Sedap!! Klik gambar di atas!

Panadol untuk BN di Kuala Terengganu

"Dacing (lambang Barisan Nasional - BN) dah senget. Hari ni orang dah pakai digital," wartawan Malaysian Insider, Debra Chong memetik seorang nyonya penjual mee yang bercakap dalam dialek Hokkien, dialek utama orang-orang Cina Terengganu.

"Kena ajar mereka," katanya lagi.

Beliau mengungkapkan dengan tepat trend rakyat hari ini - tolak BN.

"PR menang di lima negeri termasuk Wilayah Persekutuan dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, selepas itu menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kini dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu pula.

"Hattrick kemenangan pilihan raya kali ini bukan lagi satu perkara yang kebetulan berlaku atau semata-mata membayangkan kemungkinan penolakan total terhadap BN, ia sudah menjadi satu trend di kalangan rakyat," kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Naib Presiden PAS, Haji Husam Musa pula menyifatkan keputusan pilihan raya kecil itu menggambarkan mood nasional.

"Ini menunjukkan hilangnya keyakinan majoriti pengundi (Melayu) kepada Umno, dan ia menggambarkan mood nasional yang menolak Umno," katanya.

Rakyat naik angin kepada Umno dan BN. Ia bukan soal siapa calon. Tengku Razaleigh Hamzah dapat mengesan mood nasional itu apabila berkata: "Rakyat memang menolak Umno dalam bentuk dan wataknya sekarang, dan mereka menolak kepimpinannya".

Malah, pengikut fanatik Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein itu menyifatkan pilihan raya Kuala Terengganu "sebenarnya lebih menyerupai referendum mengenai kepimpinan dan ujian sama ada Umno masih relevan".

"Maka, jika Umno dalam bentuknya kini tidak lagi relevan kepada bangsa Melayu, rumusan yang bernama BN sudah berkubur. Sebab kaum Cina tiada sebab lagi untuk terus menyokong MCA, dan begitulah seterusnya," kata Tengku Razaleigh lagi.

Tidak hairanlah apabila majoriti pengundi Kuala Terengganu merasa begitu terpanggil untuk menyahut seruan-seruan Pakatan Rakyat (PR) supaya "Bebaskan Terengganu" dan "Ambil balik hak kita".

Ketika Umno dan BN tidak pun kelihatan memahami hati rakyat dan segala keluhan rintihan mereka, slogan parti itu “Mesra Dengan Rakyat” dicebik dan dipandang dengan kebencian.

"Rakyat dah cerdik dah. Cara tu tak boleh guna lagi," Debra memetik seorang pemilik chalet di Kuala Terengganu.

Beliau juga menceritakan bagaimana angin perubahan dibawa pulang oleh anak-anak Terengganu di perantauan.

"Mereka mempunyai pengaruh yang besar ke atas ibu bapa mereka yang selama ini menyokong BN. Kalau mereka tak dapat balik pun, mereka akan telefon ibu bapa mereka dan kata, 'Mak, Pak, jangan pangkah BN'," kata anak jati Terengganu itu.

Mereka yang fanatik dengan Umno pasti tidak mahu menerimanya. Tetapi, wartawan The Nut Graph, Deborah Loh membayangkan keputusan pilihan raya Kuala Terengganu itu akan diratib-ratib sebagai bukti bahawa gelombang kejayaan pembangkang dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu bukanlah sesuatu yang kebetulan.

Sama ada perkara itu mahu diterima atau tidak oleh pemimpin, ahli dan penyokong Umno, perkara itu tidak mustahak lagi. Rakyat sudah semakin kenal siapa Umno yang sebenarnya.

"Awak dengar banyak cerita orang-orang Umno makan rasuah," kata seorang pengusaha bengkel memperbaiki lori kepada Debra.

Bukan orang bawahan yang merasa jelik dengan Umno sahaja yang berkata begitu. Tokoh dan pemimpin Umno juga menyatakan perkara yang sama.

