Sedap!! Klik gambar di atas!

Terus percayai BN, ini masa depan semua - Najib

Agendadaily 3 Februari 2008 melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak berkata:
"Adakah anda fikir masa depan anda boleh dilindungi oleh mereka yang mengadakan demonstrasi jalanan? Adalah penting untuk diingatkan kepada masyarakat India ini bahawa masa depan mereka adalah dengan BN," katanya merujuk kepada perhimpunan haram anjuran Hindraf.

Oleh itu, katanya ,mereka harus bekerjasama di dalam sistem yang sedia ada dan bukan menentangnya.

Najib yang juga timbalan pengerusi BN mengingatkan komuniti India bahawa hanya kerajaan BN yang boleh memberi jaminan masa depan mereka dan terus memperbaiki kedudukan sosio ekonomi mereka.

"Teruskan mempercayai BN. Ini merupakan masa depan semua kaum India Malaysia dan semua bangsa Malaysia. Masa depan akan lebih baik jika (mereka) berusaha dalam lingkaran sistem itu dan bukan menentangnya," katanya.
Berita Harian 7 Mac 2008 melaporkan Najib berkata:
"Apakah anda lebih selesa diperintah gagasan 14 parti (BN) yang dianggotai semua kaum di negara ini atau sanggup memperjudikan masa depan kepada pakatan pembangkang Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya sebulu sewaktu pilihan raya.

“Soal undi ini bukan main-main, ini adalah masa depan anda, anak-anak anda. Pilihan anda esok menjadi penentu kehidupan kita bersama,” katanya ketika berucap pada majlis Mesra Bersama Rakyat Zon Bangsar, Lembah Pantai, di sini, malam tadi.
Nah! Ini dia masa depan kita:

1 million Malaysians could lose jobs this year (Ahirudin Attan)

45,000 pekerja kilang diberhenti (Utusan Malaysia)

MEF anggar 400,000 diberhentikan kerja (Utusan Malaysia)

Pelbagai pihak menjangkakan impak krisis ekonomi global akan menjadi semakin ketara tahun ini. Kebimbangan ini sebenarnya sudah diuar-uarkan sebelum menjelang tahun baru lagi.

Iklim ekonomi dunia yang merudum ini membuatkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dilaporkan baru-baru ini membuat unjuran sehingga 25 juta orang dijangka diberhentikan kerja di seluruh dunia menjelang 2010.

OECD, yang meliputi 30 negara termasuk semua negara perindustrian dunia, turut membuat unjuran pemulihan ekonomi akan berlaku pada akhir 2009 dan pertumbuhan lemah pada 2010!

Sebelum ini, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dilapor membuat unjuran bilangan pengangguran global dijangka meningkat sehingga 20 juta untuk mencecah paras tertinggi 210 juta orang menjelang akhir 2009! (Bernama)

Kepada siapa hendak mengadu supaya dihindari dari kesengsaraan? Kepada Allah s.w.t. atau kepada BN? Menurut Najib BN merupakan masa depan semua kaum India Malaysia dan semua bangsa Malaysia dan masa depan pula, menurut beliau lagi, akan lebih baik jika (mereka) berusaha dalam lingkaran sistem itu dan bukan menentangnya.

Jenayah dijangka meningkat apabila ketiadaan pekerjaan. Kepada siapa hendak mengadu supaya dihindari dari menjadi mangsa jenayah? Kepada Allah s.w.t. atau kepada BN?

Masa depan kita di tangan siapa? Allah atau BN?
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Jom belajar trade forex http://traderafx.blogspot.com/

  2. Bagi kerajaan yang sekular seperti BN, mana ada erti meminta tolong dengan Tuhan yang esa. Mereka berpendapat bahawasanya hanya mereka yang akan mewujudkan rezeki diatas muka bumi ini. Sedangkan pada hakikatnya, rezki itu adalah datangnya daripada allah. Jika allah ingin mengambil kembali apa yang telah diberi kepada kita, dengan sekelip mata saja ia akan hilang seperti kes di bukit antarabangsa. Hanya dengan sekelip mata, harta benda yang bernilai berjuta-juta ringgit telah musnah tanpa apa-apa amaran daripada Allah. Sedahlah wahai gerombolan United malay Org. Sesungguhnya kebenaran itu pasti datang.

  3. Terus percayai BN, ini masa depan semua - Najib
    HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAH kantoi.........

  4. Agaknya betui kot Najib ada hubungan ngan masterji yang pak bakaq posting ari tu...sebab tu kalo kaum india ada masalah jgn belarak...jumpa je dia..hehehe..Selalunya manusia bila di berikan kuasa oleh Allah dia lupa...apabila dah di timpa sakit baru la depa nak sedaq...itu pun kalo muhasabah diri la...

  5. Pemimpin Bn nampak macam sanggup terima kekalahan dalam paksaan. Malangnya pengikut BN kecewa bukan kepalang. Pelbagai alasan diberi termasuk faktor calon, faktor perubahan kuasa, faktor KJ, faktor TDM dan sebagainya.

    Ada pula yang terus merapu. Berkata itu ini seolah-olah macam pintu rezeki lepas ni tertutup.
    Ada pula yang fitnah dan buruk sangka, kekalahan disebabkan kaum guru punya angkara.Tak tau le macam mana nak minta maaf dosa fitnah daripada lebih 80 ribu orang guru tu. Bawak le ke lubang kubur. Angkut le masa menyeberangi titian siratal mustakim nanti, ye.

    Itulah akibatnya. Kalau iman tak kuat di dada. Mulut celupar bila berbicara. Kenapa tak belajar mencermin diri. Salahkan diri sendiri dengan kegagalan kita. BUat apa salahkan orang lain.

    Fikirkanlah: aku adilkah, aku layakkah, aku pentingkan marhainkah, aku muliakah, aku amanahkah, aku mesrakah?

    Jangan kerja mengadu domba. Lagi ramai yang akan lari dari saudara. kalah hari ni patut jadikan pengajaran. Tulus ikhlas meneraju kerajaan. Bukan harta jadi pautan. Bukan nafsu berajakan badan. Bukan harta dijadikan iman. Bukan kuasa menjadi tuntutan.

    Yang kalah beradatlah secara kalah. Yang menang beradatlah cara menang. jangan yang kalah beradat cara menang. nanti kita diketawakan orang. malu diri sepanjang zaman.

    wassalam.

  6. Masalah yang berhubung kait dengan krisis ekonomi dunia adalah masalah global. Isu pembuangan kerja yang berlaku dan akan berlaku adalah juga masalh global. Tidak boleh salahkan kerajaan 100%. Kerajaan hanya boleh menyediakan jalan dan cara untuk mengurangkannya sahaja. Rata-rata syarikat yang memberhentikan pekerja adalah dari sektor swasta.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008