Alih bahasa bebas sebahagian dari posting Jeff Ooi bertajuk "Kuala Terengganu... Buy-election".
Perkataan "buy-election" bukan salah taip. Ia memang pilihan raya yang boleh dibeli dengan wang.
Saya kini berusaha menyumbangkan apa yang terdaya berkempen untuk Mohd Abdul Wahid Endut, calon PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terenggganu. Penduduk di sini menceritakan pelbagai taktik kotor, tetapi terserahlah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menyiasatnya. Saya tetap memberi tumpuan kepada ceramah dan melawat para pengundi.
Selain dari makan malam untuk 80 meja yang yang ditaja oleh Gerakan, seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu yang melawat pasar dengan gerombolannya dikatakan sengaja membayar RM200 untuk sebiji betik dan memberitahu penjual buah berkenaan supaya menyimpan bakinya.
Hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) membeli dan memaksa undi. Undi dibeli dengan harga dari RM300 hingga RM400 (lihat berita Malaysiakini "Anwar accuses government of vote-buying").
Tetapi penduduk tempatan memberitahu saya, tawaran telah meningkat sehingga RM1,000 bagi setiap undi.
Tersebar cerita bahawa seseorang pengundi dikehendaki menggunakan telefon tangannya yang mempunyai kamera untuk mengambil gambar kertas undi yang telah pun dipangkah untuk calon BN sebelum beliau boleh mengambil sogokan RM1,000 itu. Teknologi digunakan untuk memastikan seseorang pengundi benar-benar mengundi calon BN kerana sebelum ini pembangkang menyuruh para pengundi mengambil wang dari BN tetapi mengundi pembangkang.
Umno juga menganjurkan cabutan bertuah untuk menarik orang ramai menghadiri ceranmah-ceramahnya. Hadiah cabutan bertuah tersebut termasuk motosikal dan TV bersaiz besar.
BN juga menggunakan kekuatan kewangannya dengan membeli ruang iklan dalam akhbar bagi edisi Pantai Timur (tidak sampai RM2000 untuk setengah muka hitam putih). Untuk memastikan iklan-iklan kempen tersebut sampai kepada para pengundi dengan lebih meluas, tiga akhbar berbahasa Cina yang berlainan diberikan apabila seseorang membeli akhbar.
Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang saya kumpulkan sejak 20 jam lalu, sentimen para pengundi Cina memihak kepada calon PAS.










Cantik? Klik 






Dicadangkan supaya pengundi membawa pemadam. Lepas pangkah BN dan ambil gambar kemudian padam balik dan pangkah PAS. Selesai. Lepas tu tuntut duit dengan BN.
Saya setuju. Dicadangkan supaya PAS membekalkan pemadam kepada semua pengundi.
Hehheh! Setuju dengan cadangan sdr anonymous di atas. :)
camna nak dpt 1k tu,, nak tau jugak nih
haha..aku setuju...
idea bijak...
amampossss bn....mampossss yahudi zionisss
Tuan
1Semua kata bn guna duit dalam pilihan raya KT. Mungkin betullah tu. Tetapi jangan kata pas tidak menggunakan duit dalam pilihan raya. Tuan berbohong kalau tuan katakan pas tidak menggunakan duit untuk membeli undi.
2Atas nama islamnya orang tak nampak bahawa pas juga sebenarnya kotor, bagi saya lebih kotor dari umno kerana menggunakan agama untuk kepentingan diri. Sampai masa nak pilihan raya kecil atau nasional maka sibuklah dengan pelbagai isu agama ditonjolkan, dijaja ke sana ke mari. Murahnya islam sebagaimana murahnya isu-isu yang dibawa oleh pas dalam perjuangan seharian- contohnya segala sesuatu boleh selesai dengan kata-kata sahaja, banyak kecek tak banyak buat atau tak buat langsung. Saya rasa tuan tahu bahawa nik aziz pernah mengaku yang pas tak pernah dirikan sebuah masjid pun sepanjang memerintah negeri Kelantan. Mungkin ada rakyat Kelantan tidak tahu fakta itu. Habis Islam itu apa tuan? Setakat cakap dan cakap dan cakap saja ke tuan?
3Pas juga gunakan duit dalam pilihan raya, contohnya begini tuan,calon pas sanggup menaja tiket penerbangan pergi balik Kota Kinabalu-KL-KB rakan saya yg bekerja di Sabah, demi satu undi-DEMI SATU UNDI, semasa pilihan raya nasional tahun lalu. Bayangkan berapa besar peruntukan yg dia ada kalau ribuan ringgit sanggup dibelanjakan untuk satu undi.
Pun begitu saya doakan bn/umno kalah di KT supaya pemimpin bn/umno sedar diri sikit bahawa rakyat tidak suka rasuah dan salah guna kuasa.
aku dah kena tipu BN masa PRU 12 lalu. Balik dari KL, kononnya dapat saguhati tambang. Tup-tup aku tak dapat kerana bukan ahli UMNO. Nilh duit rakyat buat harta mak bapa depa.
nak bagi 1K banyak tu. lepas tunjuk gambar pangkah BN nanti dia org check sama ada ahli UMNO atau tidak. Macam aku tertipu dulu. lepas tu duit masuk poket dan lapor pengundi dah ambik. ramai yang boleh tukar kereta baru lepas ni.
