Oleh kerana hari ni ada lagi berita fasal serban, saya ulas sikit cerita "Pelajar pondok pilih penjara daripada bayar denda".Tadi, saya hantar SMS kat seorang kawan, "Pakai serban sunat. Helmet untuk keselamatan. Jaga keselamatan wajib".
Berkaitan
Hukum mematuhi peraturan jalan raya (Hasrizal Abdul Jamil)
Nik Aziz terima topi keledar ganti serban (Sinar Harian)
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju pakaian serban digantikan dengan topi keledar bagi penunggang motosikal yang mahu memakainya, jika ia didapati boleh mencegah daripada kecederaan apabila berlaku kemalangan.
Mursyidul Am Pas itu berkata, jika serban dipakai dengan ikatan kemas dan boleh mencegah kecederaan, ia boleh digantikan dengan topi keledar yang dianggap lebih selamat itu.
Malah, katanya, topi keledar yang keras itu tidak selamat jika tidak dipakai kemas dan diikat dengan betul.
“Kadang-kadang serban dan semuntal yang diikat kemas lebih selamat, kerana ia lembut apabila berlaku hentakan kuat berbanding topi keledar yang keras itu.
“Topi keledar pun jika tidak dipakai dengan kemas dan diikat dengan betul boleh menyebabkan penggunanya tidak selamat apabila berlaku kemalangan, kerana mudah tercabut atau kecederaan dalaman akibat hentakan kuat,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang pelajar sekolah pondok di Pasir Tumboh di sini, pada dua hari lalu dijatuhi hukuman denda RM90 atau penjara dua hari kerana didapati bersalah tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sebaliknya memakai serban.
Bagaimanapun, pelajar pondok terbabit, Ahmad Nasir Darus, 28, memilih untuk menjalani hukuman penjara dua hari.
Nik Abdul Aziz berkata, umum mengetahui berapa ramai penunggang motosikal yang terbunuh akibat nahas jalan raya walaupun mereka memakai topi keledar sewaktu menunggang motosikal.
Beliau berkata, soal ia merupakan pakaian pak lebai atau golongan haji tidak berbangkit walaupun undang-undang dan peraturan jalan raya mengklasifikasikan begitu dan beliau tidak mahu campur urusan agama dengan peraturan jalan raya.
“Cuma bagi saya, mereka yang memakai pakaian serban tidak harus dikenakan tindakan, jika ia dipakai dan diikat dengan kemas,” katanya.
Menurutnya, serban bermakna dalam bahasa Melayu asal ialah ikatan kain kepala, seperti juga semuntal bagi pakaian tradisi orang Melayu Kelantan sedikit masa dulu.
Beliau berpendapat, jika masyarakat keturunan Sikh yang memakai serban dan boleh dikecualikan daripada undang-undang jalan raya, tidak ada sebab orang Islam yang memakai serban tidak boleh dikecualikan daripada peraturan itu.
“Saya tidak mahu ganggu soal agama. Lebai atau jahil, bukan boleh dinilai pada pakaian kerana ini mengikut tafsiran masing-masing, kerana ada orang lebai atau haji tetapi tidak pakai serban atau kopiah, dan ada juga yang pakai serban sebesar bakul pun tetapi tidak dianggap lebai,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mahu kerajaan mengkaji semula peraturan itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul seperti apa yang terjadi kepada kes berkenaan.










Cantik? Klik 






kalau nyawa takde atau kepala dah berbalut sebab cedera parah,macammana nak pakai serbankan?
jadi sayangi nyawa dan diri agar kita boleh teruskan menjalankan ibadah yang wajib dan sunat.
sekian!.
mmg btl tapi serban tu sunat tp jgn persenda kan org pakai serban.. mcm budak sekolah.. kalau persenda sunnah boleh jatuh akidah.. pasal serban naik motor .. tpulang pada individu.. jgn ada double std.. pasal org sikh leh pakai turban.. org islam xleh plak pakai serban.. lagi satu ajal maut tgn tuhan.. kalau pakai helmet pun jika ajal dh sampai dh leh buat apa dh.. itu kalau org tu paham pasala agama dan qada' qadar.. retibakaq a.k.a. ~penarik beca
decko11
Tang mana aku persenda org pakai serban.
kalau ikut cakap hang, tak betullah Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang suruh tambat dulu unta baru tawakkal.
Assalamualaikum wbt... Walaupun sy antara rakyat yang tidak menyokong dasar-dasar kotor kerajaan Malaysia pada hari ini, tetapi dalam isu serban ini sy menyokong. Memang benar pak bakaq, utamakan yang wajib. Syabas Tan Sri Musa. Mana yang mengutamakan kepentingan rakyat kami sokong. Jangan kata kami sentiasa membangkang kerajaan x tentu fasal. Rakyat sekarang dah matang. Wallahualam...
cari lah topik lain kalau nak bincang ttg masa depan ummah!!!
pasai serban pun nak jadi isu. serban tu sunat ja, jaga keselamatan tu wajib. takdak sapa-sapa nak hina islam aih.. kita bercerita ttg keutamaan. dan itu la justifikasi hakim tu. awat? tak puas ati ka??.. boikot la! demo la!
Isu kecik jadi besor.
Aku pakai serban, bila naik motor aku bukak serban aku pakai helmet ...tak naik motor aku bukak helmet aku pakai serban ... demi keselamatan beb..ini nak pun nak jadi isu...apa barang.
Buat le kerja ada faedah...
decko 11,
Apasal nak samakan orang islam dengan sikh. Apa yang double standard? Sikh nak pakai serban biaq pi dekat dia la, jatuh dia yang sakit, kita orang islam ada option, baik jaga kesihatan untuk perhambaan kepada Allah daripada jadi ketegaq kerana nak test polis double standard ka dak.
Aku setuju dengan bakaq, usaha dulu baru tawakkal, bukan tawakal dulu lepas baru menyesal. Tanya ustaz bahasa arab, ada beza antara tawakkal dengan tawakal.
ni lah yang merosakkan islam... Perkara sunat tu dan memang sunnah kita tak pernah pertikaikan, tp jangan bodoh tak bertempat...keselamatan itu wajib. Nanti kalau pecah kepala tak boleh pakai serban lagi tak guna, sunnah pon tak boleh buat. Saya nampak fikiran macam ni adalah jumud.
Sikh pakai turban tak kena saman sebab dalam agama dia pakai serban tu wajib, tak pakai dosa...
jgn tripple standard , ahli parlimen, wakil rakyyat BN naik motor ...siap masuk TV3 lagi tak pakai topi keledar tak kena saman pun.
Kita yang tak pakai serban jgn pandang remeh walaupun sunnah , sedangkan Nabi pernah berkata ... kalau tidak membebankan solat tahajud pun diwajibkan. Moralnya jika tak membebankan pakai serban pun beliau akan wajibkan pakai serban.
decko11
awatnya hang kalut semacam nie...mana yg ranting...mana yang perdu..?..jaga nyawa wajib ker sunat...pakai serban tu sunnah Nabi...sapa kata salah...semua setuju..paham lah betul2 dulu..
