Dalam tulisannya bertajuk "Light and darkness: Reflections on KT" yang disiarkan Malaysiakini hari ini, pakar Asia Tenggara di Universiti John Hopkins (dia reti cakap Melayu) menyatakan:
1. PAS tak dapat undi Cina. Ramai yang takut tindak balas jika tak undi Barisan Nasional (BN). Pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) dan DAP pulak balik awal. Depa ingat dah pung-pang pung-pang kat tempat Cina tu, kerja dah selesai dan niat dah tercapai. Last-last bersepai.
2. Dari pengundi Melayu pula, majoriti yang undi PAS adalah pengundi muda. BN mungkin kehilangan pengkalan masa depannya.
3. Umno mendapat undi kaum wanita - Cina dan Melayu. Orang pompuan, terutama di pusat bandar, takut kat PAS (guane tu?)
4. Kakitangan kerajaan, walaupun tak berani bukak mulut, banyak yang undi PAS.
5. Najib tidak kelihatan mempunyai sokongan majoriti rakyat Malaysia.
6. SPR dan polis lebih professional.
1. PAS tak dapat undi Cina. Ramai yang takut tindak balas jika tak undi Barisan Nasional (BN). Pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR) dan DAP pulak balik awal. Depa ingat dah pung-pang pung-pang kat tempat Cina tu, kerja dah selesai dan niat dah tercapai. Last-last bersepai.
2. Dari pengundi Melayu pula, majoriti yang undi PAS adalah pengundi muda. BN mungkin kehilangan pengkalan masa depannya.
3. Umno mendapat undi kaum wanita - Cina dan Melayu. Orang pompuan, terutama di pusat bandar, takut kat PAS (guane tu?)
4. Kakitangan kerajaan, walaupun tak berani bukak mulut, banyak yang undi PAS.
5. Najib tidak kelihatan mempunyai sokongan majoriti rakyat Malaysia.
6. SPR dan polis lebih professional.










Cantik? Klik 






Janji menang lain kali kita cuba lagi pujuk perempuan undi PAS, DAP dan PKR.
Selamat berjuang.
Tehsin asks you to sign the Petition to ICC to Investigate War Crimes by Israel in GAZA here: http://malaysiantigress.blogspot.com.
Tehsin asks you to sign the Petition to ICC to Investigate War Crimes by Israel in GAZA here: http://malaysiantigress.blogspot.com.
Org pompuan caya TV wei dari laki dia. Ha ha
TU BLOM KIRA YANG PERCAYA LELAKI LAIN (YANG DIANGGAPNYA SAHABAT) DARI PERCAYA KAT SUAMINYA...(KALO DARI DULU KEBANYAKANNYA CAM TU LER. TAPI, ADA GAK KATA-KATA SUAMI YANG PATUT TIDAK DITURUTI...camner tu erk?)
Salam..
Rasanya org pompuan ni tidak le takut ngan PAS sebenarnya..diaorg lebih takut kalo mukanya nampak tua, badan makin gemuk...tidak lagi dpt menarik perhatian orang terutamanya suami..yang paling depa takut ialah suami kawin lain..bila PAS perjuangkan undang2 islam seperti Hudud mestilah termasuk ngan isu poligami dalam islam..aku rasa tu la punca kalo depa takut ngan PAS pun...risau kalo depa di madukan...keh..keh..keh
kaum wanita bukan tak percaya pada suami mereka.mereka ada hak juga untuk pilih parti mana yang lebih layak di mata mereka.itu hak peribadi mereka.tak perlulah nak disangkal lagi.
pengundi muda juga sekarang ini lebih cenderung untuk mengundi parti pembangkang.mungkin kerana golongan muda mahukan pembaharuan.
jadi sekarang ini PAS kena banyakkan usaha untuk dapatkan undi kaum wanita dan BN pula kena cari lebih banyak undi dari golongan muda.
takut pada janggut tu. orang pas kebanyakannya simpan janggut. depa bukan takut tapi geli. disebabkan geli sanggup gadai undi untuk bn....dunia-dunia. baik simpan bulu ketiak sapa pun tak nampak
tokpengulu
Pemerhatian diatas memberi kita mesej yang jelas bahawa usaha untuk menerangkan dasar perjuangan PR memerlukan usaha yang berterusan dan mungkin masa yang agak panjang...tidak cukup hanya dengan gerak gempur semasa pilihanraya.
