Update 3.32 petang 27/1/09
Saya tak menentang bagi tanah kat siapa pun, asalkan dia disahkan berhak. Yang saya tak puas hati ialah kenapa dibagi hak milik 999 tahun. Bak kata Cik Gu Pa, "selagi adanya bulan dan matahari".
Posting asal
Saya dilahirkan di Jebong, Matang, Taiping, Perak. Apa pasal nama dia Jebong mana aku tau. Di belah-belah kampung Mat Sabu, jebong ialah panggilan kepada pondan.
Oleh kerana ada roots di Perak, memang sebak hati saya apabila membaca berita Raja Muda Perak sebak (Sila baca Utusan Malaysia 16 Januari 2009 bertajuk "Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu").
Sehari dua lalu, kawan-kawan dalam Umno menyatakan, dalam pertemuan Datuk Ibrahim Ali dan beberapa orang lagi dengan istana Perak, pihak istana menyatakan rasa tidak senang dengan rancangan memberikan apa yang dinyatakan oleh Haji Mustapha Ali sebagai pemberian hak milik "selagi adanya bulan dan matahari" yang "hanya berlaku di zaman penjajahan Inggeris" (Sila baca posting Cik Gu Pa yang bertajuk "Milik kekal hanya di zaman penjajah sahaja") Saya bersetuju dengan Cik Gu Pa. Bukan kerana dia Cik Gu Pa, tetapi kerana apa yang dia cakap tu betul pada saya.
Untuk berlaku adil terhadap pandangan semua pihak, sila baca tulisan kawan saya, Zin Mahmud bertajuk "Hilang tanah akibat Darurat" (Utusan Malaysia 18 Januari 2009).
Kepada saya, jika benar istana tidak puas hati dan jika benar perasaan itu disampaikan kepada Ibrahim, kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tak bolehlah buat pekak sahaja. Nak mentadbir negeri perlukan kerjasama istana. Kalau istana buat hal, banyak susahnya. Tanyalah kerajaan PAS Kelantan yang banyak pengalaman menghadapi karenah istana.
Orang biasa seperti saya boleh merasa meluat terhadap istana. Memang sejak dari sekolah menengah lagi saya tak akan angkat tangan berdoa apabila khatib membaca doa istana setiap kali saya pergi sembahyang Jumaat.
Tetapi, orang kerajaan seperti Yeop kita yang menjadi Menteri Besar Perak, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh buat pekak badak terhadap keresahan dan sebaknya istana - tak kiralah walaupun istana Perak juga yang menggadai tanah air dan maruah bangsa melalui Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
Tinggal lagi, saya berharap semua pihak yang sebak supaya merasa sebak juga dengan tindakan kerajaan Perak sebelum pilihan raya 8 Mac tahun lalu yang memfaraidkan 20,000 ekar tanah kepada tauke Cina di Lumut. Tak eloklah sebak bertompok, sedih tak merata. Janganlah hendaknya sebak berpilih-pilih.
Saya juga akan berusaha untuk menghilangkan sebak dengan mencari pelbagai fakta tentang keadilan kerajaan Perak sebelum pilihan raya 8 Mac lalu dalam soal pemilikan tanah di negeri saya itu. Sebagai pemulaan untuk menghilangkan sebak, saya dah baca posting kawan saya, Sheikh Teluk Intan yang bertajuk "Meto betoi teman dengan si Nizar nih!!!!!"

Cantik? Klik 

Salam Pak Bakaq...
Apa tak metonya kat MB perak ni...aku dengar bagi kat cina hak milik kekal 999 tahun sedang orang melayu xde plak diberinya begitu...lama2 nnt org melayu kena halau dari tanah mereka..aku pun heran le dengan diaorg ni kalo nak ambil hati pengundi pun jgn le sampai melampau2 pemberiannya...kalo tanah tu bapak dia punya aku x kisah sgt..lantakle..itu amanah rakyat pd kerajaan negeri...sultan pun tensen...pikir balik le MB..sebab tu org kata ko tu boneka...benda camni pun takkan ko x leh pikir...ngikut je apa kate deme...aku respek ko tapi tindakan ko ni amat memalukan parti ngan org melayu..aku sedih!!!
benarlah kata-katamu ya sahabat. apakah rasional dan justifikasi dalam pemberian tanah sedemikian rupa. nampaknya untunglah menjadi bangsa cina di malaysia umno pun nak, pkr pun nak, pas pun nak.masing-masing kelompok akan cuba sedaya upaya memikat hati kaum cina. kita tak kisah kalau dasar yang diamalkan betul dan tidak terselit sebarang keraguan. apakah dengan menganugerah tanah sedemikian rupa ADIL.Apakah ADIL hanya terpancar bila hulur tanah. DASAR Pakatan Rakyat perlu jelas dan dimaklumi umum. Kita tidak mahu adanya satu kaum yang berasa amat MAHAL dan mempunyai bargaining power yang tinggi.Kesamarataan dan keadilan perlu dilaksanakan secara saksama dan adil menepati kehendak dan tuntutan agama lagi sahih.