Bagi aku... yang menjadi keheranan di malaysia ni ialah kalo pakai serban kena saman tapi kalo singh pakai serban naik motor tak kena saman...sepatutnya biarla adil semua kena saman sebab tidak mematuhi undang2 jalanraya...kalo nak guna jalanraya ikut le peraturan...kalo x mau jangan bawak kenderaan...
betul3... jaga keselamatan wajib. pakai serban sunat. tapi jgn persenda serban. ala.... bukan nya x boleh, bila nak naik moto tu, bukak je serban, bila dah sampai, pakai la balik, bukan susah. Pakai je moto yang ada box... Keselamatan terjaga, pahala pun dapat....
Salam..
isu pemakaian serban ini sememangnya sunah rasullah (SAW), ini adalah perkara yang jelas dan telah difahami, soal pakal helmet adalah untuk keselamatan diri sendiri, bukankah Islam menganjurkan supaya kita tidak menuju ka arah kebinasaan? Istilah tawakal harus difahami dengan penuh mendalam. Islam menganjurkan kita berusaha, disamping itu bertawakal ke pada ALLAH.
Semua orang pandai bicara tentang hukum. Tetapi, kebanyakan abaikan untuk menjaga hak-hak hukum. Hak individulah paling cerdik dibicara oleh setiap orang... X gitu ke??????
Pakai serban menggali tak pa. Bai Menggali pun nak jaga keselamatan. Cuma kapal singh saja tak pakai serban sebab takut hukum hudud untuk jaga keselamatan negara umno.
Zolgoji
orang dah salah faham ni.aku pun bukannya bijak bestari bab agama ni.tapi yang tau pakai serban ni sunat.tapi kita wajib menjaga keselamatan diri.jadi mana yang lebih penting?.
dan lagi satu perkara.kita tak tahu seratus peratus situasi sebelum,semasa dan selepas pelajar tu disaman.
tapi saya lebih menegaskan agar kita jaga keselamatan diri kita sebab dah memang menjadi kewajipan untuk kita menjaga diri diri kita sendiri.
Nabi, kadang-kadang pakai serban, kadang-kadang tak pakai. Jangan kira sunah masa dia pakai sahaja, masa dia tidak pakai pun kira sunah jugalah.
Nak beria sangat buat apa?
Dari Anas bin Malik r.a bercerita;
"Sewaktu Rasulullah SAW. memasuki kota Mekah (dihari pembebasan), beliau memakai topi besi, kemudian ditunjukkan orang kepadanya: 'Ini Ibnul Khathal bersembunyi didinding Ka'bah (disebabkan takut). Nabi SAW. bersabda:' bunuhlah dia!'"
Dulu naik kuda atau untalaju, pakai topi besi, sekarang naik motor laju topi keledar.
Jangan bertengkaq lah....
bang becha,
saya rasa isu dia bukan sangat pasal sunat or wajib. kerana apa, undang2 sudah ada, cuma yang "kurang" tepat dalam undang2 ialah mendefinisikan maksud "lebai" itu. jadi timbul kekeliruan. sebut saja haji, atau hajjah, semua orang sudah tahu...sudah jelas maksud dan definisi dia. sebut aje lebai, orang tu kata begini, orang ni kata begitu. memang keselamatan wajib, akan tetapi lihat kepada undang2, tidakkah sama bahayanya kalau sikh itu pun kemalangan?
maka syor saya kepada yang berkenaan, pastikan semula definisi "lebai" itu dalam undang2, siapa dia. lagipun kelonggaran dalam undang2 sudah ada, cuma yang perlu dikaji balik adalah definisi "lebai" itu, kepada siapa?
Pakailah serban bila-bila masa pun. Itu perkara sunat. Lepas tu, bila naik moto, letak serban kat raga dan pakai helmet. Bila dah sampai ke destinasi, buka helmet dan pakai serban balik. Ada masalah ke.!!! susah ke !!!
Salam bang bakar, kak salwa dan anak2
Keselamatan jalanraya lebih bergantung kepada sikap. Ada negara tak mewajibkan penggunaan topi keledar, tapi tak dengar la maut sehari lebih 30 orang. Lebih kurang je. Sebab pakai topi keledar la mat motor malaysia jadi kurang ajar sebab minda sentiasa memberi keyakinan kepada rasa terselamatnya dan dilindungi insuran. Ada lesen ada topi dah confirm selamat dan tak salah. Tu yg laju semacam kat mana2 simpang, tapi mereka tidak sedar betap sakitnya jatuh atas jalan dan patah kaki tangan. Salah betul laluan perjalanan berdasarkan undang2, tidak jamin yg jatuh itu kurang sakitnya.
Kalau kita masuk pekan betong atau mana pekan sempadan siam, kadang2 trafic light di smpang 4 mcm signal. tak hijau, tak merah, lepas waktu 12 mlm pulak terus padam. Tapi tak dengar la dengar org kemalangan. Tak tau mcm mana mereka boleh displinkan diri, beras jenis apa mereka makan, lauk apa yg mereka sulam, susu apa yg mereka telan kecik2 dulu.
dalam islam menjaga keselamatan diri dan keluarga memang diwajibkan, tapi kalu dah pakai serban pastu bawak moto atas jalan tak pakai helmet tu cari nahas namanya bukan nak cari keberkatan. ini bukan soal nak mempersendakan pemakaian serban ataupun tidak tapi kalau berlaku kemalangan siapa yang perlu dipersalahakan sekarang ini??? walaupun qada' dan qadar telah tertulis namun kita tidak tahu sedikitpun apa yang akan berlaku pada keesokkan harinya. sendiri mau ingat la!!!, jangan dah pandai belajar agama pastu nak hentam orang ikut suke, ilmu agama islam nie meluas so fikir sendiri la beb
Tak der masalah double standard kat sini. lainla kalau Polis saman orang pakai serban kat dalam kereta. Dalam islam pakai serban hanya sunat dan hukumnya boleh berubah mengikut kesesuaian masa. Dalam hal ini kita bukan persendakan orang pakai serban, kita cuma memberi pandangan tentang kesesuaian masa ketika memakai serban mengikut keadaan semasa si pemakai serban. Kalau saudara kita itu mempertahankan hak nya untuk mengamalkan sunnah, biarlah. Insyaallah ada pahala di sisi Allah. Manakala bagi pihak yang menyatakan bila berada di jalan raya adalah lebih elok tanggalkan serban dan pakai topi keledar adalah lebih bijak dan menepati agama. Benar ajal dan maut di tangan tuhan tetapi semua kematian ada penyebabnya dan sebab-sebab kematian kebanyakannya boleh diterima oleh akal manusia. Sebagai contoh Ada yang mati sebab kemalangan, mati sebab di bunuh dan ada yang mati disebabkan penyakit. Sunguhpun begitu agama mengajar kita supaya mencegah dan berusaha mengelakkan malapetaka. Dalam kes ini dia telah pun di saman dan enggan bayar saman serta memilih penjara 2 hari, jadi sudahlah. Mengapa pula nak pertikaikan tentang penganut agama lain boleh pakai serban manakala penganut agama islam tak boleh. Kalau penganut agama lain nak pakai serban biarlah kerana agama mereka tidak ada ijtihad seperti agama kita dan hanya mengikut hukum agama mereka tanpa melihat kepada kesesuaian masa dan tempat. Saya amat bersetuju dengan penulis blog kerana membuat posting yang pendek tentang isu ini kerana bagi saya ia dapat mengelakkan lebih banyak penafsiran jahil dan menyebabkan pergaduhan serta hina menghina antara satu sama lain. Apa yang saya risaukan ialah isu serban ini akan dipanjangkan menjadi isu tanah, isu babi, isu hudud dan isu perkauman yang sudah mula ditulis oleh penulis blog lain. Bagi saya mudah sahaja dia telah disaman, tetapi enggan membayar dan rela dipenjarakan. Habis tutup cerita.
