Sedap!! Klik gambar di atas!

Tunjuk perasaan Umno: Boleh blah SPRM!!



Ketika Majlis Tertinggi (MT) Umno sedang bermesyuarat, sekumpulan ahli dipercayai, anggota Pemuda dan Putera, mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang, lapor mStar Online (gambar di atas juga ihsan mStar).

Kumpulan itu berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".

Lembaga disiplin nyanyuk? Macam mana dia boleh ingat ada 900 aduan politik wang diterimanya?

Tu pun nasib baik orang besar halang BPR dulu:
Ikut ceritanya, BPR memang dah ready nak siasat seluruh dakwaan yang dah dilaporkan kepadanya. Malangnya, ada orang besar dikatakan halang BPR jangan siasat seluruh dakwaan itu.
Lagi pun, bukankah dalam berita Malaysiakini bertajuk "Sogokan: Sia-sia adu ke lembaga disiplin," Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz kata "sia-sia sahaja melaporkan politik wang kepada lembaga disiplin Umno kerana ia bukan sebuah badan bebas dan tertakluk kepada keputusan MT"?

Hak ahli Umno? Hak apa tu? Ada kaitan ka dengan apa yang Tun Dr Mahathir kata bahawa "kita akan dapat kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah"? Hak apa tu? Adakah hak untuk mendapat kerajaan Umno yang tidak bermoral dan rasuah?

Wah! Ahli-ahli Umno kata boleh blah SPRM! Bukankah rakyat dah mula kata "boleh blah Umno"!?

Mungkin dah terlupa Dr Mahathir kata:
Amalan rasuah dalam Umno di semua peringkat sudah menjadi buah mulut orang ramai. Mereka jelik dan muak dengan Umno, orang Umno dan pemimpin Umno. Perasaan benci kepada Umno sebagai parti yang tidak bermoral merebak ke merata-rata tempat.

Orang ramai melihat Umno sebagai parti pimpinan orang-orang yang berkepentingan diri semata-mata. Dari cawangan sehinggalah kepada pucuk pimpinan yang diutamakan ialah jawatan dan peluang memain kuasa dan buat duit apabila memegang jawatan.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kalau semua rasuah politik dibenarkan dalam amnu... maknya rakyat akan dapat pemimpin rasuah la selagi mana amnu ni memerintah... panggey munafik kang marah...

  2. putera & puteri ni tak hormati MT. MT kena ambil tindakan disiplin pada yang sertai demo ni. tak gitu bakaq?

    tok pengulu

  3. hahaha.... boleh blah SPRM, kami penyokong setia rasuah. Hidup kami dengan rasuah, tanpa rasuah siapa nak bagi makan anak bini kami. Tanpa rasuah siapa nak bagi jawatan pada kami. SPRM kau boleh blah kau cuma jadi penyusah, jangan tutup periuk nasi kami. Agaknya begitulah gamaknya?

  4. Sepanduk "Jangan ambil hak ahli Umno" sungguh memalukan. Apakah hak menerima rasuah (politik wang) itu, hak ahli umno?..tidak...mungkin mereka yang melakukan tunjuk perasaan tu merasa tergugat.

    Wahai ahli umno, tidakkah kamu semua terfikir, bagaimana teruknya pemimpin umno dahulu, berkerja keras untuk memperkuatkan umno demi agama,bangsa dan negara?

    Tetapi sekarang ini, tidakkah kamu semua mersa malu melihat pemimpin kamu dengan rakusnya menghabiskan kekayaan negara?

    Bangun ahli umno...bangunlah...kalau kamu ingin melihat umno masih berada dibumi Malaysia ini, kamu kena bertindak...halang pemimpin rasuah dari menerajui umno...

  5. Yang tunjuk perasaan itu berapa pula masuk RMnya? UMNO asal bergerak saja sama ada kaki atau jari mesti duit! duit! duit! Kerana itu pemimpin UMNO kena cari duit banyak sama ada cara halal atau haram. Kalau dah beratus juta tu haramlah agaknya.

    Lepas kapal selam. kapal terbang. Kereta kebal dsah beli. apa lagi Najib nak beli. Aaaa beli kereta mayat untuk usung UMNO!

  6. Bukan ke kerajaan UMNO yang mengusulkan SPRM...pehal plak org UMNO nak berdemo ni...kalo parti dah banyak rasuah mcm ni le jadinya...takut dikejar bayang2 sendiri..keh..keh..keh..

  7. Satu daripada hak ahli UMNO ialah hak untuk memberi dan menerima rasuah. Itukan demokrasi.

  8. Buncit-buncit orang UMNO tuh. Makan duit haram agaknya?

  9. UMNO cepat BLAH

  10. 1. Ni sah apa yang DSAI kata yang dia kena konspirasi tahun 1998! Dia nak introduced new anti cpruption act .. tapi so much resistence within UMNO sampai dia kena ousted from UMNO.

    2. Jalan keluar untuk UMNO tanpa membabitkan SPRM ialah membuat tender terbuka untuk semua jawatan dalam parti seperti mana yang di 'syorkan' oleh ... sapa entah (orang kuat UMNO juga!)

  11. Petikan ucapan Y.A.B. Perdana Menteri dalam Utusan bertajuk Semua Sayap Parti Kekal-Abdullah...

    Dah ada admit dari mulut Presiden UMNO sendiri, tapi tak lah nampak sangat action yang ketara dari SPRM sekarang..kalau ikut kata2 PM yang berikut ni, nampak jelas maksudnya politik wang a.k.a Rasuah Untuk Undi ni dah membarah tahap kritikal dalam UMNO.

    "Abdullah yang juga Presiden UMNO menegaskan, UMNO menyedari masalah politik wang yang melanda parti itu tetapi penyelesaiannya bukan menerusi pembubaran sayap-sayap terbabit.

