Sedap!! Klik gambar di atas!

KT: Najib takut jadi referendum terhadapnya

Dalam berita bertajuk "Najib says KT vote is not about him," Malaysian Insider melaporkan:
Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak played down suggestions tonight that the Kuala Terengganu by-election is a referendum on his leadership.
Alih bahasa ikut suka aku lebih kurangnya begini: Timbalan Perdana Menteri yang dah tak tahan lagi dah nak jadi Perdana Menteri dalam sebulan dua lagi, Datuk Seri Najib Razak tak nak pilihan raya kecil Kuala Terengganu menjadi medan pungutan suara terhadap kebolehannya untuk menjadi Perdana Menteri kerana dia tak yakin Barisan Nasional (BN) boleh menang. Kalau BN kalah, maknanya orang tolak dialah. Tu yang dia takut tu.

Antara lain Najib berkata:
"I have heard so many thing about the by-election. Some said this is a referendum for me and some said this is a test for (Menteri Besar) Datuk Ahmad Said".
Alih bahasa ikut suka aku lebih kurangnya begini: Kawan dah dengar macam-macam orang kata fasal pilihan raya kecil (Kuala Terengganu) ni. Ada yang kata pilihan raya kecil adalah pungutan suara untuk (menilai) kepimpinan kawan dan ada yang kata ujian untuk (Menteri Besar) Datuk Ahmad Said.
"This is an election that will test the BN's capability after the March 8 election. After we fell in Permatang Pauh, we pledged that Kuala Terengganu will be remembered as the beginning of BN's recovery".
Alih bahasa ikut suka aku lebih kurangnya begini: Ini adalah pilihan raya yang akan menguji kemampuan selepas pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu. Selepas kita melingkup di Permatang Pauh, kita janji Kuala Terengganu akan dikenang sebagai permulaan BN dah mula nak bernafas sikit. (Sikit je... Silap-silap tak bernafas langsung!)
Bukan Wan Farid sahaja, Najib juga pilihan yang buruk

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Hrkh) - Bukan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sahaja pilihan yang "benar-benar sangat buruk" seperti yang dinyatakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga adalah pilihan yang benar-benar sangat buruk, kata Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu.

"Dr Mahathir kata, Wan Ahmad Farid akan dipergunakan nanti jika Najib menjadi Perdana Menteri. Maknanya, jika beliau menang, calon Barisan Nasional (BN) Kuala Terengganu itu akan dipergunakan untuk mempergunakan Najib apabila suami (Datin Seri) Rosmah (Mansor) itu jadi Perdana Menteri.

"Maknanya, kenyataan Dr Mahathir meletakkan begitu banyak pihak sebagai pilihan yang benar-benar sangat buruk. Dia sendiri membuat pilihan yang benar-benar sangat buruk apabila memilih (Datuk Seri) Abdullah (Ahmad Badawi) sebagai penggantinya.

"Najib juga adalah pilihan yang benar-benar sangat buruk kerana kenyataan Dr Mahathir itu menunjukkan dengan jelas dan tak berselindung lagi bahawa suami Rosmah itu boleh dipergunakan," kata beliau.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai Wan Ahmad Farid, Mohamad Sabu berkata: "Cukup terang dah apa yang Dr Mahathir kata itu. Tak perlu tambah dah".

Diminta mengulas dakwaan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya PAS "ketandusan isu untuk dicanang pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu," Mohamad Sabu menyifatkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mengidap penyakit tidak nampak yang sangat kronik.

"Tak baiklah kata Muhyiddin buta. Tetapi, beliau nampaknya mengidap penyakit tidak nampak yang sangat kronik. Isu terlalu banyak, masalahnya ruang untuk kita mendedahkannya terlalu terhad.

"Saya nak tanya Muhyiddin, boleh tolong usahakan untuk kita 'airtime' di TV3, RTM dan lain-lain saluran? Tak perlu banyak, satu hari satu jam pun cukup, katakan dari pukul 9.00 hingga pukul 10.00 malam. Kita boleh bagi dia nampak sama ada PAS ketandusan isu atau tidak," katanya.

