Saya mengucapkan tahniah kepada bakal Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang bersungguh-sungguh untuk memastikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disiasat dan didakwa kerana mengarahkan pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu (lihat laporan Malaysiakini "Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB Selangor").Saya juga mengucapkan tahniah kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) kerana membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Abdul Khalid yang disifatkan oleh gerakan itu telah menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan tersebut.
Sehubungan itu saya memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk membantu mangsa kekejaman rejim haram Israel.
Dana kerajaan negeri ternyata akan digunakan kerana Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Haji Husam Musa berkata, jumlah berkenaan akan dikutip melalui agensi-agensi di bawah kerajaan negeri.
Menurut Husam lagi, sumbangan itu bukan sahaja dari perbendaharaan negeri tetapi juga melalui agensi-agensi milik kerajaan negeri (lihat berita Harakah "Kelantan sumbang RM1 juta bantu rakyat Palestin").
Saya juga memohon jasa baik Gerak supaya membuat aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk memberikan bantuan sejumlah RM1 juta kepada mangsa banjir di Johor pada Januari 2007 lalu (lihat berita Harakah "Banjir di Johor: Kelantan sumbang RM1 juta").
Tok Guru sendiri mengakui, sumbangan dari kerajaan negeri itu dikeluarkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) untuk meringankan beban penderitaan mangsa tersebut.
Sebagai Mursyidul Am PAS, Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana ramai rakyat Johor yang menjadi ahli PAS atau sekurang-kurangnya beragama Islam.
Begitu juga mengenai sumbangan kepada rakyat Palestin. Tok Guru ternyata mempunyai kepentingan peribadi kerana majoriti penduduk wilayah Palestin yang ditakluki adalah saudara-maranya. Allah berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya (hanyalah) orang-orang mu’min itu bersaudara" (Al-Hujuraat :10).
Saya sangat mengharapkan budi baik dan kesungguhan Gerak untuk menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru kerana menggunakan dana kerajaan negeri untuk tujuan yang beliau mempunyai kepentingan dengannya di mana dana kerajaan negeri yang digunakan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor itu pasti akan disumbangkan juga kepada ahli-ahli PAS yang turut menjadi mangsa banjir sedangkan Tok Guru sendiri adalah pemimpin PAS.
Lebih dari itu, dalam penggunaan dana kerajaan negeri sama ada kepada mangsa banjir di Johor atau mangsa keganasan Israel di wilayah Palestin yang ditakluki, Tok Guru juga ternyata mempunyai kepentingan peribadi dan kepentingan bercanggah kerana rakyat Johor dan Palestin yang beragama Islam adalah saudara-maranya.
Penggunaan dana kerajaan negeri untuk membantu saudara-mara sendiri juga melibatkan conflict of interests atau kepentingan bercanggah.
Sekali lagi, budi baik dan kesungguhan Gerak dalam menyegerakan aduan kepada SPRM terhadap Tok Guru adalah sangat diharapkan (Permohonan kepada Gerak ini diilhamkan oleh Nur Aflah).










Cantik? Klik 






pak bakaq,
tak pasti samada GERAK dan UMNO faham bahasa sindiran yg digunakan dalam rencana diatas...selepas mereka jadi biul dan sasau ketika menerima kekalahan dalam PRK P-036.
Ala si Nazree tu junior aku masa kat SMAP Labu. Aku Form 6 dia Form 5 SPM tahun 2001. Pengetua masa tu Md Yunoh bin Dolah. Aku tau sikit2 la perangai budak ni. Tak der llar aku nak citer buruk dia, tp tu dulu, Sekarang dah berubah kot. Tp memang selalu cari salah orang, siap pasang perangkap lagi. Mungkin ada spy dia pasang dalam kerajaan selangor. So hati2.
Makluman : SABTU 7 Mac 2009 Tarikh Perhimpunan Raksasa Menentang PPSMI oleh GMP
Macam terasa hati je...
Satu cadangan sinis, woooit khir toyo..tak paham paham ke..diorang perli tu. Gerak da jadi gempak. Nak cari publisiti utk pemilihan bulan Mac???
Bakaq!
GERAK dah tak boleh bergerak bebas! Dia ikut telunjuk UMNO! Pengaruh Ezam dalam GERAK masih kuat. Budak mentah tu topeng ezam saja. Ezam pulak topeng UMNO! Cuba tanya dia orang. Tak ada ke file Menteri dan Menteri Besar negeri BN ? Atau simpan dalam kapal Selam untuk dihantar ke Monggolia?
Pak Bakaq,
Aku sebenarnya tak faham apa yang GERAK yang perjuangkan sekarang ni. Macam mana pula MB guna duit kerjaan negeri beri kepada rakyat salah tapi ada menteri rembat komisen juta-juta macam projek Port Klang Free Zone (PKFZ) tak ada pun lapuran dibuat.