Barisan pimpinan komponen parti2 dalam PR perlu lebih ikhlas dalam membina satu halatuju untuk kebaikan rakyat semua kaum dan bangsa seperti mana yang dituntut olih ajaran Islam yang sangat adil. Mereka juga perlu elakkan "politiking" yang sempit semata-mata ingin menjaga kepentingan peribadi masing2.Dalam berseronok meraikan kejayaan banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan dimantapkan.
Bersederhanalah dalam semua keadaan samada semasa menghadapi kesusahan maupun
kesenangan.
kena highlight yang ke 6 tu.selalu orang kata SPR dan Polis tak professional.tapi orang luar tengok mereka sebagai professional.ada komen? :)
En mohd,
Tentang PDRM ni saya rasa mereka perlu lebih professional dan efektif.
Mobilisasi lebih dari 10,000 aggota disemua peringkat untuk menjaga kawasan sekecil P-036 KT adalah tidak effektif dan membazirkan wang rakyat.
Salam bang bakar, kak salwa dan anak2.
Bab org pompuan kurang undi PAS ni, aku rasa terpanggil la untuk memanjangkan prasangka kat lelaki atau perayu undi ni. Sesetengah org pompuan bukan tak mau undi malah ada yg langsung tak pergi mengundi. Yg betul2 aktif dlm politik sahaja ada keinginan nak beratur mengundi. Bagi pompuan yg bekerja pulak, kalau lakinya betul2 proaktif dlm menjelmakan hasil dari berpolitik, baru bininya teringin nak ikut serta berbaris dan memangkah. Pengaruh pompuan dalam berkempen senyap di pejabat cukup memberi kesan samada untuk PAS atau BN. Tapi lebih memihak pd BN. Sebab ada ramai kalangan pengundi pompuan tak ambil kisah langsung hal2 politik parti. Bagi lelaki lain, minum pagi walaupun semalam pegi memancing, tapi cerita semasa berkaitan politik tetap disentuh tak kira UMNO atau PAS. Yg PAS dilihat lebih berani dan berterus terang, yg UMNO masih berkias, takut kena jual, apapun sebab kakitangan awam biasanya lebih memihak kepada pembangkang. Itu aku akui. Selama ini sukar nak tembusi ialah wanita2 yg pernah menganggotai puteri UMNO sebelum dapat kerja kat sektor awam ni. Mereka biasanya bekas guru sementara KEMAS dan ada yg pernah bekerja dgn org politik. Ada 2 atau 3 org org macam ni cukup lah dalam satu2 jabatan. Mereka bijak dan terancang. Mereka tak berkempen politik, tapi mereka cuma akan kata kat rakan2 pejabat bunyi macam ni je 'politik politik ni meluat, malas, toksah dok fikir la. Aku kata kau, kau kata aku.Tak tau sapa yg betul. yg rugi org melayu asyik bergaduh" Pendek je ayat tu, tapi keramat sungguh bagi org yg tak ambil pusing soal politik dan senang cerita tak faham politik. maka bila time PRU kalau ada yg minat pergi la mengundi BN sebab cerita kat TV mlm2 kata kerajaan BN lah yg boleh beri macam2,suka bersedekah dan baikhati berbanding pembangkang dengar org yg kempen kata suka kutip duit ketika ceramah. so apa barang mau pilih yg lain dari BN. Manakala yg tak berminat, langsung tak kuar mengundi. Maka dari itu kita tengok ramai org pompuan pegi ke pos panas BN, kalau pun hinggap kat pos panas PAS, ada sesetengahnya wayang, nak ikut hati dah panas atas sebab dia pernah ternampak atau memang jiran beliau iaitu org PAS, memang terang2 org PAS piow yg lagi berdegar2 itu, ada ketikanya perangai buruk yg kurang disorokkan itu mengalahkan org UMNO sendiri.
So masing2 boleh la buat rumusanya dan bagi la idea penyelesaiannya, kalau dapat kongsi formula mcm mana nak atasinya, bagi respon segera dimana2 blog yg ada kaitan politik sebagai panduan kepada perayu senyap seperti kami untuk PRK atau PRU13 nanti. MAD Baling.