Sedap!! Klik gambar di atas!

Timbalan Perdana Menteri yang tidak pintar

Di Malaysia daripada kita lahir sampai masuk ke liang lahad boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan.
Orang cerdiklah katakan. Bercakap pun tentulah keluar kata-kata yang menayangkan kecerdikannya. Kata-kata bistari di atas diucapkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini sedang membilang hari untuk menjadi Perdana Menteri.

Kerajaan dalam sistem demokrasi ditakrifkan sebagai "rule by a government where the people as a whole hold the power. It may be exercised by them (direct democracy), or through representatives chosen by them (representative democracy)".

Lebih kurang, alih bahasa ikut suka aku, kerajaan dalam sistem demokrasi ialah pemerintahan oleh sebuah kerajaan di mana rakyat seluruhnya memegang kuasa. Ia mungkin dijalankan oleh mereka (demokrasi secara langsung atau pemerintahan rakyat), atau melalui wakil-wakil yang dipilih oleh mereka (demokrasi berperwakilan atau kerajaan pilihan rakyat).

Kalau yang dimaksudkan oleh Najib ialah kerajaan Barisan Nasional (BN) dan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan BN, perkataan pertolongan dan bantuan hanya akan digunakan oleh "not an astute Deputy Prime Minister" atau Timbalan Perdana Menteri yang tidak pintar.

Ramai yang kata Najib cerdik. Tetapi, adakah apa yang diterima oleh rakyat itu merupakan bantuan dan pertolongan? Bukankah itu hak mereka? Bukankah kerajaan merupakan badan yang diamanahkan untuk mentadbir hak rakyat?

Tak berapa nampak lagi? Lagu ni, dari Perdana Menteri hinggalah tukang cuci jamban di pejabat-pejabat kerajaan, mereka dibayar gaji untuk berkhidmat kepada rakyat.

Berapa gaji Timbalan Perdana Menteri? Saya tidak tahu, tetapi boleh dirujuk di sini dan di sini. Kalau mengikut sistem pilihan rakyat di atas, mereka dipilih dan dibayar gaji serta pelbagai elaun dan kemudahan untuk menjalankan tugas demi kepentingan rakyat.

Kalau rakyat menerima biasiswa, pencen atau apa sahaja bentuk kewangan, itu memang kerja badan yang dipanggil kerajaan untuk memberikannya. Dan, para pegawai di dalam badan tersebut diberi gaji untuk buat kerja itu.

Tak berapa nampak lagi? Katakan anda orang kaya. Anda lantik seorang pengurus di dalam syarikat anda. Di samping melantak duit rasuah tak habis-habis, berzina sana-sini sehingga ada yang menuduh dia suka menyetubuhi perempuan melalui duburnya, pegawai buat silap sikit di telefon dan dimaki ikut suka hati, kerja bodoh hingga peraturan mesyuarat pun tak tahu, isteri dia pulak berlagak macam syaitan serta pelahap macam iblis yang dijamu najis serta bermacam-macam hal lagi, tiba-tiba pengurus yang anda gajikan itu kata kepada anda, "boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kamu banyak pertolongan dan bantuan yang diberi oleh pengurus syarikat kamu".

Pada waktu itu, tak ke anda rasa nak lempang-lempang kepala dia!?!!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. tambah sikit pak bakaq,

    selepas lima hari merapu2 di KT aku nampak mulut dia dah mula berbuih2 bila bercakap...penyakit mulut berbuih ni dah melarat ke KT.

    busuk dan membusukkan negeri trg je!

  2. ruling parti adalah pengurus dilantik rakyat.
    kita pecat dia.segera.

  3. Rakyat tidak menjadi hamba yang diberi makan oleh kerajaan. Rakyat adalah pembayar cukai dan berhak atas hasil negara. Rakyat yang melantik kerajaan. Menteri menjalankan tugas! Jangan anggap rakyat sebagai hamba kepada pemimpin UMNO dan Bn yang diberi makan dengan subsidi dan bantuan kemudian diungkit-ungkit. Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Bakaq si penarik beca itu. Najib bukan saja tidak pintar tetapi cuba memutar belitkan hak rakyat.

  4. Tak pandai dah memang lama dah orang tau, Si Najib ni. Tapi hari ni masa saya terdengar ucapan dia kat TV3 pasai hal ni, saya cuma teringat "Where does Allah feature in what Najib's claiming". Dia lagi terror dari Allah ka?
    Astaghafirullah al Adzim.

  5. Ketuanan Melayu katakan...

  6. ....kalau ada PTK untuk naik jadi PM, sahih DRNTR kantoi

  7. ...takkan kakitangan awam aje ada PTK...TPM ke PM pun wajib ada PTK baru adil..DSNTR pasti "kantoi"...sangat kurang cerdik

  8. Siapa kata DSNTR ni orang yang cerdik. Kedudukan dia sebegini hanyalah kerana dia tu anak kepada bekas PM Malaysia dan cucu kepada pemegang saham Genting Haighland.