awat hang tak suruh benggali singh pakai helmet...jaga keselamatannnnn !
ada sorang doktor bgtau, sbnrnya pakai helmet kalau tetiba accident dan kepala terhempap atas jalanraya...risiko mati tetap sama sbb gegaran terhadapa otak. cuma helmet tu mengelakkan otak berterabur kat atas jalan. nanti susah nak di cuci oleh majlis perbandaran
Salam:-
decko..
Padan muka hang...lain kali jangan cuba nak perlekeh orang
Hey pak bakaq,
Jgn nak mempersendakan orang yang nak pakai serban..
By the way, saya nak bagi tau kat sini.. Dalam undang-undang jalan raya, pakai serban, turban atau apa2 keagamaan selain dari topi keledar tidak salah.. Saya baru sahaja buat ujian undang2 sebulan yang lepas.. Tak percaya tanya JPJ sendiri.. Polis tuh la yang bodoh tak tahu undang-undang!
Salam pak baqa',
Saya hanya ingin mengingatkan pak baqak supaya memakai seatbelt apabila duduk di belakang kereta kerana ikut kata pak baqa', hukumnya wajib. kalau tak pakai berdosa besar.
habis tuh, tambat unta sebelum tawakkal tuh hukumnya wajib la ye? nabi kata wajib ke?
salam...
hangpa ni awat ceroi sangat...keliru ngan statement pak Bakaq..dia x ada persendakan sunnah nabi..sebagai org islam pak bakaq lebih tau tentang hal itu..yang hangpa melalut sangat apa hal...islam tidak mengajar ummatnya jadi bodoh..jgn le hangpa memperbodohkan diri...kalo sekiranya undang2 itu membawa kepada kebaikan dan tidak menyalahi syarak ...kenapa nak sanggah??kalo nak cite pasal Qada' & Qadar yang korang sendiri pun tak tahu apa nak jadi satu saat ke depan... rentikan...nnt gila korang dibuatnya..Islam mengajar kita usaha,doa dan tawakkal.pakai keledar tu masuk dalam bab usaha...paham..jgn le di perpanjangkan hal camni..wat malu orang islam je...
Yang jatuhkan hukum pun bangang juga.
Zolgoji
Apa punya turr yang datang sini! Sini blog untuk orang bodoh ke? Padan le dengan tuan blog.
Tuan blog kata "Pakai serban sunat. Helmet untuk keselamatan. Jaga keselamatan wajib".
Tak payah cakap, jaga keselamatan memang wajib. Semua orang tau.
Tuan blog kata kepada kawan-kawan dia, kalau pakai helmet boleh jaga keselamatan, kena pakai le. Sebab.... jaga keselamatan tu wajiiib!
Setakat itu saja kau boleh beritau? Setakat itu saja yang kau tau? Apa punya turr!!
Itu le bila si bodoh bercakap. Dangkal ilmu. Apa punya turr!
alahai...bab unta pun depa ni tak paham ka...tu perumpamaan la...teladan gitu...maksud dia usaha la dulu dalam apa2 hal sbl bertawakkal...dlm hal ni usahalah dulu menjaga keselamatan kamu sbl nak bertawakkal kat Allah atas keselamatan kamu....dlm hal unta tu usaha dia 'ikat', dlm hal naik moto usahanya 'pakai topi keleda'...dlm nak wat sunat jgn lupa yg wajib (JANGAN MEMBAWA DIRI KAMU KE KEBINASAAN)...ada lam Quran tu....
aku rasa org yg bole meringkaskan benda yg rumit itulah orang yg bijak....
apa yg turr turr tu?...dtg dr turki ka?
sang kutu di tengah metropolitan tulis :
Tadi, saya hantar SMS kat seorang kawan, "Pakai serban sunat. Helmet untuk keselamatan. Jaga keselamatan wajib".
Helmet untuk keselamatan? Kata-kata dari Tuhan kah atau fatwa dari orang kafir?
"Helmet untuk keselamatan" bukan suatu yang mutlak benarnya. Cuba kamu fikir, yang banyak mampus, yang banyak kojol, yang banyak mati dan yang banyak meninggal tu kebanyakannya adalah yang pakai HELMET, BUKAN PAKAI SERBAN. So orang yang Obses dengan undang-undang (manusia bodoh) pakai helmet fikir-fikirkanlah. Sebenarnya sikap dan cara penungganganlah yang patut di utamakan, begitu juga dengan infrastruktur yang selamat.
Saya setuju dengan satu komen di atas yang mengatakan bahawa seorang doktor berkata bahawa risiko orang pakai helmet dan risiko orang yang tak pakai helmet adalah sama.
Mengkiaskan Nabi pakai topi besi semasa perang dengan pemakaian helmet di jalanraya adalah satu kias yang sangat jauh dan sangat tak kena. Orang yang buat kias ni janganlah nak tunjuk pandai dalam agama, janganlah nak berlagak pandai. Semasa perang tidak semua sahabat pakai baju dan topi besi, dan sebahagian sahabat pula BERSERBAN.
Mengeanai TAWAKKAL توكَّÙ„ ada kekeliruan besar pada sebahagian besar orang yang memberi komen. Mereka berpendapat berusaha terlebih dahulu kemudian barulah bertawakkal.Ini suatu kekeliruan yang besar. Bacalah Al-Quran keseluruhannya dari Al-Fatihah hingga An-Nas, kamu akan dapati bawawa TAWAKKAL ini adalah suatu perbuatan hati yang mesti SENTIASA ada pada orang-orang yang beriman, saya ulangi mesti sentiasa ada pada orang-orang yang beriman, samada sebelum berusaha, begitu juga semasa berusaha dan begitu juga mesti bertawakkal selepas berusaha. Bahkan walaupun tidak berusahapun orang-orang yang beriman mesti BERTAWAKKAL.
