui demokrasi dipijak semata-mata kerana kita tak suka Najib dengan sendirinya memperlihatkan sifat lidah bercabang kita. Pembohong masuk dalam kategori munafiq.
Saya tidak suka Najib. WaLlahi! Tetapi perasaan saya itu bukanlah lesen untuk saya merelai demokrasi menjadi taik di dalam pentadbiran negara. Hukum demokrasi menetapkan Abdullah mesti berundur. Beliau mesti memberi laluan kepada Najib.
Kalau kita yang menjadi ahlul-pembangkang ikhlas memperjuangkan demokrasi yang tidak cacat dan terencat serta tidak bantut, kita tidak boleh merelai Abdullah terus menjadi Perdana Menteri walaupun beliau bukan lagi Presiden Umno.
Kita tidak boleh merasa suka melihat orang lain ditimpa apa yang kita tidak suka berlaku kepada kita. Itu ajaran Islam yang jelas.
Soal Najib adalah peribadi yang meragukan disebabkan kenyataan Burmaa Oyunchimeg yang memberikan keterangan di mahkamah bahawa Najib pernah bergambar dengan broker senjata antarangbangsa yang dibunuh kejam, Altantuya Shaariibuu walaupun Najib bersumpah bahawa beliau tidak kenal Altantuya, itu kerja mahkamah.
Soal polis yang dituduh tidak ada kejantanan kerana tidak berani menyoal Najib mengenai perkara itu, itu juga kerja mahkamah (I put it to you that the reason you did not question Najib in this case is because the police knew for a fact that he was involved in the murder and had no guts to reveal this in their probe, kata peguam dalam mahkamah).
Najib tidak bersalah selagi beliau tidak dibuktikan bersalah. Soal kita tidak melihat Najib bersih, itu soal lain. Selagi dia tidak bersalah dan selagi kita ikhlas mahukan demokrasi yang tidak bantut terlaksana dalam negara kita, kita tidak boleh bersetuju Abdullah terus menjadi Perdana Menteri selepas Najib secara rasminya menjadi Presiden Umno. Amalan selama ini menetapkan Presiden Umnolah yang menjadi Perdana Menteri.
Jika Abdullah terus menjadi Perdana Menteri dengan meminggirkan Najib dalam keadaan suami Datin Seri Rosmah Mansor (sic!) itu tidak dibuktikan bersalah, saya akan menyokong demonstrasi siapa sahaja yang menuntut Abdullah berundur untuk memberi laluan kepada Najib - tidak kiralah demonstrasi Pemuda Umno, pemuda kuli Cina yang menjadi jaga kelab malam tetapi bercakap fasal ketuanan Melayu atau mana-mana bangkai munafiq sekalipun!
Nak lawan pun biarlah ikut peraturan. Jangan gila tak tentu hala.
Berkaitan:
Next, a motion of confidence in Pak Lah? (Ahirudin Attan)
Mahathir: Sudah ada usaha gagalkan Najib ganti Pak Lah (mStarOnline 18/10/08)
Najib crops up in alleged letter and photograph (Malaysiakini)










Cantik? Klik 






Bakaq!
Aku sokong saranan hang. Kita kena merelakan sesuatu yg akan menjadi hak seseorang,sama ada kita suka tau tidak. Ini realitinya.
Kalu kita tidak suka atau bangkang, sebenarnya kita adalah manusia hipokrit!
Dalam tajuk lain aku kenai sangat Najib nih dan yg lain aku serah kembali pada Allah SWT, untuk menguji hamba2nya.
sokong
dari jauh
Bakaq,
Bagaimana kalau Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac ini akan mengusulkan satu jawatan baru iaitu "Murshidul Am UMNO", iaitu jawatan tertingi dalam parti. Abdullah pula akan dilantik sebagai Murshidul Am UMNO yang pertama.Masa itu kedudukan Abdullah adalah lebih tinggi dari Najib.
Boleh tak dia terus jadi PM?
Masa Pak Lah sudah berlalu Bakaq. Impian Jeane sudah cukup sampai Mac 2009. Musim ini musim Rosmah Mansor gilang gemilang. Kalau masa Najib jadi TPM dah dapat RM 540 juta komisyen Kapal Selam. Apa tah lagi bila Najib jadi PM.
Maka jadi cerita labu labilah: Kata Haji Bakhil;"Kapal di laut, gedung di darat, semuanya aku yang punya."
