Sedap!! Klik gambar di atas!

SMS!! Wan Farid "is really very bad (choice)," kata Dr M

Kena cakap Mat Salon sikit, please flood this country with the short message below. Makna kata, tenggelamkan negara ini, terutama kepada para pengundi Kuala Terengganu, dengan pesanan SMS di bawah:
Wan Farid "is really very bad (choice)," kata Dr Mahathir yang dirakam video Malaysiakini 5/1/08. Maknanya, benar-benar pilihan yang sangat BURUK!!

Video ihsan Malaysiakini

Antara lain, Dr Mahathir berkata:

"The opposition is having the upper hand (pembangkang mempunyai kelebihan)".

“The choice of the candidate (Wan Ahmad Farid) by BN is really very bad because everybody sees him just as a proxy... someone to be used later on if Najib becomes the prime minister, and these are the people who will be surrounding him (Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika Najib menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya (Najib)"

Dari Malaysia Today:

Ajak kawan-kawan kita semua menderma kepada Tabung Pilihan Raya PAS (Please rally your friends to support PAS in the Kuala Terengganu by-election by sending a small donation to):
Tabung Dana Pilihanraya
CIMB Islamic
Bank account number: 1449-0000017-10-4


Berkaitan:
KT police slammed for high-handed arrests of 5 KeADILan members

Gula-gula BN... Nak?!

Catatan mengenai Gaza:
"Orang ramai boleh dan mampu bertindak. Tak perlu minum Coca-Cola, dan, kalau kita perlu membeli senjata untuk pasukan keselamatan, kita boleh beli dari Rusia, tak perlu kita beli dari Amerika," kata Dr Mahathir.

Gaza bermandi darah syuhada

Genting Gaza tidak lagi setakat menjadi penjara terbesar di dunia dengan 1.5 juta penduduk Gaza di penjarakan, tetapi kini rakyat Palestin di Gaza sedang bermandi darah para syuhada yang gugur syahid mempertahankan bumi yang terus-menerus dibom dari udara oleh jet-jet pejuang F-18 dan helikopter apache milik rejim Zionis Yahudi yang dibekalkan kuasa Amerika Syarikat (AS) dan sekutu mereka.

Darah para syuhada pejuang Palestin yang tumpah di bumi telah menjadi sungai dengan sehingga kini jumlah yang syahid hampir mencecah 500 orang dan lebih 2,100 yang cedera dan luka, sebahagian besarnya parah sejak rejim Zionis Yahudi melakukan serangan sembilan hari yang lalu.

Sambil serangan berterusan dilakukan dari udara, rejim Zionis menghimpunkan seluruh kekuatan daratnya dengan kereta kebal Merkava dan kereta perisai lain di sempadan dengan Gaza kononnya mula melancarkan serangan darat pada bila-bila masa bagi memusnahkan seluruh kemampuan pertahanan yang ada pada Hamas dan pertubuhan Islam lain yang diberi mandat rakyat Palestin untuk memerintah wilayah Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada pilihan raya 2006.

Walaupun ramai yang menjadi syahid terdiri dari para petugas keselamatan Hamas yang menguasai Gaza, terdiri dari pasukan polis dan pasukan keselamatan yang lain, tetapi lebih daripada 25 peratus yang terbunuh terdiri dari orang awam termasuk wanita-wanita dan anak-anak mereka yang terperangkap dalam serangan-serangan terhadap sasaran bangunan-bangunan yang dikatakan digunakan Hamas dalam pentadbiran di Gaza termasuk juga masjid-masjid.

Serangan yang dilakukan terhadap Gaza merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku di mana-mana pun dalam sejarah tamadun manusia, ia adalah serangan tidak bertamadun dan jenayah perang yang paling besar dengan dunia hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa bagi menahan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin itu.

Rejim Zionis meninggalkan wilayah Gaza kepada pihak berkuasa Palestin pada 2005 tetapi ia tetap berada dalam cengkaman dan penjajahan Yahudi dengan pembinaan tembuk aparteid, sekatan dengan mengadakan 'checkpoint' untuk memasuki wilayah Gaza. Semua bekalan yang memasuki Gaza mesti melalui pemeriksaan ketat pusat-pusat kawalan Israel yang dibina dengan begitu banyak.