Sebagai orang yang beriman sepatutnya tidak merasa keberatan dengan pemakaian serban dengan alasan keselamatan. Orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya ada cara hidup yang unik dan tersendiri. Ada sunnah yang diamalkan untuk keselamatan diri dan hartabenda. Ada sunnah yang diamalkan semasa keluar rumah. Ada sunnah yang diamalkan semasa naik kenderaan. Ada sunnah yang diamalkan semasa subuh dan semasa asar sebagai keselamatan sekiranya mati. Sunnah yang terang lagi sahih seperti inilah yang patut di ketengahkan. Sedangkan pemakaian helmet yang berasal dari idea orang kafir masih dipertikaikan keberkesanannya sebab ia bukan dari perintah Tuhan.
Kepada penulis blog ini, belajarlah pakai serban, janganlah ke sana ke mari keluar rumah dengan KEPALA BOGEL. Awak katakan cintakan Nabi s.a.w.a., kenapa tak pakai serban. Serban bukan hanya khusus untuk ulamak sahaja, sesiapa sahaja orang yang beriman berhaq memakainya. Bercakap mengenai KESELAMATAN, sebahagian besar ulamak berfatwa bahawa ROKOK ADALAH HARAM, oleh itu saya nasihatkan awak berhentilah merokok, kerana rokok itu TIDAK SELAMAT untuk diri awak, isteri dan anak-anak awak.
Baca komen saya mengenai pakai helmet untuk selain naik motor. InsyaAllah إن شاء الله
Gaduh gaduh , lepas tu berbaik semula.
SYURGA HIJAU ( HADIS )tak nak ke..
Assalamualaikum....
memang panas hujah berhujah ni...masing2 akan dapat menjawab hujah2 antara satu sama lain atas nama Sunah dan perintah Allah(Keselamatan)....ianya takkan habes...percaya la....
So yg penting sekarang kita sama2 cari penyelesaian atau jalan tengah atas nama menghidupkan Sunnah Rasul dan Keselamatan...kedua2nya perkara baik yang dituntut Allah dan Rasul....
Sebagai permulaan...saya cadangkan gubal undang2 seperti penunngang berserban mesti mempunyai had laju maximum tertentu dan di atas jalan2 yang dikenalpasti kenderaan2 diatasnya tidak dipandu laju....setidak tidaknya kita boleh mengurangkan faktor2 kemalangan...
ini permulaan cadangan dari saya...apa kata sahabat2 saya yang lain
Jangan sesedap hati jer nak menjatuhkan hukum wajib dekat undang-undang manusia! Hukum wajib nih kalau tak buat berdosa. Hang nih ulamak la ye? Sesedap jer kata dia berdosa.
Orang beriman bukan sahaja x keberatan pakai serban tetapi tidak juga mengabaikan keselamatan...orang beriman juga tidak membuat perkara2 lagha...sedarkah yang tuan2 semua sedang membuat perkara lagha...bacalah surah mukminun tentang 10 ciri2 org beriman..adakah ketika sembahyang tuan2 kusyu'...sendiri fikirlah samada tuan2 benar2 orang yang beriman..setakat cakap di mulut sahaja...gobalakrishnan pun kata dia beriman...maaf jika terasa..salam.
Bercakap pasal keselamatan dengan pakai helmet, ada suatu perkara yang hampir semua orang yang suruh pakai helmet ini lupa atau pun tidak jujur.
Mengapa pakai helmet disuruh pada yang naik motor sahaja???, tidak pada yang naik kenderaan selain dari motor? Mengapa tidak kepada yang naik kereta??? Mengapa tidak kepada yang tunggang basikal. Mengapa tidak kepada yang naik lori. Mengapa tidak kepada pejalan kaki. Bukankah semua itu mempunyai risiko di jalanraya.
Walaupun pemandu kereta sudah pakai talipinggang keledar, dia tetap mempunyai risiko terhentak kepalanya pada cerman sisi dan terhentak kepalanya pada bumbung kereta, begitu juga dengan yang naik lori, bas, teksi dsb.
Apasai depa yang KETEGAQ dengan pemakaian helmet tidak pakai helmet semasa naik kereta, lori, bas dan teksi??? Mengapa tak dibuat undang-undang pakai helmet semasa naik kereta dan tunggang basikal??? Kalau dibuat undang-undang seperti ini, DEPA YANG KETEGAQ TU PASTI AKAN MENENTANG, percayalah, tengoklah depa pasti akan menentang!!!
Pemakaian helmet bagi yang naik kereta, lori dan basikal bukanlah suatu yang ganjil sangat. Polis peronda pakai helmet. Pelumba basikal pakai helmet. Malah pemandu lori pun saya pernah nampak pakai helmet, dia bawa hanya kepala lori sahaja.
Dalam komen nie takde siapa komen kenapa bukan Islam yang pakai serban tidak disaman dan di pertikaikan ? Saya tertarik pada komentar yg baru belajar undang-undang jalanraya tapi tak pertikaikan serban ke apa ke? dan komen seorg Dr kata risiko sama pakai atau tak pakai .Begitu juga org yg pakai topi keledar tapi merokok atau merempit dan penagih dadah .
Saya tak kata pakai helmet tu wajib. Helmet untuk keselamatan. Itulah yang dikempenkan kepada kita. Ikhtiar la tu. Soal helmet tak seratus peratus menjamin selamat tidak boleh jadi alasan untuk tidak berikhtiar. tu satu perkara.
Kalau helmet yang orang buat sebagai ikhtiar untuk jaga keselamatan kepala kita tak elok dan kepala bersepai juga, bukan buang helmet. Carilah helmet yang kualiti sikit. Nyawa bukan ada harganya.
Soal jaga keselamatan adalah perkara yang wajib tak payah ulas la. Melainkan ada bukti yang qat'ie bahawa jaga keselamatan itu tak wajib, saya pegang kepada prinsip bahawa jaga keselamatan adalah perkara yang wajib.
Itu la yang saya faham dari ayat "Janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan (kecelakaan)" - Surah Al-Baqarah:195
Anonymous Wednesday, January 21, 2009 7:23:00 PM MYT kata:
ada sorang doktor bgtau, sbnrnya pakai helmet kalau tetiba accident dan kepala terhempap atas jalanraya...risiko mati tetap sama sbb gegaran terhadapa otak. cuma helmet tu mengelakkan otak berterabur kat atas jalan. nanti susah nak di cuci oleh majlis perbandaran
Pakai helmet pun mati, kalau tak pakai lagi teruk. Tu satu.
Kedua, pakai apa pun bukan jaminan keselamatan seratus peratus, tetapi kena ada ikhtiar jaga kepala kita. Macam saya kata tadi, carilah helmet yang kualiti sikit. Prinsipnya mengurangkan risiko. Risiko tetap ada. Tetapi, apa salahnya berikhtiar untuk mengurangkan risiko?
Anonymous Wednesday, January 21, 2009 7:36:00 PM MYT kata:
Hey pak bakaq, Jgn nak mempersendakan orang yang nak pakai serban..
Tang mana aku persendakan orang pakai serban? Apa kerja aku nak persendakan orang pakai serban. Sedara-mara aku, kawan-kawan aku berlambak pakai serban, apa gilanya aku nak persendakan depa!!