Aku tengok MB Perak ni jenis bodoh sombong..bodoh yang tak boleh di ajar..sejahat2 amno takde la bagi hak milik kekal 999tahun..
Orang sebelah Hutan Melintang kata, pebuatan macam itu "temoh-moh".(berlebih-lebihan kerana rasa megah).
Pak Bakaq,
Itu hal kat Perak... yang kat Wilayah Iskandar Johor tu macam mana? Dengar Tuanku Sultan tak setuju dengan hak leasing 99 tahun tu tapi Pak Dollah dan para pengampu tak ambil pusing pun.
Satu lagi pasal kawasan tadahan air kat Johor yang dah di sewakan (atau gadai?) kepada Singapura... macam mana ni semua boleh berlaku?
Apa nak jadi dengan Tanah Melayu ni aku pun tak tahu. Takut anak cucu kita merempat kat negara sendiri.
Sa
KAlau tak dibagikan tanah tu, sapa yang mendiami dan menduduki tanah tersebut ??. Idak ke China tu jugak. Habis apa salahnyor, kalau terus dibahagikan nama pada yang dah menduduki tanah tersebut berabad lamanya.
Orang Melayu di Kampung Tersusun. diberi hak milik 999 tahun apa ko salahnyer?? bagi jugaklaaa.
Aku pun tak faham orang Perak. Kalau bagi sikit-sikit pada ramai orang. Depa bising. Tapi kalau bagi banyak tanah pada sikit orang, depa tarak bising???
Orang Perok tak pandai kira yer??
em.apa yang didengar hanyalah isu pemberian tanah kepada penduduk kampung baru, sedangkan pemberian hak milik kekal kepada penduduk kampung tersusun (kg. orang2 melayu) tidak pula dihebahkan. Biasalah, ini rentak AMENO yang ingin memain isu perkauman. Sape2 yg terasa berkaum, igt2 lah nabi x ngaku ummat woOoo.sensitip jugak.
Dah perintah lama, skrg baru sedar nasib org Melayu, raja Melayu baru nk sensitif...ntah la yeop.
My goodness,
We have been the citizens of Malaysia since independence. Be it Malay, Chinese, Indians, Kadazan, Ibans and many others. When are you guys going to learn? By the way, Kampung tersusun, mostly malay owners also benefited. Plus the facts that these kampung baru people have been staying in these TOL lands for 51 years. Come on lah! Belas Kasihan kah dia lah
Adalah ini adat orang melayu? Ataupun perangai sama macam orang zionis yang dibenar? Cuba guna otak! Pikirlah!
Penarik beca,
Kalau kita menyuarakan rasa tak puas hati berkaitan dengan pemberian tanah tu dalam blog saja tak cukup, Menteri Besar Perak tidak baca blog ini, dia tak akan beri penjelasan dan ianya tiada penyelesaian.
Kepada sesiapa saja rasa sebak kerana tindakan Menteri Besar itu tidak patut maka pergi jumpa dia bersemuka dan berhujah dengan dia. Dari situ kita akan dapat jawapannya. Sama ada Menteri Besar itu layak dihormati atau dia sememangnya patut diganti.
Jangan jadi anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh, anjing sakit tekak dan telinga orang kampong jadi pekak.
UMNO dah sedekahkan Singapura pada Cina, Pulau Batu Putih, dengar kata Pulau Pisang tentera Singapura ada berkawal di sana. Majoriti kawasan Melayu UMNO kasi ke Gerakan, DAP, MCA dan MIC. Banyak tanah di Pahang dah jadi milik kekal org cina dan india khasnya di Bentong.
Aku tak tahu tentang kanun tanah negeri Perak... cuma aku difahamkan masyarakat cina yang mendapat tnah tersebut dah dudok diatas tanah tersebut dah 3 keturunan dan mereka mendudoki atas sistem TOL.
Cukai tanah tOL berbeza dengan cukai tanah milik sendiri... sama ada kerajaan negri mendapat faedah lebih selepas tanah ini dihak milikkan itu aku rasa ada metematiknya.
Cigu Pa berhujjah selagi ada bulan dan matahari.. dia jugak perlu faham, nak suruh pindah dari tanah TOL yg mereka dudoki..bukan benda senang ikut hati sendiri..mereka juga manusia dan pemerintah ada tanggong jwb yg perlu ditunaikan... ada kah kita masih tebal semangat perkaumannya?????
Tidak kah memberi sedikit kuasa memiliki tanah ini akan meringankan masa depan mereka????.. UMNO / BN dan barua2 Melayu menjual dan mengadaikan tanah hak org Melayu kepada bangsa asing secara licik dan berniat jahat, lebih banyak jumlahnya dari apa yg kerajaan negeri Perak berikan kepada masyarakat cina ini.
Sentimen bukan dari akal selalunya dari nafsu dan jiwa yang kotor.
fikir2kan lah...
kawan bebetul tak paham dgn negeri perak ni. selama ini sudah 50 tahun tak ada pun dengar istana perak sedih beratus ekar dibagi pada tauke Cina. Bila nizar bagi tanah pada rakyat perak keturunan cina (bukan tauke Cina) istana perak sedih pulak ?
Alahai Pak Bakaq...
