
Sebagai penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS, oleh kerana beberapa pemimpin PAS nak sangat Datuk Seri Abdullah Badawi terus jadi Perdana Menteri kononnya untuk melaksanakan perubahan (sic!) yang dia nak buat seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (lihat juga berita Malaysiakini "Najib: Terpulang pada SPRM untuk siasat" - mai kita pakat gelak besar!!!) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (Hebat sangat ka perubahan yang Abdullah buat? Sila baca posting saya "Kenapa SPRM kejam dan zalim (2)" dan "Rang Undang-Undang SPK: Penipuan berparlimen"), ikutkan sakit hati saya malas nak tulis apa-apa fasal Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar di selah ihsan Malaysiakini).
Malah, oleh kerana beberapa pemimpin PAS nak sangat Abdullah terus kekal sebagai Perdana Menteri dan tak nak Najib, kalau boleh saya nak hari ni jugak Najib jadi Perdana Menteri. Pemimpin-pemimpin PAS tersebut tak nak Najib dan oleh kerana itu, mungkin akan terbatal muqabalah bila Najib jadi Perdana Menteri.
Depa tak nak Najib sebab depa yakin Najib tak akan jaga Islam (saya pun yakin macam tu jugak). Depa mendakwa, Abdullah akan jaga Islam. Ambik jaga Islam di bawah ni!
Malah, oleh kerana beberapa pemimpin PAS nak sangat Abdullah terus kekal sebagai Perdana Menteri dan tak nak Najib, kalau boleh saya nak hari ni jugak Najib jadi Perdana Menteri. Pemimpin-pemimpin PAS tersebut tak nak Najib dan oleh kerana itu, mungkin akan terbatal muqabalah bila Najib jadi Perdana Menteri.
Depa tak nak Najib sebab depa yakin Najib tak akan jaga Islam (saya pun yakin macam tu jugak). Depa mendakwa, Abdullah akan jaga Islam. Ambik jaga Islam di bawah ni!

(The Edge Daily 24 September 2007 - imej ihsan Maverick SM)Entah apa Islam dan Melayu yang Abdullah boleh jaga, saya pun naik pening!
Patutnya para pemimpin PAS sekarang berkerja kuat untuk menambahkan kerusi PAS dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Saya tanya beberapa penceramah PAS, lagu mana sambutan kepada ceramah-ceramah PAS la ni? Hampir semua kata di luar dugaan.
Saya juga tanya lagu mana sambutan kepada ceramah PAS di Perak ketika Umno dok main cerita bagi tanah kat penduduk kampung baru sebelum dan selepas Barisan Nasional merompak? Depa kata, sebelum berlaku rompakan, dari segi kehadiran orang Melayu bertambah ramai. Lepas merompak lagilah ramai. Boleh jadi itu semua tak boleh dibuat indikator. Kalau tak boleh, buatlah benda lain yang boleh dijadikian indikator.
Yang dok merapu nak main mata dengan Umno Abdullah tu sakit apa?
Sebab itulah saya nak Najib naik. Nasib baik saya miskin (AlhamduliLlah, memang nasib baik sungguh!) Kalau saya kaya, saya akan cetak berjuta-juta risalah kempen untuk pastikan Najib naik jadi Perdana Menteri hari ini juga supaya tidak ada lagi muqabalah dengan Umno. Apa nak buat, aku miskin. Takat main blog boleh la. Tu pun sebab free.
Memang, kalau nak kira geram kat muqabalah, saya tak nak tulis apa satu pun fasal Najib. Biar dia naik jadi Perdana Menteri tanpa saya kacau mimpi dia tu. Tapi, sebagai rakyat Malaysia yang mahukan yang terbaik untuk negara yang saya cintai ini, saya mana ada pilihan! Oleh sebab itu, baca dan buat kesimpulan sendirilah petikan hansard Dewan Rakyat 25/2/09 yang lalu (tanpa edit):
Patutnya para pemimpin PAS sekarang berkerja kuat untuk menambahkan kerusi PAS dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Saya tanya beberapa penceramah PAS, lagu mana sambutan kepada ceramah-ceramah PAS la ni? Hampir semua kata di luar dugaan.
Saya juga tanya lagu mana sambutan kepada ceramah PAS di Perak ketika Umno dok main cerita bagi tanah kat penduduk kampung baru sebelum dan selepas Barisan Nasional merompak? Depa kata, sebelum berlaku rompakan, dari segi kehadiran orang Melayu bertambah ramai. Lepas merompak lagilah ramai. Boleh jadi itu semua tak boleh dibuat indikator. Kalau tak boleh, buatlah benda lain yang boleh dijadikian indikator.