    "Saya memahami mengapa dia (Tengku Rithauddeen) buat demikian, maksudnya, kalau tak banyak sangat jawatan yang dipertandingkan, kuranglah politik wang. Tetapi tidak sampai menghapuskan badan- badan (sayap-sayap) ini," kata beliau.

    Beliau berkata, pemimpin UMNO sentiasa berusaha untuk memastikan politik wang tidak terus berleluasa sehingga akhirnya merosakkan parti itu sendiri.

    "UMNO dan pemimpin UMNO pun memang merasai masalah yang timbul oleh sebab politik wang ini. Banyak kenyataan telah dikeluarkan. Kita akan cadangkan apa langkah- langkah yang akan diambil untuk mengurangkannya.

    "Saya ingat tak payahlah ini dijadikan sebagai satu polemik pula," katanya."

  12. Yang pinggang ramping takde ke? Dalam gambor tu semuer nyer perut besor benor! he he

  13. Tak kan nak harap Lenbaga disiplin je tangani isu rasuah/politik wang(rasuah la jugak tu). Kalau SPRM ada bidangkuasa dalam isu ini ambil je la tindakan. Apa punya UMNO da

  14. Perut semua mengelembir tambun dan gendut gara-gara mendapat habuan rasuah.

  15. Penarik beca,

    Kita percaya kumpulan yang melakukan demonstrasi membantah itu adalah kumpulan mewakili pemimpin tertentu yang terdesak. Kata-kata yang tertulis pada sepanduk itu menunjukkan kepada kita bahawa ahli yang menjadi pemimpin dalam UMNO bukan berlandaskan pada kelayakan tapi kerana rasuah. Mereka sebenarnya bukan pemimpin sejati tapi pemimpin membawa parti kejalan mati.

    Tindakan membenteras rasuah ini mesti diteruskan agar UMNO dihormati dan terus disokong. Maruah UMNO mesti dipertahankan agar tidak jahanam kerana pengkhianat ini. Parti Pakatan Rakyat tidak boleh jadi parti yang kuat dan dihormati tanpa ada persaingan dari UMNO-BN.

    Diharapkan ahli UMNO akan bersatu menyingkirkan mana-mana ahli mereka yang mencalonkan diri dikenal pasti melakukan rasuah untuk jadi pemimpin. Kita percaya, dengan tindakan tegas UMNO terhadap ahli nya yang melakukan rasuah, maka parti pembangkang lain akan turut serta membenteras gejala tersebut dalam parti masing-masing.

  16. 1. di negara kita UMNO saja boleh buat demonstrasi dan tiada tindakan yang akan diambil.

    2. mmg SPRM tidak ada hak utk memukul dan sebagainya semasa siasatan dijalankan..

    3. itu tidak bermakna SPRM tidak ada kuasa utk menjalankan siasatan.

  17. Kita dengar presiden dan timbalan presiden parti UMNO nak benteras rasuah, kenapa pulak ada ahli parti buat demo bantah SPRM buat siasatan.

    Orang yang buat demo tu mesti orang yang melakukan rasuah "ahli keparat".

  18. dah agak dah mesti ada ahli UMNO yang tak suka dengan tindakan membersihkan UMNO dari gejala politik wang.golongan yang tak suka orang yang ada amalkan politik wang la tu.itu yang sampai ada buat demonstrasi minta SPRM belah.

  19. Kutu2 ni ada permit perhimpunan tak?

  20. aku setuju dengan pandangan dari Sokong PakLah.yang buat demo tu mesti dari kalangan yang tengah "kecut perut" sekarang ini.nak tak nak "sesi pembersihan" kena ada dalam UMNO bagi mengembalikan semula keyakinan umum terhadap UMNO.

    pedulikan kata pembangkang yang mengejek UMNO kini.yang penting UMNO ada inisitaif untuk berubah.kalau tak berubah UMNO akan berada ditakuk lama buat selama-lamanya.

  21. Rasuah punya pasai orang amno dah pening kepala. Tak cegah salah ... nak cegah salah. Jadi depa serba salah. Alamatnya depa pasti akan kalah. Keh..keh..keh. Hidup PAS. Hidup PR.

    Eagle Eyes, Pokok Sena.

  22. simple ajer...hak pemuda/putera utk dapat duit tepi waktu pemilihan la tu!!! itu yg depa mengamuk sakan tu...duit collection belum cukup..

    by the way, yg gemuk depan sekali tu...BALACI DATO NORZA...mana boleh tgk boss kena hukum...abisla dia..;;;

  23. sprm rasuah!umno anti rasuah!tangkap sprm!sprm zalim!..kahkahkah...

  24. Budak Sepang....
    Cerita puak UMNO berasuah, bukan cerita baru.. sebenarnya dah lama dah semenjak dari zaman mula-mula Tun Mahathir memerintah. Lagi pulak sibuk2 Tun kata puak UMNO dah barah dengan rasuah.. Agak2 dia sedar tak yang rasuah itu bermula dari zaman dia... Yang dia sibuk dok kata zaman YAB PakLah yang teruk tu kenapa? Dah lupake pada zaman dia jadi firaun dulu? Cermin2lah diri tu dulu.... duhai NEGARAWAN PELUPA.....

  25. bentuk perut yg berdemo tu..semua "kembung2"..
    mereka ini pun makan rasuah kah agaknya.. sebab itulah takut sprm pegi menyiasat..aku percaya mereka ni diupah oleh org yg punya tahap "lahap" yg tinggi..

  26. bukan DSAI ker pengamal tegar rahsuah ni. taktau lah kalau sampai kehari ini masih mengamalkannya lagi.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008