Sedap!! Klik gambar di atas!

Najib terpaksa beri kursus senyum kepada Wan Farid

Kerana tidak pemurah dengan senyuman, calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diseligi oleh Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib suruh dia senyum tak berenti-renti sana-sini dari matahari naik hingga matahari naik. Kalau nak ikutkan, dalam jamban pun kena senyum. Mesti senyum untuk tololkan pengundi.

Malaysian Insider semalam melaporkan:
Justify Full
Wan Farid has been receiving flak for not smiling enough and was told by Deputy Umno president Datuk Seri Najib Razak, who is BN's election director, to smile more as a means to ingratiate himself and appear more approachable to voters in this conservative constituency.
Najib takut Wan Farid kalah. Malaysian Insider 30 November 2008 melaporkan:
This by-election will not be about Abdullah’s track record (that story is done and dusted). This contest will be a bellwether of Najib’s ability to galvanise the troops on the ground and convince the voters that he is the future of the country. If BN does not deliver in Kuala Terengganu, he will not be able to seek refuge behind Abdullah’s weaknesses. Not this time.
Lebih kurang dia kata, pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan menjadi indikator tentang kebolehan Najib mengepalai dan merangsang gerombolannya serta meyakinkan para pengundi bahawa beliaulah masa hadapan negara ini. Kalau BN bungkus di Kuala Terengganu, Najib tak boleh lagi nak sorok muka dia di dalam hutan rimba kelemahan Abdullah. Tak boleh lagi dah kali ni.

Tu yang Najib takut sangat kalah di Kuala Terengganu tu. Tu yang dia rotan-rotan Wan Farid supaya senyum sampai ke telinga, dari matahari naik hinggalah matahari naik - agaknya sambil nak berak pun kena senyum.

Ketika calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut tidak perlu menyatakan dan tidak pernah dilaporkan membuat kenyataan "I am not arrogant," Wan Farid rupa-rupanya mempunyai imej gong (bongkak - orang Terengganu sebut gong). Dia terpaksa sebut "I am not arrogant".

Patutlah Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo melaporkan Wan Farid dilabelkan "sombong", "kedekut", "bersalam tidak ikhlas", "tidak berjiwa rakyat" dan bermacam-macam lagi permainan emosi dilontarkan secara bersahaja dengan contoh-contoh terpencil.

Baca betul-betul - dengan contoh-contoh terpencil. Maknanya, ada contoh. Tak kiralah walau terpencil sekalipun. Ada contoh sekaligus bermakna bukan dakwaan tidak berasas.

Kita tak boleh tuduh Wan Farid bongkak. Tetapi kita tahu, rakyat Kuala Terengganu mahukan pemimpin yang mesra rakyat, mudah didekati dan senang berjumpa.

"Kami tidak mahu pemimpin yang jumpa kami ketika pilihan raya sahaja dan apabila bertemu selepas itu buat tidak endah kepada kami," Bernama memetik seorang penduduk Kuala Terengganu, Goh Ng Kian.

Aini Long, 50 dari Lorong Haji Da, Batu Burok berkata beliau akan memilih pemimpin yang mempunyai sifat merendah diri dan boleh bergaul dengan rakyat.

"Susahlah kalau pemimpin itu tidak mampu bermesra dengan rakyat. Macam mana hendak mengadu masalah," Bernama memetik beliau sebagai berkata.

Dalam kempennya supaya orang menyokong Wan Farid, Berita Harian hari ini menulis:
Hakikatnya, Wan Ahmad Farid sudah membuktikan kemampuan dan mengukir nama pada peringkat nasional dan amat sayang jika hajatnya untuk menabur bakti di Kuala Terengganu dinafikan, hanya kerana beliau dilihat kurang tersenyum, sekali gus dilihat kurang mesra.
Apa pun, bab murah senyuman ni bukan benda boleh berlakon. Katakan saya nak berlakon sebagai seorang yang wara'. Saya rasa, kalau dapat berlakon setengah jam pun sebagai orang yang wara' kira dah hebat dah. Lepas tu, tersembul la balik perangai sebenar aku.

