Malaysian Insider melaporkan, tindakan Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim mjeninggalkan Umno dan menyertai PKR dilihat sebagai tamparan ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka akan menjadi Presiden Umno dalam masa beberapa minggu lagi.
Ia menunjukkan ketidakyakinan terhadap kepimpinan Najib.
"Ia adalah tamparan kepada Najib kerana ada yang merasakan beliau tidak mampu mengendalikan parti dengan baik. Tidak ada yang akan menyalahkan Pak Lah kerana beliau hendak berundur," laman berita itu memetik seorang veteran Umno.
Dengan tindakan Nasarudin meninggalkan Umno, Malaysiakini melaporkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.
mStar Online pula melaporkan, Najib menasihatkan agar pemimpin-pemimpin Umno dan BN supaya tidak mengeluarkan kenyataan bersifat negatif kerana ia akan menjejaskan proses rundingan dan perbincangan dengan Nasarudin.
Umno Perak mengklasifikasikan tindakan Nasarudin itu sebagai malapetaka kepada parti dan memandang serius mengenainya.
"Kita memandang serius mengenai perkebangan terbaru ini dan sedang berusaha mengambil tindakan yang wajar bagi membendungnya," katanya yang enggan menjelaskan dengan lebih lanjut.
Setiausaha Perhubungan Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata pihaknya masih menaruh harapan bahawa Nasarudin akan kembali menyertai Umno dan Barisan Nasional.
Berkaitan:
Tahun Baru Cina & Adun Bota (Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin)

Cantik? Klik 

salam pak bakaq,
berapa kali langsung najib ditampar? tajol berapa kali lagi ?
tu dia,melompat parti satu tindakan yang tak baguih,tapi bila dah duk kat pkr yang sibuk2 nak pujuk masuk bn balik tu apsai,biaq pi la depa nak duk ngan pkr,taburlah cepat sikit buat yang baru nak lompat,baru tak jadi lompat,kalut buat pa,
tapi kan rasa2 cam mainan budak sorang tu lah,saja bagi p.pauh kalah,lepas tu k.t.lak kalah, pas tu adun lompat parti,jadi eh nampak cam si najib tu tak pandai handle ,jadi eh jeng jeng jeng,
Sekali air bah sekali pasir berubah, masa keangkuhan BN telah berlalu dan kini harap-harap parti-parti PR tidak angkuh seperti yang dilakukan oleh pemimpin BN selama ini.
PKR jadi parti tong sampah, menerima yang bangkai, busuk dan bernanah.
Najib ditampar seperti menerima suntikan yang sakit selepas dibedah, buang nanah, tapi untuk kebaikan.
Hantu Raya bila buat perangai tentu ada tuannya, sapa, yang dok di Dubai ka..atau suku sakatnya. Mungkin Zahid Hamidi sedang 'test market' sebab Zahid gemar sangat 'test market' sejak pengumuman calon Timbalan Presiden yang tak jadi.
Orang orang seperti Zahid dan Kj adalah antara yang wajar menyertai PKR sekarang atau sedikit masa lagi. Tindakan ini mungkin lebih 'real' untuk Najib tangani. Nasarudin just kacang putih.
Kluangman
Jangan sampai Najib terpijak C4 sudahlah! Tak dapatlah para pembodek Umno nak cari makan.
najib kena tampar banyak kali.agak-agak ada peluang ke kena terajang dgn pak dolah pulak?akan jadi ke mcm reformasi 98 ala reformasi anwar?reformasi najib.kah kah kah