Sedap!! Klik gambar di atas!

PM kita ni salesman US ka?

Bila Ahirudin Attan bertanya "why not Kamaluddin?" ketika mengulas berita The Straits Times Singapura hari ini bertajuk "Sanctions on Scomi chief" (dalam Malaysian Insider di sini dan dalam Malaysia Today di sini), saya teringat SMS seorang tokoh korporat kepada saya. Antara lain, dia kata:
Gua tak faham mengapa PM marah kat Muhyiddin sebab postpone FTA talks. Bagi gua, better postpone; 1. Let Obama administration take over dulu 2. Let the dust of the economic turmoil settle down 3. What's the hurry? PM kita ni salesman US ka?
Saya juga teringat posting blogger Umno, Amin Yatim, yang bertajuk, "Pak Lah jumpa Bush pasal Scomi?"

Antara lain, blogger Umno itu menulis:
Terdapat khabar angin yang sedang bertiup kencang di kalangan pemimpin politik Umno, bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno mendakwa tujuan khusus perjumpaan PM Abdullah Ahmad Badawi dengan Presiden US, George W Bush ialah membincangkan isu skandal nuklear Scomi. Scomi merupakan syarikat milik Kamaluddin Abdullah Badawi.

Menurut beliau, Bush sedang cuba meyakinkan beberapa ahli Kongres supaya tidak membangkitkan isu Scomi di dalam persidangan senat yang akan datang. Apa yang dibimbangkan apakah akan terdapat sebarang situasi "orang berbahasa, kita berbudi"?
Teringat juga artikel Raja Petra Kamarudin yang saya petik dan alih bahasakan ikut cara aku. Antara lain, artikel itu menyatakan, rakan niaga Kamaluddin, BSA Tahir hanya ditahan di bawah Seksyen 8 Akta Keselamatan Dalam Negerei (ISA). Penahanan di bawah Seksyen 8 tidak memerlukan orang yang ditahan menjalani soal-siasat polis selama 60 hari, seperti yang diharungi oleh mereka yang ditahan di bawah Seksyen 73 ISA. Penahanan di bawah Seksyen 8 adalah di bawah bidang kuasa Menteri Keselamatan Dalam Negeri, jawatan yang dipegang Perdana Menteri sendiri.

Jika Tahir disiasat polis, menurut editor Malaysia Today itu, akan terdedahlah siapa lagi yang terlibat dalam tindakan Scomi mengeksport komponen nuklear ke Libya. Perkara itu amat berbahaya kerana Scomi adalah syarikat milik Kamaluddin, anak Perdana Menteri. Jika siasatan membuktikan Kamaluddin tahu tindakan Tahir menggunakan Scomi untuk mengeksport komponen nuklear ke Libya, kepala Kamaluddin terpaksa diserahkan kepada Amerika Syarikat.

Persoalan yang lebih penting ialah di manakah Tahir sekarang? Adakah beliau berada di Kem Tahanan Kamunting? Jika tidak, di mana?

Raja Petra mendakwa, Tahir tidak ditahan. Beliau kini menikmati perlindungan untuk memastikan beliau tidak dapat disentuh oleh Cawangan Khas dan CIA.

Sila baca juga posting kawan saya, The "thirteen million plus Ringgit" guy bertajuk "The Scomi story," "The ghost of Scomi past coming to haunt Abdullah" oleh A Voice dan berita-berita BBC mengenai Scomi.

Di bawah ini, saya copy and paste apa yang saya jumpa di sini:
Ketika menutup kes SCOPE, syarikat 100% milik SCOMI yang 53% dimiliki oleh Kamaluddin Abdullah Ahmad Badawi, 36, anak lelaki tunggal Perdana Menteri yang dilaporkan oleh CIA kepada Presiden George Bush sebagai pembekal centrifuge untuk meningkatkan kadar uranium untuk senjata nuklear, Perdana Menteri telah dilaporkan oleh Associated Press (AP) sebagai berkata, "syarikat anak saya telah terpedaya dan kes selesai". Laporannya adalah seperti berikut:-

Sila rujuk http://www.guardian.co.uk/worldlatest/story/0%2C1280%2C-3761674%2C00.html (maaf jika hiperangkai telah ditutup sewaktu anda cuba membaca).