"Umno sudah jadi parti pimpinan ramai perasuah dan jika Umno menang bersama BN, maka yang akan memerintah Malaysia ialah orang yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri melalui rasuah dan mereka ini tetap akan amalkan rasuah dalam Kerajaan untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tidak hairanlah kalau rakyat sering membangkit-bangkitkan cerita orang-orang munafik yang pada siang harinya memaki hamun orang-orang Cina, menjerit-jerit kononnya tergila-gilakan ketuanan Melayu dan menayangkan aksi termuntah kononnya geli sangat kepada Cina yang membela babi, tetapi di malam harinya menyelanak seperti babi hendak menyodok poket di bawah perut buncit tauke Cina yang belum tentu lagi wangnya tidak bercampur dengan hasil berniaga babi.

Maklumlah, seperti kata Dr Mahathir, "untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu".

Sampai bila rakyat yang dipinggirkan dari kekayaan negara boleh bersabar dengan buruk kelaku seperti itu?

"Negeri kaya, tapi rakyat miskin. Anak-anak muda tak ada kerja di sini. Nak berniaga pun susah. Kerajaan kata kita ada pelancongan, tapi mana pelancong?

"Sekarang mereka datang sebelum pilihan raya dan tabur duit sana-sini dan suruh kita 'kenang jasa' bila tiba masa. Tetapi itu duit kita," kata pengusaha bengkel memperbaiki lori itu.

"Sekarang, BN pening kepala. Kena makan Panadollah," katanya lagi.

"Bila saya memerhatikan di sekeliling saya, saya melihat pil putih berlatarbelakangkan warna hijau di mana-mana," kata Debra yang menemubual pengusaha bengkel memperbaiki lori itu.

Berkaitan:
Malaysia's ruling coalition loses key by-election (The Wall Street Journal) 
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. bro.. panadol bukan agen penyembuh, tapi agen penipu otak supaya otak tak kesan sakit.

    Elok bg BN makan panadol. Supaya sakit kepala dia tak sembuh2. hehehehe.

    "sembuh dalam ilusi."

  2. kena bagi viagra kot ... haha!

  3. Pak Bakaq..
    Pening BN bukannya kerana sakit kepala biasa lagi...Panadol x mampu nak cegah penyakitnya...sekadar melegakan sementara bolehla..BN ni sebenarnya dah kena Barah Otak..nak tak nak pembedahan mesti dilakukan..kalo tidak dijalankan dalam masa terdekat alamak Qolu le BN...harap depa sedaq, pasai doktor2 dari pembangkang selalu je memberi kritikan dan nasihat tentang penyakit mereka yang serius itu...

  4. Sdra Bakaq,Bagi ler panadol kot kot depa boleh waras sikit berfikir.Rakyat dah matang.Oh ya saya mendpt khabar dr laman Old Edwardian,Sdra Fuad Kassim badge sdra di KE V11 telah kembali ke Rahmatullah.Sama2 kita hadiahkan Al Fatihah
    utk nya. Rio

  5. Masalahnya sekarang ni, BN masih lagi tidak sedar diri. Makan la selori Panadol pun, memang tak akan hilang pening nya. Kita tengok saja calon-calon yang bertanding untuk pemilihan UMNO pada Mac nanti. Orang-orang yang bermasalah seperti Mat Tyson still mendapat tempat dikalangan ahli UMNO. Masih layakkah dia ni meminpin parti yang akan memerintah negara. Saya tak dapat bayang kan jika dia ni menjadi TPM. Entah berapa lori pulak duit akan dibawa keluar negara.

  6. pak bakaq... mana-mana prk tidak patut dijadikan kayu pengukur sokongan atau kebencian kepada satu-satu parti sebenarnya...

    katalah diadakan prk di johor... dan amnu menang besar... bulehkah dikatakan amnu masih relevan, dan pas ditolak masyarakat? atau prk di kelantan.. yang peluang amnu nak menang.. memang sangat tipis kalau nak dikirakan...

    apa pun... pkr dah lepas, pas dah lepas... harap sangat kalau ada prk untuk dap pulak lepas nih.. hehehe...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008