Anonymous Wednesday, January 21, 2009 7:56:00 PM MYT kata:
Saya hanya ingin mengingatkan pak baqak supaya memakai seatbelt apabila duduk di belakang kereta kerana ikut kata pak baqa', hukumnya wajib. kalau tak pakai berdosa besar.
Kalau pakai seatbelt boleh kurangkan risiko dan boleh tingkatkan keselamatan (walaupun tak la selamat 100 peratus), aku pakai. Pakai seatbelt ja, what's the big deal? Insya Allah, kalau pakai tak berdosa besar.
Anonymous Wednesday, January 21, 2009 7:59:00 PM MYT
habis tuh, tambat unta sebelum tawakkal tuh hukumnya wajib la ye? nabi kata wajib ke?
Bukan soal hukum wajib ka, makruh ka, sunat ka. Soalnya ialah apa pengajaran di dalam hadith tu.
Semua yang di atas berhujah dengan hujah dan style masing-masing. Mungkin hampa betul. Aku pun bukan reti ugama sangat. Tapi aku jawab la bila aku rasa patut jawab. Terima kasih kerana sudi komen.
Tetapi, Anonymous Wednesday, January 21, 2009 10:55:00 PM MYT perlekeh sana-sini. Dari kata-kata hang, aku terasa sangat-sangat hang angkuh dan takbur.
Helmet untuk keselamatan? Kata-kata dari Tuhan kah atau fatwa dari orang kafir?
Prinsip umumnya jaga keselamatan adalah wajib. Macam mana ikhtiar nak jaga keselamatan, itu Allah s.w.t. bagi akal supaya berfikir. Contohnya, Allah kata makanlah yang halal dan toyyibah. Apa nak makan, fikirlah sendiri asalkan halal dan baik. Resepi pun fikirlah sendiri. Tidak semua nak sebut dalam al-Quran. Allah tak tanzilkan wahyu mengenai resepi dan beritahu satu-satu yang ni boleh makan, yang tu tak boleh makan. Kalau kita kata makan capati halal, adakah nak kata itu "Kata-kata dari Tuhan kah atau fatwa dari orang kafir?"
"Helmet untuk keselamatan" bukan suatu yang mutlak benarnya. Cuba kamu fikir, yang banyak mampus, yang banyak kojol, yang banyak mati dan yang banyak meninggal tu kebanyakannya adalah yang pakai HELMET, BUKAN PAKAI SERBAN.
Apa yang hang kata pun bukan mutlak kebenarannya. Kalau yang pakai pun banyak mati, tak pakai lagilah teruk. Kalau pakai, walaupun tak selamat 100 peratus, kurang-kurang ada ikhtiar. Selebihnya, pasrah kepada Allah.
Sebelum kata yang meninggal tu kebanyakannya yang pakai helmet, sudah tau berapa ratio yang pakai helmet berbanding pakai serban?
Kalau nisbah yang pakai helmet lebih banyak dari yang pakai serban, tentulah seperti kata hang "yang banyak meninggal tu kebanyakannya adalah yang pakai HELMET".
Oleh kerana dia tanya "Helmet untuk keselamatan? Kata-kata dari Tuhan kah atau fatwa dari orang kafir?", saya pun nak tanya sikit, mematuhi lampu isyarat untuk keselamatan tu kata-kata dari Tuhan kah atau fatwa dari orang kafir? Kalau di lebuh raya, kereta slow lane kiri kereta laju lane kanan untuk memudahkan perjalanan semua orang, tu kata-kata dari Tuhan kah atau fatwa dari orang kafir? Ambil insuran kereta motor untuk menguruskan risiko, tu kata-kata dari Tuhan kah atau fatwa dari orang kafir?
Kesian dan penat sungguh Hasan Al-Banna yang kata: "Islam membebaskan akal mendorong supaya menilik dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu. Mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmah adalah suatu barang yang hilang daripada seorang mukmin di mana saja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak memilikinya."
Mengkiaskan Nabi pakai topi besi semasa perang dengan pemakaian helmet di jalanraya adalah satu kias yang sangat jauh dan sangat tak kena. Orang yang buat kias ni janganlah nak tunjuk pandai dalam agama, janganlah nak berlagak pandai. Semasa perang tidak semua sahabat pakai baju dan topi besi, dan sebahagian sahabat pula BERSERBAN.
Apa yang jauh dan tak kena? Nabi pakai topi besi untuk jaga keselamatan. Orang pakai helmet juga dengan niat nak jaga keselamatan - walaupun keselamatan dari ditangkap polis, masuk lokap berhari-hari, jamban tak tutup, kalau tak nak mandi telanjang mandilah dengan seluar yang ada. Baju tak boleh pakai. Kasut tak boleh pakai. Lepas ambik wudhu' hati sentiasa was-was pijak lantai lokap tu. Satu lokap berbelas malah kadang berpuluh orang dari semua bangsa. Tidur bergelimpangan atas simen. Keluar masuk jamban semua orang basuh kaki ka?
Apa kes nak campakkan diri dalam lokap yang nak sembahyang pun hati tak selesa dan was-was tu?! Orang tangkap kita satu hal, tetapi saja-saja nak bagi kena tangkap, apa kes? Aku tak nak.
Tentera Islam tak semua pakai baju dan topi besi? Style masa tu bukan semua berperang pakai baju besi. Tentera Musyrikin pun dari 1000 lebih tentera bersama 200 pasukan berkuda serta unta yang banyak hanya ada 600 baju besi.
Ni yang payah, Aris cakap bab pengajaran apa dari tindakan Nabi pakai baju besi, dia pi cerita bab teknikal - "Semasa perang tidak semua sahabat pakai baju dan topi besi, dan sebahagian sahabat pula BERSERBAN.". Orang cerita bab lain, dia cerita bab lain, tak masuk stesen.
Mengeanai TAWAKKAL ada kekeliruan besar pada sebahagian besar orang yang memberi komen. Mereka berpendapat berusaha terlebih dahulu kemudian barulah bertawakkal.Ini suatu kekeliruan yang besar.
Hang yang keliru. Ni orang cakap dalam konteks pakai helmet sebagai ikhtiar untuk jaga keselamatan. Ikhtiar, faham dak? Dah itu cara yang orang umum tahu sebagai ikhtiar untuk jaga kepala depa. Pakai helmet tu ikhtiar. Ikhtiar tu pun serah diri kepada Allah juga - ikut sunnatuLlah, ikut law of nature. Tak mau terbakar, jangan bubuh tangan kat api. Sebab ikut law of nature, kena api mesti terbakar, melainkan pada waktu itu Allah tidak menghendakinya. Tak mau kepala luka, berdara, pecah, bersepai, ikhtiar pi la pakai topi keledar - dah itu ja cara yang orang umum tahu sebagai ikhtiar untuk jaga kepala depa. Kurang-kurang sebagai ikhtiar supaya tak masuk lokap, masuk jel.
Hey! Hang tau dak dalam jel berapa banyak orang kena liwat?!! Nak masuk sangat jel? Tok sah pakai la helmet sebab ikut undang-undang depa tak pakai helmet kena denda atau masuk jel.