999 tahun tu ada ke yang boleh bayor pemiumnya...?
Kalau ada pun mesti tak sampai 10%...
Balance 905 lagi boleh mampu takat 99 tahun jer...
Apa nak risau beb...?
cuba kome pikir ..kat beruas, tempat teman, ada satu aja kg baru...tapi cuba bilang berapa kg tersusun ..
komen tak boleh pikir ke ??
tak pelik ke kalau nizar nak bagi hakmilik kekal kat kg tersusun(kg dan tanah bapak aku juga), tapi tak bagi kat kg baru??
kome ingat kg baru ni ladang dan kebun ke ? lot tapak rumah aja.. nape, kome nak halau ke cina dan anak cucu dia dari rumah dema tu ??
bagi aku, tak ada isu setahun atau 1000 tahun pun.. dia dah duduk kat situ sejak sblm merdeka ..1950-an.. apa bangsa pun, tak kan kita nak halau bior deme merempat ??
kemudian jadi ugutan dan mainan umno, mcm yg jadi kat kg tersusun? kalau nak geran, sokong umno..lepas 4 kali PRU, baru dapat geran , tu pun 99 tahun..tolak 4 kali PRU, tinggal berapa tahun ?? akai ada ka ??
mcm ni la..kita fikir secara lebih rasional dan profesional..tolak agenda politik ke tepi..kita perlu bersikap adil..(ADIL = meletakkan sesuatu kena pada tempatnya)
di perak, tanah diberi selama 999 tahun...kenapa? mereka sudah lama disitu.berabad lamanya..kemudian di kg tersusun diberi kaedah yg sama.tetapi tidak dijadikan isu..kenapa?
cuba lihat di pejabat tanah perak..berapa byk tanah yg diberikan kepada org cina sebelun ni?????sapa yg bagi? diulangi, SAPA YG BAGI??? bkn sekadar bagi, malah ada dusun2 yg kononya hak milik kekal kini diubah..x percaya? cuba pergi pejabat tanah.tp kenapa x jd isu? kita kena ADIL dengan semua.jgn 'bias'..
sebab tu la ia jd isu kerana yg perintah perak adalah Pakatan Rakyat..atau bagi mereka2 yg cuba mempertikaikan isu pemberian tanah kepada cina ni, sila rujuk NEGERI JOHOR..pagoh tu hampir separuh tanah melayu dijual kpd cina.LEONG HUP..x caya? tgk kt pejabat tanaj muar.ada kuar berita x? x der kan...di wilayah pembangunan iskandar (WPI), brapa byk tanah kena jual ngan cina? cina singapore lagi..ada kuar berita??
sapa yg musnahkan melayu sebenarnya???
tepuk dada tanya iman..
*moga Allah ampunkan dosa dan kesilapan saya..
999 tahun bukan hakmilik kekal..itu pajakan. kat Perak banyak tanah pajakan 999 tahun ni. Bukan perkara baru yop.
yang orang persoalkan tempoh hakmilik yang tak menasabah tu,bukannya pemberian tanah..kalau tak nampak bezanya takyah cakap laa..bagi laa tanah kat cina mana pun tapi jangan laa sampai 999tahun..itu kerja orang bodoh atas arahan puak2 jenis diberi betis nak paha..
aku ada dengar cerita yang Nizar akan diganti oleh orang lain selaku MB Perak.taulah samada benda yang aku tau ni sahih atau tidak sebab dikhabarkan yang Nizar ni terlalu mengikut telunjuk DAP.
tapi itulah kesannya bila wujud PR ini.MB PAS dan kawasan banyak dimiliki DAP.jadi siapa sebenarnya yang lebih berkuasa?
Salam ziarah
salam,
agak sukar menjangkakan politik di perak..media skg mmg ditugaskan untuk 'merembat' politik perak...tp kesannya? Pakatan makin kuat,,adun lompat parti,tajol rosli letak jawatan.
apapun isu tanah ni, jgn dipolitikan..btl kata johari kat komennya tu..kita kena ADIL..tgk kat pejabat tanah.jgn 100% caya kat media..esok klu sy berkesempatan, sy akan jengah pejabat tanah kat perak ni(ada sepupu jd pegawai dlm tu)..mgkn ada btlnya sy melihat 'kisah silam' sejarah tanah diperak sebelum diambil alih oleh pakatan yg baru ni..
tahniah pd semua yg memberikan pendapat dlm isu ini..smoga ia menjana minda dgn lebih baik.
wassalam..
-dr islam utk islam-
Kita kena desak boneka DAP ini turunnnnnnn dengan segera..
Saya tak kisah PAS memerintah di negeri saya Kelantan tetapi saya sangat kisah jika ada orang lain mentadbir di belakang orang Islam yang dicucuk hidungnya ke mana mana..
Konsensus konon...pirahhhh.
keja sapa kalau tak keje si ***** agen dan talibarut asing tu..
Sebab dialah melayu @islam diperalat !!!!
sedih tapi tak semua akan duduk diam tengok.
Kami akan lawan boneka boneka ini habis habisan di medan perang siber ini...
Takbirrrrr ...
Allahu Akbar !!!!