Penarik beca,
Usaha terakhir yang mampu dilakukan oleh UMNO-BN sebelum simbol dacing senget dan Najib tersungkur.
abang becha yang budiman,
ini trick lama BN yang sudah dibukukan dalam "101 ways BN buy-election"...
trick number 1: janji nak bayar lepas mengundi, tapi hakikat sebenar...tipu belaka. rakyat yang betul2 bebal saja yang masih percaya trick ini.
nasihat kepada rakyat: minta duit dulu. selepas dapat duit, ingat pesan tok guru nih aziz - pangkah PAS! :)
zach, too bad..."101 ways BN buy-election"!! semua peniaga pun kalau boleh nak berniaga cash. inikan pula orang yang nak gi pangkah undi...amik duit dulu la...bab pangkah tu belakang kira...duit dapat.
Anonymous
Thursday, January 15, 2009 11:43:00 PM MYT
rakyat kelantan memang maklum PAS tak pernah bina masjid. kerana apa? kerana masjid yang sedia ada dibesarkan untuk menampung keperluan masyarakat. sudah ler dok berakal kolot...islam ini bukan takat bina masjid berpuluh-puluh...cantik, tapi kemudian jadi kosong sebab apa? sebab dibina jauh daripada penempatan rakyat marhaen. maka jadilah semacam masjid kristal yang dibina nun jauh...jauh daripada penempatan orang. bangga sangat ke kalau masjid yang sepatutnya dijadikan tempat masyarakat dan ibadah...tinggal hanya untuk dikunjungi oleh tourist sahaja?
rakyat kelantan tak pelik dengan masjid. sebab dia lebih mementingkan pengisian masjid itu, bukan bangunan itu yang cantik tapi pengisian dia kosong...macam juga kosongnya otak najib bila cuba nak "rasuah" rakyat kelantan dengan "janji" nak bina masjid yang besar, indah, yang menjadi mercu KEBANGGAAN rakyat kelantan pada PRU12 hari itu. bodohnya najib kerana dia buat masjid ini untuk BERBANGGA sahaja...bukan sebagai tempat ibadah kepada Allah.
oleh kerana najib bodoh, maka elok sangat dia jadi PM kepada orang2 yang bodoh sewaktu dengannya.
apa susah xyah pemadam bnyk2. sorang amik gambar pastu mms la kat kawan-kawan kat luar. pastu padam pangkah PAS. kot mana pun bole kelentong punya..
nik aziz tak buat satu masjid pun, sebab, dia cakap semuanya dia suruh kontraktor cina yang buat.. hehe
lagi satu cadangan..sorang ambik gambar pangkah BN...pastu MMS kat semua orang...tapi yg betulnya pangkah PAS...dapat RM1000...boleh bantu org kat Palestin...
"Anonymous
Thursday, January 15, 2009 9:42:00 PM MYT Dicadangkan supaya pengundi membawa pemadam. Lepas pangkah BN dan ambil gambar kemudian padam balik dan pangkah PAS. Selesai. Lepas tu tuntut duit dengan BN."
hahahaha..RM1000 je harga maruah penyokong PAS? kalau korang penyokong sejati, awat nak kelapaq sangat duit RM1000 tu? pangkah ajelah apa yang korang sokong tu.Kan tu duit hak Kerajaan Barisan Nasional....
akak pun dah letih dah..selagi kita diperintah UMNO, selagi tu la sia*nya kepada rakyat dan org melayu tak kan berkesudahan..terima la hakikat ni kalau pemerintahan tak berpaksikan agama Allah, penuh rasuah, tunggu je la bala dari Tuhan...
Kalau camtu bawa pemadam pangkah BN, ambil gambar padamkan balek dan pangkah Pas dan ambil 1K daripada Umno/BN. Lepas itu duduk diam diam tunggu keputusan calon Pas menang. Ini satu cara untuk mengajar Umno/BN supaya jangan menggunakan rasuah dalam PRU 13 yang akan datang.
princemafia,
tu duit cukai rakyat... kembalikan pada rakyat la.. bkn lapaq sgt duit tu, just nk ambik utk masukkan dalam tabung Palestin
"Garden
Friday, January 16, 2009 12:54:00 AM MYT Anonymous
Thursday, January 15, 2009 11:43:00 PM
rakyat kelantan tak pelik dengan masjid. sebab dia lebih mementingkan pengisian masjid itu, bukan bangunan itu yang cantik tapi pengisian dia kosong...macam juga kosongnya otak najib bila cuba nak "rasuah" rakyat kelantan dengan "janji" nak bina masjid yang besar, indah, yang menjadi mercu KEBANGGAAN rakyat kelantan pada PRU12 hari itu. bodohnya najib kerana dia buat masjid ini untuk BERBANGGA sahaja...bukan sebagai tempat ibadah kepada Allah. "
iye ke orang kelantan mementingkan pengisian masjid?
aku dok pergi masjid2 kat kelantan takdelah meriah mana pun pengisiannya, atok2 tua je yg dok berjemaah. time khutbah jumaat, isi khutbah ada gak yg mengutuk pihak selain PAS..