Laporan di atas di tulis oleh akhbar terkemuka Guardian yang berpengkalan di London pada 18 Februari 2004. Sebagaimana diketahui umum, kerajaan Bush sama sekali tidak membiarkan mana-mana negara lepas dari tekanan dan serangan Amerika sekiranya melibatkan senjata nuklear. Itu sudah lama diketahui umum. Namun begitu, bagi kes Kamaluddin ini, ia telah diselesaikan dalam masa kira-kira seminggu sahaja walaupun Presiden Bush sendiri sebagaimana yang dilaporkan oleh media, mengesahkan jenis peralatan yang sama telah dibekalkan oleh rangkaian Kamaluddin kepada Iran, Korea Utara dan Libya.

Bagaimana Kamaluddin boleh terlepas dengan mudah tanpa seorang pun dalam rangkaian perniagaannya bersama Abdul Qadeer Khan ditahan? 4 Mac 2004, hari Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi membubarkan parlimen Malaysia, adalah kira-kira dua minggu selepas laporan di atas ditulis, dimana SPR juga telah mengisytiharkan tempoh berkempen cuma 7 hari yang merupakan paling singkat dalam sejarah Malaysia.

Pada 2 Mac 2004, The STAR melaporkan bahawa syarikat kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Bhd telah menjual sebahagian dari 300 juta sahamnya yang berjumlah 5% dari keseluruhan milikan Telekom Malaysia Bhd kepada Temasek Holdings yang dimiliki oleh kerajaan Singapura yang juga memiliki SingTel, syarikat Telekomunikasi No. 1 di Asia Tenggara, pada harga 1.6 Billion Ringgit. 300 juta unit saham kerajaan ini telah 2.3 kali terlebih langgan dengan 70% dikuasai pelabur asing yang disifatkan oleh The STAR "the biggest ever placement in Malaysia's corporate history".

Hasil penjualan saham Telekom kepada kerajaan Singapura ini telah meningkatkan milikan asing di dalam syarikat telekomunikasi negara ini dari 4% kepada 10%. The STAR mengakhiri laporan di atas dengan melaporkan pengesahan Menteri Kewangan kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop bahawa kerajaan sedang di dalam proses untuk menjual lebih banyak lagi saham miliknya dan menyatakan bahawa penjualan saham Telekom kepada kerajaan Singapura adalah sebagai usaha mengembangkan ekonomi negara, sama seperti yang diakui oleh Datuk Anwar Aji, Pegarah Urusan Khazah Nasional Berhad. (rujuk muka depan STARBiZ, 2 Mac 2004).

Di halaman yang sama berita di atas ditulis, wartawan the STAR, Jagdev Singh Sidhu, turut melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd. Telah memberi kontrak sekurang-kurangnya 2 Billion Ringgit bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI, syarikat yang sama yang menjadi pembekal senjata nuklear dan di dalam perhatian tentera Amerika. Jagdev melaporkan, SCOMI yang menghantar dokumen tendernya pada bulan Ogos 2003 sebelumnya dijangka akan hanya memperolehi 1/3 dari nilai kontrak yang asal iaitu hanya 1 billion Ringgit sebelum secara tiba-tiba meningkat ke 2 Billion Ringgit. Kejayaan 100% syarikat Kamaluddin Abdullah mendapat kontrak ini, seperti yang dilaporkan oleh Jagdev, adalah dengan mengenepikan Petra Perdana, syarikat bumiputera yang dikuasai Tengku Ibrahim Petra yang mengalami kejatuhan saham yang teruk akibat kehilangan projek Petronas ini.

Hari ini, negara Singapura yang sering dianggap musuh tradisi Malaysia sejak zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, telah pun menguasai sistem telekomunikasi yang merupakan alat penting sistem ketenteraan dan di dalam proses rundingan untuk mendapatkan kedudukan di dalam Lembaga Pengarah Telekom Malaysia Berhad, seperti yang dilaporkan di dalam banyak akhbar tempatan.