Yang dok merapu nak main mata dengan Umno Abdullah tu sakit apa?
Sebab itulah saya nak Najib naik. Nasib baik saya miskin (AlhamduliLlah, memang nasib baik sungguh!) Kalau saya kaya, saya akan cetak berjuta-juta risalah kempen untuk pastikan Najib naik jadi Perdana Menteri hari ini juga supaya tidak ada lagi muqabalah dengan Umno. Apa nak buat, aku miskin. Takat main blog boleh la. Tu pun sebab free.
Memang, kalau nak kira geram kat muqabalah, saya tak nak tulis apa satu pun fasal Najib. Biar dia naik jadi Perdana Menteri tanpa saya kacau mimpi dia tu. Tapi, sebagai rakyat Malaysia yang mahukan yang terbaik untuk negara yang saya cintai ini, saya mana ada pilihan! Oleh sebab itu, baca dan buat kesimpulan sendirilah petikan hansard Dewan Rakyat 25/2/09 yang lalu (tanpa edit):
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Soalan yang ingin saya kemukakan ialah ini adalah isu berkaitan dengan kepercayaan semua rakyat berkenaan dengan seseorang yang dilantik sebagai seorang Perdana Menteri. Apabila Yang Berhormat menyatakan bahawa ada sistem Perlembagaan dan sebagainya, saya nak tahu apakah kaedah-kaedah perlindungan yang sedia ada dalam sistem pemilihan Perdana Menteri yang sedia ada untuk memastikan bahawa calon untuk Perdana Menteri itu bebas daripada sebarang kekurangan ataupun skandal. Khususnya jenayah berat seperti kes pembunuhan Altantuya di mana semua rakyat Malaysia mengetahui berkenaan dengannya tetapi tidak ada sebarang siasatan berkenaan dengannya.Berkaitan: Nazri: Choice of PM is sole discretion of the King (The Sun)
Walaupun pegawai penyiasat sendiri dalam kes itu jelas menyatakan bahawa calon Perdana Menteri yang akan datang untuk Malaysia itu adalah seorang saksi yang penting dalam kes itu tetapi tidak langsung disiasat.
Bagaimanakah rakyat keseluruhan Malaysia harus yakin dengan kredibiliti seseorang calon sedemikian untuk menjadi Perdana Menteri dan sistem pemilihan Perdana Menteri yang sedia ada dalam negara ini. Bukankah penting kami mengadakan sistem di mana semua rakyat boleh buat keputusan berkenaan dengan siapa yang akan menjadi ketua kerajaan. Itu adalah di tangan rakyat, bukan seperti di sini. Ahli Parlimen Pekan akan menjadi Perdana Menteri, akan tetapi memang ada skandal yang sangat teruk. Terlibat dalam kes pembunuhan. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ini bukan saya cakap. Yang Berhormat ini bukan saya nyatakan. Apa yang dinyatakan oleh pegawai penyiasat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Pegawai penyiasat sendiri menyatakan dalam kes itu. Super attendant yang menyatakan dia menjadi satu saksi yang penting. Apakah langkahlangkah yang sedia ada dalam kerajaan dan dalam UMNO untuk memastikan bahawa calon sedemikian tidak menjadi calon di Malaysia?.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Apakah kaedah-kaedah yang sedia ada? Sila jawab soalan itu.
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, di negara Malaysia kita sistem perundangan ialah iaitu bahawa seseorang itu tidak bersalah kalau sekiranya dia tidak didakwa di mahkamah dan didapati bersalah. Yang Berhormat pun seorang peguam. Jadi pokoknya di sini iaitu bahawa apa Yang Berhormat bangkit, ini hanya merupakan spekulasi. Spekulasi tidak boleh mempengaruhi satu keputusan. Ini kerana kita harus membuat keputusan mengikut asas-asas bukti dan nyata yang sememangnya bukti mencukupi untuk sesuatu perkara itu di tuduh terhadap seseorang individu.
Jadi walaupun Yang Berhormat kata iaitu dalam keadaan sekarang iaitu bahawa seorang calon di katakan spekulasi mengatakan calon itu terlibat. Akan tetapi Yang Berhormat pun tahu, apa sekali pun sistem katalah macam pemilihan secara langsung Presiden. Kalau ia berlaku midstream, berdasarkan kepada spekulasi kita tidak boleh mengatakan bahawa Presiden itu patut turun, tidak boleh. Jadi sebab itu sistem apa sekali pun tidak boleh menyebabkan seseorang yang telah memegang jawatan atau bakal memegang jawatan, diturunkan at midstream dan tidak ada pilihan raya. Presiden secara langsung pun, kalau Yang Berhormat hendak Perdana Menteri dipilih secara langsung at midstream middle term tidak boleh buat apa.
