Sedap!! Klik gambar di atas!

Wan Farid, kadar jenayah dan keadilan polis

Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri sekurang-kurangnya sehingga 31 Disember lalu. Antara lain, Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Bagaimanakah kadar dan indeks jenayah di negara ini? Sila baca ucapan Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Machang di Dewan Rakyat 4 Disember lalu. Buatlah penilaian sendiri (Anda juga boleh membaca keadilan polis dalam menangani vandalisme Pemuda BN):
Terima kasih Tuan Pengerusi. Pertamanya saya melihat nota taklimat yang diberikan oleh Ketua Polis Negara kepada Perdana Menteri waktu mula-mula hendak dibentuk Institut Integriti Nasional. Di bawah sub topik jenayah, jenayah terbahagi kepada empat kategori; jenayah kekerasan, jenayah harta benda, jenayah komersial dan jenayah narkotik.

Jenayah kekerasan berupa bunuh, rogol, cabul kehormatan, samun berkawan dan bersenjata api, samun berkawan tanpa senjata api, samun bersenjata api, samun tanpa senjata api, pemerasan, ugutan jenayah, merusuh, mencederakan seksyen 323, mencederakan seksyen 324 dan 326. Jenayah harta benda; curi, curi van, curi lori, jentera berat, curi motokar, curi motosikal, curi ragut, pecah rumah siang dan pecah rumah malam.

Jenayah komersial; tipu, pecah amanah jenayah, jenayah komputer. Jenayah narkotik; mengedar dan memiliki.

Kemudiannya dibuatkan satu carta pai nak menunjukkan perbandingan antara jenayahjenayah ini. Yang jelasnya ialah ketika taklimat yang diberikan kepada Perdana Menteri oleh Ketua Polis Negara, semuanya trend meningkat, kesemuanya trend meningkat dan tidak menurun, itu fakta di hadapan kita.

Maknanya petunjuk ini memberi gambaran kepada kita bahawa dari sudut jenayah indeks, jenayah yang bila berlaku memberikan kesan kenaikan dari segi matanya itu. Kalau setakat curi getah sekerap, curi telur ayam, itu tidak dikira jenayah indeks. Jenayah-jenayah yang disenaraikan tadi itu, dianggap jenayah indeks. Trendnya Tuan Pengerusi, menaik. Maknanya tugas ini kita sedar tidak hanya terpikul kepada anggota polis. Sebab itulah kita berbahas tentang persoalan ini.

Jadi apabila saya mendengar ucapan oleh Yang Berhormat Ipoh Timur tadi yang memetik kenyataan terbaru daripada Ketua Polis Negara yang memberikan gambaran seolah-olah isu jenayah tinggi ini adalah isu persepsi, bukan isu realiti.

Sudah tentu saya terdorong untuk kembali menelaah beberapa angka yang diberi sendiri oleh Ketua Polis Negara kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang tidak sebenarnya menggambarkan keadaan seperti yang dilafazkan oleh Ketua Polis Negara baru-baru ini, itu pertama.

Yang kedua, meneliti ucapan Yang Berhormat Seputeh dan juga Yang Berhormat Pasir Mas sebentar tadi termasuk menyinggung persoalan tragedi terbaru di Mumbai. Sejurus selepas tragedi yang semua orang tak mahu itu berlaku, bahkan mengutuk apabila ia berlaku. Antara berita yang tersebar di akhbar India ialah mengaitkan Malaysia. Kononnya tempahan bilik itu dibuat oleh orang yang menggunakan alamat Malaysia. Kononnya penggunaan kredit kad menggunakan kredit kad yang dikeluarkan di Malaysia. Itu tersiar dalam surat khabar di India. Hal ini mengundang Timbalan Perdana Menteri segera membalas, sebab apa?

Berita seperti itu akan hanya memberi gambaran hodoh tentang Malaysia. Timbalan Perdana Menteri dilaporkan muka depan Straits Times dua hari lepas dalam menolak kemungkinan itu, hujah Timbalan Perdana Menteri ialah, tuduhan ini berniat jahat, tuduhan yang mengaitkan Malaysia dengan tragedi ini adalah dibuat tanpa bukti. Ini asasnya, berniat jahat dan tanpa bukti.

Sehari sebelumnya, Timbalan Perdana Menteri ditemu bual di dalam Al-Jazeera dan dalam temu bual itu Timbalan Perdana Menteri mempertahankan ISA yang asas kewujudan dan pelaksanaan ISA itu sendiri ialah tuduhan tanpa bukti, itu isunya. Sebab jika sekiranya ada bukti dengan seluruh kepakaran pasukan polis dan anggota risiknya, intelligent nya, sudah tentulah mahkamah terbukalah tempatnya.