Begitu juga dengan sikap mesra rakyat. Mung ingat boleh ke nak berlakong-berlakong?!!

Bagaimana pula dengan undi kaum Cina? Ketika Malaysiakini melaporkan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, pengundi muda Cina cenderung sokong pembangkang, di bawah artikel Raja Petra bertajuk "Day 2, Round 2: Kuala Terengganu Walk-about," terdapat komen berikut:
Umno is demonising the Chinese in KT and other places yet it wants their vote to go to Parliament. The Chinese must be stupid if they give Umno ONE vote. In March 08, Umno got 64% of the non-Malay vote in KT and that's how it won. It didn't win bcoz of Malay vote. When will the Chinese wake up? Vote Pas. Umno posters (below).




Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. hari bebas babi tu dekat je ngan kampung dihah..

    kelaka sungguh juga pada artikel senyum ini...."mungkin boleh jadi hbobi encik farid itu".....senyum seindah suria...yg membawa cahaya..senyumlah dari hati, dunia mu berseri....

  2. Teringat kisah silam bila Tun Mahathir serahkan kepimpinan kepada Badawi. Masa tu arwah Hendon ada lagi.
    Nasihat Tun Hasmah pada Hendon.".you have to smile more often or they will find you unfriendly and unapproachable".

    Nampaknya sejarah berulang kembali..Sahih Wan Farid is a bad choice!

    Picolotikusmondoq

  3. Senyumlah dari hati..cemana en farid nak senyum..diakan dikatakan org Paklah..bakal PM pulak ialah Najib..hati dia rungsing tu...kalo nak bagi dia senyum..bagi je mic suruh karaoke..gambaq dia ari tu yang Pak bakaq post nampak gembira je...

  4. orang KT tak boleh diperbodohkan.mereka ada pengalaman diperintah oleh BN dan juga PAS.jadi mereka tahu kelebihan dan kelemahan parti-parti politik tersebut.

    tetapi mungkin BN boleh menang kerana Terengganu berjaya dirampas semula dari PAS pada pru ke-12.tetapi itu tak bermakna laluan akan menjadi senang untuk calon BN kerana perlu diingat yang BN dulu memang kerusi parlimen KT dengan majoriti yang tidak banyak.hanya 600 lebih.

  5. Senyum itu satu sedekah. Jangan pandang remeh. Senyuman juga menggambarkan sifat seseorang yang mudah mesra, peramah dan sebagainya. Tapi kalau dah sifatnya macam tu (susah nak senyum), payah juga. Pasti nampak pelik jika orang yang jarang senyum, tiba-tiba senyum. Malah kadang-kadang senyumannya boleh nampak tak ikhlas atau terpaksa atau dibuat-buat. Jadi, jangan hipokrit. Kalau dah jenis dia macam tu, lantak dialah...

  6. Bagi Wan Farid memang senyumnya mahal kerana selama ini dia naik di persada politik dengan tidak ada pengundi, hanya sebagai seorang senator sahaja. Kali ini segala kesombongannya akan terbongkar kerana orang yang berpura-pura senyum akan nampak riak wajahnya buat-buat senyum.

  7. Penarik beca,
    Kalau kita lihat dari raut wajah Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh kita dapat mengagak bahawa beliau dalam ketakutan. Jiwanya resah gelisah. Ini menyebabkan senyuman dibuat buat itu tidak menjadi manis tapi menjadi kelat.

    Mungkin Datuk Wan Ahmad Farid ini telah dapat rasakan bahawa orang Kuala Terengganu tidak suka padanya kerana dia juga sebelum ini tidak suka pada orang Terengganu yang miskin..?

    Hanya orang Kuala Terengganu saja yang tahu menilai dan memilih siapakah yang layak menjadi pemimpin mereka.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008