Tapi dalam kes ini Yang Berhormat sebut, itu spekulasi sahaja. Itu satu tuduhan yang liar yang dibuat oleh Yang Berhormat terhadap seseorang individu berdasarkan kepada Yang Berhormat dengar rumours dekat luar. Namun Yang Berhormat, di Malaysia Perlembagaan kita cukup baik. Ini kerana saya ingin sebut di sini iaitu bahawa artikel dalam Perlembagaan, Artikel 40 berkenaan dengan pelantikan Perdana Menteri mengatakan iaitu bahawa 40(2), “ The Yang di-Pertuan Agong may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say: (a) the appointment of a Prime Minister,” one of them. Ini bermakna iaitu bahawa dalam keadaan sekarang, kalau macam-macam cerita ada. Akan tetapi Yang di-Pertuan Agong berpuas hati, dia ada discretion untuk sama ada tidak terima atau terima.
Jadi kita punya Perlembagaan adalah baik. Ini kerana Yang di-Pertuan Agong ini sebenarnya dia juga at his discretion dalam hal ini. Walaupun dalam hal-hal lain dia akan bertindak on the advice. Akan tetapi dalam hal pelantikan Perdana Menteri, itu dibuat mengikut discretion dia. Jadi kita, at the fountain of justice Yang di-Pertuan Agong, kita benarkanlah untuk Tuanku membuat keputusannya. Kalau mari masa nanti, kalau Tuanku menerima pelantikan Yang Berhormat Pekan sebagai Perdana Menteri, maka bukanlah bagi kita untuk mempertikaikan apa yang telah dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, point of order 36(12).
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: DAP pilih pemimpin macam mana?
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Siapa itu? Yang Berhormat Batu Pahat, ini kacau biasa.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, berkaitan dengan apa Yang Berhormat?
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tadi Yang Berhormat ada menyatakan ...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Berkaitan dengan apa Yang Berhormat?
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Ada apa-apa soalan? Tuan Yang di-Pertua, tadi Yang Berhormat Menteri ada menyatakan bahawa penglibatan Ahli Parlimen Pekan dalam kes pembunuhan itu adalah spekulasi sahaja. Ini adalah satu kenyataan tidak betul, misleading The House. Ini kerana apa yang berlaku adalah ini. Saya sendiri menyoal balas pegawai penyiasat, super attendant gun. Berkenaan perkara ini dalam kes Raja Petra, dia pegawai penyiasat kes Altantuya. Dia memberi mahkamah di bawah sumpah. Dia setuju bahawa Ahli Parlimen Pekan...[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Dia beritahu bahawa Ahli Parlimen Pekan...
Dato’ Samsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong]: Sebut peraturanlah...
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Adalah 36(12)..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang lain minta dia Yang Berhormat. Cukuplah Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak betulkan rekod.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: You don’t have to explain.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: I want to explain.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak perlu.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, untuk rekod... [Bercakap tidak menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak perlu Yang Berhormat. Yang Berhormat straight to point of order. Saya menilai point of order Yang Berhormat. Don’t have to present that case.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Fakta saya belum berikan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: No, saya kena bagi tahu fakta.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta Yang Berhormat cukup Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tidak boleh kerana saya belum menyatakan apa fakta yang benar.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukup, cukup.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Apakah fakta yang benar? Pegawai penyiasat sendiri menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pekan terlibat.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Having repeating that sentence that many-many time Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Yes, yes...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat duduk.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya faham point of order 36(12).
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Jangan melindungi sesiapa di sini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya tidak melindungi Yang Berhormat.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tidak boleh. Biarkan...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat...
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: ...saya habis, itu sahaja.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat. Sudah habis.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Biarkan saya habis, terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Sudah habis cukup. Saya menerima point of order 36(12), tetapi saya berpendapat bahawa yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Menteri tidak melanggar peraturan 36(12). [Tepuk]










Cantik? Klik 






mintak beri pandangan...