Aku kasar dengan hang, Anonymous Wednesday, January 21, 2009 10:55:00 PM?
Ni kira dah lunak dah ni. Patutnya dengan orang angkuh dan takbur kena lebih lagi.
Bagaimanapun, ada perkara yang hang kata yang tiada bantahan seperti "ROKOK ADALAH HARAM, oleh itu saya nasihatkan awak berhentilah merokok, kerana rokok itu TIDAK SELAMAT untuk diri awak, isteri dan anak-anak awak."
dah la pak bakaq..aku rasa penerangan pak bakaq dah cukup jelas..aku tengok x dak kekeliruan pun dalam posting kat atas..aku pun x pandai sgt hal agama tapi cukup untuk mengatakan posting diatas.. tak ada salah pun...yang ada ialah salah paham dan salah tafsir pengomen2 yang aku rasa terlampau bijak dan tinggi ilmu agamanya...teruskan usaha pak bakaq!!
aku pelik kenapa kita nak berselisih pasal wajib dan sunat ni? undang2 dah ada peruntukan dah...haji dah boleh naik motor tak pakai helmet kalau dia nak. cuma yang perlu dibuat sekarang oleh pembuat undang2, adalah tafsirkan secara tepat, apa itu yang dipanggil "lebai". udah2 ler dok bagi hukum wajib ke sunat ke, kita ini perlu ingat, tanggungjawab kita kepada mualaf lagi wajib daripada kita dok berselisih isu serban. takde timbul isu siapa hina siapa...kepincangan dalam undang2 sudah jelas, maka elok kita sama2 pastikan pihak berwajib betulkan kepincangan itu supaya orang lain tak teraniaya pula. itu hikmah di sebalik semua ini. untuk menyedarkan yang lupa dan untuk muhasabah bagi yang berfikir.
salam.
Tak perlulah nak diperbesarkan isu ini. Bagi saya ia dah selesai. Ramai yang dah mula sedar tentang keutamaan yang wajib dan yang sunat. Jadi, kepada yang masih degil, mari kita betulkan 'mind set' kita. Utamakan yang wajib, kemudian baru diikuti yang sunat...
kalo dia mati accident pun dia mati dlm mempertahankan sunnah nabi.dia yakin pd Allah sepenuh hati drpd helmet.biarkan dia.dia belajar agama..dia lebih faham dari kita.kalau nak complain bab ni..belajar kitab2 tasawuf dlu laaa dr guru2.
ini bukan jumud tp keyakinan pd Allah!!!serupa nabi ibrahim terjun dlm api di dpn raja namrud kan.takkan kita nak kata nabi ibrahim jumud sbb tau api tu akan bakar dia tp yakin pd Allah supaya api tu takkan bakar dia.serupalaa macm budak pakai serban tu.mesti dia yakin pd Allah supaya Allah peliharanya dr accident.jgn pandai2 nak kata budak2 pondok nie jumud!!!!
patut ler geng-geng anti islam kata orang pakai serban kepala otak beku...
mule2 kene paham situasi...kat mane pelajar tuh bawak motor..kalo msk highway karak tuh mmg cari nahas la..tp yg biase saye tgk, bdk2 agame nih bawak motor x jauh mane..g tmpt yg dkt2 jer..pastuh diorg nih bawak bkn laju..saya rase diorg pn takut nk bawak motor x pakai helmet laju2..diorg pn blh la pikir jgk..
kite pn kene igt, bdk agame nih pon ade gak kadang2 peraturan diorg.katakanlah tok guru kate x boleh tanggal serban, kalo tanggalkan ilmu x berkat..dh jadi satu hal lg..
jd smpai ker esok pn benda nih x abes..kn senang kalo ade org buat helmet version serban..selesai sume masalah..pkai helmet pon kire serban..
tuh la masalah nyer..xde org lg nak reka helmet version serban..hihi
Pak Bakaq, tumpang lalu.
Yang aku tahu la, hal pakai serban ni kalau dah bergelar Haji tu polis lepaskan la. Polis tu bukannya tak berperi-kemanusiaan langsung. Lagipun, depa kenai sapa-sapa yg haji sapa yg bukan.
Ada jugak bebudak yg pakai serban tu nak ambil kesempatan. Malas nak pakai topi depa bantai la serban. Tapi kalau yg belajar kat sek agama tu, macam mana, nak bagi ka pertimbangan sikit-sikit. Aku tanya pasai dlm negara kita ni bila bagi satu pihak, yg lagi satu akan tanya pasai apa kami tak bagi? Susah la Polis nak jalankan tugas mereka.
Hai... Malaysia, kemana kamu?
Abu khuzaifah Abu Dzar...
keyakinan terhadap Allah bukan lah dengan cara menidakkan hukum akal yang Allah berikan untuk membezakan antara manusia dan haiwan...mana syariat kamu kalo terus nak terjun pada hakikat..kalo kamu betul2 yakin..kamu masuk dalam api nnt... terbakar ke tak? mana lebih baik..orang pakai helmet minta allah pelihara dia atau orang pakai serban minta allah pelihara dia dalam keadaan menunggang motor...
akal diberi untuk berfikir bukan untuk simpan je...kalo dengan keyakinan kamu boleh mengenyangkan perut kamu..x yah le kamu makan nasi..wat pe nak makan ...yakin jelah Allah beri kenyang...mengerti?..
Pakai topi keledar selamat? Research medical mana pak bakaq? kalau ada habaq mai..menarik gak nak dengaq..
Penarik beca,
Ramai sungguh orang luar datang melawat anda dengan isu "SERBAN SUNAT, KESELAMATAN WAJIB"
Banyak pendapat.Tapi bagi pendapat aku, serban dikepala pelajar pondok itu adalah pakaian orang arab dijadikan sunnah nabi jika dipakai akan dinilai dengan pahala sunnat. Kalau tak pakai tak jadi apa. Dan kelebihan serban bila dipakai nampak macam orang baik-baik dan beragama. Tapi kalau tak pakai serban, orang itu nampak macam orang baik-baik juga dan beragama.
Bagi orang Singh memakai serban adalah wajib kerana rambut lelaki Singh lebih panjang dari rambut perempuannya. Dengar khabarnya, menguruskan rambut yang panjang terpaksa mengambil masa berjam-jam lamanya. Rambut itu mesti dicuci seminggu sekali dan diikat kemas berserta dengan serban agar lelaki itu nampak menarik.
Jika tidak pasti kita orang berambut pendek akan takut bila melihat lelaki Singh menunggang motosikal dengan rambut mengerbang macam hantu dalam hutan.
Sebenarnya kaum Singh ini memang nak pakai helmet bila menunggang motosikal demi menjaga keselamatan kepala mereka tapi tiada saiz. Kalau ada pasti helmet itu lebih besar dari helmet sedia ada. Dan pihak kilang tidak mahu membuat helmet jenis Singh kerana permintaannya amat sedikit.
