Pengarah Pilihan Raya Negeri, Mohd Noor Daud, berkata daripada jumlah itu, seramai 1,001 pengundi adalah anggota polis, 27 anggota tentera dan selebihnya pelajar yang menuntut di luar negara.
Undi pos sangat misteri. Misteri kerana Barisan Nasional (BN) menang sokmo dalam kiraan undi pos.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Md Alwi Che Ahmad menang dengan majoriti 580 undi mengalahkan saing kawe, Datuk Ahmad Rosli Ibrahim di Dun Kok Lanas dalam pilihan raya umum yang lalu. Hampir kesemua 3,457 pengundi pos di dalam kawasan Parlimen Ketereh datang dari Dun Kok Lanas, dari Kem Desa Pahlawan di Kok Lanas, kem askar terbesar di Kelantan.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, satu-satunya calon BN yang menang di Kuala Lumpur dianggap Menteri Undi Pos oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Menurut anak Kelantan yang jadi saing kawe sejak beliau berada dalam DAP lagi, Zulhasnan bergantung pada undi pos untuk memenangi kawasan Setiawangsa.
Jika tidak kerana undi pos, boleh potong jari ayam, sah-sah tak ada seorang pun Ahli Parlimen dari BN di Kuala Lumpur selepas pilihan raya umum yang lalu. Di kawasan Setiawangsa sahaja, undi pos membentuk 26 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi. Zulhasnan menang dengan majoriti selesa sehingga 8,134 di Setiawangsa mengalahkan calon PKR, Ibrahim Yaacob.
Sebenarnya, undi pos di Kuala Terengganu lebih mengancam pembangkang. Dilaporkan bahawa dari 1,035 pengundi pos itu, seramai 1,001 pengundi adalah anggota polis.
Kita tengok keputusan dalam pilihan raya umum yang lalu. Menurut kawan yang saya kasihi, Aris Awang yang boleh dianggap dah lunyai dah dengan bab-bab pilihan raya ni, tanpa undi pos Mohamad Sabu sudah menang 300 undi. Maknanya kalau nak kira apa yang saya selalu sebut sebagai "undi floor," Mat Sabu menang. Tetapi, kata Aris, "apabila undi pos yang cukup tidak munasabah dimasukkan dengan 83 undi diperolehi oleh PAS dan 999 undi ditolong pangkah kepada BN, maka akhirnya BN menang".
Mat Sabu dapat 31859 undi sebelum undi pos. Allahyarham Datuk Razali Ismail mendapat 31559 undi. Maknanya, Mat Sabu menang dengan majoriti 300 undi. Tetapi, apabila datang 1246 undi pos, undi Razali melonjak lebih 600 undi meninggalkan Mat Sabu. Kalahlah PAS.
Sebab itulah undi pos tetap menjadi ancaman kepada harapan PAS di Kuala Terengganu. PAS mesti mendapatkan "undi floor" yang selesa. Mesti sekurang-kurangnya 1,100 undi melebihi BN dari "floor". Kalau datang pun 1,035 undi pos, PAS tetap menang.
Berkaitan:
PAS sangsi pilihan raya kecil bersih, adil
mStarOnline (8/1/09): PAS tidak yakin seratus peratus pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang menyaksikan persaingan tiga penjuru akan berjalan dengan bersih dan adil.
Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali berkata, walaupun proses penamaan calon telah berjalan dengan lancar kelmarin, tetapi pihaknya belum yakin sepenuhnya pilihan raya kecil ini akan berjalan denagn baik sepenuhnya.
"Kami tidak meletakkan keyakinan penuh...mahu SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) mengendalikan pilihan raya dengan adil," kata beliau pada sesi taklimat harian di markas PAS di sini, sebentar tadi.
Gelanggang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala menyaksikan pertandingan antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Mohd. Abdul Wahid Endut (PAS) dan seorang calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.