kat negeri perak hampir beratus masjid yang ada.tak silap saya hampir 600 buah masjid yg ada. setiap jumaat setiap wajib akan mendoakan kepada sultan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam khutbah.sebenarnya saya tak setuju didoakan khusus pd sultan n raja saja. apa pendapat saudara2 sekelian..? bukankah elak kalau khatib doakan pada umat ISLAM dunia yang ditindas sekarang nie. sultan or raja diaorang hidup dalam kemewahan,kenapa perlu khatib doakan lagi dimurahkan rezeki...?tolonglah jawab... apa sumbangan sultan or raja pada ISLAM selain menjadi ketua agama ISLAM negeri.kenapa kita terlalu taksub dengan sultan sampai bersuara boleh dianggap menderhaka.padahal lagi banyak maksiat yang berlaku terhadap ALLAH yang didiamkan.banyak penghinaan ke atas ISLAM didiamkan.contoh isu letak kepala babi dalam surau universiti malaya (tempat saya belajar)kenapa diam macam tu sahaja....? mana lebih besar murka sultan atau murka dari ALLAH...fikir2kan lah.sultan tu manusia biasa sahaj.tak maksum pun.banyak melakukan kesalahan jugak. kenapalah kita terlalu menagung-agungkan sultan dan raja....?
saya harap2 sangat2 pandanagan atas apa yang saya luahkan nie...
saya cadangkan pak bakaq pinjam sat lembu AMK tu dan tambat kat pintu gerbang markas pas taman melewar pada 6 mac nanti supaya presiden pas boleh nampak...inilah lembu yg akan lawan pak lah dan najib!
tokden - cowboy kecilan2
Pak Bakaq..
Apa sudah jadi ngan pemimpin PAS ni...x mau najib,nak abdullah..dulu masa abdullah,kutuk dia habis-habisan..depa ni ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut harimau ja..kalo gini ghopenye..pecah belah le parti PAS nnt..aku rasa depa ni semua dah kena ngan angin anwar kot...
pas berbeza pendapat... tapi tak pecah belah...
dah banyak kali berbeza pendapat... tapi akhirnya.. bersatu balik... semua ni pasal masih lagi pembangkang... kalau dah jadik kerajaan.. tak tau lah...
tapi elok juga bagi kat najib... habiskan hurup terakhir teori RAHMAN mereka tuh... bila dah sampai hurup N tu... dah tak de hurup lagi... hancur lah BN taim tuh... hahaha....
Pak Bakaq,
Aku nak nyampuk sikit. Kalau salah tolong pebetui.
Bukan soal suka kepada Pak Lah atau soal benci Najib. Soalnya sorang turun sorang naik. Yang nak turun dan yang nak naik tu yang mana baik? Dua-dua tak baik. Tapi yang mana lebih baik ? Awat ada oranglainkah dalam masa terdekat ? Inilah yang dipanggil siasah kita kena bijak. PRU 13 lambat lagi. Macam-macam boleh jadi. Kalau Najib naik lingkup semua. Susah-susah Pak Bakaq lah jadi PM, setuju ?
tak boleh buat apa selagi speaker pro kepada kerajaan yang memerintah. walaupun telah pancas majoriti 2/3 speaker ada kuasa mutlak. bahas lah sampai berbuih bontot tak jadi apa.
dah takde pilihan kecuali kerusi presiden umno dipertandingkan. mengikut amalan 'durian-durian' hanya ada pilihan najib & paklah. buat istikarah la nak pilih sapa.
hang ni lar pakcik bakaq, itu saja strategi nak kasi umno bercakaq sama sendiri. kalau PM penidoq maintain jadi pm, kurang2 takdak la ISA besar besaran. hang agak kalau tok jib naik, rasa2 ops belalang tak mai semula ka? silap haribulan dgn pemimpin2 PR dgn anwar semua jadi penghuni kamunting, sg buloh... itupon kalau tak ada yg jadi altantuya atau jadi Bala.
Yang pa bakaq benci sangat dengan muqabalah tu kenapa?
""Anonymous
Thursday, February 26, 2009 1:31:00 PM MYT
mintak beri pandangan...
kat negeri perak hampir beratus masjid yang ada.tak silap saya hampir 600 buah masjid yg ada. setiap jumaat setiap wajib akan mendoakan kepada sultan semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dalam khutbah.sebenarnya saya tak setuju didoakan khusus pd sultan n raja saja. apa pendapat saudara2 sekelian..? bukankah elak kalau khatib doakan pada umat ISLAM dunia yang ditindas sekarang nie. sultan or raja diaorang hidup dalam kemewahan,kenapa perlu khatib doakan lagi dimurahkan rezeki...?tolonglah jawab... apa sumbangan sultan or raja pada ISLAM selain menjadi ketua agama ISLAM negeri.kenapa kita terlalu taksub dengan sultan sampai bersuara boleh dianggap menderhaka.padahal lagi banyak maksiat yang berlaku terhadap ALLAH yang didiamkan.banyak penghinaan ke atas ISLAM didiamkan.contoh isu letak kepala babi dalam surau universiti malaya (tempat saya belajar)kenapa diam macam tu sahaja....? mana lebih besar murka sultan atau murka dari ALLAH...fikir2kan lah.sultan tu manusia biasa sahaj.tak maksum pun.banyak melakukan kesalahan jugak. kenapalah kita terlalu menagung-agungkan sultan dan raja....?
saya harap2 sangat2 pandanagan atas apa yang saya luahkan nie...""