Jangan berebut dengan pihak istana sudahlah! Nanti Pemuda Umno turun ke jalan raya menjerit, "Sultan Derhaka! Sultan Derhaka!" Sampai ke Tanjung Rambutan.
dalam Islam ada suatu kaedah dalam sesuatu perkara...
iaitu ambil yang kurang mudarat daripada yang lebih mudarat..
contohnya, antara bush dengan ariel sharon, kita tau dua-dua kapiaq, dua-dua musuh islam, dua-dua sokong yahudi, tapi kalau kita diberi pilihan, kita kena pilih Bush sebab dia kurang mudarat jika dibandingkan dengan Sharon..
antara Najib dengan Dolah,. Dolah kurang mudarat jika dibandingkan dengan Najib.. sebab Dolah cuma dikaitkan dengan lena sahaja, tapi Najib dikaitkan dengan bermacam-macam skandal ( walaupun tak dibuktikan, tetapi pemimpin mestilah baik dan dilihat baik kata chedet )
Kalau Dolah still PM, tak salah sebab mana ada dalam perlembagaan pm mesti Presiden UMNO. Kalau Dolah dipilih jadi Presiden BN, dia layak jadi PM..
Contoh DSAI , dia bukan Presiden PKR tetapi kalau PR menang dia boleh jadi PM sebab dia KETUA PR....
ada tulih ka dalam perlembagaan yg sapa jadi presiden umno atau presiden yg punyai ramai MP yg bentuk kerajaan boleh jadi PM?
atau saya tak pernah jumpa. atau yg dikatakan bakaq tu hanya amalan UMNO sejak dulu?
kalau tiba2 PR dapat majoriti, kerusi PAS sikit, tapi agung nak Hadi jadi PM, boleh ka?
Pak Lah Mursyidul Am?
Cantiklah menantu kaki botol.
Anwar takkan pikir camtu bakaq...dia pasti akan mengambil kesempatan untuk jatuhkan dua2 pemimpin yang bertelagah itu...ini la peluang dia nak menangguk di air yang keruh...aku agakle..walaupun pembangkang mengambil saranan hang sebagai sesuatu yang positif....
Pak Bakaq,
Aku tak setuju dengan kenyataan ni...
"Amalan selama ini menetapkan Presiden Umnolah yang menjadi Perdana Menteri."
Kalau PAS perintah Malaysia, takkan kerana amalan dalam negara maka Presiden Umno kena jadi Perdana Menteri? Dalam Perlembagaan Negara tak tulis pun Presiden Umno kena jadi Perdana Menteri.
hehehehe perlembagaan malaysia fasal xxxivic(i)dengan jelas telah menyatakan perdana menteri malaysia hendaklah dipilih dari presiden amno muahahahahahah
pakalh ni apekeheinya suka2 je ikut perlembagaan diri sendiri muahahahahha
Cerita tentang keadilan.......
Pak Lah atau Najib atau Anuar atau Guan Eng atau sesiapa sahaja .....ceritanya akan seakan sama .......tak percaya lihatlah nanti.....
Sekarang sebok cerita Tak adil kerajaan di Perak ......Polis tak adil sebab tak bagi demo ...tapi org BN boleh berdemo....... Sultan tak adil sebab tak bubar kerajaan...semua tak adil....
memang betullah tak adil tu........ tapi keadilan sebenarnya dilihat dari kaca kita bergantung kepada dimana kita duduk ......
Pada org BN dia kata adil pula.....sebab dia boleh memerintah.....dulu PR kata adil sebab Sultan tak mahu cina jadi MB ...... jadi keadilan sebenarnya dilihat dari mana kita duduk....
Inilah politik namanya ...... mana ada dlm dunia ini org yg adil.... Tok tak nampak ada keadilan sebenarnya ...Keadilan hanya nampak bila keadilan disebelah pihak kita.....
Pada tok ini hanyalah lumrah politik... sebab bila PR memerintah nanti ...PR boleh berdemo setiap hari tanpa halangan ....
Bagitu juga yg terjadi dgn NIzar .... sekelip mata sahaja dia yg disanjung dan dihormati oleh kakitangan kerajaan telah bertukar esok harinya bila dia dijatuhkan walau apa jenis cara pun....itulah adat dunia ..... dia seperti dihalau walaupun semalam meja dan bilik itu dia punya ....
Pada tok itu perkara biasa ...yg lebih penting mulalah bekerja dgn mula berfikir secara smart untuk menjadi pemerintah dan jika berjaya apa sahaja akan menyebelahi mu ........ nak bedemo ke...nak baca kutbah ke... nak guna stadium ke...nak jadi exco ke...
Buktinya di 4 negeri ....di masjid dah bebas boleh beceramah sebebas2nya ...penceramah pun tak kesah.....
Tapi ingat jangan ashik berceramah aje ...... berfikir untuk ekonomi, sosial dan berkerjasama bersama semua bangsa.......