Sebenarnya, The STAR di dalam keluaran 6 Mac 2004 juga melaporkan penjualan saham Telekom Malaysia Berhad oleh Kerajaan adalah untuk menyelesaikan masalah Celcom yang diambil alih oleh Telekom di dalam usaha meyelamatkan Celcom setelah mengalami kerugian teruk sewaktu diterajui Tan Sri Tajuddin Ramli. Ini bermakna kerajaan Singapura, selain Telekom, telah turut juga menguasai Celcom yang kini menguasai pasaran utama perkhidmatan telefon mudah alih yang juga menggunakan frekuensi telekomunikasi dan infrastruktur yang juga penting untuk ketenteraan. Apa yang lebih menarik, wartawan Sharmin Jassal, di dalam laporannya di The STAR 6 Mac 2004, "What's Next for Telekom", menulis tentang tiada had dan sekatan untuk kerajaan Singapura melalui Temasek untuk menguasai Telekom dan Celcom jauh lebih banyak dari 5% yang dianggap permulaan ("maiden exposure").

Dalam perkembangan berkaitan, menurut laporan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia, di bawah pentadbiran Datuk Sri Najib Tun Razak, ketika ini masih lagi merundingkan perkhidmatan teknologi minyak pelinciran, oleh Magna Chemical Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan (no. daftar K.KEW/K&B/D/02/494/357-049678. Sila rujuk http://www.magnachemicals.com.my/home2.html).

Sistem untuk kegunaan kenderaan ambulan tentera, K200, telah diguna pakai oleh Angkatan Tentera Malaysia pada 6 Mac 2002 dengan setelah berjaya diuji pada 28 Oktober 2001.

Sistem yang sama juga sedang di peringkat perancangan untuk kegunaan kereta perisai buatan DRB-Hicom, Adnan, di mana kumpulan Magna International (sila rujuk http://www.vappro.com) turut memberi perkhidmatan kepada kerajaan Singapura dan mempunyai hubungan langsung dengan kerajaan Israel dan Unit Ketenteraan Amerika Syarikat, melalui Col (Ret.) Ben Ami Cohen, yang merupakan "Deputy Millitary Attache" di kedutaan Israel di London. (Menurut risalah umum "Buyer's Guide - Commercial" yang dibekalkan oleh Syarikat Mangna Chemical International Pte Ltd yang berpengkalan di Singpura. Rujuk http://www.magnachem.com.sg)






Sumber Maklumat, "Maklumat Pembeli" (Buyer's Guide) yang merupakan dokumen awam, dan bukan rahsia kerajaan:

Analysis wartawan Kelab Bekas Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak mendapati, secara kesimpulannya, tarikh-tarikh yang dinyatakan di atas boleh diringkaskan seperti berikut:-


1.Awal Februari 2004 - President George Bush mengisytiharkan penglibatan Kamaluddin di dalam penjualan senjata nuklear menerusi SCOMI Percission Engineering (SCOPE).




2.18 Feb 2004 - Laporan the Guardian tentang pelepasan Kamaluddin oleh kerajaan Amerika kerana tiada kes.




3.

1 Mac 2004 - Khazanah Nasional menjual Telekom Malaysia kepada kerajaan Singapura. Ini adalah penjualan pertama di dalam sejarah tanah air di mana saham bagi keperluan strategik negara seperti sistem telekomunikasi dibenarkan untuk dimiliki oleh kerajaan negara lain.





4.2, 3, 4 dan 6 Mac 2004 - Pengesahan The STAR bahawa Kamaluddin mendapat kontrak 2 Billion dari Petronas.




5.3 Mac 2004 - Tarikh Perdana Menteri mengisytiharkan pembubaran Parlimen.




6.4 Mac 2004 - Parlimen dibubarkan (bagi megelakkan isu ini dibincangkan pada sidang Parlimen pada 8 Mac 2004).




7.13 Mac 2004 - Hari penamaan calon.




8.21 Mac 2004 - Pilihanraya Umum (selepas 7 hari berkempen).

PERSOALAN YANG MEMERLUKAN JAWAPAN SEBELUM 21 MAC 2004:-

1. Kenapa Presiden George Bush dengan mudah melepaskan Kamaluddin yang juga tidak di tahan ISA bagi penglibatannya di dalam aktiviti-aktiviti keganasan?