Kaum Singh yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan mereka boleh dikira dengan jari saja. Oleh kerana itu kaum ini dikecualikan memakai helmet ketika menunggang motosikal.
Disini tidak timbul isu pilih kasih antara serban haji atau serban Singh, tapi diberi peringatan tanpa bertulis bahawa keselamatan diri anda, anda tanggong sendiri. Tugas JPJ atau polis hanya mendisplinkan pengguna jalanraya saja.
Tujuan helmet dicipta dan dipaksa menggunakannya adalah untuk jaga keselamatan kepala, telinga, hidung, gigi dan mata agar tidak tercedera jika ada batu kecil diatas jalanraya yang melantun kemuka.
Orang yang menunggang motosikal pasti tahu bahaya batu dan pasir yang datangnya dari tayar kereta atau lori yang bergerak.....apa akan jadi pada muka mereka kalau mereka tidak memakai helmet yang diiktiraf...?
Untuk pengetahuan kita semua...
Serban yang dipakai oleh pelajar pondok tidak mampu melindungi mata, hidung dan mulut mereka dari terkena batu yang melantun kemuka mereka.
Kalau batu sudah merosakkan mata maka ketika itu apa yang akan pelajar pondok katakan.. "Tuhan tidak melindungi aku yang menegakkan sunnah nabi....?"
Oleh kerana itu tujuan menggunakan helmet itu adalah baik dan bersesuaian untuk semua orang yang menggunakan akalnya saja. Bagi anda yang tidak berakal "who care...?
سم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Haiyo sang kutu di tengah metropolitan, awak dah salah faham akan komen-komen saya dan komen dari yang lain-lain. Tak ada orang yang menentang pemakaian Helmet semasa menunggang motor. Saya tak bantah dan yang lain-lain pun tak bantah. Logika awak tentang pemakaian helmet tu dari segi sunnatullah tu betul-lah.
Kalau awak buat satu artikel tentang kebaikan pakai helmet dan tentang peri pentingnya jaga keselamatan dengan pakai helmet >>> tak ada orang nak bantah, tidak akan jadi polemik. Yang jadi masalah dan menjadi polemik kerana posting awak di atas sekali tu >>>
“Tadi, saya hantar SMS kat seorang kawan, "Pakai serban sunat. Helmet untuk keselamatan. Jaga keselamatan wajib."
Tidak ada orang yang nak bangkang kata-kata awak mengenai “Jaga keselamatan wajib”. Yang orang-orang beriman kepada Allah nak bangkang awak tu kerana posting awak tu yang bermaksud PAKAI SERBAN TIDAK JAGA KESELAMATAN DAN TAK LAKSANAKAN KEWAJIPAN, hah yang inilah yang telah diperbahaskan. Pemahaman bahawa pakai serban semasa tunggang motor tidak selamat dan tidak melaksanakan kewajipan bukannya suatu pemahaman yang mutlaq benar, yang tidak boleh dibahaskan seolah-olah pemahaman itu merupakan kata-kata TUHAN. Oleh itu aku harap kau faham kata aku “Helmet untuk keselamatan? Kata-kata dari Tuhan kah atau fatwa dari orang kafir?” Apa-apa yang bermanfaat mengenai urusan dunia dari orang kafir (yang tidak bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah) kita boleh terima bahkan boleh kita boleh bantah berdasarkan situasi yang berlainan yang memerlukan perbahasan lebih terperinci oleh pakar-pakar yang berkenaan.
Mengenai RATIO yang pakai helmet semasa menunggang motor berbanding pakai serban seperti yang hang tanya tu, jawapannya aku tak tahu. Setahu aku belum ada lagi survey dan research tang bab ni. Sepatutnya orang yang beria-ia hendak “mewajibkan dengan mengundang-undangkan pemakaian helmet serta mengharamkan pemakaian serban” lah yang buat scientific research dan proper survey untuk membuktikan bahawa pemakaian serban (oleh orang-orang yang beriman kepada Allah) semasa menunggang motor sungguh-sungguh tak selamat.
Untuk pengetahuan hang, dalam bab jaga keselamatan ini, orang-orang yang beriman kepada Allah adalah lebih ke depan dari orang kafir dan orang jahil murakkab. Orang mukmin mempunyai satu pakej keselamatan yang komprehensif dan lengkap yang tiada pada orang kafir dan orang jahil murakkab. Orang mukmin lagi muslim yang mengamalkan sunnah serban dan tunggang motor telah ambil langkah-langkah keselamatan sejak dari solat subuh lagi hingga mereka turun dari motor dengan zikir dan amalan sunnah dan sikap kebergantungan kepada Allah. InsyaAllah mereka akan dilindungi. Yang seperti ini tidak ada pada orang kafir dan orang jahil murakkab walaupun mereka pakai helmet yang terbaik sekali pun. Oleh itu perbahasan mengenai keselamatan hendaklah dilihat dari semua sudut, bukannya dari satu sudut sahaja seperti “helmet”. Orang muslim akan jaga aspek fizikal keselamatan seperti peraturan lampu isyarat, fast lane dan slow lane. Konsep muslim ialah tidak menyusah dan memhudaratkan orang lain. Ada perkara yang buat saya marah ialah apabila kebanyakan penunggang motor di KL termasuk polis tidak berhenti di belakang garisan putih semasa lampu isyarat merah. Walaupun mereka dah pakai helmet high quality, mereka tak jaga keselamatan.
[A.1] Mengenai kias. Rujuk http://penarikbeca.blogspot.com/2009/01/serban-sunat-keselamatan-wajib.html?showComment=1232549700000#c1503508027389238974 Anonymous Wednesday, January 21, 2009 10:55:00 PM MYT. Saya pertahankan kenyataan saya tu, tidak ada yang tak masuk stesen. Mengkiaskan pakai helmet dengan Nabi s.a.w.a. pakai topi besi semasa perang adalah kias yang tidak kena. Tidak ada ulamak zaman dulu yang berfatwa bahawa wajib pakai topi besi semasa tunggang kuda dengan laju.
[A.2] Yang menjadi amalan ulamak dan kaum muslimin ialah mereka pakai serban atau apa-apa alas kepala tradisional semasa tunggang kuda.
[A.3] Kias yang benar dan tepat adalah seperti berikut : Sekiranya Nabi s.a.w.a. dan sahabatnya dalam situasi bukan perang secara konsisten pakai topi besi semasa memecut dengan kuda dan unta, maka bolehlah difahamkan Nabi s.a.w.a. menjaga keselamatan, dan boleh dikeluarkan hukum sunat (mandhub) pakai topi besi atau helmet dalam situasi tersebut. Sekiranya Nabi s.a.w.a. perintah supaya pakai topi besi semasa memecut dengan kuda atau unta dan tiada hadis lain yang berlawanan, maka bolehlah dikeluarkan hukum wajib pakai topi besi atau helmet. Saya sebut MEMECUT DENGAN KUDA ATAU UNTA DALAM SITUASI BUKAN PERANG dengan maksud untuk perkiasan tunggang motor dalam situasi aman sekarang ini. Tetapi hadis yang seperti ini tiada.
