Sedap!! Klik gambar di atas!

Wan Farid, ambik sebijik!! "Pilihan buruk"!

Berikut ialah berita dibuat untuk Harakah berdasarkan berita Malaysian Insider (komen-komen di sini) dan Malaysiakini (Versi BM di sini dan komen-komen di sini). Bad coice tu nak alih bahasa sebagai apa? Nak sebut pilihan yang tidak baik, berbunyi skema sangat. Takkan nak bubuh "pilihan yang busuk, celaka, jelik, sial, cabul dan brengsek!" Nak bubuh apa? Aku pun penin. Tolong cadang.

Yang kata pemilihan Mohd Abdul Wahid Endut disifatkan menyejuk dan melegakan hati semua pihak tu, semua pihak dalam PAS laa. Orang lain jangan la perasan pulak.

Berikut adalah beritanya:
Wan Farid "benar-benar pilihan yang sangat buruk" -Dr M

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai calon Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk".

"Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya," kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini.

"Calon tersebut adalah pilihan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana beliau berkerja dengan Perdana Menteri," Malaysian Insider pula memetik Dr Mahathir berkata.

Wan Ahmad Farid pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Abdullah ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri pada tahun 2003.

Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu, dan dilantik semula sebagai senator bulan lalu.

Wan Ahmad Farid meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri Jumaat lalu dan jawatan senator hari ini, untuk bertanding dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari depan.

Kerusi parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.

PAS mencalonkan Mohd Abdul Wahid Endut, pilihan yang disifatkan menyejuk dan melegakan hati semua pihak.


Video ihsan Malaysiakini
Berkaitan:
Bukan Wan Farid sahaja, Najib juga pilihan yang buruk (Harakah)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. "Pilihan haram jadah"

  2. Salam...
    Tun kata dia proxy Pak Lah...hmmm baguih la tu...pasal calon pun x abih2 lagi puak umno ni...
    Jgn Penin2 Pak bakaq,Bad tu dlm bahasa melayu yg aku paham maknanya Jahat...Bad choice tu pilihan Jahat la...hahaha.... memang depa jahat!!!

  3. Pilihan babi?

    Ops... tidak ada niat untuk racist, ya!

  4. Pilihan yang bercelaru. Macam mana taknya, beberapa hari lepas Wan Farid baru saja angkat sumpah jadi senator penggal kedua. Alih-alih letak jawatan pula kerana nak jadi calun ahli parlimen KT pagi karang. Dah tahu nak jadi calun kenapa tak lantik aje senator baru ganti dia. Tidak pun nak cari pengganti juga. Tak cerdiknya dan bercelarunya UMNO ni.

  5. ..apa tak celarunya..depa tak buat solat istikharah dulu. Manakan dapat petunjuk dari Allah swt. Justeru jadilah "Pilihan Yang Jahat'

    picolotikusmondoq

  6. APA tUN CAKAP ITU BETUL AKU BARU PULANG DARI kt DAN DENGAR CAKAP2 NI...PAK LAH SAJA NAK LINGKUPKAN UMNO...ALJUBBURI DILEPASKAN DARI PENJARA ADA SEBAB2NYA...CONTOK 5+ 1 NEGERI JATUH/WLIYAH...PAKLAH NAK UKIR SEJARAH MALAYSIA..PM TERBURUK/PM YG TERBODOH/PM YG FLIP FLOP/PM YG KUAT TIDUR/PM YG TAK TAU APA2..SEBAGAI PENGERUSI BN P.PINAG PUN BUNGKUS..BAYANGKAN SEJARAH BETUL PM KITA SE EKOR NI...

  7. haru biru namanya,caca marba pilihannya...lemah minda UMNO nie,seperti kata Tn Guru Hj Nik Aziz..takder sebab nak pilih Umno/Bn dlm pilihanraya KT nie...takder sebab...sebab apa?...lu pikirlah sendiri

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008