2. Kenapa Perdana Menteri, Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan Singapura berbanding di zaman Tun Dr. Mahathir?

3. Kenapa kerajaan pimpinan Abdullah menjual Telekom Malaysia kepada kerajaan Singapura tidak sampai dua minggu selepas Kamaluddin dilepaskan oleh Presiden Bush? Dan kenapa yang dijual adalah Telekom, pembekal utama sistem telekomunikasi negara yang penting untuk ketenteraan jika tujuannya hanyalah untuk menggalakkan perkembangan ekonomi? Kenapa sekarang?

4. Apa kaitannya syarikat teknologi ketenteraan, Magna Chemical, yang sedang merundingkan sistem minyak pelinciran bagi kereta perisai kepada Angkatan Tentera Malaysia, dan mempunyai hubungan langsung dengan Israel, Amerika Syarikat dan Singapura? Bukankah Singapura adalah rakan kongsi Amerika terbesar di Asia di dalam program pembinaan besar-besaran senjata pada tahun 2008?

5. Apakah mungkin Kamaluddin yang menggunakan kepentingan bapanya untuk mendapatkan berbillion-billion ringgit dari harta negara ini terlibat di dalam pembekalan senjata nuklear kerana ingin membela negara-negara Islam?

6. Kenapa Abdullah tergesa-gesa mengisytiharkan pembubaran parlimen sehari selepas nama anaknya disiarkan oleh The STAR kerana mendapat kontrak 2 billion dari Petronas dan 2 minggu selepas dilepaskan oleh Presiden Bush?

7. Kenapa penyanyi Amerika Syarikat, Mariah Carrey, masih dibenarkan datang ke Malaysia ketika isu nuklear Kamaluddin hangat diperkatakan oleh masyarakat? Apakah pengawal-pengawal peribadi Mariah Carrey semata-mata terdiri dari penggiat seni sahaja?

- Seperti yang dilaporkan oleh Wartawan Kelab Bekas Penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. PAKAT-PAKAT JUAI MALAYSIA LA...DULU TENGKU ABD RAHMAN JUAI SIKIT.MAI HUSSEIN ONN JUAI SIKIT LAGI, MAI PULAK MAHADET DAH DEKAT SETENGAH MALAYA DAH DIA JUAI, LANI DOLAH BEDAWI PULAK JUAI SAMPAI DEKAT NAK ABEH.CUMA TUN RAZAK JA TAK JUAI MALAYSIA TUPUN BUKAN PASAI DIA BAIK TAPI PASAI DIA MATI AWAI LEPAIH NI ANAK DIA PULAK NAK JUAI MALAYSIA DENGAN ORANG-ORANG DIA SEKALI PASTU DIA NGAN BINI DIA YANG GEDEBAB TU LARI PI INDIA DOK NGAN SHAH RUKH KHAN HEHEHE...

  2. Hihihi... Tidak syak lagi!! Part kahwin dgn Datuk Shah Murtad Khan tu i sokong 200%...
    ~kalau dah namanya UMNO a.k.a SARKIS~

  3. Kalo pemimpin dah sanggup jual agama,,setakat nak jual negara..x de masalah punya!!

  4. Penarik beca,
    Sekiranya apa yang tercatat seperti diatas adalah benar, maka malang sungguh rakyat Malaysia diperbodohkan oleh Perdana Menterinya yang dianggap bijak.

    Seperti apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anuar Ibrahim, demi diri, keluarga, dan kroni maka mereka sanggup menipu dan menjual harta pusaka rakyat.

    Dengan perangai yang sebegitu rupa, apakah ahli UMNO yang melantik presidennya sebagai Perdana Menteri merasa bangga dengan apa yang sudah dilakukan...? Masih ada lagi kah perdana menteri dari UMNO akan menjual harta pusaka rakyat Malaysia...?

    Ini adalah rumpun rasuah yang diamalkan oleh UMNO. Bekas perdana menteri Thailand Thak Shin dan Perdana menteri Malaysia berpendirian sama, mereka jual aset dan maruah negara kepada Singapura.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008