Anony..ko ni yg dok mengarut tak habis2 dari kelmarin apa hal..dh sewel ke..bilik kat tanjung rambutan tu byak kosong..kita hantar ko kesana nnt, naak? Mengganggu kita nk baca sahaja...Ko tak nak doa sudahlah..ko pegi sibuk kat org lain apahal..
Bakaq!
PAS parti politik. Ia berjuang atas dasar Islam. Ada yang dihalalkan oleh Islam. Ada yang diharamkan oleh Islam. Ada yang diharuskan oleh Islam.
PAS bukan badan dakwah macam al arqam. Tabligh. Abim dan beberapa lagi.
Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pemimpin setiap parti politik untuk mencanai arah tuju parti tersebut dalam kancah demokrasi di negara ini. Ada yang dirasakan rugi oleh ahli ketika ini tetapi dihujungnya untung.
Ada yang dirasakan untung ketika ini tetapi ianya rugi. Namun sebagai pejuang, rugi untung adalah asam garam perjuangan. Pejuang tidak pernah kenal erti mengalah. Pejuang akan mencari luang yang ada untuk kemenangan. Dan kemenangan yang diperolehi adalah untuk rakyat, agama dan negara!
Misaimerah
Aku edit komen hang seperti berikut:
Kenapa kita mesti takut dengan Najib?Telor kita dah masuk kedalam ka?Najib kalau jadi PM, dia tekan rakyat,berbuat zalim kepada kita,rakyat akan jadi benci,bila dah benci waktu ni lah kita guna tangan kita dalam pru-13 untuk jatuhkan Najib dengan lebih cepat.Tu pun kalau tak muqabalah la.Sebut pasal nak kekal Pak lah jadi PM aku tak berapa suka.Senang cakap la,kalau kita nak berbaik2 dengan umno ni seolah2 kita setuju dengan Islam hadhari yang Pak lah bawa tu.Dah lupa kah kita Islam hadhari bila kita dapat kerusi agak selesa dalam pru-12 yang lalu?Dulu tok2 guru kata Islam hadhari sesat,bidaah,syirik,boleh bawa kepada kufur dan macam2 lagilah,tiba2 yang minta Pak lah jangan berenti jadi PM ni pasai apa?Awat..pasai Pak Lah dah tak sebut Islam Hadhari sebab dia telupa sebut, la ni kita nak peluk Pak Lah,dakap Pak Lah macam pulut dakap ?Pak Lah tak sebut Islam Hadhari sekarang ni sebab kalah teruk dalam pru-12,cuba menang besar hari tu dia sebut aiih.Dah la kita hilang satu negeri,rakyat dok beguling ,nangis sampai bengkak biji mata yang nak kekal Pak lah tu pasai apaaaa..Aku nama kata umno besaq **** ******** pun aku tak percaya, baik dolah baik najib semua tu parti cap keris telanjang.Kalu Najib jadi PM pakatan takut hilang 2-3 negeri lagi ka?Takut dah tak dapat layanan VIP ka,tak ada orang nak escot pi sana sini ka,makan mewah2 di hotel ka?Tapi bukan semua la yang jadi lagu tu...tapi ada.Mana dia semangat Saidina omar al-khatab,Salahuddin al-Ayyubi,Omar mokhtar dan banyak lagi la nama2 pejuang islam yang ditiupkan semangat jihad dalam ceramah2 Pas kalau nak berdepan dengan Najib pun tak berani.Apa tujuan sebenarnya???
Anonymous Thu, Feb 26, 2009 at 9:56 PM
Aku edit komen hang seperti berikut:
Hai Pak Bakaq, pemimpin PAS tu bukannya suka Pak Lah dan benci Najib, tapi tulah politik katakan, dua-dua sebenarnya pemimpin dan orang PAS tak suka. Meluat habih...Kan semua orang dah tahu dan jelas lagi bersuluh, kalau tidak j***t, itu bukan UMNO, kalau tidak m***pu itu bukan UMNO, kalau tidak r*s*ah itu bukan UMNo namanya....jadi apa lagi yang tinggal dalam UMNO... he he he jawablah sendiri bro...
salam perkenalan buat pak bakaq...
antara pak lah dan najib... mana satu lebih baik buat pas dan seluruh m`sia ???
antara PEKIDA dan FREEmason mana ko nak?