[B.1] Mengenai tawakal pun saya pertahankan hujjah saya. Rujuk http://penarikbeca.blogspot.com/2009/01/serban-sunat-keselamatan-wajib.html?showComment=1232549700000#c1503508027389238974 Anonymous Wednesday, January 21, 2009 10:55:00 PM MYT. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk membetulkan salahfaham mengenai makna tawakkal. Setengah orang berpendapat bahawa hendaklah bertawakkal setelah berusaha, setelah berusaha barulah bertawakkal, dengan membawa ayat yang bermaksud “apabila awak telah berazam maka bertawakkal-lah kepada Allah” (Ali ‘Imran 3 : 159). Maksud sebenar ayat ini ialah setelah kita bermesyuarat lantas BERAZAM untuk melaksanakan sesuatu resolusi dan BELUM LAGI melaksanakan (berusaha) resolusi itu maka hendaklah kita BERTAWAKKAL kepada Allah. Malah kalau kita baca keseluruhan Al-Quran kita akan dapati bahawa BERTAWAKKAL kepada Allah hendaklah sentiasa ada dalam hati orang-orang Mukmin, bukan hanya sekadar selepas berusaha sahaja.
[B.2] Orang-orang Mukmin yang pakai serban atau helmet (mereka dengan kefahaman yang sahih) akan bertawakkal kepada Allah. Tetapi orang-orang kafir, bodoh dan orang-orang jahil murakkab, mereka tidak bertawakkal kepada Allah bahkan mereka bertawakkal kepada berbagai-bagai benda selain Allah.
[B.3] Saya terangkan tawakkal ini kerana ramai yang menyebut tawakkal dan pakai helmet dan berusaha. Oleh itu penerangan yang sikit panjang ini tidak keluar tajuk.
[B.4] Nah, setelah faham yang ini, kita akan faham bahawa menjaga keselamatan dan bertawakkal kepada Allah atau bertawakkal kepada helmet adalah dua perkara yang berlainan.
Untuk pengetahuan hang, saya ni bekas penuntut Institusi Pengajian Islam. Jangan samakan orang yang konsisten pakai serban dengan orang yang kekadang pakai serban. Jangan samakan orang yang konsisten pakai serban dengan orang yang pakai serban kerana “emergency” kerana tiada helmet.
Kebenaran yang mutlaq adalah dari Allah dan RasulNya yang tidak boleh dibantah. Kalau sekadar logika manusia lantas mendapat cemuhan dan bantahan dan dikasari bahasakan mereka, maka tidak usahlah bersempit dada. Adakalanya kita orang-orang beriman ini terpaksa berbahasa kasar untuk menyergah orang yang lalai dan ego. Sekian. Wallahu a’lam. Ùˆ الله اعلم
Yang orang-orang beriman kepada Allah nak bangkang awak tu
Sedap ayat di atas!
Yang orang-orang beriman kepada Allah nak bangkang awak tu kerana posting awak tu yang bermaksud PAKAI SERBAN TIDAK JAGA KESELAMATAN DAN TAK LAKSANAKAN KEWAJIPAN, hah yang inilah yang telah diperbahaskan.
Hang yang tafsir ayat aku suka hati hang. Lepas tu hang yang percaya sendiri kepada tafsiran hang dan lepas tu lutu sana-sini, apa aku boleh buat. Aku maksud yang lain, hang faham lagu lain, apa aku nak kata?
Pemahaman bahawa pakai serban semasa tunggang motor tidak selamat dan tidak melaksanakan kewajipan bukannya suatu pemahaman yang mutlaq benar, yang tidak boleh dibahaskan seolah-olah pemahaman itu merupakan kata-kata TUHAN.
Walaupun bukan itu yang aku maksudkan bila aku kata pakai serban sunat dan seterusnya, tetapi kalau hang kalau pakai ayat seperti di atas, apa masalahnya? Apa salahnya berbeza pendapat? Bukan aku tak reti hormat pendapat orang. Yang lain yang beri komen pun berbeza pendapat, aku tak bantai pun. Bahaslah elok-elok, bukan dengan cara angkuh dan bongkak. Ini datang dengan ayat-ayat takbur. Bila aku tengok orang nak tunjuk lagak, tunjuk bagak, dan, Allah juga menjadi Saksi, bila aku agak orang yang bagak tu ada mengaji agama ikut syllabus, tu yang aku sakit hati sangat tu!
Untuk pengetahuan hang, saya ni bekas penuntut Institusi Pengajian Islam.
Ada aku kisah? Who cares?! Kalau macam tu uslub hang pakai, ayat-ayat takbur, tengah duit pun aku tak hormat, whoever you are.
Kalau sekadar logika manusia lantas mendapat cemuhan dan bantahan dan dikasari bahasakan mereka, maka tidak usahlah bersempit dada. Adakalanya kita orang-orang beriman ini terpaksa berbahasa kasar untuk menyergah orang yang lalai dan ego.
Sah ini jenis yang tok guru ajaq lain, dia buat lain. Dengan orang kafir pun Allah suruh berhujjah elok-elok, awat yang mai sini lebih teruk dari kafir ka sehingga hang berlagak takbur?
menyergah orang yang lalai dan ego.
Orang yang lalai? Tanbihul ghafilin la kononnya? Tanbihul ghafilin cara kekwat? hii... Nak aku carut !
Dah la tafsir apa orang kata ikut suka hati, ayat-ayat takbur hang tu bukan sahaja tidak menyedarkan apa-apa, bertambah meluat lagi ada! Berlagak tak tentu hala. Aku tak dak ilmu. Aku jahil, jahil murakkab bersusun lapis lagi! Tapi aku meluat orang yang ilmu sekangkang kera nak berlagak jerkah sana sini. Pigirah!!
Orang yang ego? Ah, pencuri yang menjerit pencuri! pencuri!
Anonymous
Saturday, January 24, 2009 9:35:00 PM MYT
Dalam bab tawakkal ni hang tak boleh dok ambik ayat quran dan terus tafsir sendiri..sebab itu la kekeliruan berlaku pada hang berkenaaan posting Pak Bakaq...kerana hang suka tafsir sendiri...Pak bakaq nak habaq lain,hang paham kot lain...lepas tu terus wat kesimpulan sendiri pas tu tuduh orang...ini ke yang hang dapat masa dalam pengajian islam hang dulu.. oleh kerana hang ni bekas budak pengajian islam kan aku nak tanya tawakkal yang hang sebut tu datang dari mana? dari hang ka dari allah..kalo hang jawab dari hang kepada allah itu dah x betul...hang mana ada daya upaya apa sebagai manusia...kalo hang kata dari Allah..aku nak tanya, buat apa ada hang dalam tawakkal...
jangan mudah bercakap sahaja dlm soal tawakkal ni...tapi kalo hang rasa hang betul dan dah baguih lantak le..kalo hang nak tahu itu pun salah satu sifat mazmumah yang menyebabkan tidak akan ada tawakkal dalam diri hang..
salam...