    Kalau dia belajar di England maka tak semua orang-orang GB cerdik-cerdik, orang Melayu juga ada yang lebih cerdik dan bijak.

    Yang saya tahu bahawa DSNTAR tu adalah manusia yang tidak pernah susah dan tidak kenal erti susah dan hidup tertekan oleh kemiskinan.

    ORANG ORANG ISTANALAH KATAKAN.

  9. Setuju... patut ada PTK khas untuk PM dan TPM.... memang kantoi depa nih... hahaha

    biarkan rakyat yang buat soalan PTK nih.. rakyat pembayar cukai... kalau takder cukai.. kerajaan nak cekau duit dari mana... dari komisyen kapal selam atau sukhoi atau jual pulau batu putih ka???

  10. Penarik beca,

    Najib berkata “Di Malaysia daripada kita lahir sampai masuk ke liang lahad boleh dikatakan setiap detik dalam kehidupan kita banyak pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan. “ , itu sebenarnya dia menceritakan tentang dirinya dan menteri-menteri yang lain.

    Bila dilihat jumlah pendapatan bulanan perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri baru kita sedar bahawa mereka bukan saja kaya dan mewah tapi segala keperluan hidupnya diberi percuma.

    Pertolongan dan bantuan yang diberi kerajaan bukan untuk rakyat tapi untuk gulungan mereka saja. Rakyat kena bayar harga tol, tapi dia diberi elaun tol, rakyat kena bayar duit parking kereta, dan dia diberi elaun parking.

    Dan yang paling celaka sekali bila rakyat minta turunkan harga petrol disuatu ketika dulu, Najib kata negara akan muflis jika harga petrol diturunkan.

  11. Saya lebih berminat untuk melihat berapa banyak pendapatan Teresa Kok, Ngeh, Ronnie Liu. Ada sesiapa yang berminat nak beri pandangan atau sokongan terbuka tentang keputusan Kerajaan Perak memberikan hakmilik kekal kepada semua penghuni Kg. Baru (New Villages) dan penghuni (pengusaha) tanah tol dan kepada sekolah Cina yang berjumlah 2000 hektar. Setahu saya semua penduduk New Villages tersebut dan penghuni tanah tol adalah bukan Melayu. Berapa lot pula yang dihuni oleh orang Melayu yang diberikan taraf hak milik kekal.

  12. Saya lebih berminat untuk melihat berapa banyak pendapatan Teresa Kok, Ngeh, Ronnie Liu. Ada sesiapa yang berminat nak beri pandangan atau sokongan terbuka tentang keputusan Kerajaan Perak memberikan hakmilik kekal kepada semua penghuni Kg. Baru (New Villages) dan penghuni (pengusaha) tanah tol dan kepada sekolah Cina yang berjumlah 2000 hektar. Setahu saya semua penduduk New Villages tersebut dan penghuni tanah tol adalah bukan Melayu. Berapa lot pula yang dihuni oleh orang Melayu yang diberikan taraf hak milik kekal.

  13. salam. dalam islam mengajar segala-galanya. dari sekecil kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. rujuklah quran dan sunnah nabi. politik juga sebahagian daripada agama. siapa kata agama dan politik perkara yang berbeza. nabi telah mengajar cara beribadah, cara hidup, bermasyarakat, politik. jadi fikirlah di mana kita sekarang. kiamat kian hampir. masih tidak sedarkan diri... maka talkin saja. buatlah yang terbaik untuk diri sendiri agama dan negara. usah kerana rm yang tidak seberapa... kita kerugian selamanya. hayati rukun iman... kita bukan hidup sekali tetapi dua kali.. ingatlah kehidupan kita yang kedua... segala yang benar datangnya dari Allah. yang silap diri saya yang lemah. minta betulkan apa yang salah. jangankeliru.blogspot.com

  14. cerdik la tu...sapa kata bodo..yang bodo orang umno piang yang dok pangkah dia tu.dahla pakat-pakat angkat dia naik lepaih tu pakat dok puja dia pulak sampai siap cium tangan lagi...lain la kalau dia tu ulamak buleh la cium tangan.lagi terok sampai ada yang takut kat dia lebih dari takut kat tuhan.kalau dengaq nama dia sampai ketaq lutut-lutut malah sampai tekincet lam seluaq pun ada.tu belum lagi nak jumpa dia..dah tu macam mana dia tak perasan yang dia tu dah jadi tuan dan rakyat ni hamba dia.puak-puak yang dok pangkah dia tu macam puak-puak zaman jahiliah la...pakat-pakat ukir batu buat berhala pastu pakat-pakat sembah benda yang depa buat...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008