Dr Mahathir menyifatkan pemilihan Wan Ahmad Farid sebagai calon BN di dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu 17 Januari akan datang sebagai "benar-benar pilihan yang sangat buruk".

"Pemilihan calon ini oleh Barisan Nasional benar-benar sangat buruk. Semua orang melihat beliau hanya sebagai proksi. Seseorang yang akan dipergunakan nanti jika Najib menjadi Perdana Menteri. Inilah orang-orang yang akan mengelilinginya," kata beliau menurut rakaman video Malaysiakini.

Sebelum ini, dari pendedahan Dr Mahathir juga, Malaysiakini melaporkan Najib dibayangi "budak-budak Tingkat Empat (Jabatan Perdana Menteri)".

Dr Mahathir juga pernah menyifatkan Najib tidak cekap, lemah dan pengecut, tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik dan lebih bersifat seorang pengikut dari seorang pemimpin.

Beliau juga tidak yakin Najib mampu menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global.

Bekas Presiden Umno itu juga pernah menyatakan beliau tidak yakin peralihan kuasa di dalam Umno akan memulihkan parti itu.

Beliau tidak yakin gejala rasuah dan politik wang dalam Umno dapat dibendung meskipun Najib bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.

"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," katanya.

Bekas Presiden Umno itu berkata, gejala itu agak sukar dikawal kerana rasuah telah menjadi satu budaya di kalangan ahli-ahli Umno yang mahukan sesuatu jawatan terutamanya menjelang perhimpunan Agung Umno pada Mac depan.

Sebelum itu, Dr Mahathir menganggap peralihan kuasa adalah sia-sia apabila Najib menyatakan beliau mahu meneruskan polisi-polisi yang dilaksanakan oleh Abdullah.

"Najib menyatakan bahawa beliau akan meneruskan Islam Hadhari. Ini bukan petanda yang baik kerana ia menunjukkan peralihan yang berlaku hanya peralihan bentuk tubuh badan sahaja, bukan polisi-polisi.

"Para pengundi tidak suka polisi-polisi yang dibawa oleh Abdullah, oleh itu mereka akan terus menolak Umno. Oleh itu, peralihan itu sia-sia sahaja," The Star memetik beliau berkata.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Nak letak link pebarik beca kat dlm blog saya...boleh lah noo???

    http://corongkita.blogspot.com/

    tq.

  2. salam...
    heran betui umno ni...bab kalah je pemimpin x nak ngaku...bila menang berebut2 pemimpin nakkan pujian...hoi berani le sikit..show me your guts!!!
    -anti penakut-

  3. memang sia2 pun ... kepimpinan najib ni .. haiyo~ macam lemah jer mata memandang... tak logik langsung ... wait n see

  4. masa nielah media milik PAS..dan dalam PR harus kuatkan lagi kerja,internet dan bentuk bentuk lain komunikasi haruslah dilipatgandakan...fully utillize.

  5. Salam bang bakaq, kak salwa dan anak2.

    Kalau Pak Lah nak naik dulu kita rasa macam sejuk perut jugak tengok, walaupun kita tau org UMNO memang la tak boleh nak harap sangat. Akhirnya tertipu tipah jugak kita dgn mr cool nya. Tapi Najib ni belum naik dah dilihat serabut kepala. Gamaknya apa lah nasib yg akan kita tunggu. Zaman Pak Lah kita jumpa 2 tsunami, tsunami laut, kedua tsunami politik.

  6. ..tang najib ni, kawe nak pinjam ada satu perkataan yang Dato Kadir Jasin sebut dalam blognya...'KOROK'

    Kalau bakal PM tu (as quoted), TIDAK CEKAP, LEMAH DAN PENGECUT, maka jadilah NAJIB KOROK (kecut dan menyorok masuk).
    Kalau falasafah org kelantan pula, "korok" tu perkataan ringkas pada TENGKORAK.

    Kesimpulannya : pilihlah mana2 deskripsi yang bersuaian untuk dia...


    picolotikusmondoq

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008