Dalam keadaan seperti ini, sehingga untuk mendapat bekalan makanan, ubatan, air, petrol dan keperluan harian lain, mestilah dengan mendapat kelulusan rejim Zionis, maka apakah tidak tepat untuk dipanggil Genting Gaza sebagai penjara terbesar yang memenjara 1.5 juta penduduk Gaza.

Setelah Hamas memenangi pilihan raya demokratik dan menguasai Parlimen pihak berkuasa Palestin, sekatan terhadap Hamas ditingkatkan, sehingga Hamas tidak dapat berfungsi hatta membayar gaji kakitangan pihak berkuasa Palestin, guru-guru dan pekerja-pekerja lain.

Usaha ini dilaksanakan untuk melumpuhkan Hamas, tetapi Hamas di sebalik tekanan yang dilakukan dengan kerjasama Fatah, melalui Presiden Mahmoud Abbas, Hamas tetap tidak dapat dimusnahkan. Hamas telah bertolak ansur dengan menubuhkan pihak berkuasa Palestin bersama Fatah, tetapi Hamas terus dipinggirkan kuasa AS dan barat sehinggalah berlaku pertembungan antara Fatah dan Hamas.

Ismail Hanieh, pemimpin Hamas yang menjadi Perdana Menteri (PM) pihak berkuasa Palestin akhirnya disingkirkan Abbas atas desakan dan permainan politik rejim Yahudi dan kuasa-kuasa AS dan barat yang mendukungnya. Hamas tiada pilihan kecuali menegakkan kuasanya di Gaza.

Abbas mengatakan Hamas merampas kuasa. Tetapi bagaimana mungkin Hamas yang diberi mandat pengundi Palestin didakwa merampas kuasa. Yang merampas kuasa ialah Fatah dan Abbas yang menyingkirkan Ismail Haneiah dan melantik PM baru dan terus menguasai pentadbiran di Ramallah, ibu pejabat pentadbiran pihak berkuasa Palestin di Tebing Barat.

Pelbagai rundingan diadakan termasuk perjanjian damai Mekah untuk menyatukan pelbagai pihak Palestin, tetapi semuanya gagal kerana tidak mendapat restu AS dan barat yang melaksanakan kehendak rejim Zionis Yahudi. Hamas yang menang pilihan raya tidak di iktiraf dan dianggap pertubuhan pengganas, tetapi Fatah yang kalah dalam pilihan raya diiktiraf kerana Fatah dan Mahmoud Abbas sanggup menjadi tali barut kuasa-kuasa yang mendukung rejim Zionis.

Dalam tragedi bermandi darah di Gaza ini dapatlah dilihat betapa negara-negara Arab dan Islam menjadi peralatan dan perkakas AS dan barat. Cukup setakat mengeluarkan kenyataan kecaman dan mengadakan persidangan Liga Arab di Kaherah serta usaha mengeluarkan resolusi kutukan di Majlis Keselamatan, sedangkan hakikatnya rakyat Palestin terus disembelih beramai-ramai dengan kejamnya.

Kempen serangan rejim Zionis ini adalah untuk melumpuhkan Hamas dan sekali gus menyerahkan Gaza kepada Abbas, tetapi keiltizaman Hamas menghadapi jenayah kemanusiaan yang tiada taranya ini menyebabkan rejim Zionis kelihatan terpinga-pinga dan sedang mencari formula menjaga air mukanya.

Para pejuang Hamas dan pejuang Islam lain dengan kekuatan seadanya terus dapat melancarkan roket-roket buatan sendiri, walaupun Gaza musnah dibom. Pejuang-pejuang Hamas sedang menunggu tentera darat Zionis memasuki Gaza dan jika ini berlaku maka peperangan akan lebih senget lagi.

Pejuang-pejuang Hamas lebih menghendaki tentera darat Zionis memasuki Gaza kerana perjuangan berdepan akan lebih tepat dari menerima serangan udara sedangkan Hamas tidak mempunyai kekuatan persenjataan kecuali mempunyai roket-roket buatan sendiri.

Tentera darat Zionis dihimpunkan di sempadan semata-mata sebagai perang saraf, sedangkan hakikatnya tentera Zionis tidak mahu ramai tenteranya terkorban dalam kempen ini. Jika Zionis memutuskan menakluki Gaza yang pernah ditaklukinya dahulu, maka angka korban tentera Zionis akan meningkat dalam pertembungan berdepan dengan para pejuang.