Dalam dunia ini "TEORI 60/40%" (teori Tok)........ Jika kita berasa kita betui tapi kita duduk di 40% maka bila mengundi maka kita kalah ........ jadi itu ada dunia walaupun 60% tadi memang salah .......
hanya itulah yg tok boleh perkatakan.....
Biarlah Najib merasa jaw PM sebab ramai dah bagi teori R.A.H.M.A.N.tu buat dia..nanti kempunan makcik sebelah dia pulak.
Kita setuju jika jawatan tu Mursyidul-Umno atau Penasihat AlHadhari Umno, bagi Pak lah!
Jangan lupa Tengku Razaleigh pernah derhaka pada ameno
tok oiiii...tmpat masjid bukan shj beribadat beb tp ble merangkumi semua apek kehidupan. x salah kalau nak dijadkan masjid sbg tempat berpolitik sbb di zaman rasulullah pun masjid dijadikan sebagai 1 pusat pentadbiran yg merangkumi semua aspek sosial, ekonomi, ketenteraan dsb. Gue cukup tak berkenan bila pas dikritik menggunkan masjid sebagai medan politik. Biarlah pas nak guna pun daripada bina masjid tak reti nak guna. Kalau takat nak bina masjid buat muzium..bek tak payah buat. Org umno juz bina masjid tp org pas manfaatkan masjid tu. Dapat juga imarahkan masjid tu yer!!
kata penulis,
"Menurut hukum demokrasi, oleh kerana Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi Presiden Umno yang merupakan parti peneraju Barisan Nasional (BN) yang kini memerintah, beliaulah yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri."
Hukum demokrasi mana yang beliau pakai nih? Cuba catat sikit dalam perlembagaan mana, artikel berapa? DSAI adalah pengerusi PKR tetapi beliau tidak pula menjadi menteri besar di Selangor, kalau nak ikut logik demokrasi cara penulislah...
Aku rela Pak Lah kekal PM daripada membiarkan Najib menjadi PM aku! Najib yang najiss dan penuh kekotoran...
salam..
x de maknenya menyokong perjuangan puak2 dalam umno ni pak bakaq...walaupun kita memilih yang kurang mudarat dari dua2 tu...tapi itu juga adalah mudarat....lebih baik kita mencari yang tiada mudarat pada rakyat...x de dah ke pemimpin yang tiada mudarat malah mendatangkan kebaikan pada rakyat di malaysia ni dalam UMNO??hmmm..rasanya x der... xpe la bakaq,ganti ngan TGNA le kalo gitu(walaupun kluar topik tapi aku rasa TGNA je yg layak)...
pas ni pengikut2nya majoriti bahalol tahap world..ade ke patut lepas solat pergi merusuh..dia faham tak makna yg dia orang baca ketika solat tu..ketayap kat kepala tguk pakai dh sampai berkarat tp islam luar sahaja..ini lah kalau islam tu setakat kulit sahaja..pemimpin tak habis2 mengumpat! mana nk dpt rahmat Allah..malu kat bangsa lain sahaja..protes tak habis2..cuba lah terima satu2 perkara yg tak sehaluan dgn rasa hati tu dgn berishtirfar, mengucap, sebut nama Allah byk2..ini tak..masa merusuh tu bertakbir..salah guna takbir! Pegi lah ke Gaza tu kalau berani sangat..kat sana bertakbir puas2 harukkan yahudi tu..mmg mereka ni tak sedar yg pas skg dh jd tunggangan pkr dan dap..yg hilang kuasa dap tp yg jd bangang org pas..melaluk sana sini..korang ni mmg tak cukup tarbiah dgn tok guru korang..atau pun otak tak boleh terima sbb tuhan dh jem kan otak tu sbb dh bnyk sgat mengumpat..bawak2 ngucap penyokong pas totok..korang dpt angin busuk sahaja..yg angin wanginya sapr dpt? Ha, fikirlah sendiri..
tak setuju langsung. Kadang2 posting pak cik nih melalut juga.. tak semua betul.. nasib baik saya pandai tapis..
PRESIDEN UMNO dgn PENGERUSI BN lain BEB..
so walupun Najib jd Presiden UMNO tp Pengerusi BN masih Pak lAh
maka PM tetap Pak lah
sbb UMNO menang atas tiket BN bukan atas tiket UMNO..mereka guna lambang dacing, bukan lambang keris..
so PM mesti Pengerusi BN bukan Presiden UMNO..
Jika Pengerusi BN ialah Ong Tee Keat (MCA) maka Ong tee keat (MCA) lah yg jadi PM..
Bakaq check tu dulu na..
