Sedap!! Klik gambar di atas!

'Asabiyyah Barisan, 'Asabiyyah Pakatan

Dalam posting bertajuk "Terima kasih TV3 membantu PAS!" saya tulis:
Saya sebenarnya berterima kasih kepada Berita Harian dan TV3 (tambahan: dan juga media Umno Barisan Nasional yang lain) yang bertindak menjadi pengawas kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR). Bila ada pengawas seperti itu, saya harap kerajaan-kerajaan tersebut tak berani nak buat tak ketahwan. Kadang-kadang, iman sahaja tak cukup kuat untuk menghalang kita buat tak ketahwan. Perlu ada tukang jerkah, tukang merepet (di kampung saya, merepet atau merepek adalah perkataan gantian kepada berleter).

Saya menyokong fitnah? Kalau orang-orang Umno atau BN atau media-media mereka buat fitnah, itu lagi bagus. Lagi mudah nak kira bicara.
Sebab itulah, ketika dua Exco kerajaan PR Perak ditangkap, saya tulis posting yang bertajuk "Hukum jika mereka bersalah!" Hati saya bertambah tak senang apabila tersiar laporan berikut mengenai Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (ketika itu), Zul Hassan (lihat posting bertajuk "Kurang ajar of the highest order"):
Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.''
Saya tertanya-tanya, kalau gambar Zul ada, ada gambar tertuduh lain tak ada? Adakah BPR simpan dulu gambar itu dan kemudiannya akan didedahkan dalam mahkamah? Saya tak tuduh, saya tertanya-tanya.

Sekarang nampaknya BN begitu bengis mendedahkan apa yang ia yakin sebagai salah laku para pemimpin PR terutama di dalam kerajaan negeri-negeri. Mudah ceritanya kita boleh kata, "Woit! Dedah busuk PR ja. Busuk hampa lagi teruk tapi hampa sorok!"

Itu cara mudah.

Tetapi bagi saya, kalau benar sesiapa pun dari PR bersalah, buktikanlah dalam mahkamah yang adil dan bersih. Kita malas dah nak tengok apa yang orang tuduh "tak adil dan kotor" yang mereka dakwa berlaku dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Janganlah lembu siasat lembu pula - lembu dicucuk hidung siasat lembu korban.

Saya ulangi balik apa yang saya sebut dalam posting bertajuk "Hukum mereka jika mereka bersalah" itu:
Tidak kira siapa yang melakukan rasuah, sama ada dari sebelah Barisan Nasional, lebih-lebih lagi dari Pakatan Rakyat, mereka mestilah didakwa jika siasatan yang adil dan bersih mempunyai bukti bahawa mereka melakukan kesalahan.

Jika perbicaraan yang adil dan bersih mendapati mereka bersalah, hukumlah mereka. Kita tidak perlu menjadi peguam bela mereka. Cukuplah mereka dibela oleh peguam mereka yang menerima yuran guaman.
Saya berharap tidak siapa pun yang buat perangai 'asabiyyah (kalau aku buat perangai tu, tolong maki aku!)

Izinkan saya memetik apa yang ditakrifkan oleh Imam Khomeini (quddisa sirruh) sebagai 'asabiyyah:
"As to the word `asabiyyah it is the characteristic of the person who supports his kinsmen and relatives even for a wrong and unjust cause".
Sabda RasululuLlah s.'a.w.w."
"The one who exerts `asabiyyah or the one on whose behalf it is exerted, the tie of faith is taken off his neck."
Malas dah nak jadi syaitan bisu melihat 'asabiyyah Barisan, 'asabiyyah Pakatan! 'Asabiyyah PAS lagi aku benci dan tak nak tengok!

(Kalau ada sesiapa yang mempunyai laporan kandungan ucapan Presiden PAS di Pulau Pinang malam tadi, tolong bagi kat saya. Khabarnya ilal-muqabalah lagi. Aku tengah mengucap panjang ni!!!)

Berkaitan:
Anak Pengerusi SPRM ditangkap (Greenboc)
Visiting pilot fined over child porn (ABC News)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Sebab kedua. Karpal pun kata,,Anwar tu hidupnya menyusahkan rakyat,.betui....sejak muda sampai ketua perangai tak ubah....macam anwar kata kat ezam,lah....kecik2 tak mau mampuih....dah besaq menyusahkan orang

  2. Salam Pak bakaq. Aku ni dulu penulis sukan sebab tak suka politik, banyak menipu. Sukan tu, kalau Roslin menang 21 -7, kita tak boleh nak kata 23-21 macam paaper pedana yang tak reti kira-kira.

    Aku nak cadangkan kita joint venture buat buku Dosa Umno dan dosa Ir Nizar di Perak.

    Ikut fakta, UMNO gadai tanah kepada orang China lebih 40,000 ekar tanpa dapat apa-apa duit untuk rakyat. Tapi Nizar beri 3,000 ekar hak milik kg baru tapi kerajaan dapat lebih 300 juta cukai setahun. Lepas itu, Ir Nizar beri kat orang melayu lebih 10,000 ekar dalam projek kg Tersusun.

    Orang UMNO ni buta apa sebenarnya. Kita kena tulis dalma buku dan edarkan kat orang kg.

    Dalam internet ramai yang tak faham dan tak reti buka. OK Pak BaqaK?

  3. Setiap orang bertanggungjawab terhadap diri dan perbuatan masing-masing. Untuk itu mestilah tiap muslim wajib belajar agama dimasjid dan surau dan tempat pengajian supaya tidak terjerumus kepada asabiyyah ke, komunis ke, kapitalis ke, umno ke sebeb semua tiu menjurus kejurang kehancuran.Belajarlah cucu!!!

  4. Pak Bakaq kata:

    "Asabiyyah PAS lagi aku benci dan tak nak tengok!"

    Dah tau takpa.

    Kalau assabiyah dalam UMNO yang PAS kafirkan tu, bolehlah jugak faham. Tapi kalau asabiyah dalam PARTI ISLAM SEMALAYSIA (parti Islam tuh!!!)bukan ke 'benci nak tengok'.

    Orang-orang yang mula masuk keneraka adalah orang-orang munafik.

  5. Oiii nama aku jangan dibangkit bersama...


    EZAM >> Dulu PR sekarang UMNO...

    DULU KINI TAK SERUPA.....
    DULU KINI DAN TAK SELAMANYA....

    AKU EZAM LAIN LE BUKAN EZAM TU....

    EZAM

  6. Assabiyyah tak dak sebenarnya dalam ISLAM... ketaatan pada yang HAK .. bukan dikira assabiyyah .. Cuba.. adakah dgn meabdikan diri dgn ISLAM dikira assabiyah, Islam pula merangkumi semua segi kehidupan manusia .. kenapa pergi kpd puak yg menolak sebahagian dan terima sebahagian .. bila d tny kenapa .. kata mereka .. kita masyarakat majmuk .. apakah ISLAM turun hanya utk org melayu ????
    ALLAH yg maha pencipta lebih tahu penciptaan makhlauk dan bangsa di alam ini, knp kita nafikan HAK ALLAH utk memartabatkan syariat ISLAM

  7. pasai muqabalah tu hang tanya mso. aku duk heran suspen pasai apa dia letak gambar muka haji hadi, paklah dgn kuli kat dlm bog dia. aku rasa dia lebih arif pasai 'durian-durian' nih. kalau aku kata kat hang 'hang edorgan' hang jangan marah la bakaq........(mungucap 6 kali)

    tok pengulu

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008