Saya tak nak ulas apa-apa. Anda bacalah kedua-dua berita di bawah dan hansard Dewan Rakyat yang saya copy and paste. Buatlah kesimpulan sendiri.
Berita 1: Genap setahun kehilangan SharlinieWeb Power? Posting yang menyebabkan saya disumbat ke dalam lokap di sini.
Sinar Harian (9/1/09): Hari ini, genaplah setahun kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, 6 tetapi sehingga kini tiada sebarang berita yang diperoleh mengenai kehilangannya.
“Setiap kali saya tengok kanak-kanak ke sekolah tadika, ingatan saya terus pada Sharlinie, beberapa hari sebelum kehilangannya, dia begitu beriya-riya untuk ke sekolah, dia meminta agar saya membelikannya alat kelengkapan sekolah, tapi apa boleh buat, kini segala-galanya hanya tinggal kenangan,” kata Mohd Nashar Hussain, 30, bapa kepada Sharlinie, kanak-kanak yang masih hilang itu.
Mohd Nashar yang kini menjalani kehidupan di kampung ibu bapanya dekat sini sejak kehilangan anak bongsunya itu berkata, dia menyerah kepada takdir ke atas apa yang berlaku pada keluarganya.
“Harapan saya agar dia masih hidup dan ditemui semula, dengan kuasa Tuhan, segala-galanya boleh berlaku, jika Sharlinie masih hidup, biarlah dia berada dalam keadaan sihat dan selamat,” kata Nashar kepada sinar harian.
Ketika ditanya apakah perkembangan terkini mengenai misteri kehilangan anaknya, Nashar berkata dia tidak menerima sebarang berita daripada pihak berkuasa berkaitan usaha menjejak anaknya yang masih hilang itu sejak tiga bulan lalu.
“Kali terakhir polis menghubungi kami adalah pada Oktober tahun lalu, sewaktu kami mula-mula berpindah ke sini, selepas itu tiada sebarang berita diterima. Bagaimanapun saya tetap meneruskan usaha mencarinya, setiap kali ke pasar malam atau pasar minggu, kami tidak lupa untuk meninjau kawasan sekitar, manalah tahu kalau ternampak Sharlinie,” kata Nashar yang masih hiba dengan kehilangan anak perempuannya itu.
Bagi ibu Sharlinie, Suraya Ahmad, 29, wajah Sharlinie sering kali terbayang di matanya setiap kali dia ingin tidur.
Sharlinie hilang ketika pulang dari taman permainan kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Medan Petaling Jaya, 9 Januari lalu.
Petikan-petikan berita 2: PSM: Police stirred up protesters
Malaysiakini (12/1/09): He said that, while the organisers were negotiating with Dang Wangi police officer Sydney Clyde Jeremiah, other officers “began harassing” the crowd.
“We talking to Sydney trying to get him to allow us to at least gather for an hour but the police begun to surround us from the back... some of them even snatched the placards from the participants,” Arutchelvan (left) said when contacted today.
He also alleged that a police officer had used offensive language on those gathered.
“The whole world is gathering over the huge number of civilians being massacred in the attacks on Gaza by Israel, but we are not even allowed to hold candles,” said Arutchelvan.
Nasir, the Kota Damansara assemblyperson, said police action “was shameful” and that only the vigil in Kuala Lumpur had been disrupted.
“The disturbance of our vigil was simply a capitalist agenda... they (the police) behaved like gangsters [...] in uniform,” he said. (Bacaan selanjutnya di sini)
Petikan hansard Dewan Rakyat
USUL MEMINDA JADUAL DALAM RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 66(9)
Memotong RM10 Gaji Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara
Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Dikemukakan usul saya di hadapan Dewan yang mulia ini untuk memotong gaji RM10 daripada remuneration Ketua Polis Negara.
Usul saya berbunyi bahawa perbelanjaan diluluskan dengan syarat dikurangkan sebanyak RM10 daripada Polis Diraja Malaysia 020000 kod 10000 emolumen iaitu dengan memotong gaji Ketua Polis Negara sebanyak RM10.
