Pengumuman:
Majlis ramah-mesra dan dailog antara anak-anak Terengganu di perantauan dengan calon PAS parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Presiden PAS akan diadakan esok!!
Ahad 4 Januari 2009
Jam 2.00 petang
Dewan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam
"Kalu menate tu jadi calong, kawe tok seh buat apa satu," begitu kira-kira gertakan seorang aktivis PAS di Kelantan. Berapi-api kemarahan dia. Sebut nama Tok Guru (Mursyidul Am PAS) pun tak jadi apa satu.
Namun, malang sungguh nasibnya. "Menate tu" jugak yang jadi calon. Orang mengira dia akan tidur, makan dan berak di rumah sahaja sepanjang musim pilihan raya. Menate tu maknanya binatang la!
Tiba-tiba, pada hari penamaan calon, dia yang berada di hadapan sekali dalam perarakan mengiringi calon. Jangan silap faham, sepatah pun dia tidak menegur sapa "menate" yang jadi calon tu. "Aku tak sokong dia (calon yang tak disukainya). Aku nak bagi mapuh (mampus) menate Umno ni!"
Tu cerita lama di Kelantan. Lama sungguh dah, lebih sepuluh tahun. Tetapi, saya sengaja membawa kembali cerita itu untuk menggambarkan sikap orang PAS. Sikap mereka mengingatkan cerita Cik Gu saya ketika mengaji tak habis di Sekolah King Edward VII di Taiping dahulu. Betul atau tidak saya tidak tahu. Tetapi, Cik Gu tu kata, orang England dan orang Perancis bagaikan bermusuh antara satu sama lain. Tetapi kalau orang lain menyerang salah satu dari mereka, mereka akan bergabung melawan si penyerang itu. Begitu lebih kurang sikap orang PAS.
Kalau siapa-siapa nak mengeksploitasi debik-mendebik antara sesama PAS, pada waktu ini dibesar-besarkan selisih pendapat antara puak muqabalah dan puak yang digelar sebagai puak Erdogan, dipersilakan dengan segala hormatnya. Tak dak siapa nak larang hampa membazirkan emosi hampa, buang duit dan masa hampa.
Mohd Abdul Wahid Endut memang dikenali sebagai "adik" Abang Pa dia (Abang Pa tu Cik Gu Pa la, Haji Mustapha Ali). Awat pulak hang kata adik Abang Pa dia, bakaq? Eii!! Hampa ingat senang ka Cik Gu Pa nak serah Dun Wakaf Mempelam kalau dia tak sayang sungguh orang tu? Sebelum diwakili selama lima penggal oleh Mohd Abdul Wahid, Dun Wakaf Mempelam tu Cik Gu Pa punya, dalam bahasa mudah ceritanya.
Cik Gu Pa sanggup bergelandangan ke kawasan-kawasan Dun yang belum tentu menang dan menyerahkan Wakaf Mempelam yang menjadi kubu kuat PAS kepada Mohd Abdul Wahid. Hampa ingat senang Cik Gu Pa nak buat lagu tu?!!
Cik Gu Pa tu warlord PAS Terengganu. Kalau dia bisik ja dia nak bertanding balik Wakaf Mempelam, dah tentu dah akan melatah-latah Mohd Abdul Wahid menyerahkan balik Wakaf Mempelam kepada Abang Pa dia. Macam kita tengah nak minum cendoi yang tinggal tak berapa sudu lagi dah nak habis, tiba-tiba mak kita yang telah tua nak rasa sama cendoi tu. Tentulah melatah-latah kita dengan penuh kasih sayang berkata, "Ambik, mak! Ambik, mak! Cek tak nak dah. Cek dah minum banyak dah!" Macam tu la Mohd Abdul Wahid akan serah balik Wakaf Mempelam kalau Abang Pa dia nak balik.
Bagusnya Abang Pa Mohd Abdul Wahid ni, dia tak buruk siku.
Tetapi, walaupun sampai begitu sekali eratnya hubungan protege dan mentornya itu, di dahi Mohd Abdul Wahid bagaikan tersorok apa-apa cap atau warna. Tidak ada cap muqabalah pada dahinya. Walaupun dah jenuh dah Abang Pa dia dituduh "Umno mole," Mohd Abdul Wahid tak terkena tempias petaka muqabalah - istilah yang kemudiannya dihiaskan kepada perbuatan yang saya benci dan musuhi tu.
Saya sendiri bila diberitahu bahawa Mohd Abdul Wahid yang nakal tu akan jadi calon, hati saya sejuk tak terkata apa-apa. Lepas tu, saya pun ambik teropong buluh saya, teropong sana-sini. Susah sungguh nak cari orang yang tak suka kat Mohd Abdul Wahid. Laa.... Mat Sabu pun suka!!
Dalam bab-bab politik ni, saya tak rajin sependapat dengan Zulkifli Sulong, sorang lagi budak Cik Gu Pa. Tetapi dalam bab Mohd Abdul Wahid yang nakal ni, saya setuju sungguh dengan Zul. Dia kata dalam Malaysian Insider, Mohd Abdul Wahid mempunyai sifat yang hebat, rendah diri ataupun tidak ada riak, bongkak atau hidung tinggi.
Macam Zul, saya juga mempunyai pengalaman peribadi dengan Mohd Abdul Wahid. Ketika saya menganggap saya ni budak Cik Gu Pa (La ni dak dah. Lama sungguh dah tak rasa diri jadi budak Cik Gu Pa. Lama sungguh dah!! Elleh, Cik Gu Pa pun tak kelapaq aku jadi budak dia. Sama-sama pinggan tak retak, nasik tak dingin - hang tak ndak, aku pun tak ingin), saya pernah pergi luar negara dengan Mohd Abdul Wahid dan beberapa kawan lain. Dari pengalaman itu, saya terasa sungguh betul apa yang Zul kata. Mohd Abdul Wahid yang nakal adalah kawan yang rendah diri ataupun tidak ada riak, bongkak atau hidung tinggi.
Hey bakaq, awat hang sebut Mohd Abdul Wahid yang nakal? Laa, takkan tak reti-reti kot. Nakal tu kira macam bahasa kinayah la (kiasan atau konotatif). Bila ada predicate yang lagu tu, tu maknanya aku suka la tu!
BismiLlahir-Rahmanir-Rahim, sahaja aku undi Mohd Abdul Wahid Endut, qurbatan ilaLlah (kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah). Nak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t., jangan pulak hampa tuduh aku memperalatkan agama. Apa ke bodoh dok kata orang memperalatkan agama. Kami ni alat agama Allah, macam mana kami nak memperalatkan agama pulak?!
Wahai orang-orang Kuala Terengganu, undilah PAS - qurbatan ilaLlah!!

Cantik? Klik 

AllahuAkabar.
perfect choice.Inshaallah.
beginilah bila kita membuat keputusan menggunakan panduan Islam iaitu ishtisyarah dan istikharah.
AllahuAkabr.
sungguh indah islam iti.
Istisharah and Istikharah method of management and decision making.
AllahuAkbar
Salam
Pak Bakaq...Dalam politik, orang yang mempunyai moral yang baik pun belum pasti boleh menang..banyak pemimpin yang mempunyai salah laku masih lagi di angkat oleh penyokongnya..x tau le orang2 KT ni cemana???
mcm tu yer?
Salam Bang Bakaq..
Insyaallah.. Kita akan menang kali ini..
pemimpin yang salah laku dan masih dipilih tu dlm
kumpulan HADHARI bukan dalam kumpulan hadarah islamiyyah.
dia kata bukan salah laku... cuma mukabalah je!