Ini kes orang Kelantan nak memuji diri tapi tulis tak pakai otak la ni...
tak payah la nak quote ...."oleh kerana najib bodoh, maka elok sangat dia jadi PM kepada orang2 yang bodoh sewaktu dengannya"....sebab nak tak nak, kalau Tok Najib jadi PM,dia akan jd PM kepada ko juga sebagai rakyat Malaysia. Maknanya, bodoh sewaktu dengannya tu termasuk ko lah.
Pakai otak sikit...aduhai
tangkap gambar dalam bilik undi?gila apa?.bukan ke dalam bilik mengundi tu ada orang jaga.ruang nak mengundi tu pun bukannya buat dalam bilik.
kalau BN ada buat makan-makan,PR pun ada buat jugak la.jangan tipu la.baru-baru ni pun aku tengok ada gambar perhimpunan PR di KT di sebuah restoran.
sekarang ni banyak khabar angin.orang yang tak suka dengan BN mestilah burukkan BN dan yang tak suka PAS mestilah cuba nak burukkan PAS.
masalahnya bila pilihanraya ni lebih banyak khabar angin dari fakta.ataupun ada fakta tapi sengaja diputarbelitkan.
sedara...kalau kita nak kata pas perguna agama untuk politik peribadi macamla kita kata Rasulullah guna agama untuk perkara yang sama NA'UZUBILLAHIMINZALIK...untuk pengetahuan sedara pas sentiasa berdakwah dan membangunkan Islam tidak mengira masa.lihatlah saban waktu TGNA dan TGHH memberikan kuliah-kuliah ugama cuma sedara tak tahu kerana sedara cuma berkiblatkan media-media arus perdana yang terlalu takut mendedahkan carahidup pemimpin-pemimpin pas.cuba sedara tunjukkan satu contoh pemimpin umno yang pernah bagi kuliah-kuliah agama walaupun berbangga dengan title cucu ulamak terkenal.bukan pembangunan yang berbentuk fizikal seperti pembinaan masjid dan bangunan yang bercorak senibina islam sahaja yang ditekankan oleh islam tetapi pembangunan rohaniah yang lebih dituntut oleh islam.Rasulullah dulupun mulakan dakwahnya dari segi rohaniah kemudian baru diikuti dengan pembangunan dari segi fizikal.
apa gunanya kalau masjid dan institusi agama yang besar-besar dan indah tetapi pengisiannya di tahap yang terlalu minima.Sekurang-kurangnya pemimpin-pemimpin pas mempunyai iltizam yang kuat untuk memdaulatkan Islam.Insyaallah Islam akan tertegak jua akhirnya di bumi tercinta ini...
Saya rasa isu ni sengaja dibangkitkan oleh pembangkang atas sebab nak jatuhkan BN/UMNO. Entah ya atau tidak UMNO/BN ada tawarkan habuan macam tu. Kalau benda ni fitnah, korang tanggunglah dosa yea...
tak tahu benda ni betul atau tidak.entah-entah khabar angin.sekarang ni ada macam-macam taktik untuk burukkan lawan dan dapatkan undi.sebarkan khabar angin adalah salah satu taktik itu.
BN wat masjid cantik mcm masjid kristal tapi dengar kata xleh pakai pasal salah kiblat. ntah mana tah kiblat diorang pakai.. baitulmaqdis kot?.. :P
PAS ka, UMNO ka, itu pilihan masing-masing.
Tapi aku selalu pakai kata-kata keramat ni sejak 18 tahun lepas lagi bila masa ngundi;
Orang bagi beras, amik!
Orang bagi gula, amik!
Orang bagi duit amik!
Dah orang nak bagi, amik lah. Tak baik menolak pemberian orang. Bagi apa pun amik.
Masa nak pangkah, pangkah lah yang kita nak. Pangkahlah PAS. Tak salah. pangkahlah UMNO, tak salah juga.
Semua orang tahu, itu hak kita. Nak amik pemberian, tak salah pun. Semua orang tahu juga, nak pangkah yang mana pun, itu hak kita! Orang Pas pun tahu, orang UMNO pun tahu. Nak pangkah BEBAS pun tak salah.
Tapi kalau dia paksa pangkah, itu salah! Tak ikhlas beri pemberian, itu salah.
Heheh...
Senangje...sorang ambil gambar pangkah BN lepastu send gambar kat Computer and ambil gambarle....tunjuk pada penjenayah Rasuahtu...mampus depa bayar.....
RM1000 TAK TAHULAH TAPI RM100 DAH SAH. TAK PAYAH AMBIL GAMBAR PUN ORANG-ORANG KAT SINI DAPAT.