Ketika Timbalan Perdana Menteri merasa akhbar India menuduh secara tidak adil, mengaitkan Malaysia dengan bukti yang tidak wujud. Dalam masa yang sama, tuduhan yang dikenakan ke atas mangsa ISA di negara kita juga adalah tuduhan yang diadakan oleh sebelah pihak.

Rakan saya dari Batu satu ketika, ketika ditangkap dalam ISA beberapa tahun lepas dikatakan mempunyai pelancar roket. Badan macam ini nak bawa pelancar roketkah? Bangun Yang Berhormat Batu, boleh bangun? Tengok saiz, tak munasabah. [Ketawa]

Kemudian rekrut bekas-bekas perajurit untuk, kemudiannya mengumpul sejumlah senjata api menjatuhkan kerajaan secara kekerasan, kata Ketua Polis Negara waktu itu, Tan Sri Norian Mai tersebar muka depan. Pada ketika, Yang Berhormat Batu dan kawan-kawan dikurung dalam bilik gelap, tak boleh nak pertahankan diri. Dua tahun dikurung, keluar selamba sahaja. Tak ada pun satu akauntabiliti untuk membuktikan tuduhan seperti itu. Itu antara yang kita boleh tengok.

Jadi saya cuba menghayati pandangan Yang Berhormat Pasir Mas. Soal keselamatan kita tidak ada kompromi, baik Barisan Nasional mahupun kami di peringkat Pakatan Rakyat.

Tidak ada siapa pun manusia yang waras mahu negara ini hancur. Itu tidak ada perbezaan pendapat antara kita. Sebab Tuan Pengerusi, oleh itu prinsip yang selalu kita ulang di sini, walaupun setengah orang menganggap itu retorik tetapi saya nak jelaskan bahawa prinsip keadilan sejagat yang dihayati oleh semua agama. Yang bersalah mesti diberitahu pertuduhan ke atasnya, yang bersalah mesti dibawa ke proses pengadilan terbuka, yang bersalah kemudian diadili oleh hakim.

Kemudian jika sekiranya dia didapati bersalah dengan dijatuhi hukuman, setelah dia diberi peluang untuk mengambil peguam bela, dia hendaklah diberi peluang membuat rayuan. Ini proses keadilan sejagat yang semua agama cuba menghayatinya.

Setengah orang melihat itu sebagai retorik, dia kata mana mungkin dalam realiti sebenar keadaan itu boleh wujud. Ini sebenarnya ujian terhadap kita, akhir sekali Tuan Pengerusi, pengalaman peribadi saya, saya pernah berada dalam dua parti pun, dalam Barisan Nasional, dalam kelambu sebagai Setiausaha Pemuda Barisan Nasional.

Satu ketika saya pernah dipanggil oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Almarhum, saya tak nak sebut nama, sebab ada satu kumpulan NGO nak buat satu perhimpunan yang Jemaah Menteri telah buat keputusan untuk tak membenarkan ianya dibuat, saya dipanggil kemudian diberi taklimat bahawa OCPD Polis sekian, sekian akan mengawal semuanya, saudara cuma perlu himpunkan sejumlah anggota pemuda, Ketua Pemuda saya waktu itu mengikut Perdana Menteri ke ‘Atragana’, Timbalan Ketua Pemuda waktu itu berada di Singapura kerana ada persidangan dengan Young PAP, PAP Young Leaders, yang ketiga dalam ranking Pemuda Umno, Tuan Pengerusi ialah saya.

Saya dipanggil Timbalan Menteri, saya tak banyak pilihan, saya kena pergi, arahannya ialah Go and Stop the Conference, kemudian Pasukan Polis akan pergi, saudara akan ditangkap tetapi jangan bimbang, semuanya telah diatur, dan itu betul-betul berlaku. Ini betul-betul berlaku, bukan cubaan.

Saya pun dibawa pergi bersama Pasir Salak, tetapi Pasir Salak tidak kena, saya yang kena bersama kawan-kawan yang lain, kemudian akhirnya betullah dihidangkan nasi kandar, diawasi, berbual mesra dengan anggota polis, dengan pegawai polis pangkat tinggi juga dan kemudian ini betul-betul saya dibebaskan dan masih boleh pegang jawatan, saya didenda RM1,500, maka saya boleh pegang jawatan dalam organisasi, hari ini boleh bertanding lagi.