Mustafa yang juga Timbalan Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu berkata, pihaknya meletakkan tanggungjawab kepada SPR sebagai badan pengendali pilihan raya untuk menjamin pilihan raya yang adil dan bersih.
"Sudah tentu, mereka adalah ejen pilihan raya," katanya.
"Setakat ini, sehingga hari penamaan calon, semua OK.
"Hari pengundian (17 Januari) yang penting...tengok perjalanan sehingga hari pengundian," katanya.
Kata Mustafa, berdasarkan pengalaman masa-masa lalu termasuk pilihan raya kecil Pangkalan Pasir, pihaknya belum yakin sepenuhnya bahawa pilihan raya kecil ini akan berjalan dengan adil dan bersih.
Ketika ditanya apa yang diharapkan daripada SPR dalam menjamin pilihan raya yang adil, Mustafa berkata, mereka perlu melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya.
"Bila dikatakan ada perkara-perkara yang boleh dan tak oleh dilakukan (ketika berkempen), ia mesti adil.
"Sebagai contoh, berhubung manampal poster di bangunan awam. Kalau PAS tidak boleh (lakukan), BN pun mesti tak boleh," katanya.
Bagaimanapun kata beliau, PAS gembira dengan arahan yang melarang menampal poster di jambatan Kuala Ibai yang dikenakan ke atas kedua-dua parti PAS dan BN.
Ketika ditanya sama ada PAS masih tidak berpuas hati dengan status daftar pemilih, beliau memberitahu, senarai itu telah diwartakan dan pihaknya tidak boleh berbuat apa-apa lagi.
Wahid's stint as exco useful to court Chinese courtingNST (8/1/09): Pas blames split-voting in last year's general election for its loss in this parliamentary constituency.
Terengganu Pas commissioner Datuk Mustafa Ali said it was clear from the March 8 polls that voters wanted the party to represent them at the state level and BN in Parliament.
He said about 1,000 people who had voted for Mohd Abdul Wahid Endut, the Pas by-election candidate, as the state representative for Wakaf Mempelam last March, also voted for the late Datuk Razali Ismail of BN as their MP.
Razali won by over 600 votes from Pas' Muhammad Sabu.
Mustafa said the "lost" votes to Razali were due to the fact that Muhammad, who hails from Penang, was seen as an outsider. This time, Mustafa said, Pas had fielded a well-known local.Wahid has held the Wakaf Mempelam state seat for five terms.
Wahid is optimistic of his chances, given his long tenure, familiarity with the locals and his experience as a former state executive councilor.
He is banking on the networks he has built during his time as the exco in charge of entrepreneur development to help him court the Chinese community, which provides a deal-making 9,000 votes.
Mustafa said the Chinese voting pattern in the Bandar state seat in the 2008 election, which is being held by BN's Toh Chin Yaw of MCA, also reflected this split-voting trend.
"Most of them voted for the BN candidate for state assemblyman as he was a Chinese candidate but many chose the Pas candidate as MP," said Mustafa.
The other two state seats in the Kuala Terengganu parliamentary constituency are Batu Burok and Ladang.





















Cantik? Klik 

Salam..
banyak dah kes BN menang ngan undi pos..ini merupakan salah satu talian hayat depa selain dari undi hantu..aku rasa x payah ambik kira dah undi pos tu pasal konfim semuanya undi BN..berusaha lah pas untuk mendapatkan undi rakyat dengan cara yang sah...nak wat cemana walaupun belum sampai hari mengundi lg BN dah ada kelebihan...pelikkan tapi benar...berusahalah PAS..kemenangan akan mengiringi org yang memperjuangkan islam..kalo bukan sekarang pun akan datang...PASTI!..TAkbir!!!!
Ada sepupu ambo yang kerja FRU (di Perlis) dan sorang lagi Polis (di Johor)
Pada PRU 12 ari tu.. sepupu2 ambo ni memang la pangkah sendiri kertas undi tu.. buka ada orang lain yang tolong pangkah.