Tuan Pengerusi, saya kemukakan usul censure kepada Ketua Polis Negara ini atas dua sebab. Dalam perbahasan Bajet 2009 dan juga semasa dalam penggulungan bajet ini...
Nampaknya menteri tidak ada di sini. [Memandang ke arah tempat duduk Menteri] Timbalan Menteri sahaja. Semasa penggulungan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 30 Oktober saya tidak dapat jawapan yang memuaskan mengenai soalan-soalan yang sangat pokok ialah sama ada Ketua Polis Negara sudah menjadi chief lobbies.
Chief lobbies untuk projek-projek polis mega seperti dicadangkan satu deal police helicopter yang bernilai RM20 bilion untuk menyewa 34 buah helikopter daripada syarikat Asiacopter untuk 30 tahun.
Satu lagi deal e-police force solution bernilai RM4.2 bilion satu rangkaian sistem wireless digital sepenuhnya yang berasaskan teknologi informasi dan komunikasi yang canggih dengan liputan seluruh negara yang dicadangkan oleh Syarikat Web Power Sdn. Bdn.
Tidak ada jawapan-jawapan walhal tanggungjawab tugas utama Ketua Polis Negara ialah untuk menjag keselamatan negara kita untuk mengurangkan kadar jenayah supaya semua rakyat Malaysia, semua pelabur, semua pelancong merasa selamat di negara kita.
Yang Berhormat Timbalan Menteri pun menafikan dengan sekerasnya bahawa ada satu surat ditulis oleh Ketua Polis Negara kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang bertarikh 12 Februari 2007 yang memberi endorsement kepada cadangan Asiacopter mengenai deal RM20 bilion untuk menyewakan 34 buah helikopter untuk 30 tahun.
Saya tidak boleh faham kenapa Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh menafikan ada surat itu apabila saya tanya dia sama ada beliau dapat confirmation daripada Ketua Polis Negara sendiri yang menafikan, mengatakan, dia kata tidak. Tidak ada hubung kait dengan IGP dan bagaimana dia boleh datang ke Parlimen untuk menafikan.
Yang kedua, dia pun buat satu deny secara umum bahawa IGP pun ada buat endorsement kepada cadangan Web Power mengenai cadangan e-police force solution yang bernilai RM2 bilion.
Tuan Pengerusi, saya ada di sini, surat IGP kepada Yang Berhormat Menteri Kewangan II, bertarikh 12 Februari yang buat endorsement untuk cadangan. Cadangan kontrak sewaan helikopter kepada Polis Diraja Malaysia selama 30 tahun melalui private finding initiative. Di mana IGP berkata, “Kos sewaan yang dicadangkan didapati berpatutan dan berkesesuaian dengan pelaburan yang akan dikeluarkan serta risiko peningkatan kos yang mungkin ditanggung oleh syarikat Asiacopter Sdn. Bhd. dalam tempoh sewaan”. Ingin dimaklumkan bahawa inisiatif ini bukan sahaja akan menguntungkan PDRM tetapi juga pihak kerajaan. PDRM akan dapat meningkatkan produktiviti dan keberkesanan di dalam menjalankan tugas serta melicinkan operasi polis di dalam mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Oleh itu saya menyokong penuh cadangan ini dan Yang Berhormat Timbalan Menteri boleh datang ke Dewan ini kata tidak ada surat ini. Apa yang berlaku? Dia sudah cuai. Cuai dalam menjalankan tanggungjawab beliau. Di sini lagi satu surat.
Kedua, 3 November 2006 yang ditulis oleh Ketua Polis Negara kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai e-police force solution, letter of intent yang meminta bahawa letter of exclusive intent patut dikeluarkan kepada Web Power. Bagaimana Ketua Polis Negara menjadi lobbies untuk Web Power, untuk Asiacopter walhal tanggungjawabnya ialah untuk mengurangkan kadar jenayah dan bukan untuk lobbies dan khasnya dalam perkara ini tidak berprosedur. Apa prosedur yang sepatutnya? Bacaan selanjutnya di sini.










Cantik? Klik 






Web Power adalah sebab, Logo adalah alasan?