Nak tunjuk kata kalau ia orchestrated kemudian Perdana Menteri balik daripada ‘Atragana’ kita sambut dia di bilik Bunga Mawar, bilik VIP Bunga Mawar di Subang Airport.

Timbalan Menteri kemudian bawa saya di tangga kapal terbang sambil memberitahu kepada Menteri, inilah orang yang baru ini ditahan, but don’t worry sir, it was well orchestrated, he did a good job, sangat jelas.

Pengalaman itu memberikan saya satu gambaran bahawa bila ada kuasa dan kuasa itu disalahgunakan, ini dalam soal hendak hentikan satu persidangan antarabangsa yang Jemaah Menteri tidak bersetuju, dan saya diminta untuk membuatkan tindakan itu.

Waktu itu berkata “tidak” kepada pemimpin negara adalah satu dosa besar. Itu satu detik hitam dalam sejarah politik saya Tuan Pengerusi dan saya tak mahu melihat itu berlaku lagi. Saya percaya Pasukan Polis juga punya integriti, tidak selamanya boleh diarah dan dicucuk hidung. Inilah pasukan yang kita impikan bagi menjaga keselamatan rakyat sepenuhnya. Terima kasih.
Berkaitan:
Sharlinie, Gaza, polis dan KPN

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Bakaq!

    Jenayah yang paling besar dan jahat sekali dalam sesebuah negara ialah bila pemimpin kerajaan dan ketua pentadbirannya rasuah ! Hancur segala-galanya. Kalau tak percaya tanya Ezam supaya Ezam tanya Syed Amid, Kemudian Syed Amid tanya Najib kemudian Najib tanya Pak Lah kemudian Paklah jawab " memangnya begituuuuu...."! Cittt!!!

  2. Bukan mudah nak banteras kadar jenayah secara total. Selain daripada kecekapan dan ketangkasan pihak berkuasa, ia memerlukan kesedaran diri sendiri dalam memotivasikan diri supaya tidak terjebak dalam jenayah. Kita tidak boleh salahkan pihak berkuasa atau pemimpin jika kadar jenayah tidak berkurangan kerana kita harus mengkaji apakah faktor utama yang menyumbang ke arah itu. Faktor itulah yang harus diberi perhatian.

  3. saya bersetuju dengan pandangan afnanhassan.membanteras jenayah bukan hanya terletak pada pihak berkuasa semata-mata.kita sebagai rakyat pun kena memainkan peranan juga.kalau rumah sebelah kena pecah tapi kita buat tak tahu saja jadi macammana jenayah nak berkurangan?

    kita sendiri pun janganlah terjebak dengan jenayah dan nasihatkan kawan-kawan serta sanak-saudara untuk menghindari jenayah.

  4. the effort to curb crime must be from the civilians,the police and also local authority.they must work together.the civilians do the best to take a good care of themself,the police must be efficient in handling any situation involves crime and local authority must do their part as well to work with the police and the civilians.

  5. Penarik beca,

    Polis sudah diberi berbagai jenis kuasa dan senjata. Sudah diberi berbagai jenis elaun, tangga gaji baru, dan sudah diberi berbagai jenis kemudahan. Memerangi jenayah adalah tanggongjawab polis. Mengapa masih mengharap pertolongan rakyat...?

    Bolehkah keistimewaan yang dimiliki polis dikongsi dengan rakyat...?

    Pasukan polis sudah diujudkan beratus tahun lamanya diMalaysia. Kalau orang yang berkhidmat dalam pasukan itu masih hidup hingga hari ini, mereka ini boleh dikatakan orang yang paling berpengalaman dalam membenteras jenayah. Persoalannya mengapa kadar jenayah semakin meningkat...?

    Salah satu sebab adalah kerana sebilangan anggota polis telah terlibat dalam jenayah. Mereka melakukan jenayah dan melindungi kegiatan mereka disebalik uniform yang mereka pakai. Dan sesama mereka bersubahat.

    Bagaimana polis mahu menangkap polis...? Yang pasti polis akan lindungi polis. Untuk menutup cerita maka mereka tangkap orang awam sebagai ganti dan dijadikan kambing hitam.

    Soalan mudah yang perlu dijawab dengan jujur. Bagaimana dadah (bahan bukti) yang disimpan dalam stor balai polis boleh hilang...?

    Nak tanya pada siapa..
    Nak mengadu pada siapa...
    Nak berlindung dengan siapa...

    Apakah anda akan merasa selamat bila berada dengan polis...?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008