Tapi.. kalau ada yang kata ada orang lain ubah undi tu.. ambo xada bukti. Xnk fitnah2 ni.
Ada kemungkinan kemenangan kepada BN dalam undi pos :
1. Kerana kakitangan kerajaan, mungkin mereka masih terhutang budi kepada kerajaan. ataupun, selagi mereka bekerja dengan kerajaan.. mereka tetap menyokong kerajaan walaupun mereka penyokong PAS (seperti ayah saudara PASMUDA.. www.pasmuda.blogspot.com)
PAS dan UMNO sama kuat di KT sebab masing-masing mempunyai undi yang lebih kurang sama pada pru lepas.cuma BN ada kelebihan dari segi undi pos.
PAS dan PR macam biasa tetap akan meragui mana-mana pilihanraya melainkan jika mereka yang menang.
kalau nak tahu siapa pemenang yang sebenar-benarnya (dan bukan menang tipis),kita tengok saja nanti pada banyak undian yang boleh calon yang menang dapat.kalau calon yang memang tu menang tipis dengan majoriti yang sikit kiranya tu bukan pemenang yang total la.
tapi ini politik.setiap undian itu berharga.jadi moralnya disini ialah pergilah mengundi dan tunaikan kewajipan untuk mengundi wakil faveret anda.kalau menang lebih 5 undi sekalipun masih tetap dikira menang.
Aku tak rasa ada org ubah undi pada kertas undi pos yang telah digunakan cuma untuk pengundi pos yang tak mengundi tu yang menjadi keheranan pasal peratus undi pos mesti 100%..kalo diperhatikan kenkadang ada yang lebih dari jumlah yang dikatakan..tu yang pelik tu..dan yang tambah pelik tu semua undi BN..x kan x de yang undi pembangkang...mana orang tak ragu...kata SPR undi anda adalah rahsia..dalam proses pengundian biasa mesti ada penjawat awam yang undi pembangkang..x kan x de langsung kot,kalo tidak x mungkin pembangkang menang di 5 negeri...pelik..pelik..
Kertas undi/sampul ada nomb siri...siapa berani..
Kenapa pembangkang takut sangat dengan undi pos?
Jika BN benar-benar mengamalkan sistem demokrasi, dah lama BN tumbang di tanahair tercinta ini. Sistem yang ada demo kasi! Semua rakyat kalau boleh nak dikasikan oleh BN! Agar ikujt telunjuk dia terutamanya para pengundi pos!
Penarik beca,
Nampaknya pada peringkat awal ini UMNO telah mendahului PAS dengan kelebihan 1,035 undi.
Undi pos ini adalah jelas undi tipu tapi dihalalkan oleh SPR untuk memberikan lebihan undi kepada calon UMNO-BN agar mereka menang.
Xsah lar mengutuk org..pembangkang nih klu kalah asyik salahkn org jer..xjujur lar, undi hantu lar..klu die menang xder plak complain SPR xjujur..nih org2 PAS,korg kn percaya Allah tuh kuat dan adil..kte pakat2 pg undi n jalankn tanggungjawab sudah lar..menang kalah tuh urusan Allah..xkn xleh ambk iktibar dr citer burung yg bawak air guna paruhnya utk selamatkn nabi musa tuh..apabila ditanya naper burung tuh bwat camtuh padahal air gn api tuh mmg xsetimpal lar klu api bley padam tp burung tuh jawab,aku dh laksanakn tugas aku menolong nabi yg lain tuh aku serah pada Allah taala..
So xyah lar nk buruk2 sangka nih..nama pon dh Islam..ckp msti lar ikut org Islam =)
EN Anonymous
Soalnya sekarang adakah kita sudah melaksanakan tugas kita sebaik mungkin? atau buat sekadar alakadar sahaja...islam tidak mengajar ummatnya menjadi bodoh..kita mempertikaikan ketelusan dalam undian pos bukan mengutuk BN..kalo kita membiarkan diri di tipu,,itu bodoh namanya.