Kalau tak silap la ikut perlembagaan, parti yang menang majotiri, presiden/pengerusi/atau apa ja jawatan tertinggi dlm parti layak jadi PM. Sebab tu tak hairan kalau PR terus menang dlm pilihanraya, dan DAP dapat majoriti undi...KARPAL SINGH atau LIM KITA SIANG le PM Malaysia. Hubaya..hubaya!
Syaitan menyerupai manusia memamg banyak dalam UMNO
Ni apa yang sibuk nak jadi PM ni, Kita perjuangkan hak rakyat secara Islam berjuang dulu lepas dah berjaya/menang baru le kita fikir siapa jadi PM. Buat macam zaman sahabat dulu memilih khalifah, apa nak susah sangat, sebelum tu ramai-ramai solat sunat Istiqarah. Bab nak cari bakal suami/isteri boleh buat solat sunat Istiqarah, apa nak tentukan PM tak boleh ke buat solat sunat istiqarah. Sesungguhnya hati-hati manusia itu adalah didalam kekuasaan Allah.
---Minda Tenang---
utk pengetahuan saudraku sekalian, PAS memg dh byk hantar pejuang2 p syahid kat luar negara dalam membantu rakan2 negara ISLAM.kalau x tahu, jgn lah kite ckp. ckp mesti berdasarkan fakta. tp PAS xde la buat sidang media hantar pejuang2 p sane...
kami pejuang PAS sanggup mati kerana agama ALLAH....
mmg kijo umno menjahanamkan org melayu dulu, kini & selamanya. umno inagt dialah yang membela nasib bangsa & negara sedangkan merekalah perompak berlesen yang berjaya
Amalan selama ini menetapkan Presiden Umnolah yang menjadi Perdana Menteri.
Kpd yang baru baca blog ini, bakaq ni tak tulis berdasarkan undang-undang. Dia tulis berdasarkan apa yang Umno percaya dan kebanyakan Melayu percaya.
islam memerintah bukan diperintah,kalau najib tak bersalah kenapa takut dan lari berlindong dengan kuasa yang ada?kenapa tak pergi membela diri di mahkamah?kenapa tidak benarkan proses kehakiman berjalan without fear and favour?mahkamah wajib ada ketulusan pada semua yang terlibat tanpa mengira pangkat bangsa dan agama.kalau ini berlaku pasti malaysia akan dapat menyaksikan lebih teruk dari watergate scandal,bonie and clyde atau the ripper
najib tak layak jadi pm sebab rekod dan dvd najib terlampau buruk semasa menjadi menteri pertahanan selama berpuluh tahun.
1. najib membeli besi buruk berharga berbiliooon dollar yg tersadai di padang pasir amarika
2. ramai anggota tentera terbunuh atau cedera kerana menggunakan pesawat buruk yg patut dilupuskan.
3. tidak menjaga kebajikan anggota tentera malaysia. apa punya menteri pertahanan najib ni ?
4. berpuluh tahun jadi ahli parliman pekan masih tak tahu peraturan dewan parlimen.
5. peribadi najib bodoh tak boleh diajar. sombong sebab lama sangat berkuasa.
6. pak bakar boleh buat posting pasal najib.
negara malay-sia akan lingkup kalau najib jadi menteri perdana.
umno pergi berperang untuk mempertahan kan kedai toto magnum kuda dan pusat judi di genting..hahaha..
sangup mati tu...
tok...pakai tok punya logik...sebab semuanya tak adil...toksah ada mahkamah lah...
logik lagi...kalu semua serupa saja..anwar, guan eng dll,jgn ada parti politik lah...biaq balik zaman doeloe2, raja saja perintah. hmm....sungguh defeatist
pemimpin malaysia sumer dah jadi bodoh tahap cipan..APA NK JD NGAN NEGARA SEKARANG, EKONOMI DAH MAKIN PARAH, PEKERJA DAH RAMAI KENA BEHENTI, GRADUAN RAMAI MENGANGGUR..SETTLE LA YANG NI DULU..DOK BGADUH PASAI APO?SUMER RAKYAT MALAYSIA PN..BAHLOL..
APSAL TAK SIAR YG AKU KOMEN..SIARKAN JE..
BIAR JE SUMER RAKYAT TAU MALAYSIA ADALAH ANTARA NEGARA YG MEMPUNYAI PEMIMPIN YG BODOH TAHAP CIPAN..SAMA JE BARISAN KE PAKATAN KE..PLS LA TLG HENTIKAN SEGERA..DAH RAMAI RAKYAT BIASA KAT BAWAH NI MEREMPAT..PIKIR LA SKIT..
PAK BAKAQ,
JGN KO PN JADI CIPAN DAH