Apakah pemimpin politik rejim Zionis sanggup menghadapinya kerana apabila ramai tentera Zionis Yahudi terkorban sokongan umum terhadap serangan dilakukan terhadap Gaza ini akan berubah, sedangkan pemimpin yang terlibat dengan serangan ini sedang mencari populariti untuk memenangi pilihan raya yang dijadualkan pada pertengahan Februari ini.

Ehud Barak, Menteri Pertahanan Zionis sedang bersaing dengan Tzipi Livni, Menteri Luar dalam persaingan menjadi PM menggantikan Ehud Olmert yang terpaksa bersara kerana skandal rasuahnya.

Hamas tidak mungkin akan tunduk dan dapat dilumpuh serta dimusnahkan. Jika dapat pun, akan muncul pergerakan lebih hebat dari Hamas, inilah hakikatnya yang tidak dimengerti oleh AS, barat dan rejim Zionis sendiri.

Mangsa dalam perang terhadap Gaza ini ialah Mahmoud Abbas sendiri yang akan hilang pengaruhnya dan akan dipinggirkan rakyat Palestin kerana menyalahkan Hamas sebagai punca serangan tanpa menyalahkan rejim Zionis. Ucapannya untuk mengajak perpaduan Palestin di anggap sepi oleh Hamas yang mengenali Abbas luar dan dalam.

Mangsa-mangsa berikutnya dari peperangan Gaza ini ialah rejim-rejim Arab seperti Mesir, Jordan, Arab Saudi dan lain-lain yang akan menerima kesan kebangkitan dan kemarahan umat Islam terhadap sikap dan telatah mereka yang tidak berupaya melakukan apa-apa. (Sinar Harian)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. sekadar bertanya - mengapa akaun di cimb? siapa tauke cimb? mengapa bukan di bank islam atau bank2 lain?

    kalau rasa2 soalan ni tak relevan, tak pa. tak payah layan atau buang masa fikirkan.

  2. Pasai bank CIMB pun hang nak kalut kotakata...orang dok sibuk pasai derma...kalo hang derma kat dana tu nnt Pak bakaq jawab le soalan hang tu...kan CIMB islamic tuh..perbankan Islam...hang x perasan ka?

  3. Dr.M berkata yang pemilihan wan farid adalah satu "bad choice".ya,bad choice untuk Mahathir sebab Pak Lah yang membuat keputusan tersebut.jika orang Mahathir yang diletakkan disitu pastinya Mahathir akan kata "brilliant choice".

    ini baru pilihanraya kecil.pembangkang sengaja mengada-adakan cerita yang prk ini bagaikan penentu bagi 1001 macam perkara.tetapi keadaan agak tertekan buat wan farid kerana dia hanya akan mendapat jawatan timbalan menteri dan senator sekiranya dia menang prk KT nanti.

  4. Wan Farid must be sad coz apparently he has been used to become UMNO/BN CLOWN here!

    picolotikusmondoq

  5. the hamas attack to Israel is as not as inhumane the attack of Zionis towards Palestin.innocent childrens were killed and people were killed while performing solat in mosque.thousands have died by the bullets and attacks of the Zionis.how long this should continue?.day by the Palestians are suffering due to the Zionis intention to invade Palestin bit by bit and the people there only have stones to backfire.

  6. Apalah yang dikisahkan dengan pandangan Mahathir? Semenjak kebelakangan ini, pandangan beliau tidak bernas langsung dan tidak menjurus ke arah kebaikan malah sekadar menunjukkan protes beliau terhadap Pak Lah. Bayangkanlah jika pilihan Pak Lah dianggap sebagai pilihan buruk tapi jika pilihan beliau dianggap pilihan bijak. Bijak apanya kalau semua tu atas dasar dengki kat Pak Lah...

  7. kepungan dan sekatan ekonomi Israel/USA keatas Hamas/Gaza tidak banyak bezanya dengan
    kepungan dan sekatan ekonomi kerajaan pusat UMNO/BN keatas PAS/PR (diKelantan sejak 1990, di Trg-1999,di Kedah,PP,Perak,Sngor-2008).

    Allah-u-akbar!!!

  8. aku sokong mat nisfusyaaban,

  9. memang betul kata tok det

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008