Sedap!! Klik gambar di atas!

Mengharap keadilan Umno

Apabila mana-mana penguatkuasa undang-undang melakukan kekasan terhadap orang-orang yang ditahan, saya harap Pemuda Umno akan mengeluarkan kenyataan yang sama seperti kenyataan mengulas dakwaan insiden yang menimpa Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran, Halimi Kamaruzzamansepanjang empat hari ditahan SPRM sejak 23 Januari lalu.

"Dalam mana-mana siasatan, tidak boleh dijalankan siasatan dengan kekerasan, hatta orang yang ditahan atas dakwaan jenayah pun tidak boleh disiasat dengan kekerasan", kata Ketua Pemuda Umno Kedah, Dr Mohd Rawi Abd Hamid kepada Malaysiakini.

Adun Ayer Hangat itu merasa kesal dan menyifatkan insiden tersebut tidak sepatutnya berlaku.

Dakwaan insiden sedemikian akan menyebabkan rakyat mempersoalkan kaedah siasatan yang dijalankan

Rabu lalu, Halimi mengemukakan laporan polis di Balai Polis Damansara kerana mendakwa didera oleh pegawai penyiasat SPRM semasa disoal siasat.

Dalam laporan polisnya kelmarin, Halimi mendakwa mengalami penderaan serius sewaktu disiasat berhubung amalan politik wang anggota Majlis tertinggi Umno (MT) yang juga Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Pemimpin Umno itu bagaimanapun menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan Norza.

Halimi mendakwa tiga pegawai SPRM menumbuk, menendang dan memaksanya berbogel dan kemudiannya berguling-guling di atas lantai.

"Mereka telah mengugut saya bahawa isteri saya akan ditangkap dan dibogelkan jika saya tidak membuat pengakuan (mengaitkan dengan Norza)," dakwanya lagi dalam aduan polis tersebut.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Untuk mendapatkan keadilan melalui Umno ? Cittt!!!

  2. Penarik beca,
    Pada pandangan kita, apa yang dilakukan oleh Halimi membuat lapuran polis adalah sebagai alasan untuk menghalang pihak SPRM untuk meneruskan siasatan.

    Bagaimana kita boleh sokong Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran, Halimi KamaruzzamanKita sedangkan kita tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam bilik dimana dia disoal siasat. Apakah dia dipihak yang benar atau dia dipihak yang menipu...?

    Apa yang dapat kita katakan bahawa rasuah memang sudah untuk dihapuskan jika tidak ada sokongan dari semua pihak.

  3. Allah SWT maha adil dan maha saksama.

    selama ini mereka membutakan mata dan memekakkan telinga apabila orang lain merintih di zalami sang penguasa yang dikawal oleh mereka (UMNO).

    apabila kezaliman sudah merebak umpama barah yg tak dapat di bendung lagi, umpama hantu2 raya yg tak dapat dikawal lagi, maka dengan tuan2 depa kena rasuk dan kena baham dek hantu2 raya belaan mereka selama ni.

  4. Nak pinjam sikit kata2 orang putih:

    If anyone believes SPRM was established to fight corruption, I have a bridge in Kelantan I want to sell you.

    No coffee money required.

  5. ASalam bang bakar, kak salwa dan anak2 dari Mad Baling.
    Dengan laporan yg dibuat mengenai zalimnya SPRM tersebut, lepas ni pihak UMNO menunggu dan berharap akan ada arahan kementerian yg jaga SPRM keluarkan larangan SPRM dari terus membuat siasatan terhadap ahli umno. Kalau buat siasatan pun mungkin di lobi hotel, cofee house dan di club golf atau mana2 venue yg dilihat lebih santai. Piiirahhh mabuk.

  6. mmg patut kena lanyak dek polis..semua tu kaki rasuah..korang ingat nk pujuk2 ke baru dpt maklumat..dh kena belasah pun masih degil nk bagi maklumat..mana boleh bagi..kalu masuk jail pun, org yg dimaksudkan tu boleh tanggung anak isteri..nk susah ape..mmg kaki rasuah..tupasal org duk menyampah dengan ameno..pas dan pkr pun kalu dh lama, jd cam ameno juga..mula2 ni mmg lah nk tunjuk baik..nk tanam saham politik..tu pun dh ada dua org kena cekup..melayu,melayu..buat malu kat bangsa lain jer..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008