Aku rasa la sejak ekonomi merudum dan harga barang-barang meningkat ni macam-macam cara dibuat oleh 'beruk-beruk' ni untuk mendapatkan bayaran bagi menampung keperluan perut mereka.
Yalah... zaman meleset dan kilang-kilang pun dah mula buang pekerja bukannya senang nak cari kerja sekarang ni. Perut perlu diisi tapi kerja tak ada... jadi jalan mudah nya pakat-pakat buat isu dan pergi hantar petition kat Istana semalam tu... sure dapat habuan RM3-4k seorang.
As a people of Malaysia,We want GERAK sue and make a police complaint that BN want to spent more than RM 1 billion for KT people before the By-election.
Saya pun rasa OK sahaja apabila 'mengerahkan' agensi yang dimiliki menyumbangkan seberapa mampu untuk program korban. Malah pernah pun dengar, korban besar-besaran yang dilakukan oleh di kawasan parlimen BN. Benda baik. TAPI, cuma tempangnya program korban itu, apabila dikhabarkan (kalau silap saya tarik balik poin ini) kesemua lembu itu dikorbankan di parlimen TS Khalid itu sendiri, sehingga mengundang kontroversi. Tambahan pula, parlimen BTR bukan dibawah Selangor. Sumbangan daripada agensi/syarikat milik kerajaan Selangor semuanya untuk orang bukan Selangor. Mungkin boleh jadi isu. Saya tak ada masalah korban dibuat ditempat yang memerlukan di luar Selangor ditempat jauh seperti Baling, Kemboja bahkan Palestin. TAPI, ada lagi kawasan parlimen kat Selangor yang boleh memanfaatkan sebahagian (kalau tak semua) peruntukan yang diberikan. Harap TS Khalid belajar daripada kontroversi.
Betul kot... Tan sri khalid mungkin lurus sgt.. Dia xpandai mcm khir toyo. Wak khir pandai... Yang salah dia boleh buat jadi betul.. Kan wak khir nie dah disiasat bpr. Mana ada salah pun... Wak khir nie kan bersih. Tgk muka dia, bersihkan??
Yang betul Tan Sri Khalid Ibrahim bagi sedekah 46 ekor lembu kepada penduduk Parlimen Bandar Tun Razak untuk majlis hari raya korban melalui anak syarikat PKNS (kerajaan selangor). Syarikat tak boleh sedekah lembu untuk korban, yang boleh berkorban adalah individu muslim yg mampu sahaja.
memandangkan rakyat Bandar Tun Razak ramai yg tak mampu berkorban nak makan daging lembu, jadi dengan ikhsan syarikat milik kerajaan selangor, TSKhalid sebgai MB ada kepentingan untuk membantu rakyat Bandar Tun Razak yg telah dizalimi oleh Najib Tun Razak. Penduduk Bandar Tun Razak telah lama tak merasa makan daging kerana kepongan Najib Tun Razak. Denhan ikhsan MB maka gembiralah penduduk Bandar Tun Razak. Inilah kebijaksanaan TSKhalid mengarahkan anak syarikat negeri selangor bersedekah lembu, kalau tidak ramai rakyat selangor berhari raya baru2 ni tanpa majlis korban lembu.
Zulgoji
itu sefaham aku hanya bahasa kiasan...nak kasi pihak sana faham dan reti. tetapi kalau tak reti reti jugak dan jika apa-apa tindakan yang dikenakan terhadap tok guru aku...solat hajat dan qunut nazilah akan aku dan para pejuang islam semua akan gunakan sebagaimana solat hajat di stadium sultan muhammad ke IV tempoh hari dilaksanakan.
TAKBIR !!!
Yang benci umno dan yang sayang pakatan itu hak masing2.saya menghormati semua.tapi isunya disini MB negeri selangor dan kalau nak sedekah ke rakyat selangor bolehlah.kalau nak sedekah ke rakyat kelantan pun bolehlah.TAPI KALAU KE RAKYAT PARLIMEN MB KHALID SENDIRI TAK BOLEHLAH.
Berdasarkan ilmu dan iman serta jasa Tok Guru Nik Aziz kepada rakyat dan Agama Islam,MAKA ADALAH SATU PENGHINAAN KITA LETAKKAN KHALID PADA TAHAP YANG SAMA DENGAN TOK GURU.
pak bakaq..sarcasm sungguh artikel kamu.kata pak isham rais...kah kah kah....
gerak ni tajaan ezam kan.ezam anti dgn TSKI kan?ezam anti pkr zaman loni kan?no wonder lah..
pak bakaq bodo la...
Tok Guru bagi duit kat Palestin ikut prosedur kerajaan negeri...semua EXCO tahu dan diluluskan....dan Palestin tu bukan kawasan Parlimen Tok Guru..
langsung tak sama dgn kes TSKhalid